Mengapakah ada tentangan kepada penyenaraian FGV global? Bukankah para peneroka yang berjumlah 220,000 itu akan mendapat durian runtuh? Isa Samad telah janji- peneroka mesti bergembira. Kerajaan UMNO sentiasa menjaga kebajikan para peneroka….dan kebajikan warga korporat. Soldadu perkasa pun kesana kemari menakutkan sesiapa yang menetang agenda kaki lutu Isa bin Samad.
Berapa nilai durian runtuh tersebut? Barang di ingat durian runtuh ini sekali sahaja. Dan peneroka akan menikmati nya jika mereka menjual saham free yang mereka terima. Free dari mana? Tentulah FGV yang akan beri. Jika tidak, maka tidak ada galakan atau insentif untuk peneroka menyerah jiwa dan raga mereka bukan?
Setelah di IPO kan, pegangan FGV ialah sekitar 28%. ( 39% dari 70% perniagaan). Pegangan KPF ialah 42%. FGV akan set aside sebahagian dari saham mereka untuk di agihkan kepada 220,000 peneroka. Berapa banyak yang akan di agihkan? Katalah 10%. 10% itu berapa nilai nya dalam sebutan mutlak? Saya tidak tahu macam mana mereka buat perhitungan, tapi target FGV ialah mencatat nilai 7 billion apabila di IPO. Jadi kalau mereka set aside 10%, maka nilai mutlak nya ialah 700 juta. Bahagikan 700 juta ini dengan 220,000, maka seoang peneroka akan mendapat lebih kurang RM3200 seorang.
Terpulanglah kepada peneroka untuk berfikir adakah premium 3200 seorang ini setimpal dengan penyerahan segala yang mereka miliki secara lansung melalui KPF dalam FH berbaloi. 3200 di bahagikan dengan 12 bulan, tidak sampai 300 Ringgit sebulan.
Tapi siapa mahu kasi 3000-4000 setahun kepada setiap peneroka? Anwar Ibrahim? Kit Siang? Nik Aziz? Semua tak boleh. Hanya Isa bin Samad sahaja yang boleh. Siapa tentang akan kena lutu. Sebab Isa Samad kata kalau dia jumpa orang itu, dia akan lutu. Hoho. Dalam dunia ini Isa bin Samad sahaja yang boleh lutu. Dan Isa Samad sudah pun lutu Zulkifli Wahab. Sehingga Isa Samad hantar gerombolan perkasa supaya menakutkan Zul Wahab.
PM telah beri tugas kepada Isa Samad, Isa- you jayakan IPO ini by any means necessary. Maka, tentangan terhadap penyenaraian akan di pandang serong dan di anggap suatu sikap yang anti peneroka. Sedangkan jika di kaji, bukankah penyenarian tersebut akan meninggikan harga saham koperasi permodalan FELDA?
Tapi kita serius sikit. Apakah yang merisaukan atau boleh merisaukan peneroka? Kepentingan peneroka terletak pada pegangan KPF dalam FELDA Holdings. Peneroka menguasai 51% daripada saham dalam FH. Ini bermakna mereka mempunyai penguasaan lansung atau direct control keatas tanah2 dan asset dalam FH. Bila penyenaraian berlaku, semua tanah dan asset di pajak kepada syarikat FGV yang disenaraikan. Sebagai balasan peneroka memiliki saham melalui KPF. Mereka tidak lagi menguasai secara lansung tanah dan asset.
Apabila penstrukturan berlaku, kepentingan peneroka akan meningkat kepada 61%. Kan itu lebih banyak? Tapi 61% daripada berapa? Jika 30% saham di resebkan untuk orang awam, maka baki perniagaan yang tinggal ialah 70%. 61% dari 70% hanya sekitar 42% sahaja. Jadi pegangan kepentingan peneroka mengecil dan bukan membesar. Tapi business nya besar kata pihak FELDA. Ianya besar setelah IPO. Betul, tapi nilai pegangan peneroka akan hanya bertambah jika modal yang di perolehi oleh FGV di laburkan semula kedalam bisnes FGV. Tapi kita tidak pasti ini akan berlaku. Rekod FGV tidak menyokong optimism seperti ini.
Soalan yang paling penting ialah- setelah penyenaraian itu, boleh kah FGV jamin pulangan keatas saham tinggi? Ianya bergantung kepada banyak angkubah dan pihak FELDA mampu memberi 1001 alasan jika pulangan tidak menentu. Tapi yang paling meresahkan ialah samaada FGV mempunyai kapasiti pengurusan untuk unlock value saham FELDA?
Kenapa FELDA merasakan perlu membuat IPO melalui penyenraian FGV? Bukankah IPO penrniagaan gula nya telah medatangkan modal kewangan yang ok kepada FELDA? Dan FELDA kata dia banyak reseb. Ahmad Maslan pun telah menyaman orang2 yang tidak bertanggung jawab yang menuduh FELDA bengkrap.
Jika FELDA merasakan FGV mesti disenaraikan, maka ini bukti secara tidak lansung bahaw FELDA dalam keadaan teruk. Reseb nya memang merudum. IPO bertujuan mendapatkan modal bagi mengembangkan pendapatan dan perniagaan. Untuk menjustifikasi tujuan mendapatkan modal kewangan, FGV boleh buat macam macam cerita. Termasuklah pengkisahan bahawa perniagaan buat masa ini tidak memaksimakan nilai. FGV merasakan mereka boleh melakukan yang lebih baik. Ini termasuklahL- (1) meleraikan sekatan supaya nilai saham FELDA lagi tinggi ( (2) menjalankan pengurusan yang lebih baik( 3) meningkatkan produktiviti FELDA dan lain. Ini janji2 FGV.
Itu bukan perkara yang luar biasa. Orang yang hendak memujuk orang awam berbelanja keatas saham mereka tentu melakukan cerita yang baik baik. Penceritaan yang mengasyikkan tidak lah sukar di buat. Jika kita mengupah penulis yang ada sedikit ilmu corporate finance dan accounting, mereka akan menghasilkan cerita ajaib yang menyeronokkan.
Namun demikian, kita tidak dapat menipu apabila berdepan dengan fakta dan hard numbers. Rekod perniagaan FGV tidak lah baik. Ia telah mengalami kerugian sebanyak RM 500 juta. Dan FGV tdia mempunyai sumber kawangan dan harta sendirian yang boleh menyokong penyenraraian nya. Mereka tidak ada fundamentals.
Jadi bagaimana mahu mengelak kesangsian yang menyelubungi cadangan membuat IPO ini?
FGV hanya berbekal rekod busuk -rugi rm 500 juta di dalam bisnis.
ReplyDeleteApakah gomen mat najib nak biarkan mat mat yang tak ada kaliber
punahkan projek yang telah dilahirkan dek bapanya sendiri?
Banyak soalan timbul bila tuan sakmongkol dedahkan cerita FGV ini.
Mengapa Tun Madey yang banyak pandangan terhadap isu dunia/
melayu senyap aje? Adakah isu kepentingan mat mat Felda ini
tak penting baginya?
Tidak kah ada satu badan yang mengawal kepentingan koperasi
/atau Felda sendiri ambil berat tentang interest peneroka?
Mengapa agensi yang bertanggungjawab atas koperasi senyap aje?
Adakah penindihan bidang kuasa antara agensi Felda/ Jabatan?koperasi
di dalam hal menjaga kepentingan peneroka?
Mengapa tidak ada cadangan dari ajensi yang mengawal kepentingan
koperasi/ felda membuat satu arahan supaya mat isa dan gengnya
melantik independent accounting firm untuk beri pandangan financial
pasal listing - dan merekomen/tidak rekomen usul listying ini?
Adakah felda jatuh dibawah kawalan koperasi dibawah akta koperasi?
Dan tidak adakah analisis legal samada pegangan korporat felda sebagai
peneroka ,merupakan satu constructive trust keatas felda untuk benefit
peneroka? Tidak adakah loyar melayu /malaysia yang mampu beri
satu analisa atas konsep constructive keatas Felda sebagai pemegang
amanah di dalam pegangan mereka?
Saya sedih kerana tidak ada loyar melayu yang sanggup kaji implikasi
legal yang berkaitan dengan felda sebagai peneroka corporat.
Mungkin komentator Walla bolih bantu dan extend bantuan legal
untuk warga felda sebagai satu filantropi hidupnya.
Mengapa Mr Walla senyap saja. The Felda families need your help,
Sir! And you can be magnanimous to be a great philantrophic
malaysian like Ted Forstmann to help the downtrodden , eh?
And we cannot expect such a philantrophy from the rich mats, can we?
khong khek khuat
The listing becomes dubious with Isa Samad at the helm. Anyway what is wrong with the present set up when Felda can accrue money from it's plantations to assist the setllers jn their times of need? After all this is on top of the settlers income from their present holding.
ReplyDeleteEverything seems to point to an attempt at some people making a quick income via this listing exercise with small bits going to the settlers and covering up for the RM500 million losses via FGV business.
Dato,
ReplyDeleteU have been championed relentlessly for the good of the peneroka Felda.
Yet u seemed to have missed the biggest catch of All.
Middle of this yr, someone claimed that Felda's reserve of RM40B had been slowly depleted to around RM4B.
Many came out to state otherwise. Even Jibby jumped the wagon's too. Most of the 'crabs' were surround the market values of the 'tons' of high end commercial properties that Felda claimed to owned.
Somehow, if one adds up all the 'market values' of these buildings, less the bank charges, the RM40B is still nowhere near!
So, the current story of Felda is an old one - how to cover the short-falls, & fast. The TRUE fact about the emptying piggy bank of Felda has finally surfaced.
Isa is the hand-picked man to do the cleansing of Felda, bcoz Jibby owes him a P Dickson's favour. Isa also needs some retirement fund. The current DG of Felda, though falls out of favour, is not clean too.
In short, they r all in it to CHEAT the peneroka!
BTW, Felcra's financial status is not much better too.
FGV's IPO & share-swaps with FH seem to be the hot games that these blood-suckers know best. It has to be a done deal. Or else more dirt would emerge.
& that would be the ULTIMATE sin of the son for the painted legacy of an equally crooked father!
Sir,
ReplyDeletePemimpin UMNO curi RM1000, kasi RM50 kepada rakyat, khasnya Melayu Felda dan kampong.
Melayu Felda pun lapas: "Syukur Alhamdulillah, baiknya pemimpin UMNO, sentiasa bagi rezeki, menjaga Ketuanan Melayu. Mari kita pangkah UMNO sampai akhir zaman".
Kebanyakan, bukan semua Melayu. Sedih rasanya. Bodoh & jahil.
Kuching yang da rasa susu-kerajaan tetap minum susu-kerajaan sahaja.
ReplyDeleteDato
ReplyDeleteNampaknya terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab.Yang sedihnya adapihak yang tertentu mengambil kesempatan keatas Peneroka yang "kurang celik" dan tabiat Melayu yang sangat gemarkan durian runtuh.Tetapi IPO ini kisah durian yang "akan diruntuhkan". Sudah terlalu banyak kisah peneroka yang kerana "durian diruntuh"
Isa Samad guru sekolah saya diSDAR yang kurang berakhlak dan tidak keSDARan bahawa dunia ini adalah sementara.Beliau telah banyak"meruntuh" dan mengadaikan pusaka Melayu di NS. patut dialu2kan.
Jasa Datuk yang tidak penat2 berleter untuk menyedarkan peneroka FELDA khasnya yang mereka akan diganjakan sabelum disamun ini adalah satu perjuangan yang mulia.Terima kaseh.
Kita rehatkan UMNO ni...depa dah letih memerintah Malaysia ni ooo lebih 50 tahun..lutut depa dah kejang...sampai perkara macam ni depa tak boleh nak pikiaq lagi....
ReplyDeleteKita pilih Dato Sak and the team...
respect your tenacity on this contentious issue.
ReplyDeleteLet the pillage and rape of the land begin. . .
ReplyDeletePity the poor felda settlers who sweat and toil the land but someone else gets the spoils.
In the end cronies become billionaires while the poor felda settlers get the crumbs and ironically being told that they should be happy for thier windfall!
Dato,maybe hopefully the GE will come before the listing of Felda gets off the ground.Hopefully Umno/BN gets the boot.A new GOM takes the place of the old corrupted regime,and maybe the listing of Felda will be scrapped.Then things will be back to the same and if the proposal to list Felda never happens.
ReplyDeleteSalam Dato,
ReplyDeleteMaso Dollah cokup dio pasal politik wang dulu banyak gak duit dio abih. Jadi sekarang ni nak baleh dondam lah..najib plak sebagai penaung peneroka (prihatin lah konon eh pasal peneroka..ni yang buek den kombong porut tergolak sakan) bagi green light. Apo laie.. Pucuk di cita, ulam plak yang ado.. Songlap lah..
Drp; salleh majid
salam dato,
ReplyDeleteizin saya perbetulkan nilai durian runtuh yang di janjikan oleh Felda dan pm serta menteri2 kita dalam media masa dan banyak majlis - mereka menjanjikan minimum seorang akan dapat 25ribu..! dari mana nombor ini datang.. saya juga kurang pasti.., pasti di petik dari langit atau mana-mana.
Tapi yang penting inilah jumlah yang di tatang-tatang kepada para peneroka dan semua yang ada pegangan saham dalam kpf sebagai pemanis mulut..!
Yang orang kpf marah - duit yang di janjikan ini bukan nya datang dari mana-mana pun - tapi di cadangkan di korek dari kantung rezab kpf sendiri! bukan dari Ipo atau mana-mana pun.
jadi - Inilah yang tak betul nya! orang pergi IPO sebab syarikat perlukan modal lagi utk expand bisnes.. , tapi felda pegi IPO dgn tujuan yang .. kita sendiri sangsi.
Dalam hal berkaitan jalan menuju ke IPO ini.. telah banyak kepincangan di bincangkan dan di tanya secara terbuka.. namun.. ada ke mana-mana pihak nak bertanggungjawab?
1. Isa samad - mana datang kelayakan dia nak jadi pengerusi dan buat pelbagai keputusan demi keputusan penuh kontroversi bagi pihak KPF? - bukan kah dalam undang2 kecil koperasi felda ada termaktub - seseorang mestilah menjadi ahli sekurang-kurangnya 2 tahun untuk dia menjawat sebarang jawatan dlm felda?
- ahli juga mestilah dari kalangan peneroka, anak peneroka atau kakitangan felda.. juga bukan ISA.. ?
perkara ini telah di ajukan ke SKM (suruhanjaya koperasi) oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati.. namun jabatan koperasi nampaknya membisu seribu bahasa .. Ya pun takde.. Tidak pun takde.., yang ada - kami masih meneliti! nak teliti apa kalau dah terang-terang tertulis? TAkut nak berkata tidak nampaknya - badan yang mengawal selia koperasi2 seluruh malaysia.
- kalau begitu.. apa guna semua koperasi-koperasi di malaysia ini mematuhi pelbagai peraturan2 ketat koperasi, jika undang-undang kecil yang di peruntukkan di bawah akta koperasi boleh 'di langgar' begitu saja?
- sepatutnya.. lebih ramai ahli koperasi felda membuat laporan demi laporan kepada suruhanjaya koperasi supaya perkara ini dapat perhatian sewajarnya!
- bila terlalu banyak keputusan-keputusan yang nampak 'pelik' dari kebiasaan.. maka patut di situ telah 'trigger' satu unsur yang tidak sihat sedang berlaku dan patut di siasat segera.. mana SPRM?
anak peneroka juga.
Berdasar kepada perkembangan semasa kemampuan KPF membayar dividen 15% memang tidak diragukan. Jumlah ini hampir dua kali ganda berbanding dividen ASB. Apakah kelebihan ini mahu diketepikan begitu sahaja hanya kerana janji durian runtuh yang dijaja oleh Isa Samad kesana kemari. Mana perginya pentadbir Felda dipeingkat rancangan dan Ibu Pejabat yang selama ini mengglakkan peneroka menabung dalam KPF. Apa pandangan mereka mengenai penglibatan KPF dalam penyenaraian FGV. Sepatutnya Ahli Lembaga Pengarah yang beri penerangan kepada ahli seluruh negara. Kenapa Isa Samad.
ReplyDeleteYang penting Ahli Lembaga Pengarah KPF perlu lebih berhati-hati membuat keputusan. Selama ini kita hanya mendengar hujah dari Isa Samad sahaja. Usahalah untuk mendapat pandangan professional pihak ketiga yang berkecuali. Jangan terburu-buru membuat keputusan. Kaji data-data sediada. Ingatlah dalam hal ini KPF juga adalah pihak pelabur.
Banyak persoalan yang maseh perlu diteliti. Mengapa perlu libatkan KPF dalam penyenaraian FGV. Adakah benar-benar untuk kepentingan peneroka atau ada agenda lain yang tersirat.
Apakah peneroka kurang selesa dengan dividen 15% dan mahukan yang lebih besar. Semak dividen yang dibayar oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Berapa dividen mereka bayar.
Selama ini pegangan KPF dalam kebanyakan Syarikat-syarikat Felda sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui Felda Holdings Bhd melebihi 50%. Bagaimana KPF dapat mengawal jika pegangan ini dikurangkan. Perniagaan syarikat Felda bermula apabila peneroka menghantar hasil sawit atau getah ke kilang-kilang Felda. Dari situ ianya berkembang hingga mengwujudkan berbelas syarikat dan juga syarikat-syarikat usahasama dengan pelabur-pelabur luar negara. Bagaimana kepentingan peneroka dapat dipertahankan jika yang membuat keputusan kelak hanya bergantung kepada kepentingan kewangan semata-mata. Adakah kebajikan peneroka yang merupakan tanggungjawab sosial Felda dapat dikekalkan.
Pelabur luar boleh pada bila-bila masa melepaskan pegangan saham mereka jika kena pada syarat dan terma yang menguntungkan mereka. Apa jadi dengan peneroka dan KPF.
Dikhuatiri penyenaraian FGV ini antara lain adalah untuk mendapat sumber kewangan bagi menampung kerugian pelaburan luar Negara yang dibuat atas nama perkembangan niaga yang stretegik.
KPF jangan mengulangi kesilapan FGV. Mengharap pulangan besar akhirnya sendiri terbakar tangan. Berhati-hati dengan durian runtuh yang dijanjikan. Janganlah mendengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan. Dunia korporat bukan semudah yang dijangka. Bijaklah menilai demi menjamin masa depan meneroka dan generasi yang akan datang.
Jangan biar hidung dicucuk dan jadi pak turut sepanjang hayat hanya kerana mimpi indah yang belum tentu menjadi kenyataan.
Selalunya kita lupa yang bila kita nak lutu orang, lebih ramai lagi orang yang nak lutu kita.
ReplyDeleteSuci Dalam Debu :
ReplyDeleteSepatutnya :
"Pemimpin UMNO curi RM100 juta, kasi RM500 kepada rakyat, khasnya Melayu Felda dan kampong".
Malam hari bawak duit pergi makan KFC anak beranak terus kena cukai, buat bayar bill Astro, bayar cukai lagi dan cukai-cukai lain.
Walaupun tak bayar cukai pendapatan sebab gaji sikit, banyak lagi cukai yang dia bayar tapi tak sedar. Yang sedihnya, dia tak sedar duit yang RM100 juta yang dikebas pemimpin UMNO/BN dan duit RM500 yang dia dapat tu adalah dari duit cukai yang dia bayar tadi. Dia tak tahu pun kerajaan dapat duit dari mana.
The job is to keep the Malays poor and ignorant so that they can buy these Malays with RM500 and using their media to scare the Malays into voting for them using 'demi bangsa, agama dan raja " tagline during election time.
Macam mana Melayu nak maju macam ni? Hancur Melayu dibuatnya. 100 tahun lagi pun Melayu tak akan maju. Memang betul, saya pun rasa sedih. Pemimpin Melayu ni tak peduli pada orang-orang Melayu ni asalkan mereka kaya.
Kita harap UMNO berubah tapi nampaknya ia tak mampu sebab dah punah ranah. Jawapannya - TUKAR saja.
Dato,
ReplyDeleteWallop UMNO habis-habis. But since you are an UMNO man, make sure you are clean else they will come after you. UMNO love their tainted/corrupt leaders/members so that they can use it against them should these leaders rebel. That is why under Mahathir, no UMNO leaders dare to go after him as he has all their "personal files" with him.
Interesting report by The Edge reporter http://www.theedgemalaysia.com/highlights/198404-doubts-over-felda-globals-ipo-deadline.html
ReplyDeleteAnalyst from MIDF Research doubt it will happen in April as Sabri Ahmad statement yesterday and even doubt it will happen at all.At other plantation company,they are dealing with mostly foreign workers who have no choice but to accept corporate cruel decision everyday.But at Felda,if the settler feel offended or feel being shortchange,any boycott campaign will effect mills production and the effect will trickle down to downstream activity.No one can guarantee that the settlers will ever be loyal and send their fruits to felda mills forever.
Interesting rumours heard are Pahang now thinking twice to lease their vast land for 99 years to FGV.Johor,Selangor,Kedah,Kelantan say no.Even Sabah say no.The land leasing will shortchange the states in term of premiums paid, zakat and others and they are merely offered some stake in FGV.Most importantly,they will be losing their rights to use their own land for 99 years and if they ever try to breach the agreement,a very very high penalty will be imposed to the states involved.Currently,those who walk in the corridor of power threaten these states that Felda and the federal themselves will no longer fund their election money if they refuse to kow tow to agreement.Only Sultans of these states can be the last defender of the states land...will they stand firm?Lets see...
salam,
ReplyDeletetengahari tadi (1.30 pm) isa samad & the gang datang buat meeting di sebuah hotel di kota tinggi, johor..
ada apa-apa maklumat?
bro,
ReplyDeletei personally think that you should be appointed to take over isa samad's place. how about that bro?
Assalamualaikum Dato' Sak,
ReplyDeleteAlahai Dato', kalau pemimpin dah selera, kata ajalah apa pun. Puak muka tebal tembolok bengkak ini bukan tahu malu pada manusia atau pada tuhan. Janji nafsu serakah puas. Halal ker, haram ker - mana ada pernah puak puak muka tebal tembolok bengkak ni ambil peduli.
Contoh dah banyak sangat. Asyik Dato' mencucuk diorang ni, tak tembus pun kulit muka puak puak ni.
Ada dia amik kisah? Gaya perogol dah nampak mangsa, nafsu serakah dah naik kepala, mana dia heran mak budak perempuan tu ker, adik dia ker, walhal mak bapak dia sendiri pun dia tak kesah. Janji puas.
Itulah kepala pumimpin yang kita jugak pilih tiap tiap pilihanraya. Yang dicanangnya nanti 'rahmat' RM 500/Rm 100/Buku/KR1M. Yang nala nala, yang berisi bersisi dah lama kena kebas. Yang habuk tu la yang jadi gula gula puaka pada orang bawahan.
Tapi yelah, bak kata satu komen dalam siri kisah Felda ni - elok biarkan aje. Esok, bila gula gula dah habis manis, tanah dah tergadai, nak buat apa pun tak boleh sebab FGV, baru barula teringat dengan melayu melayu berapa kerat (you included) yang dok suruh lawan pelan ni dulu.
Ni yang nak kasi jahanam, nak merogol dan melampiaskan nafsu ni orang melayu jugak. Yang nak kena pun Melayu jugak. Biarkan ajelah.
Tapi esok bila dah terhantuk, jangan pulak cari salah Cina ker, salah India ker - ini semua salah sendiri.
Kepada warga Felda yang cerdik, kepada anak anak peneroka yang boleh membaca - anda harapan masa depan untuk membantu menggagalkan rancangan busuk ini.
Kalau tak, anda pun turut sama rela dengan pemerkosaan tanah titik peluh yang menghantar anda belajar.
Ataupun, anda nak senyap dan biarkan pelan ini berjalan? Mana tahu ini lebih baik - esok bila dah sedar, boleh la pakat pakat jangan pangkah puak puak yang menyusahkan anda.
Melayu Baru
Dato
ReplyDeleteAny comment about this mega project?
http://malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/46112-and-the-winner-is-tan-sri-tan-kay-hock
salam
Kalau Datok nak masuk DAP seperti yang dilaporkan dalam Malaysia Insider, saya SOKONG.
ReplyDeleteOrang Melayu seharusnya lebih ramai masuk DAP supaya propaganda UMNO yang DAP tu anti Melayu, anti Islam dan anti Raja dapat di hapuskan.
Lagi pun DAP, on its own, cannot rule this country. In fact not even a single party including UMNO, on its own, can rule this country.
If anyone who is serious to help the nation recover and prosper, DAP is the platform. And together with the other allies, they are capable to rule better than UMNO/BN. UMNO/BN now is not the same like UMNO/BN of 20 years ago.
Melayu DAP.
Saya rasa, biarlah FGV diapungkan dibursa malaysia. Kita lihat keputusannya samada +ve atau -ve. Sebab utama ialah, BN akan sentiasa menyalahkan Pas kerana campur tangan dalam urusan Felda. Biarlah BN yang uruskan projek Felda ini.
ReplyDeleteBagi saya, sekiranya terdapat kerugian yang serius seperti Sime Darby (SDB), barulah Kerajaan dan Felda boleh diserang. Selagi mereka ini selesa dengan perniagaan mereka, kita perlu sokong sebab apungan dalam BSKL akan dapat mengukuhkan pelaburan Negara.
Sepatutnya, kita tunggu dan lihat.
Saya cuba merujuk kes ini dengan MSM, dimana nilai dagangan melebihi nilai IPO pada hari pertama.
KPF perlu engage reputable audit/accounting firm untuk buat analysis report sebelum memberi apa-apa persetujuan kpd FGV. Ini bagi memastikan hak dan kepentingan mereka terpelihara jika tidak menguntungkan dalam 'restructuring' exercise ini.
ReplyDeleteFelda Global tidak boleh coerce KPF supaya bersetuju dgn exercise yg one-sided ini.
Dan Isa Samad tidak boleh wear 2 hats simultaneously jika benar menjaga kepentingan peneroka.
==Wali10==
Salam Sdr Arif.
ReplyDeleteNampak benar DSN terdesak dan untuk mendapatkan wang (belanja PRU 13?) dia sanggup melaksanakan mimpinya 'at all cost'. Saya rasa mungkin dah ada 'tauke' Cina yang telah lama teliur 'last kopek'harta orang Melayu di Tanah Melayu ini. Mereka ini hanya 'speculate' saja. Nanti saham bertukar tangan( 3'fold' pun tak apa) wang yang mereka guna wang bank juga.Keuntungan akan mereka kaut kerana seingat saya tanah2 FELDA kebanyakannya 'Free Hold'Kalau tak boleh bayar nanti boleh kautim dengan bank(kalau umno memerintah lagi..?)kerana yang guna waang adalah umno. Apa aje nanti dekat raya setiap peneroka diberi duriaan muda runtuh RM 10k seorang. Tapi ada satu cara lagi bagi peneroka yang menentang penyundalan ini adalah bagi memohon kepada Kerajaan negeri(yang bukan diperentah oleh umno agar tidak membenarkan tanah2 ini dipajak kepada FH melalui akta tanah Pendudukan beramai2(GSA Act)dimana pembangunan tanah2 ini diluluskan penerokaannya dulu. Sdr SAK intai2lah kawasan yang berpotensi.... Nak juga dengar Sdr dalam Parlimen atau DUN.... Mana Tau impian sdr untuk duduk kerusi MB menjadi kenyataan Bukan atas kerusi umno tau???... SALAM PERJUANGAN DAN JANJI UNTUK MENJAGA AMANAH UMMAH. Myi
Datok,
ReplyDeleteAmaran Karma buat Hakim Zabidin ke tok, bila Hakim Ariffin diperentah naik ketika Hakim Zabidin meronta ronta apa nak buat pada 9 Jan. Hakim Ariffin bagi 9 tahun buat Anwar, agaknya Hakim Zabidin bagi berpa? 2 kot.
Sahiful
Hakim Ariffin? Next will be Hakim Zabidin?
ReplyDeleteSalam Dato'
ReplyDeleteApa nakm di herankan, sudah menjadi resam dunia, manusia makan manusia, manusia perkudakan manusia, asal kan apa dihajatkan mencapai matlamat. Elitis gunakan marhaen. Lihat saja dalam politik, Kuasa gunakan rakyat setiap 4/5 tahun sekali. Perkhidmatan awan ,gulungan premier 36 orang dan golongan JUsa , SBPA siapa yang untung dan banyak kenaikan, mereka juga , golongan pelaksana dapat lah 30-40 innggit je, begitu lah dunia korporat gunakan IPO, siapa yang untung, beci aku.
Malays cheating Malays...
ReplyDeleteWonder why Perkasa soooo deafening silent?
Di perak lebih 5000 ekar tanah rizab melayu telah di degazet bagi membolihkan Ladang Perbadanan Fima Bhd di IPO dgn pegangan asal majority bumi kini LPF milik KLK. Tidak mustahil 10 tahun akan datang FGV akan senasib dengan LPF.Nak tahu juga berapa ribu ekar tanah rizab melayu ada dalam FGV/felda yg akan di degazet untuk IPO ini. Tidakkah PERKASA/NGO melayu mahu melihat masaalah ini.
ReplyDeleteDato',
ReplyDeleteConsidering the average holding of the settlers in KPF is about RM5,000+, getting a lumpsum payment of RM3,000 is equivalent of 60% of their total equity in KPF.
In the past, the settlers been getting dividend about 15% per year, which comes to RM750 per year. In reality the settlers would be enjoying 4 years worth of dividend in one lump sum.
You pointed out the next critical issue is whether the Settlers can still enjoy continuing dividends post listing.
This depends on what FELDA is injecting into the listed company prior to listing. I believe, FELDA (the authority) will be injecting 350,000 hectares of land to the listed company via a lease.Bare in mind, these land is separate from the 550,000 hectares currently owned by Settlers.
If the returns from the 350,000 is substantial, the listed vehicle will definitely enjoy substantial revenue and profits from the lease and thus should be able to give additional dividend from such profits.
The bottomline is whether these profits is sufficient to negate any losses in FGV. If so and if there is sufficient surplus, I believe, the Settlers would still be able to enjoy the same dividend as they have enjoyed in the past.
Anon 3 Jan 2012,
ReplyDeleteDo you know where the durian runtuh come from?It is from KPF been forced to release their 5.8% shares in the profitable Felda Holding.Total share that KPF now hold is 51%.
It is like taking your own money from your own piggy bank and put it into your pocket and call it bonus but in you are forgetting the depleted money in your own piggy bank.The paper for this silly durian runtuh was prepared by Felda Global to KPF just to appease the settler before the election.Later,total share own by KFP will be reduced to mere 35%.It is well know fact that many state project in the past now selling much lower than initial offer and the states involved only stand as minority shareholder.No listed company currently including sime darby can offer 15% dividend to its shareholder,you are just assuming and imagining things.
You think you are quite clever by saying that settler will get 4 years worth of dividend in one lump sum.What can RM3-4k buy you this day?Also,you taken away kpf share in the profitable felda holding which give you 15% every year and replace that with what?Basically the same business but lower kpf shares in felda holdings.Is it logical?From the money raised from IPO,felda global has pointed at myanmar and other country to invest but their current business in now in shambles but still they reward ethos consulting for giving crap advice and now they are trusting ethos consulting again for listing of felda global.
Careful dato sak,paid cyber trooper are now visiting your blog and try to shift comments favourable to felda global listing and other issue.Remove this kind of posting quick and serve them reminder of who is the owner.You are not compelled to post every comment,It is your blog and your rule should prevail against this paid cyber trooper.
Anon 4 Jan,
ReplyDeleteWhy are you so partisan and even fail to consider the facts.
The fact is each settlers has an average of RM5k in KPF.
If they receive RM3k - that's 60% of their holdings.
For those settlers that have put in RM200k - they would get RM120k as "durian runtuh".
If I hold shares in a public listed company and the company gives me a bonus of 60% of what I have invested in exchange for 25% of my original shares, I wouldn't mind.
My next issue is just whether I can still get in quantum, the same amount of dividend that I am used to.
If the company tells me that, I will still get the same quantum of dividend or more - I would jump for it after all, I would not have lost anything in fact would have profited.
The issue here will the Settlers get the same amount in terms of quantum the dividends that they have received in the past?
Would you know whether post listing the Settlers will get the same quantum of dividend?
Anon 3 Jan 2012.
Anon 3 Jan 2012,
ReplyDeleteYou failed to realize that this listing does not benefit the KPF shareholder per se,only to the settlers just to appease them so that they will not see the whole purpose of this. KPF shareholders are formed by staff,settlers and immediate family but only settlers who will get this durian runtuh.It doesnt matter if the settler put RM250k or only have RM100 minimum in KPF, they will still get the same amount of durian runtuh which is around RM3-4k per person.Capish?
DOnt spin and twist that they will get 60% here and there, you want fact right?You can go and see settlers who are currently residing in the kpf bod who are fighting tooth and nails against this ridiculous proposal.You can see Dato Zainal,ex-exco pahang and a settler himself in felda sungai nerek,pahang En Shamsuddin Othman, Settler National Chief Leader in Felda Tenggaroh 2, Johor who is also UMNO Mersing AJK Bahagian and Mersing District Council Member,En. Sulong Jamil, Chief Settler for Selangor and Perak and Tanjung Malim UMNO Division Secretary.All this settler themselves, UMNO members for life but are fighting the tidal wave by Isa Samad to short change the KPF members.
Please Anon 3 Jan, please stop the bullshit about 60% again and again.One more time, the durian runtuh is from the KPF own money,converted from 5.8& shares in Felda Holding to money and will be divided equally among settlers regardless of their KPF shares as goodies before election.Not from the government or UMNO.You want fact,you find the settlers leader I mentioned above.But if you are a paid cybertrooper or work for those in cahoots with isa samad,then i dont see why should i clarify anymore why losing 51% in the profitable felda holding will shortchange the kpf shareholder in the long run.
Anon 4 Jan,
ReplyDeleteIf what you say is true that each member of KPF gets equally ie. only RM3,000 per person, then you are correct to say that it would be unfair to others who have contributed more to KPF.
However, consider the fact that KPF will in essence drop from 51% in Felda Holdings to 42% in FGV after listing. Simply put, the 9% is being offered to the public.
What will be the value of that 9% that KPF will get?
Whatever the amount, it is up to KPF members to decide whether that amount be distributed to the members and in what proportion i.e whether equally between members or in accordance with their contribution? If they disagree with the proposal by Ethos or the KPF Board, just overturn the decision during the EGM - whats the big fuss? You are just making a mountain out of a molehill.
No one can make that decision for the members except the members of KPF in their EGM. Who are you or us to say whatever decision that they make during the EGM is right or wrong?
What's your take on whether KPF members will continue to get the same dividend post listing?
The injection of 350,000 hectares of land by Felda into FGV will surely mean that there will be an enlarge capital and revenue and ultimately profits that can be declared by FGV.
Do you know whether this enlarged revenue would translate to equal or more dividends to KPF members?
I would appreciate a reasoned response instead of ad hominin attacks. If you choose the latter, your opinions are therefore worthless.
Anon 3 Jan