Here is an e mail I received from an anonymous sender. It is about the proposed listing of Felda Global Ventures Berhad. Its written using the colloquial dialect of a Pahang Malay. Although the sender writes under the name of Budak Chini( which is in Pekan), he uses koi instead of kawan which is the preferred term of the Pekan Malay. The terms koi and aok( awak) are widely used by the West Pahang Malays, most often by the Malays in Jerantut.
Here is the e mail, which i produced verbatim.
OLEH: BUDAK CHINI
PERWAKILAN KPF & WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 1)
Koi nak berkongsi dengan perwakilan KPF dan warga Felda sekalian maklumat yang koi dapat dari sahabat-sahabat dari PR untuk semua. Mula-mula koi tertanya juga apa agaknya perubahan dan kelebihan undi kali ini kalau koi undi PR. Iyalah, macam-macam MSM dan blogger BN kata PR nak tutup Feldalah, hancur Melayulah, macam-macam lagi. Dalam kekalutan dan kontroversi melanda Felda hari ini, tentu ramai yang laparkan alternatif lain kepada perancangan listing, pelanggaran undang-undang KPF dan macam-macam hal lagilah.
Oleh itu Koi perturunkan draf Janji PR Untuk Warga Felda bagi renungan semua warga Felda atau sebagai penguat semangat aouk-aouk semua. Koi tahu ramai di antara peneroka dan kakitangan gerun dengan mulut-mulut yang mendakwa ‘mewakili PM’, ‘arahan PM’ dan kecewa kerana jasa dan bakti untuk memenangkan BN sebelum ini dipandang sepi dan diperlekehkan:
Manifesto Untuk Warga Felda: MENGHARGAI BUDI YANG TELAH MENYEMAI BAKTI
JANJI 1: MENGEMBALIKAN KEHARMONIAN DALAM FELDA
PR berjanji untuk memecat serta merta Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan gerombolannya di dalam Felda serta Lembaga Pengarah Felda yang meluluskan secara membuta tuli keputusan-keputusan merugikan Felda seperti penyenaraian Felda Global Venture secara lulus dahulu bincang kemudian, perlantikan melanggar undang-undang KPF serta lain-lain keputusan yang zalim dan membazir. Jawatan Pengarah Besar FELDA yang dipaksakan bercuti belajar akan dikembalikan begitu juga kezaliman ke atas Timbalan Pengarah Besar yang ditukarkan untuk menjaga buku-buku di Jabatan Perdana Menteri akan dihentikan.
Dalam tempoh 100 hari, Pakatan Rakyat akan menubuhkan Majlis Penasihat Felda yang melibatkan:
· Pengasas Felda dan bekas Menteri berkaitan Felda
· Wakil-wakil negeri berkaitan Felda
· Bekas-bekas Pengerusi Felda
· Bekas Pentadbir Felda
· Pentadbiran Felda semasa
· Ketua-Ketua Peneroka dan Penerokawati
· Wakil Belia Felda
PR akan mendengar pembentangan dan cadangan hala tuju Felda yang seterusnya dan akan bersama-sama merealisasikan hasrat warga Felda. PR mencadangkan sementara Majlis Penasihat Felda ditubuhkan, YM Raja Muhammad Alias, arkitek Felda diberi peranan sekali lagi sebagai Pengerusi Felda dan YM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah diberi peranan sebagai Menteri Felda. Jawatan Pengerusi Yayasan Felda akan dikembalikan kepada Tan Sri Dr. Yusof Noor bagi mengembalikan projek sosial dan kerohanian yang bermanfaat kepada warga Felda.
JANJI 2: MEMPERKASAKAN INDUSTRI ASAS DAN HILIRAN FELDA MELALUI PEMANTAPAN FELDA HOLDINGS BERHAD
PR berjanji untuk memecat serta merta Dato Sabri Ahmad daripada jawatan Presiden Felda Global Ventures, memecat Dr Suzana Idayu daripada Ketua Pegawai Strategi dan membuat rombakan semula struktur bagi mengembalikan Felda Global Ventures sebagai status anak syarikat Felda biasa yang berperanan menguruskan pelaburan Felda di luar negara. Setiap pelaburan di luar negara akan dikaji semula dan akan diumumkan prestasi perniagaan masing-masing kepada masyarakat Felda yang berhak tahu ke mana wang Felda dilaburkan dan apa prestasi terkini pelaburan tersebut.
Felda Holdings Berhad akan dikembalikan fungsinya supaya bebas daripada pengaruh Felda Global Ventures dan cadangan memperkasakan perniagaan anak-anak syarikat Felda Holdings akan dibawa ke dalam Majlis Penasihat Felda dan seterusnya dibincangkan di peringkat Lembaga Pengarah Felda Holdings Berhad.
PR berpendapat berbanding penyenaraian Felda Global, kejayaan Felda Holding Berhad dan anak-anak syarikat pada masa ini adalah suatu yang membanggakan dan memuji usaha gigih pengurusan dan kakitangan serta kerjasama warga Felda yang lain untuk mengharumkan nama Felda Holdings Berhad. Mengambil contoh Petronas yang berjaya mengharumkan nama negara dan meraih pendapatan tinggi tanpa campur tangan politik. Campur tangan politik BN mengakibatkan tersingkirnya permata korporat iaitu Tan Sri Hassan Merican, pengambilan keuntungan Petronas secara berlebihan tanpa pembentangan perbelanjaan di Parlimen serta penafian hak royalti sewajarnya bagi negeri-negeri pengeluar minyak petroleum.
PR berjanji untuk mengembalikan kegemilangan Felda Holdings Berhad dan anak-anak syarikat melalui memaksimumkan kecekapan, R&D bertaraf dunia, meningkatkan penyertaan warga Felda dalam peluang pekerjaan dan penubuhan Jawatankuasa CAT (Competency, Accountability and Transparency) bagi memantau sebarang aktiviti penyelewengan, rasuah dan penipuan terutama melibatkan hak peneroka seperti Kadar Perahan Gred (KPG), tender melibatkan penanaman semula dan jualan kayu getah serta lain-lain. PR juga akan melamar kembali Tan Sri Hassan Merican daripada syarikat asing di Singapura untuk menggantikan Dato Sabri Ahmad.
JANJI 3: MEMELIHARA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KOPERASI PERMODALAN FELDA DAN KEBAJIKAN AHLI-AHLI
PR berasa kesal dengan usaha berterusan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menggunakan pelbagai taktik termasuk menekan, mengugut, menyingkir Pengerusi dan Setiausaha Agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) serta menggunakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menghalalkan tindakan beliau untuk menjadi Pengerusi KPF dan membubarkan peranan Jawatankuasa Pelaburan KPF yang setakat ini telah berjaya menjadikan KPF sebagai koperasi terbaik negara. Lebih dikesali adalah mengikut jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Isa Samad, usahanya direstui malah merupakan ‘arahan’ daripada Perdana Menteri yang jelas menunjukkan Perdana Menteri sendiri tidak menghormati undang-undang sebuah koperasi yang disegani.
PR berjanji untuk menghentikan segala bentuk pelanggaran dan penghinaan undang-undang Koperasi Permodalan Felda dan paksaan melepaskan kepentingan 51% kepentingan Koperasi Permodalan Felda di dalam Felda Holdings Berhad. Sebaliknya, PR berhasrat meningkatkan lagi kepentingan tersebut kepada 55% dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan PR bagi meningkatkan lagi dividen kepada pemegang saham
JANJI 4: MEWUJUDKAN FELDA FASA 2
Kejayaan Felda dalam membasmi kemiskinan masyarakat serta memberikan tanah kepada mereka yang tidak punya apa-apa akan diteruskan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Berbanding rekayasa-rekayasa BN bahawa Fasa-Fasa Felda melibatkan Empat Fasa dan istilah seperti transformasi yang memerlukan Felda membuat pelaburan luar negara dan membuat penyenaraian Felda Global Venture untuk mengumpul dana bagi tujuan tersebut. Berdasarkan arkib dan pandangan pakar sejarah serta pengakuan mantan pimpinan negara terdahulu yang terlibat secara langsung dalam penubuhan Felda di samping Tun Abdul Razak, tidak terdapat di mana-mana catatan yang menyebut empat fasa tersebut dan kehendak yang memerlukan pengumpulan dana melalui penyenaraian. Pakatan Rakyat berpegang teguh bahawa terdapat golongan dalam negara yang perlu diberi peluang menjadi peserta rancangan Felda Fasa 2 selepas pengambilan peneroka dihentikan pada tahun 1996.
Pajakan tanah milik Felda yang diuruskan oleh Felda Plantation selama 99 tahun kepada Felda Global Venture adalah berniat jahat dan bertujuan menafikan hak rakyat di negeri-negeri di mana tanah tersebut terlibat termasuklah generasi baru dan lain-lain golongan untuk bersama-sama menjadi peserta rancangan Felda Fasa 2. Usaha mendapatkan modal yang besar melalui pajakan tanah adalah untuk menutup fakta pengurangan aset tunai yang berkurang secara drastic yang memerlukan pinjaman daripada KWSP serta kerugian pelaburan luar negara di bawah pentadbiran Menteri Felda terbaru iaitu Dato Sri Najib sendiri dan di tambah perlantikan Pengerusi Felda baru yang disabitkan rasuah oleh UMNO sendiri, Bajet 2012 Felda menunjukkan defisit yang tinggi dan dijangka keadaan ini berterusan selama 99 tahun. Antara kesan pajakan tanah milik Felda adalah Perbelanjaan Pengurusan Peneroka berkurang lebih 50% berbanding tahun 2011 dan ini menjejaskan nikmat-nikmat dan perancangan pembangunan untuk peneroka pada hari ini.
PR berhasrat membuka tanah-tanah rancangan baru serta mengisi kembali peserta yang telah meninggalkan atau tersingkir daripada rancangan Felda yang telah dihentikan pengambilannya pada tahun 1996 dengan secara berperingkat dan memastikan penggantian pendapatan kepada Felda dilakukan supaya nikmat warga Felda melalui program pentadbir sedia ada tidak terjejas. Antara golongan terlibat dicadangkan untuk terlibat dalam pembukaan Felda Fasa 2 adalah rakyat termiskin, generasi baru Felda serta anggota beruniform dan keutamaan adalah kepada anak-anak negeri di mana tanah tersebut berada. Peranan pentadbiran Felda dan Jawatankuasa Perundingan Peneroka akan diiktiraf sepenuhnya berbanding tindakan unilateral BN melalui Pengerusi Felda yang memusuhi pihak-pihak berpengalaman dalam Felda dan hanya mengutamakan pandangan diri sendiri dengan meletakkan alasan ‘Arahan Perdana Menteri’.
Koi minta aouk-aouk semua warga Felda nilai sendiri draf Janji PR untuk warga Felda di atas. Koi difahamkan draf tersebut masih dalam perbincangan dengan pimpinan atasan PR dan draf ini diusulkan sendiri oleh perwakilan KPF, peneroka, kakitangan dan generasi baru Felda. Kita sambung kemudian, koi nak ke ladang. Pesan koi, biar kotor badan dengan tanah, jangan kotorkan hati dan makan rezeki kotor.
Dato,what ever is on the route to the FGV listing,is not going to be rosy for the majority of the Felda settlers.Sometime down the road when the settlers have sold all their shares and spent all the money they will feel like an outcast on the settlement and come back to blame the GOM.
ReplyDeleteBy then the Umno/BN might be in the opposition.Then the poor new GOM will have to bear the brunt of the settlers.But one thing is for sure.A few people is sure going to hit the jackpot,if the listing goes on as planned in May.
Kata seorang peneroka Bukit Sagu (asal Temerloh) kepada ku,"koi memang tak berkenan dgn Najib ni, beza dgn Tun Razak...ayoh dia beri tanah, Najib pulok beri orang luar tanah...tak pasai2". Sambung beliau lagi, "nilah Najib, buat gini dah jadi senjata pada pembangkang".
ReplyDeleteDato', statement bagini menunjukkan kebanyakkan peneroka memang tidak bersetuju dgn penyinarainan FGV ini namun hati kecil mereka tetap menyokong BN...
Tis exactly what happen at LBJ, the small sneaky MB son of Samad promise them a million for their land but he just bayar them RM400k then he went to Federal and Tok Mat had to clear the balance before PRU12....Tis guy taxde morals and ethics, nor fear of God..
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteBased on what I read, I am a bit surprised. It shows that PR this time is seriously would like to win Felda people votes be it settlers or staffs by preparing Felda related oriented promises.Anwar also received good welcome party and umno goons show terrible fear to the extent of attacking Anwar's car.I heard even Mazlan ANAK speech drew more and more crowds each day.By coming out with these Felda oriented promises, it will appeal more the frustrated masses in Felda and they will surely give protest vote to PR and if PR won,they have these promises as reward.Hope will see this manifesto flying in Felda settlements soon!
Salam Dato'
ReplyDeleteHad there been the possibility of March 11 election, the FGV listing in May perhaps could be stopped dead.
Hope there are ways or steps other than that which had got the ruling to prevent KPF EGM to be held that would effectively delay if not prevent the FGV listing.
Nowadays someone's favourite judge can easily overturn one judge's ruling.
There are 2 main objectives for the listing of FGV.
ReplyDeleteTHe GE is expected to be held after the listing. The share price is expected to go up when trading commences. Hence, Felda settlers will be overjoyed and will strongly vote for UMNO/BN.
The 2nd objective is plundering big-time.
The future health of Felda and its settlers is not of much concern now.
Dato
ReplyDeleteTo begin with FGV is a grave blunder for FELDA. FELDA think that it can leapfrog from a village to be global heavy weight player- in the corporate scene in the US and elsewhere. This is the dire consequence of idiotic “ glokal” mentality and handing over ventures like FELDA to the hands of paper shufflers- the likes of Wall Street crooks. Look at the similar blunders of PROTON. Spent hundreds of million in acquiring Augusta, only to sell it for one Euro. The buyer ended making big buck reselling it to BMW. That makes PROTON a laughing stock of the international corporate fraternity. PROTON was so proud to spend a fortune to buy the half dead Lotus, thinking that it could be revived. Other big players, the Chinese or the Indian do not want to touch it. How much has all these follies by these”glokal” morons have been a burden to the Malaysian? Enterprise like FELDA or PROTON could survive only in the protected environment of Malaysia. It can do business with the rest of the world not in the rest of the world - not yet.
Where is PERNAS now ?
ReplyDeletePERMODALAN NASIONAL BERHAD - a giant then set up by Razak also to help establish bumiputra corporate into plantation to shipping.
There was a MBO by Tunku Shariman and later during the 1998 crisis changed hand to Syed Mokhtar.
Now Syed Mohktar controls BERNAS, DRB HICOM, TANJONG PELEPAS, MMC power business, PROTON,TRADE WINDS ,BANK MUAMALAT etc..
So in the course of done, FELDA is also fated the same : end up with Syed mokhtar..
Salam Sdr Arif,
ReplyDeleteSaya rasa peneroka felda akan jadi pemilik saham ala Pak Man Telo yang sangat masyur dengan oraang melayu pada tahun 80an dulu. Pak Man mati setelah sahamnya gagal, peneroka kalau takmau rugi hendaklah mematikan kerajaan yang mengaanjurkan FGV ini sebelum terlambat...
Dato,
ReplyDeleteIt is unfortunate that PR has promised to appoint Tan Sri RM Alias as the chairman of FELDA without even asking him. This is very deceiving on the part of PR.
I am sure therefore PR has not approached the others mentioned too before promising.
Typical politicians, promise the sky and moon but in reality can't fulfill their promises.
Dear Dato,
ReplyDeleteArwah Tun Razak was "Bapa Pembangunan". Under his stewardship MISC, PETRONAS, FELDA, FELCRA,RISDA, Majuikan, Maju Ternak,MARA,PERNAS, BANK BUMI, Tabung Haji,Lembaga Padi Dan Beras, FIMA,LEMBAGA KOKO, TIMBER BOARD, MAS, dan terlalu banyak lagi untuk di senaraikan disini.Kesemua usha ini berpaksikan kapada kajian teliti dan berdaya maju. Tetapi Mahathir dengan nasihat saorang pengusaha garam, memusnahkan kebanyakan usaha arwah Tun Razak ini dengan program piratisation agar anak beranak dan kroni mewah.Disamping menghancur dan meusnahkan legasi Tun Abd Razak Mahathir memboroskan kahzanah rakyaat untuk meninggalkan legasinya dengan monument mewah gajah putih hasil dari inferiority komplek beliau, berpaksikan egois dan mimpi saperti PROTON, HICOM,KLCC, Perwaja,Putrajaya,Malaysian,FI, Philharmonic, KLIA, Kapal Terbang Composite,Rumah Kediaman dan berbagailagi.Kesemua projek ini adalah "berbelanja" bukan investment/pembangunan sabenar dan hanya meninggalkan beban sahingga kini dan selama-lama nya.Bayangkan berapa banyak kos untuk menyelenggarkan kesemua projek egois monument mimpi Mahatir ini. Sahingga kini rakyat Malaysia terpaksa menaggung bebannya.Mahathir banyak menghabiskan pertukaran wang asing. Projeknya monumentnya hanya banyak memberi manafaat kapada pendatang asing - consultant, kontraktor, pembekal ,pekerja dsb.Sikap egois dan inferiority komplek Mahathir juga turut menghabiskan wang rakyat berjudi.Kononnya beliau boleh mengalah kaum kapitalis Yahudi.Berpandu kapada pensihat Yahudinya berbillion telah dihanguskan dipasaran wang dan dan pasan Bijeh Timah di London.
Untuk memastikan mimpinya di capai-segala institusi awam turut dirosakan.Sebahagian besar aklak Bangsa Malaysia telah turut rosak.
Sekarang giliran generasi pertama arwah Tun pula memboros dan memusnah segala yang ada membabi buta. Beliu dikelilingi oleh Penasihat2 dari Ivy League.Hasil Ivy League inilah yang telah meranapkan ekonomi USA dan Eropah sekarang ini.Panglima beliu pula terdiri daripada "rags" to "riches" pesalah guna kuasa dan perasuah.
Dalam satu atau dua dekad lagi rakayat Malaysia akan mula berhijrah ka Bangladesh, Myanmar, Vietnam dan Indonesia pula sebagai PATI-tunggu dan lihatlah. Akan tercapai visi 2030 ini.
The Son,
ReplyDeleteFrom what I read, it is still a draft as mentioned by the writer.But I have no reason not to believe as I know very well that Dr Dzulkefly Ahmad of PAS is YM Raja Alias immediate neighbour. YM Raja Alias still has strong and sharp mind and be able to lead Felda again is a tremendous honour to him and will have 110% support from Felda people than the current chairman.Tan Sri Hassan Merican to lead Felda Holdings is a great idea compare to incumbent holder who has previous black record with Sime Darby.Felda Holdings suit Tan Sri Hassan Merican better as Im sure he wont want to see that Omar Mustapha Ong in his board back in Petronas (the main reason he quit Petronas).
Dear Anon 23 February 2012 13:28,
ReplyDeleteI had brought the article to the attention of YM Tan Sri RM Alias and he was taken aback by what was proposed by PR and is quite dissappointed that PR decided to publish it without having the courtesy of speaking to him and therefore implicating him.
He is unhappy that PR has decided to use his name to achieve their political objectives. He further feels that it is extremely disrespectful on the part of PR having done this.
He has categorically indicated that his retirement in 2001 after nearly 35 years of service to FELDA was his decision not withstanding the PM had requested that he continues and he has no intention to resume, considering his advance age.