Saya telah menulis beberapa artikel mengenai Bersih dalam Bahasa Inggeris. Inginlah saya membuat suatu artikel dalam Bahasa Melayu pula supaya mudah mudahan isiu sebenar nya dapat di fahami.
Semua orang mahukan PRU yang bersih. PM Najib pun besyarah berapi api sehingga merah padam dan bersembur air liur, dia tidak mahu menang dengan cara tipu dan muslihat. Kita mengalu ngalukan keberanian PM kita. Tabik!
Sebab itu, 8 tuntutan yang di pelopori oleh Bersih, kita sokong. Kita bukan sokong siapa disebalik gerakan Bersih tersebut. Perkara yang di majukan itu kita sokong. Penglibatan parti pembangkang dalam gerakan Bersih jangan di jadikan alasan tuntutan tersebut tidak boleh di terima. Come on lah- takkan ini jawapan dari pengerusi SPR. Standard lah sikit Tan Sri.
Tuntutan Bersih tidak perlu di takuti. Hanya orang yang mampu menang dengan cara kotor sahaja yang takutkan PRU yang bersih.
Sebagai contoh: perimintaan untuk mendapat waktu siaran berkempen di udara adalah suatu yang munasabah. Sebab rakyat mahukan pimpinan dan kerajaan yang terbaik. Kita mahu mendengar buah fikiran oleh semua yang bertanding dalam PRU supaya kita boleh mengadili mereka dengan saksama.
Kita amat suka, jika Ibrahim Ali misalnya, di beri peluang bercakap 15 minit di TV supaya semua yang berminat untuk mengundi Ibrahim dapat dengar kehandalan Ibrahim Ali. Sebagai seorang panglima tentu Ibrahim Ali tidak gentar untuk memperlihatkan kehandalan serta bakat nya.
Pemimpin kerajaan pun dapat peluang yang sama. Dapat lah mereka menyampaikan dasar dan wawasan mereka. Dapat juga kita analisa standard pemimpin kita. Kita nak dengar anak Dr Mahathir bercakap. Hebat tak dia dari KJ contohnya?
Berpandukan prestasi mereka mereka ini, PM pun senang nak lantik siapa kedalam cabinet. Bukankah objektif kita hari ini, ialah untuk memastikan pimpinan yang terbaik menerajui negara? Banyak faedah boleh di hasilkan jika kita mendapat pimpinan ber-standard tinggi.
Semua tuduhan negatif kepada perserta perarakan bersih tempoh hari adalah sebahagian dari indoktrinasi dan brainwashing oleh media kerajaan. Yang demikian, janganlah kita terlalu susah hati. Sebab cara kerajaan menangani Bersih lebih banyak bodoh dari cerdiknya.
Almaklumlah, kebanyakan buah fikiran dan cara penyelesaian nya datang dari bekas wartawan yang sudah putus haidz yang sub-standard sebenarnya. Tapi oleh sebab mereka ada rakan rakan dan koneksi dalam pejabat PM, dapatlah mereka menjaja ilmu yang tak seberapa mereka itu.
Sebagai contoh: kalau lah benar cara menangani Bersih adalah seperti yang di karang oleh Jalil Hamid, maka standard nya amat menyedihkan. Sebab apabila di baca, kesan paling pantas dan lansung ialah mengalienasi sokongan dari golongan atas pagar dan mereka yang membaca antara baris tulisan. Orang akan meluat dan loya tekak dengan cara yang di anjurkan. Dia baca buku propaganda Bolshevik ke? Atau Propaganda for Dummies ke? agak nya target audiens Jalil Hamid ialah budak sekolah rendah. Darjah 1 hingga darjah 6.
Saya berharap orang orang kerajaan menyedari bahawa sekarang ini maklumat yang di sampaikan oleh media arus perdana- sama ada berbentuk audio visual atau citak, sukar hendak di percayai masyarakat.
Ini kerana mereka melihat permainan spin dari pengamal media sub-standard yang terdiri dari bekas wartawan dan mereka yang menganggap diri mereka legenda dalam benak mereka sendiri. Jadi, orang yang sudah tamat tempoh hayat hidup( past shelf lives) akan di ambil semula berkerja di akhbar2 dan insitusi media yang lain. Dari tempat kerja mereka, mereka menjalankan penjajaan mereka meng-kondisi pemikiran rakyat. Fakta nya, apa yang mereka spin dan putar alam, sukar hendak di terima bulat2.
Negara kita ini ketandusan bakat ke?
Baru baru ini, kita mendengar interview PM Najib dengan John Defterious. Dulu mamat ni kerja dengan CNN. Dia kemudian nya menubuhkan syarikat PR nya sendiri. Khidmat dan barangan yang di jaja nya ialah pembikinan feature interview – seperti yang di lakukan kepada PM kita.
Apa yang dia jual ialah PR space yang berjuta Ringgit yang kemudian nya di jual kepada media penyiaran top top seperti CNN atau Chanel News Asia yang berpangkalan di Singapura. Maka rakyat Malaysia akan terlopong lah bila mendapat perkhabaran PM kita bercakap dengan CNN. Oleh kerana siaran tersebut di bayar oleh kerajaan dengan nilai jutaan Ringgit, kita pun boleh cakap apa sahaja. Skrip yang disediakan oleh Defterios tentulah sudah di persetujui terlebih dahaulu.
Maka, apa yang terjadi sebenarnya? Yang terjadi ialah kita di sajikan dengan interview yang farcical yang berpihak berat sebelah. Penyiaran melalui CNN atau CNA di lihat sebagai memberikan respectability. Well, ianya suatu respectable farce.
Kita pun sedia maklum, PM Najib menggaji ramai bekas wartawan yang sudah pun menopause. Pejabat PM tambahan pula full of characters yang melihat beberapa perkerja impot sebagai bakat yang maha handal. Memang benar lah seperti dalam cerita A Passage to India, dalam babak peguam mendakwa Dr Azeez, peguam Mat Salih tu berkata- it is an axiom, all over the world, colored people will look up to the Caucasians.
Mamat yang inferiority complex ni ramai kat Pejabat PM. Sebagai contoh, kalau diri sendiri tak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris, maka si fulan dan si fulanah yang cakap English macam bertih akan di lihat sebagai manusia luar biasa. Perkerja mat salih apatah lagi. Kalau ada anak perempuan mahu di jadikan menantu.
Kita tahu orang orang ini ply their trade kepada small minds yang memandang kepada Caucasians sebagai manusia luar biasa. Ini menyebabkan apa sahaja pakej PR yang di jual akan di beli dengan jutaan Ringgit. Kita semua tahu berapa juta kerajaan membayar orang orang seperti APCO dan lain lain.
Saya rasa sudah tiba lah kita berjiwa besar dan menampakkan kepada dunia kita ada jati diri yang kental. Banyak mana lah pandai nya matlaon di APCO atau berapa pandai sangatlah orang seperti Alex Furguson yang menjadi perantaraan pelanggan dengan John Defterious. Kenapa kita harus membayar juaan Ringgit kepada mamat mamat ni hanya untuk menipu rakyat?
Maklumat di link ini mungkin tidak kena secara langsung tetapi mungkin boleh dijadikan panduan kita bersama.
ReplyDeletehttp://blogs.hbr.org/cs/2011/07/find_a_fresh_perspective_in_a_1.html
Kita bayar juta2 rm untuk najib di "interview" CNN?! OMG!..OH!MY!GOD! Belum lagi cerita berapa kita bayar QE2 dengan Pope untuk najib photoshoot dengan mereka berdua tu?
ReplyDeleteHello blogger yang amat saya hormati dan orang kampung saya pulak.
ReplyDeleteAik, tak habis lagi ke saudara dengan siri Bersih yang tak bersih tu.
Janganlah marah kepada EC boss tu. Diapun hot juga dengan Bersih yang hold the country to ransom atas nama clean elections.
Berbuih mulut dia, bermingu-minggu lamanya dia menjelaskan electoral reforms yang dah dibuat dan akan dbuat.
Kawan-kawan, bacalah interview dengan Sunday Star hari ini yang menjelaskan terperinci tanggungjawabya untuk pilihnraya bersih.
Sak, are you seious you want Ibrahim Ali on air? Can you stomach his ramblings in Kelate-speak. I thought you wanted him ban on TV!
And which Tun M's kids you want to see on air? Mukhriz? Almost everyday he's on.
Maybe eldest sister Marina and we can get her to be NGO candidate in the coming GE.
Ketawa terbahak-bahak saya membaca tulisan you yang discredit wartawan pencen yang bekerja dengan Najib.
Mungkin ada kebenaran, they are menopausal, past the shelf-life etc.
Tengoklah mereka sebagai legends in jounrnalism dan khdimat mereka amat diperlukan.
They are Datos. They also need the money to finance kids who have yet to enter college. You will take on the job too if it's offered to you.
From what I heard, Jalil Hamid, is pre-menopausal. Relatively young compared to the rest and a Mr Nice Guy.
As for the CNN interview, it is a good perspective to correct the bad press Najib and Malaysia received from the Bersih demo especially from the AWSJ.
You mentoned Alex Ferguson. Is he the FAM boss who is a close friend of our Tuanku.
Nothing wrong in choosing John Defterious who is Global Emerging Markets Editor based in London and Abu Dhabi.
Right man for the interview.
Please don't begrudge the Mat-Sallehs or Matlaons as you described them to be working with Najib.
I have studied and worked with the Mat Salleh's for a long time and I can vouch for you that they have got finesse in telling lies.
They have a way if doing it which we can all learn and emulate.
Bodek tak nampak macam bodek, spin tak nampak macam spin.
Bro, in this posting, you are like me. Lots of spelling mistakes.
It's normal for me. I am too lazy to go to preview.
It is okay because what we want to know is your point of view.
salam dato',
ReplyDeleteada banyak yg betul apa telah dikatakan.
Pembangkang merasakan pada pilihan raya umum akan datang mereka akan kalah dengan kekalahan lebih besar yang akhirnya mengecewakan ramai pihak yang begitu mengharapkan kerajaan ketika ini runtuh.Apabila kalah mereka tak ada jawapan kepada penyokong. Maka cara yang paling berkesan ialah menyalahkan pengadil dari awal,yang dalam konteks ini ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dulunya hanya akan diserang selepas pilihan raya.
ReplyDeleteI like this Quiet Despair. He seems to be in, on all things.
ReplyDeleteWhich level floor do you work with Najib? You wanna be another KJ marrying the daughter of the PM? Haha.
How about we meet up one day? Tell me the time and place we can meet.
Dato,
ReplyDeleteCerita la kisah di belakang tabir PRU 1998 di Pekan, tentu Dato ada banyak pengalaman disana.
Mungkin Dato boleh kaitkan dhn bersih.
salam dato SAK,
ReplyDeletesaya dah mengikuti blog dato sekian lama, cuma dalam beberapa minggu ni saya kurang paham sikit, entry2 yang dato masukkan kali lebih banyak ke arah negatif prespektif, mahu pun ada pujian tapi hanya sebagai pembuka kata kepada entry negatif,
dato ada alah seorang yang senior(dalam entry kali ni dato gelarkan golongan ini pre-menopous)dan juga dihormati pandangannya bukan sahaja di atas talian tapi juga antara ahli politik di dalam malaysia. Apa yang saya kurang paham ialah kenapa dato hanya memberikan pendapat sahaja sedang dato boleh merialisasikan pendapat dato itu, contohnya tuntutan BERSIH yang sebanyak 8 itu, kenapa nak tunggu kerajaan dan juga SPR kalau dato sendirii boleh membantu atau membuat astu kumpulan yang sukarelawan untuk mengkaji tuntutan 8 itu, jangalah kata itu bukan kerja saya itu kerja SPR, kita dah pun tau dari kritikan2 yang kita dengar SPR ini kurang kredelatinya, jadi kenapa tidak orang2 yang macam dato datang ke depan dan menguruskannya secara praktikal bukan hanya tunggu dipanggil untuk mengetuai satu jawankuasa sahaja baru nak berdiri di depan.
Pokder,
ReplyDeleteKalau nak paste isi dari Utusan Meloya, baik duduk diam2.
Di sini orang tak larat nak baca utusan, orang nak dengar minda terbuka alternatif.
Tuan Andi,
ReplyDeletekalau nak buat sesuatu perubahan dalam sistem pentadbiran negara mesti ada mandat(authority) mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan negara.
kalau nak buat ikut suka sendiri-sendiri nanti orang kata itu idea otak kemetot!!!
manakala yang dilantik dan dibayar gaji dengan wang rakyat itu buat kerja apa? jgn gaji buta je...
Tuan awang batuboruk
ReplyDeleteKodus to you for understand that "kalau nak buat sesuatu perubahan dalam sistem pentadbiran negara mesti ada mandat(authority) mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan negara." base on your comment i belive you are a person against bersih right?
untuk komen anda seterusnya,
itulah gunanya NGO, bergerak bagi merealisasikan sesuatu objektif bersama2 atau tidak bersama kerajaan contohnya seperti di link yang diber http://mymalaysiainfo.com/govagency/non-goverment-organization/index.htm.
seperti yang tuan awang batuboruk baca kebanyakkan NGO yang ada tu semua dah ada di dalam badan kerajaan dah lama dah pun, tapi tidak menjadi penghalang bagi ngo2 ni untuk bergerak bersama atau tidak bersama dengan kerajaan. tidak timbul pula masalah patutnya itu kerja orang itu bukan kerja orang ini, keikhlasan dalam memperjuangkan sesuatu objektif adalah amat penting sekali. tidak kiralah siapa punya kerja.
dalam konteks tuntutan bersih ini tidak semestinya kita ambik alih kerja SPR, tapi dengan lebih praktikal, iaitu cadangan2 yang membina dan cara2 perlaksanaan yang sistematik, pro dan kontra, pemerhatian yang berterusan, seperti yang dato sak katakan buat apa kita nak mengharapkan kepada mat2 putih dan mat2 malaon kalau ada sikap demokrasi sukarelawan, ini tidak nak buat register SPR satu kampung pun nak minta upah padahal tu kampung sendiri. segala benda nak berkira. lepas komen, komen dan komen berterusan seperti pembangkang kemudian fitnah, bila tanya mana bukti mana contoh berjaya kamu, DENGAN BANGGA TEPUK BEG SAMBIL BERKATA "SEMUANYA ADA DALAM NI KITA HANYA TUNGGU MASA SAHAJA NAK SEBARKAN"
Terima kasih Dato atas pandangan dan pendapat yang bernas.Idea dan pandangan dato dalam bahasa kebangsaan sama derasnya dengan bahasa inggeris.Tengtang, ejaan,biarkan diperbetulkan oleh software.
ReplyDeleteizinkan saya sebarkan tulisan Dato kesegenap aras dan arah untuk dicerna.
-Pucuk kangkong kena matahari.
pokder,
ReplyDeletemaaf, you are too blind to see the trees for the forest!
samsaimon.
medan tok sera.
Sir,
ReplyDeleteRakyat minta berdialog,pemerintah berbohong.
Macam-macam berita disebar kononnya BERSIH itu jahat dan macam-macam yang tak bagus.
http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531#!/photo.php?fbid=225781057460652&set=a.216947915010633.52036.213938935311531&type=1&theater
Link dari website BERSIH menunjukkan yang insan tu pegang bendera Malaysia.
Sesunggnya yang jahat dan kuat bohong ialah KERAJAAN dan segala jentera-jenteranya termasuk PDRM, Menteri-menteri, TV, surat khabar dan BOSS itu semua ia lah Najib.
Marina, anak TDM pun turut serta dan dia tahu apa yang terjadi sebenarnya.
BERSIH adalah gabungan rakyat Malaysia tanpa kira kaum, pegangan politik dan agama.
quiet despair
ReplyDeleteHang memang kasi orang despair dengan hang punya komen.Tapi takpe.bahan hiburan yang mengelikan hati bagi jiwa jiwa yang kacau dan hidup dalam penafian.
jangan buang masa nak balas komen aku sebab aku tak akan balas lagi komen hang.
dato sak
against a brickwall? takpe. terus brjuang demi agama dan bangsa.winners are not quitters.
Anon 9.05
ReplyDeleteHmmm...Some day maybe. But for now, let us live in illusions.
Anon 12.27
Bolayan orang yang tak bersekolah.
I was very supportive of Bersih's intention particularly when it is led by NGOs who are non political. Unfortunately, it was hijacked by the PR politicians. I lost interest when Bersih became politicised. I pity Ambiga.
ReplyDeleteAndi,
ReplyDeletekalau KDN,PDRM dan SPR dah ishtiharkan BERSIH 2.0 kumpulan haram macamana nak bincang dan cari jalan penyelesaian terbaik?
Boleh tuan tolong mereka halalkan semula kumpulan BERSIH 2.0?
Saya suka Dato punya sense of humour.. buat saya ketawa hingga keluar air mata.. Namun mesej Dato sangat berdesing di telinga kepada orang yang terasa.. siapa makan lada dialah yang terasa pedas.
ReplyDeletePembangkang memperjuangkan kebebasan bersuara(kononnya)..tapi baru sedikit aku bagi komen yang kontra dah suruh aku duduk diam...bayangkan kalau mereka menjadi kerajaan,jangankan media arus perdana,silap2 akses internet pun mereka akan tutup. mereka sangat berbakat dan berpotensi untuk menjadi komunis....minta dijauhkan orang2 sebegini mentadbir negara!
ReplyDeleteDalam politik tak ada yang mustahil. Hari-hari UMNO BARU mempersetankan DAP, PAS dan PKR.
ReplyDeleteTunggu la, kerana apabila sampai masanya, UMNO BARU demi mengekalkan kuasanya akan cuba pula membeli, menipu dll untuk menubuhkan kerajaan pulak. Masa tu apabila terdesak, sesiapa lawannya pun akan dijadikan kawan dan segala cemuhan yang dilontarkan pun sudah dilupakan dan diagung-agungkan pula lawannya.
Kemungkinan penyatuan UMNO BARU dengan DAP dan PAS mungkin agak sukar kerana ibarat dah dijatuhkan Talak 3. Dengan PKR, cuma Talak 1 dan tidak mustahil ada penemuan bersama jika kepentingan peribadi mula diutamakan.
Faktor yang tidak diperlihatkan ialah naiknya kuasa di Malaysia Timur. Mereka kini memegang block kerusi yang mungkin tidak berubah banyak selepas PRU 13 untuk menentukan siapa yang akan jadi PM jika BN menang tipis. Kebangkitan pribumi Sabah dan Sarawak untuk menduduki kerusi PM tidak mustahil selain menjadi Menteri saja. Kira sahaja la sudah berapa jawatan dalam Kabinet dan UMNO BARU dah diberikan atau dikuasai oleh pribumi ni kerana percaturan ni.
PR telah menjanjikan 20% duit royalti minyak kepada negeri-negeri Malaysia Timur berbanding 5% saja yang dinikmati sekarang jika PR dapat menguasai Parlimen. Orang-orang kat Malaysia Timur bukan kisah sangat dengan ABT ataupun ABN kerana tu semua slogan untuk orang Semananjung saja selama ni.
Soalan yang paling penting ialah dengan kuasa yang akan memihak kepada mereka kelak, adakah percaturan macam ni baik untuk rakyat secara keseluruhan dan Negara untuk masa hadapan?
Adakah pemimpim-pemimpin Malaysia Timur lebih baik memimpin negara atau akan jugak macam sekarang Kong Kali Kong.
Kemungkinan Malaysia Timur berpisah dari negara Malaysia seperti yang berlaku dengan Singapura pada tahun 1963 juga tidak boleh ditolak bulat-bulat.
Kesemua ni lah yang mungkin dan akan terjadi jika UMNO BARU masih teruskan dengan cara pemerintahan sabagini dan yang akan merugikan Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana pimpinan yang lemah.
Jasa-jasa bakti Allahyarham TAR (Bapa Kemerdekaan) untuk membentuk negara Malaysia dengan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama hidup secara maju, aman dan berharmoni mungkin hancur berkecai
kerana permainan politik sempit dan pimpinan lemah UMNO BARU.
Negaraku.
Why worry Dato?By 2020 we will all be rich.Thats the key point.Can Buku Jingga promise us that?
ReplyDeleteI don't care who leads the country really or whether the elections are clean.
ALL i want is to be rich by 2020.
Asalam...kum Dato ,
ReplyDeleteThe idea of an election is much more interesting to me than the election itself...The act of voting is in itself the defining moment. Jeff Melvion
The colorful , graceful and peaceful demonstration was the march in the making for celebration , the event of justifying the therms of democracy .
Some Malaysian were conceived by taking to the street was an account that their freedom to prevail in the diversity of Malaysian Democracy . This is the spirit that Malaysian from all ethnics background and religion can claim Malaysia their home .
Malaysia is a democratic State and not a jungle State or the Mouseland either . We have laws to protect the citizen at large , and guarantee given for peace and harmony . Yet , without permit issued , everyone still can voice out with their feet of grievances through street demonstration . Indeed , this Malaysian rights is also guaranteed . Those who walked were brave Malaysian despite they knew they would be challenged by water cannon , tear gas and brutality .
At the same time , they have made themselves a threat to the majority of peaceful Malaysian who smile no more . They have been made for by the politically ambitious activists who seek to create a Malaysia of their own interpretation and design . Where injustice of the election commission and so called crippled democracy were promoted over Malaysian values of tolerance .
Furthermore , the so called the peaceful walks of street demonstration to call for justice and they consciously knew that they be challenged . The avenue of persuasion was ignored . The street protest must go on because to justified their constitutional rights and freedom . Besides , their rights to spread their ideologies are constitutional . Collaterally , they knew well that the vast majority of Malaysian do not scrummed to their vision .
The fact of the matter , it was absolute for them to sow their discord and promote further diversity by their Bersih even though they knew that Malaysia identity is a formed on understanding and a sense of oneness despite the diversity .
This sense of oneness has been embraced and a firmed ideology professed by the majority Malaysians . It is alive and well despite the chauvinist , Islamic radicalism and the mental uprising of the new , new born Christian mentalities and the armchair foreign observers . Majority Malaysian has committed to protect and preserve this commitment .
Our Prime Minister has spoken and has called for unity and stability under the expression of 1 Malaysia which is vital for preserving peace and harmony within society . It is an important message for cultivating community leaders to morally guide the people on the right path with peace and harmony in mind .
Political rights , religious rights and all rights stipulated in the Constitution must be protected in a harmonious and a democratic environment . If waver is given to radicalism , the society at large will be in peril .
Saya suka tulisan ini dan telah dipasted ke blog saya- tk.
ReplyDeleteto sakmongkol. u pun sama juga, buat article guna penilaian sendiri, lapuran bias. bnyk lagi yg anda tak tau dlm soal2 mempertahan kedaulatn negara. bnyk lagi hal2 yg tersirat yg harus d ambil kira. kebebasan, ketelusan yg mutalak tidak ujud d mana2 negara d dunia pun. dan jauh sekali sekiranya ngo2 yg menuntut d beri peluang memerintah. tak mungkin mereka bole mengimplimantasikanya. kerna bnyk perkara2 yg tersirat. fikirkan.
ReplyDeletePerhaps you are suggesting they hire you and your expertise...it would be the same menapuasal situation. Dontcha think?
ReplyDeleteits very amusing how some people just can't understand sarcasm
ReplyDelete