Saya amat berterima kasih kepada seorang
pembaca blog saya yang bernama saudara Zaidi yang melakukan kerja ini. beliau
telah bersusah payah menterjemah artikel yang saya tulis dalam bahasa Inggeris.
Amatlah tinggi hutang budi saya kepada beliau dan terjemahan yang beliau telah
lakukan amat baik sekali. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara
Zaidi diatas usaha beliau ini. seterus nya saya berharap pembaca budiman
terutama yang berbangsa Melayu akan menghargai usaha saudara Zaidi ini. sakmongkol.
Sebahagian
daripada pembaca sudah dapat meneka bahawa artikel saya yang lepas meminjam
tajuk daripada buku Francis Fukuyama yang masyhur itu. Saya ragu-ragu tentang
seorang penulis yang menulis Najib sebagai PM bagi Negara yang memberkati dan
bukannya Negara yang diberkati (ini merujuk kepada kesalahan bahasa bagi
seorang blogger daripada Jerantut –penterjemah), saya tidak yakin dia pernah membaca
buku Fukuyama tersebut. Jika dibacapun, mungkin dia tidak faham isi kandungan
dan gagasan idea buku tersebut. Saya tiada masa untuk berdebat dengan beliau
yang mana akan memuliakan lagi blog yang tidak mendapat sambutan itu.
Saya
mengaku satu perkara. Blog saya kini tidak lagi berselindung sebagai forum
perbahasan yang tidak berat sebelah. Semenjak menyertai DAP saya cuba
mengemukakan sudut pandangan yang objektif dan semakin berfungsi sebagai orang
yang menyebarkan cebisan-cebisan pandangan dengan objektif politik yang khusus.
Saya tidak perlu menjelaskan dengan terperinci kerana ramai yang tahu apa yang
saya maksudkan di sini.
Kembali
kepada buku Fukuyama “Berakhirnya Sejarah”. Buku ini menerangkan tentang
berakhirnya pemerintahan kuku besi dan tidak demokrasi di seluruh dunia. Samada
berakhirnya jenis pemerintahan tersebut dan digantikan dengan demokrasi bebas
dengan maksudnya yang sebenar masih belum pasti. Apa yang berlaku diseluruh
dunia adalah seperti berikut – SEMUA pemerintah kuku besi dan tidak demokrasi
di dunia sekarang terpaksa menyesuaikan diri dengan kenyataan baru yang akibat
daripada beralihnya kekuasaan kepada rakyat. Inilah yang berlaku kepada Negara
kita ini. Hasilnya, walaupun banyak cakap-cakap besar yang “tidak malu” bahawa
PM semakin popular, janji-janji pembangunan yang gagal di laksanakan setelah
sekian lama, jelas kelihatan kerajaan yang memerintah pada hari ini semakin
resah dan gelisah ; nampaknya keadaan sudah lagi tidak seperti biasa.
Perangai
yang jelas kerajaan hari ini – suka memijak rakyat dan merempuh mereka dengan
polisi-polisi yang menindas dan program-program yang membelenggu jiwa rakyat
yang bebas. Yang paling teruk ialah orang Melayu, selamanya dibutakan dan
terikat dengan jentera penipuan UMNO.
Di sini
saya akan menyambung dan menggunakan kebanyakan bahan yang telah ditulis oleh
seorang yang rajin member komen di blog saya iaitu Walla. Pemerhatiannya adalah
perkara yang dikemukakan oleh Fukuyama dari segi perkembangan sejarahnya juga
sedang berlaku di Negara kita kerana rakyat telah mulai sedar apa yang UMNO
lakukan selama ini. UMNO ini seperti sebuah mesin yang berkerja bersama-sama
untuk melindungi kroni-kroni sambil mengeluarkan berita-berita baik setiap hari
bagi memberikan perasaan gembira kepada rakyat. UMNO tidak lebih dari kumpulan
perkongsian penyamun dan penipu yang memainkan emosi rakyat yang lurus itu.
Sebagai
contoh peristiwa di Dataran Merdeka kelmarin. Sambil mereka mengupah
penghibur-penghibur untuk menari di situ dan menujukkan senyuman kepada kamera
supaya penonton-penonton di seluruh Negara terpaku dengan persembahan cahaya
dan bunyinya, ada pula pelajar-pelajar kita yang berkumpul di satu sudut di
dalam khemah-khemah mereka di dataran yang sama – begitu simbolik masalah
Negara kita ini. Pelajar-pelajar ini telah berkorban dengan beraninya
menyuarakan rasa ketidakadilan bagaimana satu parti politik dengan
sewenang-wenangnya memberikan jutaan ringgit kepada kroni-kroni tetapi
menafikan biasisiswa kepada pelajar miskin dan mengupah kaki pukul untuk
membuli mereka dan merampas khemah mereka.
Ini adalah
bukti “sudah terang lagi bersuluh” bahawa UMNO mengambil laluan yang
bertentangan dengan kata-kata “Rakyat didahulukan”. Kalau ini bukan hipokrit
yang bertentangan dengan “rakyat didahulukan” apa lagi yang tinggal? Dan Najib
berkokok ayam tentang rekod pencapaiannya dan gagasan –gagasan idea beliau.
Sedangkan UMNO sendiri telah menolak idea beliau. Adakah kita akan menebalkan
muka dan memperdaya diri sendiri dan memaksa diri dan keluarga kita untuk
menerima sahaja lakonan dan cakap-cakap kosong oleh Najib? Dia memang seorang
penjual obat.
Sementara
itu pencacai-pencacai UMNO mula menyerang Aspan membuta tuli dengan perkara
yang tidak masuk akal. Lupakah sipencacai ini bahawa dia pernah duduk di
sebelah Aspan dan secara ikhlas dan penuh bersopan membincangkan masalah yang
dihadapi oleh orang Melayu kita di Negara ini?
Jika
pencacai ini tergamak melakukan perkara sedemikian kepada rakannya yang jujur
dan budiman , apakah lagi yang kita boleh harapkan daripada budi pekertinya
untuk mempertahankan Tuan Besarnya iaitu UMNO?
Inilah apa
yang UMNO telah lakukan kepada Negara dan masyarakat kita. UMNO telah
memecahbelah dan memisahkan dirinya daripada kita. Malah lebih teruk lagi, UMNO
telah menghina kita. Bukankah sebelum ini ada orang yang telah mengaku bahawa
dia bukan murahan yang akan menerima dua ratus ringgit ?
Apa yang
mereka tidak sedar ialah UMNO menganggap orang yang menerima duit daripadanya
sebagai murahan. Wang RM 200 yang di bayar kepada pencacai adalah duit syiling
kepada orang yang menabur duit yang sebenarnya dikutip daripada rakyat. Syiling
RM 200 ini adalah sedekah daripada mereka tetapi ini terlalu sedikit jika
dibandingkan dengan betapa banyak duit yang telah dirompak di siang hari oleh
Tuan Besar di bawah perlindungan institusi persekutuan di Negara kita ini.
Agaknya ini adalah sebahagian daripada proses penyucian jiwa mereka. Perangai
bengap ini mesti ditamatkan menjelang PRU 13.
Lihat
sahaja lakonan badut-badut sebagai contoh iklan di TV oleh Pemandu mengenai
anti rasuah. Tanyalah diri kita bagaimana sebuah kerajaan boleh meminta
syarikat-syarikat untuk membuat akujanju untuk tidak rasuah sedangkan kerajaan
sendiri menghadapi masalah rasuah? Kita akan mengumpul banyak markah A jika
kita jujur di dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Muhyidin dan Khaled tentu
tidak kisah kerana mereka tidak pernah terlepas perkara yang mereka tidak
pernah dapat – mereka sendiri jarang dapat A .
Masih ada
yang tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada UMNO selepas PRU13.
Jawabannya sudah ada. Lihat sahaja di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan.
UMNOlah pembangkang di negeri itu. Inilah yang akan berlaku jika Pakatan
menumpaskan Barisan di dalam PRU13.
Di dalam
negeri yang di kuasai Pakatan, adakah orang Melayu di situ lebih teruk
keadaanya? Sudah hilangkah ketuanan Melayu ? Pelik bukan bila beberapa orang
“Melayu” yang mengadu ditindas dan dianiaya itu tidak menyerupai orang
“Melayu”?
Seperti
yang saya nukilkan sebelum ini, cara terbaik untuk mengetahui perangai sebenar
sebuah parti itu ialah ketika parti itu tidak memerintah. Apabila parti itu
menjadi pembangkang adakah mereka benar-benar membela rakyat. Adakah UMNO yang
menjadi pembangkang benar-benar cakna dan prihatin dengan masalah rakyat
seperti mana pembangkan di negeri yang dikuasai BN?
Mari kita
tanya diri kita sendiri – jika Najib terpaksa mengupah penunggang motosikal
untuk membawa bendera dan NGO UMNO boleh membuli dengan menghunus keris melawan
gerakan pelajar dan rakyat, di sebelah manakah UMNO? Justru di sebelah mana
pula Najib dan NGO UMNO? Maaf kerana markah A amat terhad.
Adakah anda
bersama yang menzalimi atau yang dizalimi?
Excellent piece of work, Zaidi. Please keep it up so that wider audience may have the benefit of Dato' Sak's well articulated arguments.
ReplyDeletescrooge
Dato,with readers like Zaidi volunteering to translate your English articles into Malay,come election time,your campaign will be overflooded with volunteers.It is unselfish people like them that will really make a difference.
ReplyDeleteDato,this coming Saturday we will have Bersih 3.0 supporters out in full force.Participants in almost thirty countries will take part,supporting a cleaner election.And Bersih 2.0 is just barely from a year old.
ReplyDeleteAnd Bersih 2.0 got a lot of coverage from the international news media.And as usual the dirty corrupted regime is thumping their noses at the people,locally and abroad.With the PDRM and the Armed Forces solidly behind the ruling regime,they are going to ride the tide against all odds,to cheat massively and hang on to power.
So what can Bersih 3.0 achieved that Bersih 2.0 cannot.By now there could be even millions of phantoms strolling the streets of the cities and kampongs.And the crooks are not going to turn over the original books unless the duplicates figures are cooked.
The only way is for neutrality of the dirty PDRM and the Armed Forces,to force the EC to come out with the true election rolls.Or for the international community to put pressure on the Umno/BN GOM for an independent international observing panel to look into the cooked books.
Umno dah sampai punghujung kerana dah tua dan dihinggapi puluhan penyakit yang tidak ada ubat.Semua janji mereka sebelum pilihan raya dah dibalas olih Allah didunia kerana pembohong dan penipu .Semalam kes menteri beri duit kat perempuan yang bukan isterinya ,duit dari mana patutlah tender mara ini mustahil dapat olih orang umno biasa.Kes qazaf adalah bukti yang malaysia nak tak nak islam.Enakmen islam dah ada pasal apa menteri tu yang jaga islam mahukan gunakan undang2 sibil ,lagi elok Allah mampuskan orang yang pura2 jaga islam tapi buat sebaliknya.Saya dah lama dalam umno dan haramkan keluarga saya pangkah UMNO kerana mereka ni semuanya munafik .Orang munafik ni lagi rendah maruahnya dari orang kafir ..
ReplyDeleteSak,
ReplyDeleteKirim salam yang murni buat Zaidi. Cantik sungguh hasilannya.
meru kapar
Ada orang masih percaya kebangkitan rakyat di merata dunia ini didalangi oleh CIA dan USA.
ReplyDeleteMereka berkata kebangkitan ini adalah sebab diupah!
Alangkah sedih kalau orang sanggup mati kerana duit USD?
Atau mereka dah bosan dengan kekejaman permerintah yang rakus, jahat dan ZALIM!
Mari lah kita renung apa sebenar yang berlaku..
Setiap yang berlaku dan tidak berlaku adalah Kehendak yang maha ESA!
Yang berlaku setiap perkara ada HIKMAHNYA sebaliknya!