Thursday, 16 September 2010

UMNO lwn Perkasa- bahagian akhir.


Saya bukanlah hendak sinikal( cynical). Tapi bila Dato Najib keluarkan statement dan kenyataan, saya perlu tahu dahulu, audiens dimana kenyataan itu di keluarkan. Kelmarin, DS Najib menegaskan untuk melawan ekstremisme dan dia sedih kerana ada organisasi dan individu yang masih mendendangkan irama perkauman. Siapa yang di maksudkan bukan teka teki lagi.
Maka jika audiens nya berbilang kaum dan ramai pula penyokong setia yang mungkin pula di angkut dengan bas bas, saya tidak heran DS Najib mengeluarkan kenyataan demikian. Tapi bayangkan jika audiens tersebut terdiri dari semua orang Melayu, yang bersongkok, bertanjak dan bersamping, saya tidak fikir Dato Najib akan mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Jadi saya sangsi dan belum muktamad menjatuhkan penilaian sebab kita semua sudah tahu Dato Najib selalu tidak konsisten dan selalu belum muktamad. Why doesn't he go on national television and state his ideas ke seluruh Negara? Itu cara yang lebih baik untuk mendapatkan consistency.
Kita bukan hendak bahas mengenai Perkasa disini. Dalam artikel2 yang saya telah tulis, sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Melayu, tema nya ialah apa perlu UMNO buat. Bukan apa yang Perkasa perlu buat. Sekurang kurang nya Perkasa 'clear' dalam missi mereka. Yang bermasaalah ialah UMNO.
Disini lah letak nya kegagalan pimpinan UMNO. Gagal untuk mengemukakan program dan agenda kemajuan orang Melayu. Sebab tidak ada yang muktamad. Sebab pimpinan UMNO tak faham. Sebab antara presiden dan pimpinan lain UMNO- walaupun tidur sebantal, mimpi mereka lain lain.
Ibrahim Ali tidak ada program. Tapi dia ada kejantanan dan berani bercakap mengenai persepsi apa dia kepentingan Melayu. Semua orang tahu yang Ibrahim Ali laungkan ialah ketuanan Melayu- Malay supremacy. Sepatutnya program UMNO ialah kepimpinan Melayu- Malay leadership.
Ini gagal di lakukan oleh UMNO. Yang konsisten bercakap mengenai idea Dato Sri Presiden ialah ketua Pemuda UMNO. Tapi kos yang terpaksa di bayar oleh nya, mungkin amat besar. Dia terpaksa pula menempuh segala macam risiko peringkat peribadi dan keatas masa depan politik nya. Mungkin dia tidak ada masa depan politik. Tapi sekurang kurang nya, dia konsisten dalam menjadi jurubicara wawasan Najib.
Yang tidak 'Kitol' dalam UMNO, tidak pula bercakap mengenai idea Najib malah dengan berani berkata menyokong PERKASA. Najib kena behave firm dan tegas dalam kepimpinan nya. Yang tidak selari dengan idea yang hendak di bawa, sila keluar atau di keluarkan. Kita tahu, ramai "kitol" dalam UMNO.
Dato Sri Najib kena jaga anak buah. Saya kurang setuju dengan pandangan sahabat saya blogger Voice yang menulis mengenai KJ's insidious hand dalam crisis UMNO-PERKASA. Pertama, sejak bila ada MOU antara UMNO dan PERKASA? Yang ada ialah keterbetulan ramai ahli UMNO yang sokong PERKASA. Mereka menyokong sebab Najib tidak offer an alternative program. Jadi void di isi dengan kelantangan PERKASA.
Dan ahli ini semua di golong oleh Nazri Aziz sebagai has beens. Malah Nazri kata Dr Mahathir lah yang merupakan has been yang terkemuka sekali. Saya tidak lihat penyokong2 Dr Mahathir menghentam Wyaat Earp UMNO ni. Kepada saya, Nazri lebih insidious element dalam perjuangan UMNO sebab dia mencetuskan geram dan sakit hati.
Pada pandangan saya, jika ada orang yang kita hendak persalahkan kerana pertembungan PERKASA-UMNO ini, orang nya ialah Presiden UMNO sendiri. Kita tidak perlu menggunakan kesamaran 'semantics untuk kata Najib bukan kata suruh berperang dengan Perksa, dia hanya suruh menjauhi. Jika DS Najib lemah dan salah, tidak tegas dan konsisten, kita katakan halnya yang sebenar. Tidak perlu dolak dalih. Dalam hal manangani Perkasa, punca kekeliruan ialah Najib sendiri.
Isyarat yang Dato Sri keluarkan tidak clear dan precise. Ini macam main selamat punya strateji. You kata tidak mahu ada apa apa dengan PERKASA dan dalam mesyuarat MKT beri mandat kepada orang untuk taruh PERKASA. Tapi perlakuan Dato Sri sebagai presiden tidak menampakkan kesungguhan. Pertama Dato Sri layan PERKASA dengan menghadhiri beberapa program PERKASA. Kedua, Dato Seri hantar Samurai untuk lawan PERKASA tapi tidak memberi pedang.
Dato Sri tidak memerlukan ramai orang dalam pasukan special forces. Cukup ada 15-20 orang di seluruh Negara yang menyuara dan menjuarai wawasan Dato Sri. Yang penting beri mereka 100% sokongan dan bekalkan pedang untuk samurĂ¡i Dato Sri. Yang duduk diam dan mengaku tidak "kitol' sepatutnya segera di nyahkan oleh Dato Sri. Yang di perlukan ialah sekumpulan yang sefikiran, dedikasi dan berkesungguhan. You perlukan war cabinet bukan cabinet yang di penuhi dengan tokoh ow, ow.
Ada beza antara konsep ketuanan dan kepimpinan Melayu. Konsep ketuanan bersandarkan hak semula jadi atau hak yang di laksanakan oleh undang undang atau melalui instruments paksaan( coercive instruments). Kepimpinan sebaliknya membawa implikasi pertangungjawapan. Dan pertanggungjawapan hanya boleh di terapkan melalui keyakinan dan kepercayaan.
Sesiapa yang membaca buku Francis Fukuyama- Trust misalnya, akan tahu bahawa kepercayaan di bina bila diantara dua kumpulan ada persafahaman bahawa budi yang baik yang kita laburkan di balas secara spontan dengan perbuatan baik oleh kumpulan lain. Ini yang rakyat Malaysia mahukan- yakni kepimpinan Melayu yang bersikap adil kepada semua orang yang akan di balas dengan sokongan. Ini sepatutnya program UMNO.
Tapi Dato Sri jugalah yang salah. Bila orang bertanya mengenai program ekonomi, Dato Sri kata masih di peringkat makmal, belum muktamad. Walhal, kita telah membelanjakan puluhan juta taxpayers Money untuk firma juru runding. Semua belum mukamad- sabsidi belum muktamad, Model Ekonomi Barui belum muktamad. Tidak ada konsistensi dan tidak stabil pendirian.
Kerana kegagalan kita menawarkan program dan agenda yang lebih baik dari PERKASA, kita hanya mampu gunakan taktik lapuk. Taktik yang di gunakan oleh ketua ketua cawangan bila hendak bertanding jadi AJK Bahagian.
Iaitu dengan cara memperlekehkan PERKASA. Kita kata kita tak akan sokong PERKASA dan tidak akan sokong Ibrahim Ali. Helo, SU Agung UMNO- Ibrahim Ali tak pernah minta UMNO tolong. Ibrahim Ali kata, UMNO jangan cakap besar. Hanya 30% sahaja ahli UMNO yang akan sokong UMNO. jika telahan ini benar, maka UMNO akan jadi parti pembangkang. Dato Seri Presiden akan jadi ketua Pembangkang. Yang lain akan cabut lari. Mungkin ada yang mengintai peluang untuk tukar kapal. Ini perangai biasa orang UMNO dari peringkat cawangan hingga ke peringkat atasan. Yang bakar jambatan pun ada dalam UMNO. tapi hari ini yang cakap berdegar degar inilah yang paling kuat membodek dan mengilat kasut boot dato sri presiden.
Saya heran bin ajaib, takjub bin melopong dengan cara kita UMNO menangani isiu dengan PERKASA. Kalau kita tak sanggup seluk pekasam hingga ke pangkal lengan, lebih elok jangan berkata apa apa. Saya khuatir satu hari nanti, kita mintak tolong dengan Tok Him, jatuh lah kemaluan kita.

Demikian ucapan saya kali ini. Wallahu-'alam bissawab.

27 comments:

  1. Tok Sak,
    Kita minta Tok Him PERKASA buat kapal baru sebelum PRU 13, jadi parti politik melayu, mengelinjat le orang UMNO. Mana kawasan majoriti melayu yang diberikan pada MCA, MIC PPP Gerakan kita taruhkan PAERKASA bertanding. Acamam Tok Sak.

    ReplyDelete
  2. Salam Dato' Sak,

    Itu Kesah nya, betul-betul Hoi Liow dan Panas Berkari, Semasam Asam Gelugor, Sepedas cili api, dan Semasim Ikan Pekasam Kuala Krau. Patut sangat Post ala ucapan PAU ini di kaji, dianalisa seluas dan sedalam-dalam nya. Kata Pemberani 90 persen tepat dan benar bila meneropong Pemimpin UMNO Bahagian Aku, nun di senon, di ulu senun. Kalau tak sedar dan berubah lagi, tak tau apa nak dikata.

    Dato Sak , Elok-elok bebenor lah tulisan Dato ini di buku, supaya dukumentasi ini Sustain kekal jadi rujukan anak cucu cicit saya dan yang bernama bangsa Melayu selagi ada bumi bernama Malaysia. Di Doakan Dato. Sehat sejahtera dan gembira dan berlapang dada dan pertajamkan fikiran. Hidup Pemberani.


    TQ

    ReplyDelete
  3. Kata guru saya tidak lama dulu,,Semua orang yang yang sihat fizikal dan mentalnya dan di tambah dengan sikap/attitude yang positif, jika di beritahu/ajar aper yang perlu dibuat dengan jelas, sudah pasti dengan izinNYA akan berupaya mencapai matlamat yang di idamkan.
    Bersandarkan aper yang guru saya kata itu, saya percaya dan yakin, ada ramai rakyat malaysia, khasnya orang melayu sendiri yang boleh bersama-sama menjayakan hasrat/wawasan/impian/rancangan atau aper sahaja yang Pimpinan tertinggi negaraku malaysia impikan.
    Tidak ada cara lain, TELL US CLEARLY WHAT NEEDS TO BE DONE AND HOW IT SHOULD BE DONE TOGETHER.
    How to reach us? amik lah cadangan dato sak for instance, go lah live on national televison atau get the a### guys to do it.If that cant be done then get the flyer company in.They are good, just ask the pizza joints, who make a roaring bizniz thanks to the humble flyer marketing strategy.

    ReplyDelete
  4. Salam and Selamat Hari Raya Dato'- maaf zahir dan batin. A very good article tapi satu soalan nak tanya Dato'...Kenapa selepas banyak penerangan tentang sikap orang UMNO ni. tp kebanyakan (90%) masih berada di tahap kebodohan maksima. Dungu atau tak nak ambik tau. Syukur saya bukan ahli UMNO atau mana-mana Parti Politik...malu jika nak mengaku kita org UMNO ...yukssss

    ReplyDelete
  5. Sejak 2008 saya menulis bahawa kemunculan pakatan akan menguburkan agenda islam dan melayu. BN dan Pakatan akan asyik fokus ke atas kepentingan bukan melayu islam dan mengikis agenda islam dan melayu sedikit demi sedikit; hari demi hari. Dahulunya kita berlumba mengejar agenda islam sehinggakan polemik Malaysia negara islam menjadi debatan ramai. Kini PAS tidak berani lagi membangkitkannya apatah lagi UMNO. Dahulunya kita mahu buktikan bahawa budaya melayu dan islam boleh membentuk Malaysia sebagai negara islam terulung di dunia dan di hormati oleh negara2 lain. Tetapi kini mempertahankan budaya melayu pun malu takut digelar rasis. Apatah lagi mempertahankan penggunaan Nama Allah, satu budaya melayu islam yang diamalkan sejak beratus-ratus tahun.

    Melayu nampaknya dayus dan dangkal. Tidak tahu matlamat. Tidak tahu tujuan. Hanya tahu berseteru dan bersengketa. Hai, hancurlah tanah air ku.

    Tatkala orang bukan melayu bersatu menggelar perjuangan melayu rasis, orang melayu berpecah mengiyakannya. Orang melayu tidak sedar bahawa mereka ini hanya mengatakan bahawa ia adalah rasis jika perjuangan itu untuk orang melayu islam tetapi tidak rasis jika untuk bangsa tiong hua, India dan lain2. Orang melayu tidak sedar bahawa hanya orang melayu sahaja yang perlu mengalah, berubah dan menidakkan hak mereka tetapi tidak kepada mereka: mereka tidak perlu meninggalkan amalan perniagaan dan sekolah rasis mereka. Orang melayu sebenarnya tidak sedar bahawa mereka ini telah diperkotak-katikkan oleh agenda mereka. Alahai lemahnya dan dangkalnya melayu kita.

    Isu perkasa pun begitu juga. Kita tidak semestinya bersetuju seratus peratus dengannya. Tetapi ia menahan gelombang agenda mereka. Ia menyuarakan kegelisahan
    orang melayu akan agenda mereka ini. Ia menyentakkan mereka bahawa orang melayu juga mempunyai perasaan dan pendirian. Apa hal pula UMNO nak gaduh dengan melayu lain pada masa ini? Orang melayu yang juga rugi. Orang bukan melayu yang akan untung. Agenda Islam tah kat mana pula?

    Bodohnya melayu.

    ReplyDelete
  6. Assalamaualaikum Dato' Sak,

    Maka apabila ucapan Dato' ini selesai dibacakan kepada presiden UMNO maka senyap sunyilah satu dewan persidangan.

    Itupun kalau mikrofon Dato' tidak dimatikan dulu. Itupun kalau yang meluluskan ucapan membenarkan ucapan Dato'.

    Dato' pun tahu - mana mungkin presiden UMNO mendengar curahan hati naluri Dato' dalam alam sebenar.

    Maka ruangan blog menjadi wadah Dato' mahu menyampaikan maksud yang jelas kepada para pemimpin.

    Tetapi siapa yang mendengar, Dato?

    Kalau ada yang mendengar, siapa yang mengambil peduli?

    Kalau ada yang mengambil peduli, siapa yang mahu membuat sesuatu?

    Dato' pun sedia mafhum - pimpinan yang syok sendiri dengan makmal, dengan NKEA, dengan janji manis SPRM, dengan kaki bodek, tukang hangguk dan tukang pengilat kasut?

    Dengan entourage begitu, tok presiden UMNO tak perlukan musuh. UMNO sendiri yang akan jahanam.

    Maka hari hari khalayak dicanangkan NKEA bagus, NKRA lulus, kadar jenayah turun, banyak tangkapan rasuah, ekonomi melonjak - dan macam macam feel good factor.

    Hakikatnya, betulkah? Kalau semua NKEA/NKRA bagus, kerana masih banyak kecacatan sana sini dalam delivery process?

    Kalau jenayah turun mengapa rakyat masih rasa tidak selamat?

    Kenapa ikan ikan kecil sahaja ditangkap rasuah?

    Adakah perasaan/persepsi rakyat sampai pada meja presiden sebagaimana mesej Dato'?

    Kulapuk yang mengelilingi pimpinan sekarang terlalu tebal. Mesej semacam Dato' akan ditapis dan diberikan spin.

    Dan penasihat (yahudi) yang dibayar pun tak dapat memberikan nasihat yang tepat.

    Apa lagi harapan yang ada pada presiden UMNO? Masa bila akan ada perubahan?

    Ditambah dengan mahu menjadi popular kepada semua orang dan cuba memuaskan hati semua orang - maka jalan tengah dan selamat cuba diambil. Terjadilah flip flop, polisi separuh masak, makmal yang tak habis ujikaji dan sebagainya.

    Apa kesudahannya?

    ReplyDelete
  7. to fooart(16 sept 9.20)
    Jawapannya ialah sebahagian dalam absolute state of denial, sebahagian lagi clouded by money and power, sebahagian lagi baru nak begin quest for the money and power, sebahagian lagi nak cling on to the money and power, senang cerita ada macam macam lagi but all roads lead back to MONEY AND POWER.

    ReplyDelete
  8. Saya bersetuju benar dengan apa melayu baru(16 sept 2010 9.45)sampaikan.
    What next? Aper strategy seterusnya dato sak?As much as you want the pimpinan tertinggi to listen to voice of the rakyat, tell us how we can contribute by getting the message across to all and sundry.Bariers can be overcome if we unite.Show us the way foward dato demi generasi akan datang di bumi terindah ini.

    ReplyDelete
  9. Setuju dgn cadangan supaya PERKASA bertanding dlm PRU13 nanti.
    Jangan bagi muka dgn MCA, MIC dan Gerakan.
    Kami akan memberi sokongan yang padu pada PERKASA.

    ReplyDelete
  10. Dato'

    PERKASA mempertahankan hak Melayu tanpa mengira dari parti politik mana dia berahli. Saya percaya PERKASA tidak akan mudah di perdaya dengan taktik halus dan jemputan masuk perangkap Nazri Aziz. Ramai orang tak suka Ibrahim Ali sebab dia tak hensem, gemuk dan tak mempunyai keterampilan seorang cendiakawan berpolitik. Ibrahim Ali mungkin bukan dari golongan elit atau bangsawan dan caranya mungkin kasar tetapi ironinya ialah kita perlukan orang yang berani dan kasar macam ni bilamana terdapat banyak pemimpin Melayu masa ini sudah jadi lembik, lembut dan "ow ow".

    yugo agogo

    ReplyDelete
  11. DATO,
    WHEN PM mentioned extremist,
    who actually he means??
    M? C? I ?

    confused

    ReplyDelete
  12. Happy Malaysia Day Saudaraku Sak and everyone.

    Alfatihah Tun Ghazali Shafie - the man instrumental in the formation of Malaysia.
    Thank You. May Allah reward your deeds.

    Forget about Ibrahim Ali.
    Let's perkasakan Najib.
    Wish him all the best in transforming 1Malaysia.

    ReplyDelete
  13. somehow the president of UMNO should know when to 'bukak kasut ' and take a long rest.

    ReplyDelete
  14. Perjalanan yg tak pernah selesai jika tidak tahu tempat/fokus yang dituju..

    Alice: Would you tell me, please, which way I ought to go from here?
    The Cat: That depends a good deal on where you want to get to
    Alice: I don't much care where.
    The Cat: Then it doesn't much matter which way you go.

    ReplyDelete
  15. Quiet Despair,

    Najib can't transform the nation. He can only deforms it. You must be blind seeing Najib as an instrument of positive change.

    beehive.

    ReplyDelete
  16. Sak,

    Lupakan Perkasa atau UMNO.

    Kalau negara nak maju dan aman tak susah. Hapuskan rasuah dan salah guna kuasa, negara akan jadi lebih maju, selamat dan makmur.

    Kita ambil contoh kes Sosilawati. Peristiwa ini terjadi disebabkan rasuah. Kita jadi tak selamat sebab rasuah.

    Bayangkan beberapa laporan polis tentang orang hilang, penipuan, CBT yang dikaitkan dengan peguam yg bergelar Datuk tu telah dibuat sejak tahun 1998 lagi. Tapi apakah hasil siasatan polis? Apakah tindakan yang di ambil polis? Elek.

    Kemungkinan besar ini semua disebabkan polis sendiri tidak menyiasat atau mengambil tindakan kerana mereka di bawah "payroll" Datuk tersebut untuk menutup kes jenayah. It is not difficult to comprehend.

    His office is just 50 meters from the police station. And despite all the reports made against him by various people, he is still awarded with a Datukship. Everybody knows Datukship from some states can be bought. It has become a mockery and much talk about over teh tarik sessions.

    Let truth be told if we love this country and want to make it a place to stay for our children and future generations.

    When the murdered is a public figure and becomes public news barulah nak ambil tindakan dan dalam beberapa hari saja dapat tangkap orang2 yang terlibat. Polis pun nampak hebatlah!

    Mereka sebenarnya boleh hebat kalau mereka betul2 buat kerja without fear or favor.

    Selagi pemimpin negara tak ada political will untuk berubah and "do the right thing" negara kita akan hancur. Dan berani saya katakan mereka tidak mampu berubah.Istitusi kita semua sudah rosak - kehakiman, pejabat peguam negara, polis, macc, spr, kastam, immigration, jpj, jabatan hutan, majlis daerah dan pejabat tanah dan lain2 sudah terlalu rosak. Ini kerana kepalanya (pemimpin) telah rosak beyond repair.

    Let us vote for a change. Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  17. Salam Dato' Sak,

    Orang Melayu kini, khususnya ahli-ahli UMNO berada di persimpangan jalan yg amat merimaskan dan kritikal,umpama kata peribahasa, iaitu 'telan mati mak dan luah mati bapak'.Jika tak telan dan tak luah barangkali kita sendiri yg mati.

    Jika kita memilih untuk terus berada dalam kapal UMNO dengan harapan semoga berlaku perubahan yg dramatik yg akan mengubah haluan agar kapal terselamat dari merempuhi badai yg bergelora yg akan menghempas bahtera kebatu karang yg mungkin mengakibatkan ianya tenglam kedasar lautan,ianya seolah-olah kita meletakan harapan kepada sesuatu keajaiban untuk berlaku.

    Dalam keadaan sekarang perubahan yg amat diharapkan berlaku kearah yg lebih baik dalam UMNO tidak mungkin berlaku.Adalah diakui bahawa PM Najib 'bijak' dalam membuat perancangan dan slogan,dengan mengguna khidmat nasihat dari pakar perunding dan juga punahsihat peribadi yg bijak dan handal,tetapi aspek perlaksanaannya beliau didapati amat lemah dan hasilnya amat mengecewa dan menghampakan.

    Kerana sifatnya yg cenderungkan kepada popularity dan disukai olih semua orang, PM Najib terpaksa bermain sendiwara dan berpura-pura yg memerangkapkan diri nya didalam keadaan cemas dan tidak menentu.Keadaan ini memaksa beliau mengambil keputusan yg kurang bijak yg menelanjangkan beliau sebagai seorang pemimpin yg flip-flop,lemah,tidak tegas dan tidak ada keberanian.Dengan tertonjolnya sifat-sifat negatif ini yg telah dipamirkan sejak zaman Pak Lah lagi-(apabila beliau gagal mengambil sebarang usaha membetulkan keadaan dengan terus membisu dan membiarkan keadaan celaru berlarutan sehinggalah ada tekanan dari pihak lain yg memaksakan Tun Flip-Flop berundur)-maka harapan untuk beliau membuat perubahan yg drastik dan radikal,samada dalam kerajaan atau parti UMNO/BN adalah sesuatu yg bolih dikatakan sebagai 'jauh panggang dari api'.

    Kunci kepada perubahan,selain dari kebjaksanaan,ialah keazaman yg tinggi yg berpaksikan kepada sifat keberanian,ketegasan dan keyakinan kepada apa yg diperjuangkan.PM Najib tidak memperlihatkan beliau mempunyai perkara tersebut.

    Pilihan yg ada pada orang UMNO ialah ,samada menukar nakhoda bersama sekali dengan awak-awak pembantu disekelilingnya atau meninggalkan kapal yg hampir tenggelam itu.Samada untuk menumpang kapal lain yg sedia ada atau bertindak membina kapal baru untuk meneruskan perjuangan adalah satu keputusan yg perlu difikir dengan serious oleh mereka yg berkenaan.

    Saya beranggapan bahawa sebilangan besar ahli-ahli UMNO akan memilih untuk berpindah kepada kapal yg baru dibina oleh kempulan mereka sendiri dengan memilih nakhodanya sendiri. Itulah pilihan yg terbaik kerana untuk menukarkan kepimpinan yg ada dalam umno sekaran tidak mungkin dapat dilakukan.Dan untuk berpindah keparti lain yg sedia ada sekarang adalah bertentangan dengan pendirian dan perjuangan.Lagi pun ramai yg belum yakin bahawa parti-parti yg sedia ada sekarang akan lebih baik,bersih dan berkemampuan daripada UMNO/BN itu sendiri.Nantikan tindakan itu terjadi umpama'terkeluar dari belanga termasuk dalam api'.

    Walau apa pun marilah kita semua berdoa agar sesuatu yg baik berlaku semoga negara kita yg tercinta ini kekal aman dan makmur supaya dapat dinikmati sehingga keanak cucu kita nanti.

    Askar Tua

    ReplyDelete
  18. *reply to Ellese A

    Ini la... yang masih tak mengerti beza diantara budaya, bangsa dan agama. Bila a particular kaum tu diberikan keutamaan, namenye rasisma... senang aje nak paham. Tak kira la keutamaan itu diberikan atas alasan kemunduran, economik etc. That's wrong in Islam! So, this is the problem with people, nak campur adukkan isu budaya, bangsa and agama jadi cocktail!

    ReplyDelete
  19. Najib dengan lembek2nya ni baik jadi perkasan sajalah.

    Orang bangsawan yang terlalu jauh dari realiti rakyat.

    Perasan nak rakyat diutamakan, paham ka dia?

    Abis subsidi rakyat dipotong. Apa cerita?

    ReplyDelete
  20. "Kelmarin, DS Najib menegaskan untuk melawan ekstremisme dan dia sedih kerana ada organisasi dan individu yang masih mendendangkan irama perkauman."

    Kalau ada sesetengah orang di sini nak sokong Extremism, sokong lah....

    tapi kalau orang negara luar buat benda yang sama terhadap minoriti di negara masing2, janagan lah mengadu dan complain, berarak dan bising kat TV...

    contoh jelas, macam reverend Jones di Florida yang ugut nak bakar Quran, Peranchis yang dah ban Hijab dan Niqab semalam, America yang x mau Pusat Islam berdekatan Ground Zero New York, UK yang akan mengehadkan minoriti Imigran masuk ke dalam negara mereka dan berkerja di sana (termasuk ramai pendatang asing haram dari Malaysia yang bekerja secara haram di restoran2 di bandar2 tertentu)....atau orang2 yang tak balik2 ke malaysia lepas habis belajar di UK) ramai Chef Cina dan melayu, pencuci mangkuk, pelayan restoran dan lain2 kerja secara haram dan kumpul Pounds kat sana....

    ReplyDelete
  21. Kalau dah kena penangan PRU-12 pun masih tak boleh nak sedar dan bangkit semula, PRU-13 kena TKO baru nak sedar ke?

    Syok sendiri, living in denial, sangka orang dok suka kat kita, bila ditegur, melenting.

    ReplyDelete
  22. YBhg. Dato'

    Salam Aidil Fitri untuk YBhg Dato' & Keluarga.

    Cara YBhg Dato' bantai Najib begitu memilukan kebanyakan para pembodek. Mereka boleh bertindak terhadap YBhg Dato' untuk membuktikan bahawa merekalah pengikut setia Najib.

    Saya cukup setuju bila YBhg Dato' mendakwa Najib adalah bukan jenis yang konsisten. Najib selalu 'play safe'. Apakah orang macam Najib boleh kita harapkan untuk menjaga kepentingan negara dan bangsa ?.

    ReplyDelete
  23. Perkasa kini sebenarnya mengambil alih role pendesak didalam Umno yang dulu di terajui oleh pemuda Umno.

    Tapi bila KJ yang jadi ketua yang lebih kepada agenda peribadi, maka perkasa pulak kena takeover role tersebut.

    so jangan lah blame 100% keatas perkasa dan Ibrahim Ali. Ini semua salah KJ jugak.

    sebab tu lah KJ yang menyalak dulu dari orang lain bila diberi mandat.

    Untuk jaga kedudukan yang kian goyah disamping men jarum kan ideologi liberal nya

    ReplyDelete
  24. Dato sak
    Whats your call now? Kalau your boss doesnt wants to to listen to you then, get someone else to listen.
    Ramai yang mahu negara tercinta ini berjaya tapi equally ada ramai yang tak mahu tengok kejayaan itu di capai.
    Why? dah berulang kali dinyatakan.Because for the country to progress and prosper you can do it the right way/BUAT YANG BETUL.
    Sadly kalau BUAT YANG BETUL, gerombolan tu tak boleh nak buat MONEY AND ABUSE POWER.
    Kalau duduk di kedai kopi , ramai ah beng dan ah chai lament about the rotten way the country is run, tapi hakikatnya ah beng dan ah chai yang banyak benefit juga, hakikatnya mereka mahu terus gerombolan ini stay in power because ata untung juga!
    Alahai! we are done for lah dato!

    ReplyDelete
  25. Anonymous 17 September 2010 01:08,

    Untuk pengetahuan anda, setahu saya, ah beng, ah chai , ah chong ke, muthu ke samy ke,ahmad ke; kalau tak ada connection dengan BN semua tak dapat untung. U pergi tanya the orang biasa yang kerja susah cari makan, dia mau BN terus berkuasa kah?? U cakap, siapa yang untung di kalangan rakyat biasa?

    ReplyDelete
  26. Selamat Hari Raya AK 47,

    UMNO adalah ibarat bahtera merdeka. Keupayaan bahtera ini satu ketika dulu banyak bergantung pada ciri-ciri nakhodanya. Iaitu nakhoda yang dihormati oleh semua juragan dan anak kapal hingga semua penumpang berasa yakin, selesa dan selamat.

    Meskipun muncul bahtera lain (lama dan baru) untuk menyaingi bahtera merdeka namun semuanya masih ketinggalan dari segi saiz bahtera dan upaya kepemimpinan nakhoda. Ini bermakna bahtera merdeka masih mampu mengekalkan penguasaan seandainya dua faktor berkenaan dapat dikekalkan.

    Kalau dulu tidak ramai yang tergerak hati untuk menawarkan diri sebagai nakhoda hinggakan ada yang telah menakhodai bahtera merdeka untuk selama lebih dari 2 dekad tetapi sekarang dengan bertambahnya bilangan cerdik pandai, lebih ramai yang boleh dikira layak untuk menduduki kerusi nakhoda.

    Kalau dulu para kelasi memberikan penghormatan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada nakhoda yang aktif saja tetapi sekarang (atas sebab tertentu) sokongan dibahagi-bahagikan kepada kepada yang aktif, yang tidak lagi aktif dan mungkin yang telah berpindah bahtera.

    Apa yang berlaku kepada bahtera merdeka bukanlah unik buat ianya saja malah keadaan yang sama dilalui oleh kebanyakan bahtera utama di serata dunia. Cumanya di bahagian lain dunia, kemunculan bahtera baru dipandu oleh nakhoda yang baru dan segar. Atas sebab itu tidak hairanlah bahtera baru mampu memberikan saingan lebih baik terhadap penguasaan bahtera lama.

    Dalam konteks tempatan meskipun muncul bahtera baru untuk menyaingi penguasaan bahtera merdeka tetapi bahtera merdeka masih mampu memberikan saingan balas kerana bahtera baru amat ketandusan nakhoda hingga terpaksa bergantung pada muka lama atau telah 'terpelanting' dari bahtera merdeka itu sendiri.

    Chinglot

    ReplyDelete
  27. bagaimana kesudahan dengan kes NAWEEEEEEEEEE yang jadi kesayangan malaysial tu? kali pertama terlepas kali kedua dipuji puas2 kalau bangsa melayu cepat2 tangkap. Saya paling benci orang politik masuk campur hal undang2 negara, sedar diri sikit kamu semua ditempat tinggi kerana bangsa melayu juga! kalau lembik sila cermin muka, kami bangsa melayu nak muntah tengok lagak mereka2 ni nak tunjuk bagus tapi sikit demi sikit hak melayu dikikis untuk orang lain, kesudahannya...sendiri mau ingat!

    ReplyDelete