Sunday, 3 October 2010

Masa depan orang UMNO.



 

Pimpinan UMNO agaknya tidak mendengar suara murba- musyarakat bawahan. Suara yang kita boleh dengar di warung kopi, dalam surau dan masjid dan kantin pejabat kerajaan. Apakah natijah suara tersebut?
Natijah nya ialah UMNO dalam keadaan amat bahaya. Jenama UMNO sudah jadi jenama yang jijik. UMNO tidak dapat lagi mengaku yang ia nya mewakili orang Melayu. Itulah fakta yang kita terjemah dari keputusan PRU 12 tempoh hari.
Calun2 UMNO hanya mendapat 2.38 juta undian. Tentulah daripada jumlah undian tersebut, sebahagianya datang dari undian bangsa bukan Melayu. Jika kita tolak 380 ribu undian bukan Melayu, maka undian solid orang Melayu untuk calun UMNO hanya 2 juta orang.
Bukan main gegak gempita dan goga orang UMNO menjerit bahawa kita parti terbesar. Ada 3 jua lebih ahli UMNO. Nah, jika kita hanya mendapat 2 juta undian solid orang Melayu, ini bererti 1 juta lebih ahli UMNO tidak keluar mengundi atau tidak mengundi calun UMNO. Soalan: bagaimana kita mengembalikan keyakinan orang Melayu, jika kita tidak terdaya mengembalikan keyakinan ahli UMNO sendiri?
Kemudian, kita mesti sedar perkara berikut. Jumlah pengundi Melayu dalam PRU 2008 ialah 5.7 juta. Tentulah ini bermakna 3.7 orang Melayu tidak menyokong UMNO. Bererti lagi, lebih ramai orang Melayu menolak UMNO dari menerima UMNO.
Apa sudah jadi? Pimpinan UMNO tidak sedar.
Orang Melayu di Pulau Pinang, di Kedah, di Kelantan, di Selangor, di Wilayah Persekutuan, tidak pula mati layu terkulai apabila UMNO kalah dalam negeri negeri tersebut. Suara dari rakyat menunjukkan bahawa Perak akan jatuh kembali ke tangan pembangkang, Terengganu akan jatuh, Negeri Sembilan akan jatuh. Ini bererti 7 negeri di Semenanjung akan jatuh di tangan pembangkang.
BN mungkin dapat mengekalkan pemerintahan di Sabah dan Sarawak. Namun ada kemungkinan juga, banyak kerusi parlimen di negeri tersebut akan jatuh ke tangan bukan BN. Berkuasa di kerajaan negeri tidak sebaik mendapat kuasa di peringkat parlimen.
Jika lebih banyak kerusi parlimen di kuasai oleh pembangkang, ini bermakna BN dan UMNO akan hilang kuasa federal. Jika ini berlaku, Dato Najib tidak dapat mempertahankan kedududukan nya sebagai ketua kerajaan peringkat federal. Orang lain yang command the majority of support in Parliament akan jadi PM dan membentuk kerajaan yang baru.
Orang UMNO tidak sedar juga, didalam negeri yang mereka kuasai pun, ada kerusi kerusi Parlimen yang akan jatuh. Negeri yang saya familiar ialah Negeri Pahang. Yang saya rasa, kawasan parlimen yang BN akan kalah ialah di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Raub, Jerantut dan mungkin juga Bera.
Parti parti bukan BN akan mencari tokoh politik yang mereka rasa boleh mendapat keyakinan non partisan. DAP tidak dapat menerima kepimpinan PAS peringkat Nasional. Demikian juga sebalik nya, PAS tidak dapat menerima kepimpinan DAP peringkat nasional. Walaupun mereka boleh berkerjasama, tapi dalam isiu pimpinan nasional tidak semestinya mereka sepakat. DAP juga akan realistic bahawa pemimpin nya tidak dapat menjadi PM dan saya rasa mereka rasional dalam hal ini. Pimpinan PKR sudah pun melihat melepasi Anwar Ibrahim. Mengenai sebab mereka bersikap demikian, mereka sahaja yang tahu.
Demikian juga ahli ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak lagi mempunyai kepercayaan dengan politik BN. Seperti rakan rakan semenanjung mereka akan melihat kepada tokoh yang mereka yakin dapat command the respect of the majority of parliamentarians.
Orang UMNO masih bergentayangan. Mereka ingat hanya dengan melaungkan slogan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO sudah cukup untuk mengkat kesetiaan orang Melayu. Kalau cerita dongeng zaman purba kala, mungkin tanggapan demikian ada kebenaran. 
Siapa kah tokoh tersebut? 

16 comments:

  1. apa pun akan ada hari akhirnya.Dia seperti jenama barangan yang kita dapat dari supermarket.Belacan yang busuk pun ada akhirnya.

    Jangan dok perasan sudahlah.

    ReplyDelete
  2. tepat,tepat,tepat! kenyataan nya orang Melayu makin menyampah dgn UMNO. PM kena ambil perhatian, jgn yg dikejar tak dapat (undi si mata sepet dan juga kaki botol) malah yang di kendong berciciran ( undi orang Melayu). dan rakyat di bawah menyampah tengok isteri PM melebih lebih dlm semua segi, beliau lebih baik jadi "pemanis" je dlm hidup PM seperti Tun Dr Siti Hasmah. kami orang Melayu di bawah masih sayangkan UMNO, tapi kalau Pemimpin UMNO sekarang bersikap 'penuh kan poket dulu' dari kepentingan kami org Melayu< tuggulah PRU ke 13 nanti. dulu zaman Pak Lah orang menyampah, orang tunjuk, org zahirkan. sekarang orang menyampah, org senyap! tapi tungguhlah...

    ReplyDelete
  3. Kalau hidup dalam penafian , ni lah rupenya.Ingat semua yang lain submissive dan bangang.Bila terdesak main racial atau religion card.Kembali lah ker jalan yang lurus yang kita mohon 5 times a day.Ada approach aper lagi nak bagi mereka ni faham? Dato sak boleh jawap kot?

    ReplyDelete
  4. UMNO going Perkasa way will surely spell doomed to it.

    They are drive droves after droves of non Malay votes plus liberal Malays.

    ReplyDelete
  5. Salam Dato',

    Berdasarkan kepada segala fakta yg diutarakan oleh Dato' dan melihat kepada keadaan yg ada dalam UMNO/BN hari ini dan juga permasalahan yg begitu banyak dan serius dalam urusan pentadbiran negara,termasuk keadaan ekonomi yg tidak menentu,masalah keselamatan dan perhubungongan kaum yg sensitif dan kritis ,jelas memperlihatkan bahawa masa depan orang UMNO amat malap dan tidak menentu.Hampir pasti,jika keadaan dalam UMNO hari ini tidak berubah kepada yg lebih baik dan positif, dan urusan kerajaan semakin lemah dan tidak dapat memenuhi aspirasi rakyat,kemungkinan besar UMNO/BN tidak lagi akan menjadi parti yg memerintah selepas PRU 13 nanti.

    Justeru itu,jika UMNO/BN sudah hilang kuasa maka masa hadapan mereka sudah pastinya, buka lagi malap, tetapi terus hancur musnah.Sekali gus nasib orang Melayu dan negara turut menerima nasib yg lebih kurang sama, kecuali ada unsur lain yg dapat menyelamatkan keadaan.

    Walau apa pun, melihat kepada kekalutan yg berlaku kepada parti PKR akhir-akhir ini ianya memberi harapan yg agak cerah kepada UMNO/BN untuk menandingi dan menewaskan PR didalam PRU 13 nanti.Namun,UMNO tidak seharusnya meletakan harapan kepada kelemahan parti lawan untuk terus berkuasa.Tanpa kekuatan dalaman yg padu dan teguh yg terlahir dari kepimpinan yg teguh dan kuat serta disokong oleh ahli-ahli yg jitu dan padu semangatnya,UMNO tidak mampu bertahan lama dalam keadaan sekarang dimana ianya sudah menjadi begitu komplek dan rumit untuk terus bertahan tanpa perubahan drastik dilakukan.

    Askar Tua

    ReplyDelete
  6. Dato Sak

    1. Satu analisa yang baik dan patut dibaca dan diketahui oleh semua ahli-ahliUMNO(Baru).

    pemimpin-pemimpin utama memang sudah tahu fakta yang Dato bentangkan ini. depa sengaja pura-pura tak tahu.Kalau tak tahu, takkan stail politik mutakhir ini yang banyak membangkitkan isu perkauman dan menggunakan ugama di gunakan.

    2. As for ordinary members, saya rasa mereka telah diconditioned begitu lama agar menutup mata dan memekak telinga terhadap apa jua hakikat sebenar. Merekaa hanya percaya kepada apa yang di ucap dan diberitahu oleh pemimpin mereka sahaja walaupun ianya satu pembohongan yang jelas.

    Mereka begitu taksub kepada parti dan hanya partilah segala-galanya.

    3. Sedih pun ada, kesian pun ada. Ordinary members diperguna secukup-cukupnya oleh pemimpin untuk kesenangan dirinya. Kerana taksub mereka menolak apa jua hak mereka, tak kisah hidup susah, sanggup gadai masa depan anak cucu mereka.

    Pemimpin UMNO(Baru)? Semakin kaya dan semakin kaya.....


    bat8

    ReplyDelete
  7. Kenyataan yang tepat dan padat dari Sakmongkol Ak47.

    ReplyDelete
  8. Analisis yang agak baik. Saya Melayu. Dulu saya sokong UMNO. Sekarang saya tidak akan sokong UMNO selama-lamnya. Mustahil akan patah balik.

    ReplyDelete
  9. macam mana ameno nak jadi bestest fren melayu -bestest fren pee em terdiri dari desmond lim , tan ini, tan itu, mutu ini dan mutu itu dan melayu baru
    macam muntah jakpar. Dan merekalah pulon apa yang patut. Slogan lepas slogan mahu melayu kampong dan bandar
    sapot ameno. Dah lah tu ada projek bagi kat yahudi.

    malaysia banyak problem yang disapu
    bawah carpet. ketiadaan kerja untuk
    graduan melayu. Lepas 4 tahun di uni,
    dapatlah kerja kerani ihsan gomen-
    atas dasar 'rakyat di dulukan'

    haprak, haprak dan haprak
    that sums up the opinion of many melayus , chingkies and samis in our
    country. But then those yang dapat
    proyek, akan laong- bestest gomen
    dalam tv dan 1Malaysia is a great sukses [ untuk keluarga dema]

    khong khek khuat

    ReplyDelete
  10. Sudah di tegog tapi luncai nak jugak terjun dengan labu-labunya. Takkan nak salahkan ibu mengandung pulak.

    ReplyDelete
  11. Orang UMNO kena sedar bahawa analisa ini membayangkan kesudahan berkenaan. Kawe dulu AJK UMNO peringkat cawangan. Tapi la ni dah meluat. Meluat tengok muka Rosmah bini Najib yang nampaknya melebih-lebih pula. Mudah-mudahan dalam PRU 13 nanti dia dan lakinya dapat dinyahkan!!

    ReplyDelete
  12. Pada PRU yang ke 12 hari itu, UMNO hilang undi golongan kelas menengah (working class)..mereka cuma dapat undi golongan penyokong tegar kapitalis melayu dan peyokong tegar kelas bawahan melayu....Cuba tengok kat cawangan, siapa ahli UMNO yang aktif,golongan penyokong tegar kapitalis melayu dan peyokong tegar kelas bawahan melayu..Setakat ni takde satu usaha pun oleh UMNO untuk mengembalikan sokongan kelas menengah..Yang ade cuma nak kan undi kaum cina dan India..UMNO will die standing in the next GE..

    ReplyDelete
  13. Setuju tu, saya setuju. Tapi kalau nak diambil kira undi org melayu terhadap UMNO saja tanpa mengambil kira undi melayu terhadap calon parti komponen yg lain, saya rasa mcm tak brp adil. Sbb kebykkan undi utk calon MCA, MIC dan Gerakan...kebykkannya dtg dr org melayu.....

    ReplyDelete
  14. Salam Dato' Sak,

    Saya bersetuju dengan pandangan Dato'. Buat YAB PM, masih ada peluang untuk memastikan UMNO terus bertapak di bumi Malaysia ini. Singkirkan sahaja pemimpin UMNO yang rakus mengumpul kekayaan dan pemimpin UMNO yang tunjukkan moral yang tidak baik kepada masyarakat Melayu. Ingatlah pesan ayahanda YAB PM,"Disiplin yang baik terbentuk daripada sikap yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada pemimpin dan teladan yang baik".Tun Abdul Razak Hussein

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Umno sudah tidak ada masa hadapan lagi. Mungkin UMNO akan menang PRU yang ke 13 ini, tetapi setakat itu sahajalah. Selepas itu saya percaya UMNO akan terus dipinggirkan oleh orang-orang Melayu. Selepas kalah nanti, tidak boleh kita menolak kemungkinan UMNO akan langsung hilang lenyap dpd pentas politik Malaysia kita ini.

    Perjuangan PR adalah untuk semua kaum. Perjuangan UMNO/BN adalah juga untuk semua kaum. Tidak kedengaran lagi sesiapapun yang memperjuangkan nasib Melayu.

    UMNO di bawah kepimpinan Mahathir, Pak Lah dan Najib jelas sudah tidak memperjuangkan kepentingan Melayu lagi. Mahathir menghapuskan DEB tanpa disedari oleh orang-orang UMNO sendiri. Mahathir menghapuskan akta pelajaran 1961 yang pro-Melayu dan beliau menggantikannya dgn akta pendidikan 1996 yang tidak lagi bersifat pro-Melayu. Orang-orang UMNO juga tidak sedar mengenai perkara ini.

    Mahathir mewujudkan sekolah aliran Cina dan India sehingga pada hari ini kira-kira 80% dpd pelajar kaum Cina belajar melalui sekolah-sekolah aliran Cina. Mahathir kemudian meluluskan dua universiti aliran Cina di Kajang dan di Pulau Pinang. Mahathir mewujudkan PPSMI dalam sistem pelajaran negara yang meminggirkan bahasa Malaysia.

    Mahathir menghadkan kemasukan orang-orang Melayu dpd Indonesia dan beliau membawa masuk kaum-kaum kafir Cina, Nepal,Vietnam, dan Thailand. Sesetengah dpd mereka sudah mendapat status penduduk tetap manakala sejumlah yang lain langsung diberi kerakyatan.

    Wilyah Iskandar diwujudkan untuk ditadbir oleh Cina Singapura. Lama kelamaan dan akhirnya seluruh Johor akan jadi milik Cina Singapura. Blok minyak Sarawak diberi kepada Brunei. Minyak Kelantan diberi kepada Thailand.

    Felda pula telah mewujud dan menciptakan Universiti milik Cina, Lim Kok Wing Universiti, yang amat besar dan berjaya di Malaysia dan sehingga berkemampuan pula untuk berkembang ke peringkat antarabangsa termasuk di UK. Najib kata, "nasib baik kita ada Lim Kok Wing yang membantu kita, kalau tidak orang-orang Melayu tidak berkeupayaan untuk menubuhkan sebuah institusi pelajaran yang besar dan berjaya seperti itu."

    Pembangunan ekonomi kita tidak pernah konsisten - pembangunan yang berkonsep "corridor" di sini dan "corridor" di sana sudah tidak kedengaran lagi, kini muncul pula NEM atau MEB dgn transformasi itu dan transformasi ini, kononnya tak lama lagi kita ini kesemuanya akan jadi kaya rayalah.

    Najib tak sebutpun pasal 30% ekuiti Melayu/Bumi dalam sektor moden. Kalaulah inipun tak tercapai bagai mana nak ditransformasikan pendapatan kita untuk jadi lebih lumayan.

    Petumbuhan ekonomi (KDNK) dikatakan sebagai semakin meningkat - governor BNM kata sudah berjaya mencecah 7%, tetapi perniagaan semakin banyak yang bungkus dan pengangguran semakin meningkat, harga barang-barang keperluan juga semakin meningkat. Ramai pula yang mengatakan bahawa angka pertumbuhan 7% ini hanyalah tipu dan bohong Bank Negara sahaja - patutlah kontrak governor BNM disambung lagi!

    Perniagaan dadah semakin maju dan semakin ramai lagi anak-anak Melayu kita yang menjadi customer. Kalau ini, memang ramai yang mempercayai bahawa kita telah mencecah pertumbuhan lebih dpd 7%! Ini adalah agenda NWO no.1 di Malaysia dan ada pula orang-orang yang membisikkan bahawa perniagaan dadah ini sememangnya di bantu oleh PDRM kita kerana ramai dpd kalangan bos mereka itu (PDRM) kesemuanya adalah anggota Freemason! Inilah di antara gara-gara kecemerlangan Najib. Manalah orang-orang UMNO kita tahu semuanya ini!

    Para pemimpin UMNO adalah terdiri dpd orang-orang Melayu kita yang bijak dan cerdik kerana mereka pandai memperdayakan para pengikut mereka, yang bodohnya adalah ahli-ahli UMNO dan para penyokong UMNO yang asyik ditipu sepanjang masa.

    Kalaulah sudah begini teruk UMNO ini dalam masalah memperjuangkan nasib Melayu - mengapakah kita ini masih nak sokong dia lagi!

    Sekian, terima kasih.

    Yang Tulus Ikhlas



    Wan Solehah al-Halbani

    Temerloh, PAHANG DM

    ReplyDelete
  16. UMNO berpatah balik dengan isu racistnya...dalam situasinya yg gawat ketika ini,tiba-tiba Timbalan Najib membawa isu perkauman sempit ini sebagai modal politik terakhirnya..inilah natijahnya UMNO yg sarat dgn perkaumannya...kalaulah UMNO rasa isu racist ini sebagai senjata mengembalikan sokongan Melayu maka UMNO nampaknya sedang menggali kuburnya sendiri...tunggulah PRU 13 akan datang..rakyat pasti menghukumnya...

    ReplyDelete