Saturday, 19 February 2011

Calun winnable UMNO di DUN Kerdau.

Bila Dato Sri Najib melihat kepada 4 nama yang di kemukakan sebagai bakal calun DUN Kerdau, dia akan kenal satu sahaja nama. Nama tersebut ialah nama Tuan Syed Ibrahim bin Syed Mohamad al Yahya.
Saya tidak nampak ada calun yang boleh menyaingi Tuan Syed dalam segi boleh memenangkan UMNO. Ini lah masa nya UMNO menunjukkan yang ia mahukan calun yang winnable. Saya percaya calun calun lain semua nya bagus bagus belaka. Tapi kalau kita nak cari yang terbaik, yang winnable dan paling penting kepada saya, yang kuat berkerja, UMNO Pahang dan Kerdau mesti sokong Tuan Syed Ibrahim.
Sana sini kita dengar kita mesti selamatkan Malaysia. Saya sangat bersetuju dengan gesaan dan teriakan perang ini. Saya pun mahu selamatkan Malaysia dengan meletakkan UMNO itu pada asas yang betul. Antara cara nya ialah meletakkan bakat pimpinan yang kredibel. Kita lakukan apa yang di buat oleh Tun Razak dahulu- memilih calun berdasarkan kapasiti dan kemampuan berkerja.
Dan saya boleh bercakap mengenai Syed Ibrahim ini kerana saya mengenali dia dari bemula mula dia bertugas dengan MB Pahang sebagai pegawai agama. Ketika itu dia belum terkenal dan MB sendiri pun tidak menyedari tentang kehebatan Syed Ibrahim sebagai pendakwah dan pemidato yang hebat. Kelemahan ini sebahagian dari kelemahan UMNO yang lebih besar iaitu tidak memupuk atau groom pemimpin.
Kita tahu tradisi UMNO mencari pemimpin. Prinsip utama ialah siapa kita. Bukan nya prinsip apa kita boleh buat. Kerana orang UMNO melihat 'siapa kita' sebagai pembayang kepada kepimpinan, maka UMNO berdepan dengan banyak masaalah hari ini. Sebab nya, kita tidak ada simpanan modal bakat kepimpjnan untuk mengelokkan UMNO.
Jika kita anak bekas ADUN dahulu, maka kita di anggap mewarisi bakat kepimpinan si bapa. Kalau kita ada kedudukan tinggi dalam masyarakat, itu di anggap sebagai pembayang mutu diri kita. Maka kalau kita SFINO, dah- itu dah cukup untuk mengatakan kita berbakat besar. Ini disebut orang sebagai perlaksanaan norma norma askriptif- ascriptive norms. Yakni, greatness is inferred from the inherited social status of that person. Jika prinsip ini di pakai, maka UMNO akan ketandusan pemimpin yang berkualiti kerana ruang pencarian nya akan terhad kepada sama ada si fulan dan fulanah itu anak si anu, ada kedudukan, ada pertalian dengan pimpinan yang ada dan sebagainya. Kita pilih encik X sebab bapak dia lah yang membuka kampong ini. Kita pilih encik X kerana di pegawai kerajaan tinggi. Semua kriteria ini tidak menyebut lansung sama ada Mx X Mr X yang hendak kita pilih, boleh buat kerja atau tidak.
Negara dan parti yang maju memilih pemimpin bersandarkan prinsip achieved norms- yakni kita pilih seseorang berdasarkan pengamatan dia boleh melakukan sesuatu , boleh berkerja. Ini prinsip yang di pakai oleh TUn Razak dahulu. Dia tanya, boleh tak si fulan ini buat kerja bukan nya boleh tak si fulan ini di percayai( untuk senyap jika pemimpin lain melakukan aniaya).
Jadi, dalam memilih bakal ADUN Kerdau, elok lah UMNO memakai kriteria yang betul betul mentransformasi politik. Kita laksanakan apa yang kita cakap dengan memilih calun yang boleh malakukan perkara positif. Kita tidak mahu calun yang mempertaruhkan masa depan UMNO pada siapa dia, siapa keluarga dia, pada siapa dia kenal tapi kriteria yang utama iaitu apa dia boleh capai dan sumbangan kepada pencapaian- yilek.
Dan saya melihat tiada lah pegawai MB Pahang yang lebih kuat berkerja daripada Syed Ibrahim. Dan bila saya sebut kuat berkerja bukan nya berlakun kuat kerja depan si Samseng Kampung Dusun tu- tapi benar benar kuat kerja. Dari segi kerja kuat, saya rasa semua orang yang mengenali Habib Ibra ini tahu bagaimana kuat dia berkerja. Walaupun ada gastrik dan lembikkan diri, dia akan terus berkerja. Sesiapa yang mengenali Syed Ibra tahu, setiap bulan puasa, Syed Ibra ini akan lemah selemah dan longlai longlai nya, namun kecuali nak pengsan, dia akan terus berkerja.
DS Najib akan ingat begini: dari tahun 2000-2004, inilah orang yang sering kali datang ke daerah Pekan menyampaikan ceramah penerangan. Dalam tempoh tersebut, saya memegang jawatan sebagai ketua penerangan UMNO bahagian Pekan.
Ketika itu, Syed Ibrahim atau Syed Ibra seperti dia di panggil oleh saudara mara dan rakan terdekat, baru pulang dari Mesir. Dia mempunyai kelulusan dalam bahasa dan sastera Arab dan saya di beri tahu, beliau tinggal di Mesir agak lama untuk menghabiskan pembelajaran nya. Jadi penguasaan nya keatas bahasa Arab sangat tinggi atau superb. Mungkin penguasaan bahasa Arab yang tinggi ini lah yang membolehkan Syed Ibra mengikuti kelas kelas pengajaran dan bimbingan ugama secara dekat daripada sheikh2 di Mesir. Dan si Syed Ibra ini belajar agama secara bertalakki. Cara bertalakki orang Arab saya di fahamkan anak murid duduk seolah olah nya berlaga lutut dengan tuan guru untuk mendapat ilmu dari tok guru. Tempoh yang agak lama di Mesir di gunakan oleh Syed IBra untuk mendalami bidang agama.
Dan berdakwah merupakan kegemaran Syed Ibra. Semasa membantu saya dalam melakukan siri ceramah di daerah Pekan lah, Tuan Syed ini menyampaikan mesej agama kepada para pendengar. Dan Syed Ibra mempunyai cara yang unik dalam penyampaian. Suara nya yang garau dan kepetahan serta kelancaran mengupas dan menghuraikan masaalah keagamaan menarik minat semua yang mendengar termasuk lah pengikut parti PAS.
Sebab nya satu sahaja. Kami bersetuju untuk tidak menyampaikan ceramah politik. Sebaliknya kita lebih gemar menyampaikan ceramah dan tazkirah mengenai perkara perkara kerohanian, keimaman dan tarbiyah membersihkan diri.
Daripada 150 lebih program yang saya aturkan di pekan dari tahun 2001-2004, Syed Ibrahim terlibat dalam lebih 40 program tersebut.
Saya rasa tidaklah ada orang dan tokoh yang lebih bertenaga membantu Dato Sri Najib mencapai kegemilangan setelah hanya menang tipis dalam pilihanraya 1999 dahulu dari Syed Ibra. Biarlah UMNO memperlakukan perkara dan layanan yang betul keatas orang yang berkerja keras untuk UMNO. Kerana memperlakukan yang hak dan betul keatas orang yang layak, merupakan satu kelamahan UMNO. UMNO kurang pandai dalam hal ini. Selalunya orang macam ini, tidak di pedulikan oleh UMNO.
Sebagai bandingan ada seorang lagi individu yang banyak melakukan kerja kuat untuk UMNO yang saya kenal. Orang yang saya maksudkan ialah Ustaz Hamid Derani dari Kelantan. Orang ini seperti juga Syed Ibra terlibat dalam lebih 40 program penerangan UMNO Bahagian Pekan dari tahun 2001-2004. Apa yang UMNO lakukan kepada orang seperti Hamid Derani? Dia tidak di hargai dan tidak di pedulikan. Hari ini Hamid Derani menjadi pemidato PAS yang sangat berpengaruh. Di Pekan dahulu, bila Hamid Derani membacakan ayat ayat Quran atau membaca Quran sebagai mukaddimah, ada pendengar yang mengalirkan air mata.
Jadi dalam hal memilih calun untuk Kerdau, elok kita pakai prinsip memperlakukan yang hak keatas yang layak.
Saya rasa calun yang winnable untuk UMNO di Kerdau ialah Syed Ibrahim bin Syeid Ahmad al yahya.
Dan nasihat saya pada Syed Ibra ialah: sheikh, kalu boss tanya enta , enta berminat tak jadi calun, enta kata minat. Jangan ah.ah.ah. sebab puak dalam UMNO ini bukan faham erti kehalusan budi dan rendah diri. Selamat ya sheikh.

10 comments:

  1. Salam Tuan Sak,

    Bila saya balik kg. Pekan ketika kenduri kendara, kebanyakan bahagian dapur mengatakan, Pada PRU 1999 DSN sebenarnya memang dah kalah. Tapi ada permainan silap mata - benar ke?

    ReplyDelete
  2. Sakmongkol
    Calon yang elok dan baik, tak perlu lah kempen beria2 sangat sampai masuk blog. Kita kempen masa PRK nanti. Kut kut nanti orang kata Ibra yang baik ni guna Sak utk kempen. Tak manis kan.

    ReplyDelete
  3. Siapakah gerangan Samseng kampung Dusun tu...beritahulah sikit.

    ReplyDelete
  4. Sak,
    I felt that if Kerdau voters were smart enough....Perhaps, they should do a tactical strategy of electing a PAS ADUN instead.
    It does not affect Pahang government. It would be a much wake up call to UMNO. Voting UMNO over & over again even if they are good ones is not good enough.
    Anyway, really good UMNO MPs around.....Isa Samad...Good?

    ReplyDelete
  5. please define kuat bekerja.
    kalau kuat bercakap,tak semesti kuat bekerja.boleh ke dia turun padang masuk ke kampong2 di kawasan kerdau,selesai masalah kemiskinan,masalah pelajaran budak2,masuk jalan kecik di kampong2 di kerdau?
    kalau setakat tunjuk muka masa nak menang pilihanraya,tak payahlah.tak kiralah siapa calonnya.
    dia kenal ke penduduk2 di sana?nanti bila dah menang,terus hilang dari kerdau.

    ReplyDelete
  6. Dear Dato'Sak Biarlah dia buat kerja yg dia excel in, Kenapa Dato' want to bring a virtuous man into politics. He will be lost. How come no body cadang you Dato'?

    ReplyDelete
  7. Kalau Sak kata Syed Ibra, pilih Syed Ibra le, weh DSNajib.
    Sak ni bukan nya suka puji orang sangat.
    Kan ke kita nak our home-state jadi contoh pilih calon yang winnable, yang rajin bekerja but also a quality man.
    Hari ini Adnan pun dah hint yang "we will choose a candidate that is popular with the people, although he's not that healthy."
    So it's clear Tuan Habib will be the one.
    Ipun ikut syarahan agamanya dalam TV. Petah dia. Cakap macam tok-tok Arab. Kalah Tok Guru Nik Aziz.
    (Ada bekas mufti yang nama sama dengan beliau. Please correct me, Sak).
    Tapi Tok Nan, jangan pulak pilih yang ada heart problem. Susah le, nanti sekali lagi by-election pulak.
    Dengarnya ada juga yang nakkan wanita bertanding. Yang sebenarnya siapa saja calon UMNO boleh bertanding kat situ, sebab dah tentu menang.
    Bagus le, koin suka ngat Tok Nan jadi Pengerusi by-election Kerdau ni. Orang koin lebih kenal kita-kita kan. Speak the same language, man.
    Yes, UMNO don't understand niceties. Don't be too humble and withdrawn. Say to Najib, you are the IT candidate.
    Sakpun mesti berani. Tell Najib you want to be MP and a Minister. After all you ada quality, apa.
    Boleh kan??
    Tapi Sak if you are somebody's son, it lends glamor to the job. Don't have to prove too hard to show your worth. The name alone brings currency.
    But of courselah we don't want the person to be Adun like the gangster of Kampung Ubi. Teringat pulak cerita P.Ramlee di mana A. Rahim jadi gangster kan.
    Takkan pulak UMNO nak pilih gangster like that. Ya tak.
    Do you realise that PKR is quiet on this political dynasty. Takut woi terkena batang hidung sendiri.
    They have fathers and sons, wives, daughters and siblings too in Keadilan, PAS and DAP, just like in UMNO.
    It's a world-wide phenomena including the world's biggest democracy U S of A which have many political dynasties. Only Abe Lincoln was born in a log-cabin.
    Mohd Nizar, anak Najib dengan Ku Puteri yang juga menantu iron-lady Maznahpun dah jadi Ketua Pemuda UMNO cawangan Jalan Daud, Kampung Baru. Later, later boleh tukar ke Pekan wairisi kerusi daddy dearest.
    Yang kesiannya my brother KJlah. Daddy, Pak Dubes, Mummypun hebat Datuk Rahmah. Suay sangat ke dia jadi menantu Dollah?
    Penyudahnya jadi Askar Wataniah dan jadi para-glider, Tuan-tuan dan Puan-puan.
    But don't write him off as our future PM. Makcik-makcik suka kat dia, yang tak suka only some bloggers.
    Sakpun suka dia. Jangan mare ok, UMNO and KJ haters kat blog ni.

    ReplyDelete
  8. I was about to say that too, Rance, why not you Dato Sak.Knowing that you are very critical of Umno for the better you could be better off being in the system itself in order to serve better. Likewise there is always a worrisome that it might go to your head. As long as your feet can be on the ground if ever you are the one being the chosen one....then we will all be for you Dato. But Umno is such in a critical phase that even it's a far fetched thought for you Dato to even think to even try to change. Good luck...hail Dato Sak for Kerdau!
    Btw is gerangan Samseng kampung Dusun tu, the current MB

    ReplyDelete
  9. Salam Dato'

    Orang baik macam ini u nak rekomen jadi Wakil Rakyat UMNO? UMNO tak suka. You pun tahu apa yg UMNO suka. Susah nak ubah perangai dan persepsi majoriti pemimpin dan pengikut UMNO ni. Tu sebabnya UMNO bukan memimpin cara demokrasi tapi democrazy.

    ReplyDelete
  10. I am disturbed by the allegations of Syed Ibra allegedly "buying" his degree. I do wish someone will set the record straight. Would you have any insights ?

    ReplyDelete