Sunday, 2 May 2010

Masa Depan UMNO


Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. UMNO menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadap nya, menyeluruh. Kenapa?
Kerana yang di tawarkan oleh UMNO bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.
UMNO tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya.
Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan UMNO berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, UMNO sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangan nya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. UMNO rupa rupa di sedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.
Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.
Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh UMNO. Yang kita takut ialah UMNO atau khususnya pimpinan UMNO tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan UMNO hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.
Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat UMNO? UMNO sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan UMNO yang di jurubicarakan dan di juarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?

17 comments:

  1. Dato,

    Setiap kali saya baca tulisan/komen Dato' mengenai UMNO, saya hairan. Isu yang Dato' ketengahkan baik untuk UMNO dan juga boleh diguna pakai oleh mana-mana parti politik yang mahukan kecemerlangan khususnya untuk ahlinya dan rakyat keseluruhan.

    Adakah 'msg' ini sampai ke telinga pembuat dasar serta kepimpinan parti?

    Mungkin kepimpinan terlalu taksub dengan rasa pandai sendiri, maka 'idea' dari orang lain atau orang yang tidak lagi dalam 'circle' diambil kira.

    Zaman telah berubah, saya penyokong kepada sistem dua parti yang telus dan kuat.

    Yang berjaya menjadi kerajaan perlu menjalankan amanah yang diberi dengan baik, manakala pembangkang berusaha menjadi pemantau yang baik disamping bersedia dengan alternatif yang berkesan.

    Bila sampai saja PRU atau PRK, rakyat umumnya dan pengundi khususnya akan dapat menilai siapa layak dipilih.

    UMNO dan BN telah diberi ruang yang lama untuk mentadbir negara, sekiranya masih mahu dipilih rakyat, kepimpinannya perlu menghormati bahawa rakyat sekarang tidak lagi seperti dahulu, senang disogok dan dikelentong.

    Apabila rakyat memilih, belajar menghormati pilihan tersebut dan belajar dari kesilapan sendiri.

    A.Alshukor

    ReplyDelete
  2. Dtk Sakmaonkol AK47.

    Sejak bila Cina sokong UMNO/MELAYU jika tak ada kepentinggan. Jika calun Cina BN mungkin le. Cuba letak Cina BN lawan Cina PR dikawasan Cina sekarang ni Mampus kalah .. UMNO melayu saja sokong Cina BN.
    Letak calun Cina/India dikawasan Melayu MESTI menang. Cuba letak Melayu d kawasan Cina Tak berani nUMNO....Itu pun tak berani !!. Nak menang Jangan harap le...

    Itu pun Melayu tak sedar Pemimpin Melayu sibok dengan 1Malaysia..

    Buat ape laungkan 1Malaysia sedangkan MELAYU rugi. Mana dia Pemimpim UMNO kata Pejuang Bangsa dengan dah dicatit dalam pelembagaan UMNO begitu juga dalam Fasal 153 pelembagaan Persekutuan. Dah TAKUT nak cakap pasal HAK Melayu. Ambil contoh Selangor. Kebanyakan Pemimpim UNMO Bahagian pun sekolah tinggi dan tak ada sijil macam mana nak memperjuangkan HAK Melayu. Macam Khir Toyo walau pun Dr Gigi Tapi cakap sombong KEJI orang kerajaan. Sekarang Dtk NOR ok juga. Tapi kurang berani cakap HAK/Sejarah Melayu nak minta maaf juga cakap pasal melayu. Sekarang ni suruh/sokong Perkasa buat apa. Nak cakap pasal PAS/PKR mereka ni tak bolih harap nak perjuang MELAYU. Kementerian MECD - MELAYU di tutup takut pada MCA. Tapi MCA tak laku untuk mendapat undi untuk BN. Orang MELAYU sekarang ini tak nampak UMNO tolong melayu, melainkan Barisan AJK UNMO bahagian aje itu pun mesti masuk kem yang BETUL.

    Sikap kebanyakan Pemimpin UNMO dah tak nampak lagi perjuang melayu melainkan cuma nak kekal dengan kuasa aje dan penuh temolok sendiri aje.di P94 Cina Rasa tak sokong pun beri 3juta. Ni melayu dah beri undi sampai sekarang pun tak dengar rancangan nak beri ape. Sekolah Ugama/ Surau / Jalan Kampung / Pinjaman Sekolah dan perniagaan / Klinik semua ini perlu di beri dan anik kan taraf bantuan dan tingkatkan kedudukan mereka TAPI masih tak dengar lagi ada rancangan untuk mereka.
    Ape ape pun orang melayu dah kecewa dengan UMNO. Bukan mereka suka sangat dengan PKR/PAS tambahan pula dengan DAP. Sahingga kini Pemimpim UMNO Pusat tak buat apa apa untuk Melayu di akar umbi cuma lepaskan pada UNMO bahagian dan cawangan. Orang melayu dah bosan/meluat/meyampah dengan Cawangan /Bahagian perangai mereka tak berubah. Sombong, belagak asyik suruh keldai suruhan dan dengar cakap budak2 tu sahingga akar umbi buat aduan dan rintihan tak selesai. Ketua dan Timbalan Ketua /Pemuda /Wanita [semua semua udah senang/kaya] ada team masing2. Kalau kita minta pertolongan salah team dah kena black list.

    Melayu memang tak ramai sokong PR TAPI lebih ramai lagi yang MELUAT denagan sikap UNMO Bahagian /Cawangan.Sekarang sedanag bejalan mesyuarat Cawangan, Semuanya AJK pancung orang baru yang ada Pelajaran. Sebab tu umno cawanag banyak yang bodoh-bodoh.
    Kesimpulannya jika pemimpim Umno Pusat tak berubah UMNO akan hancur dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato Sak,

    Spot on and directly to the core of the problem.

    Zaman dahulu kala so called
    "government knows best" sokongan kepada umno menyeluruh bukan sekadar Samseng Kampung yang menjumpai gunung emas seperti zaman sekarang.

    UMNO atau tidak, semua parti lain yang tidak sebulu dengan UMNO i.e. DAP, PAS etc menghormati dan terkelu lidah juga diatas tutur cara UMNO membawa perubahan kepada rakyat malaysia terutamanya orang melayu kita - dalam erti tutur kata lain - penuh dengan budi pekerti dan protokol yang berterusan TANPA mengira dan mengharap IMBUHAN serta merta.

    Anggaran 35-45 tahun selepas penubuhan asal secara langsung atau tidak - Hamba Allah bernama Tun Mahathir Mohamad telah bercita²dan menentang secara halus dan secara "head-on" mencuba nasib beliau menukar persepsi UMNO pada masa itu.

    Didalam jangka masa panjang juga keputusan dan habuan semua berpihak kepada beliau - dari kejadian Memali di Kedah, Campur tangan mengkucar kacir proses perhakiman negara, Pendidikan Universiti jua dipolitikkan dengan "Surat Aku Janji" dan berpolitik secara halus melalui Raja Raja Melayu dengan imbuhan yang berbaloi
    dan setimpal dengan perwatakan Mamak beliau berjaya membawa Malaysia ke hadapan.

    Saya akui - UMNO sudah menyimpang dan akan sentiasa didalam "denial" mode atas komen peribadi saya sendiri - Saya bertanya kemana Malaysia 52 tahun selepas itu?

    First World Infrastructure yet THIRD WORLD MENTALITY - itu adalah anggapan saya.

    Jalan Raya masih tiada quality yang memuaskan, sampah sarap masih tidak dapat dikutip dengan "promptly" Project asal Tender kerajaan diserahkan kepada Kontraktor Melayu tetapi akhirnya disubkontrak kepada Kaum yang lain
    adakah ini Malay-Sia nama nye?

    Adakah membeli secara menyeluruh SATU MALAYSIA untuk mendapat kepercayaan rakyat dan juga undi rakyat akan berterusan sehingga Pilihanraya umum 13 tanggal tahun 2012-2013 nanti?

    Sahih dan mungkin ada kebenaran jua Mat-Rempit & Minah Bohsia dapat menjadi Presiden UMNO suatu masa nanti atas peluang bersatu padu diatas nama "melayu" disebabkan UMNO sudah menyimpang?

    (menyimpang dari segi tidak dapat memberi Imbuhan secara terus kepada pemuda pemudi berbangsa melayu)

    Adakah ini rakyat malaysia mahu?

    Khairy Jamaluddin cuba dan telah menjalankan Operasi "PADE DOH" kepada negeri Kelantan dengan kerjasama Mat Rempit adakah Saudara KJ berjaya?

    Berbalik kepada asas UMNO - kebanyakan semua "Parroting" walhal
    kesalahan terang depan mata dan bawah hidung masih tidak dapat read between "the lines"

    Saya sebagai rakyat malaysia tidak mengharap imbuhan serta merta tetapi lebih melihat kepada Orang Politik yang ada protokol, hemah yang tinggi dan berbakti secara menyeluruh untuk Rakyat Malaysia secara am.

    Bukan Zaman Sekarang - You vote us,
    We give you School! itu hanya permulaan cetek dan terdesak seperti organisasi Samseng atau Mafia yang terdapat disetiap pelosok dunia. Apa Perbezaan sikap UMNO dengan organisasi jenayah rasuah seperti tersebut?

    Tepuk Dada Tanya Selera.

    (or we all can review and study back Don Corleone via GF its on HBO with compliments of TDM via Tan Sri Ananda - wow talk about the irony!)

    Enjoy your Sunday Dato Sak

    -Ikan Tongkol-

    ReplyDelete
  4. lagu kegemaran UMNO,khususnya Pak Menteri dan keluarganya .....d u i t , d u i t , di mana kau d u i t ???

    ReplyDelete
  5. Dato'
    Tiada esok bagi mu UMNO. Elok lah tu dan Mat Kotak pun dah nak naik tochang. So, pemimpin UMNO sendiri mengenepikan orang UMNO.
    So if it is true that Mat Kotak will be taken in as senator!!! so Dato' bayangkan lah macam mana your PM is looking at diehard UMNO members.
    When the news came of the selection, frankly speaking the comparison is between you and the Mat kotak, so your ketua Bahagian prefer Mat Kotak.
    So what the hell man!!! sicko!!!
    Ada ke masa depan untuk UMNO? Tak de kot Tok... biarkan biarkan!!! Tok Najib dengan labu peram nya dan Kak Ros dengan selendang rambut nya...biarkan biarkan...Brahim Ali terus meroyan!!!

    ReplyDelete
  6. Dato

    Duit menjadi isu di kalangan pengundi Melayu, Cina, India dan bumiputera lain.

    apa kata Dato dapatkan statistik dari income tax yang terkini peratus pembayar cukai mengikut bangsa, dan juga pecahan bayaran yang di buat mengikut kaum.

    Dapatkan pecahan individu dan juga syarikat/perniagaan sekali.

    bukan kah duit ini juga sebahagian dari budget kerajaan untuk memberi kemudahan kepada rakyat.


    Mungkin dari situ kita boleh berbahas dengan lebih rasional

    ReplyDelete
  7. Dato Sak,

    Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. UMNO menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadap nya, menyeluruh. Kenapa?
    Kerana yang di tawarkan oleh UMNO bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.
    UMNO tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya. "

    1. Indah sekali dendangan Dato mengenai UMNO, syahdu, memukau, refrehing. Tapi sayang dendangan itu bukan dengan parti Dato'. dendengan tersebut adalah satu nostagia kepada sebuah wadah parti melayu yang didokong oleh segenap lapisan umat melayu suatu masa dulu.

    2. Parti tersebut telah dimatikan dan walau menangis keluar airmata darah sekalipun tidak akan hidup kembali - walaupun ada cara untuk menghidupkan kembali.

    3. hakikatnya, UMNO(baru) yang ada hari ini bukan kesinambungan dari UMNO yang telah dimatikan itu malah kedunya tiada kaitan langsungpun antara satu sama lain dari segi perundangan. ramai sungguh orang melayu cuba menipu diri sendiri mengenai hakikat ini.

    3. Apa yang Dato tulis mengenai UMNO(Baru) diatas, tidak ada apa yang pelik. Sejak dari penubuhannya begitulah cara UMNO(baru) membeli sokongan orang melayu selain roterik-roterik kosong mengenai ketuanan melayu.

    bat8

    ReplyDelete
  8. Hehe Hehe Hehe

    You all kena kencing dgn PM Jibby

    Ingat anda dulu kala ada

    1. Stimulus Package
    2. Gawat kini berakhir
    3. Ubah Gaya Hidup Retorik
    4. Petrol RM2.78 seliter
    5. GULA & BERAS subsidi tiada?


    Ho ho ho ho ho

    1. GST
    2. Corp Tax semenjak lama mana?
    3. PERAK DE COUP
    4. OBAMA MEETING $$$$
    5. Cover balik all$ MINDEF Slacking

    Tehehehehehehehehehehehehehehehe.

    Congratulations Dato Sak & OLD UMNO

    You all just a puppet!

    ReplyDelete
  9. Anon @12.50, said

    Sejak bila Cina sokong UMNO/MELAYU jika tak ada kepentinggan. Jika calun Cina BN mungkin le. Cuba letak Cina BN lawan Cina PR dikawasan Cina sekarang ni Mampus kalah .. UMNO melayu saja sokong Cina BN.
    Letak calun Cina/India dikawasan Melayu MESTI menang. Cuba letak Melayu d kawasan Cina Tak berani nUMNO....Itu pun tak berani !!. Nak menang Jangan harap le...

    Soalan utk anon 12.50...
    ......kalau letak Melayu PR atau India PR dan calon Cina BN...siapa pilihan orang cina ????

    Tak perlu berfikir panjang....jawapannya senang aja

    MCA tidak lagi menjaga kepentinggan orang cina tetapi kepenting diri sendiri.

    ReplyDelete
  10. UMNO - DULU,KINI DAN SELAMANYA .. TIDAK AKAN BERUBAH !!!
    luncai terjun dengan labu-labunya...
    biarkan, biarkan Datuk !

    ReplyDelete
  11. Dato',
    Dulu UMNO sekarang UMNO (Baru).
    Dalam UMNO ahli setia di beri ganjaran. Dalam UMNO (Baru) yang keluar dari UMNO (Baru) dan mengutuk UMNO (Baru) habisan masuk balik kemudian kutuk bekas parti dan pemimpinya akan diberi imbuhan.
    Macam mana nak sokong UMNO (Baru)?
    Kena lihat juga apa kualiti yang ada pada UMNO (Baru). Tak ada kredibility langsung.

    ReplyDelete
  12. Dato'

    Penyelesaian untuk UMNO ada didalam Islam. Panduan terulung adalah Sunnah & Al-Quran. Orang Yahudi pernah menyatakan betapa bodohnya orang islam kerana tidak mengguna pakai Al-Quran & Sunnah, sedang mereka mencungkil sebanyak mungkin faedah dari kedua-dua sumber ini. Tapi mahukah UMNO mengguna pakai Islam sebagai panduan? Melayu tidak akan berjaya dengan semangat Melayu tetapi Melayu akan berjaya dengan paduan Al-Quran & Sunnah.

    UMNO saya lihat lebih banyak merosakkan melayu. Di PRK Hulu Selangor, remaja melayu disogokkan dengan konsert yang melekakan di Ampang pecah. Mereka ini lah merempit sana sini membawa bendera BN. Adakah mereka ini future leader dari UMNO? Adakah mereka ini diharapkan untuk memimpin? Mereka ini lah yang bakal menjadi pemimpin yang rasuah dan tidak bermoral. UMNO lama kelamaan akan tenggelam dengan gerombolan pimpinan yang kurang cerdik. Beringatlah.

    ReplyDelete
  13. semua komen kat sini karut aje...

    zaman ape ni??

    melayu sokong melayu.
    cina sokong cina.
    india sokong india.

    lepas tu, camana??

    semua sokong bangsa sendiri. lepas tu?? melayu lawan cina lawan india ke...? bodoh betul ngkau orang ni...

    bodoh. katak bawah tempurung. ketinggalan zaman. hanya isu kaum. asyik2 kaum.

    isu rasuah, buat tak tahu. buat tak dengar. buat tak nampak. hanya kaum aje yang jadi ukuran.

    KUBURKAN UMNO MALAYSIA (ini bukan umno asal zaman tunku).
    KUBURKAN MCA.
    KUBURKAN MIC.
    KUBURKAN GERAKAN.
    SEMUA LANUN. SEMUA PEROMPAK. SEMUA KAKI RASUAH YANG KRONIK.

    4RAKYAT

    ReplyDelete
  14. now in any chinese majority area, u put any umno malaysia/barisan candidate, the voters will BURY you. anyone from umno/barisan.

    tak kira bangsa apa. janji dari umno malaysia, kami akan kuburkan.

    chinese malaysians look at issues. chinese malaysians will KUBURKAN MCA.

    stupid tactics like candies can only fool the suppressed groups like kampung malays and the real bumiputras. they know not what they are voting for. they need quick money. that's why umno can continue robbing a ringgit and dish out 5sen to these people.

    but not for long. we are the information generation. come pru13, UMNO MALAYSIA akan kami kuburkan bersama MCA, MIC dsbnya....

    4RAKYAT

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Saya warga emas (umur 63 tahun). Kuat sokong UMNO pada zaman Tun Razak dan pernah bergiat aktif dalam UMNO diperingkat yang tertinggi. Saya tidak sokong PR, tetapi kini sekadar benci UMNO sahaja sejak zaman Madey dahulu lagi.

    Saya jangka UMNO masih boleh menang pada PRU 13, tetapi yakin UMNO/BN akan kalah pada PRU 14. Lepas itu, UMNO akan terus hilang lenyap dan tidak mungkin muncul lagi. Tolak campur, tiada masa depan untuk UMNO.

    Masa depan di Malaysia kita ini adalah pergolakan di antara Islam dgn kafir, iaitu golongan kafir yang terdiri dpd orang-orang Melayu yang beragama Islam, orang-orang kafir Cina dan India yang kesemuanya ini adalah dipimpin dan dibimbing oleh NWO.

    Saya percaya dalam jangka masa yang panjang, UMNO, PAS dan PKR akan akhirnya tersisih dpd orang-orang Melayu. Perjuangan orang-orang Melayu dalam jangka masa yang lebih panjang bukanlah lagi Melayu, tetapi Islam, bukan Islam seperti yang dipimpin dan dikehendaki PAS, tetapi Islam yang radikal dan revolusyeneri yang akan memberontak terhadap Kerajaaan UMNO/BN atau kerajaan PR yang kedua-duanya ini adalah sama-sama berbentuk syirik dan kufur ini.

    Sayang sekali saya tidak akan sempat untuk melihat pergolakan seperti yang saya ramalkan ini.

    Sekian, terima kasih.



    Wan Solehah al-Halbani

    Temerloh, PAHANG DM

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Sebelum Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, saya mengatakan BN masih mempunyai harapan untuk menang walaupun dengan hanya majoriti tipis, namun sekarang ini saya sudah berubah - saya yakin BN akan kalah pada PRU ke 13 ini.

    PR semakin mantap dgn sikap PAS yang tegas dan terbuka menyokong agenda PR manakala BN semakin disisih dan dibenci oleh rakyat dpd semua kaum termasuk Melayu.

    Percaturan politik Najib tidak strategis dan kepimpinan beliau adalah lemah. Isteri beliau yang hanya sekadar membantu beliau sahaja dikatakan ramai orang sebagai tukang menyibuk tak tentu pasal sahaja. Ini sebenarnya adalah gambaran bahawa Najib semakin tidak popular atau sudah dicemuhi rakyat!

    Di kala golongan bukan Melayu semakin bersepadu di bawah PR, orang-orang Melayu pula semakin tidak menggantungkan harapan kpd BN khasnya UMNO.

    Slogan politik Najib bahawa UMNO dan BN adalah untuk semua kaum melecurkan hati orang-orang Melayu. Setidak-tidaknya di antara 10 ke 15% dpd pengundi Melayu akan berhijrah kpd PR. Sementara 15% lagi dpd pengundi BN pada pru 12 tahun 2008 dpd kaum bukan Melayu, khasnya Cina, akan berhijrah kepada PR. Ini bermakna BN sudah tidak ada peluang untuk menang lagi.

    Satu Malaysia dianggap sebagai slogan basi yang menjemukan rakyat dan yang menggambarkan Najib sudah tiada modal politik lagi. Melayu kecewa dengan NEM, ETP, GTP yang dikatakan sebagai bukan untuk mereka, dan mereka kecewa kerana DEB dan dasar 30% untuk mereka sudah sekian lama tidak kedengaran lagi. Manakala Bukan Melayu pula menganggapkan NEM, ETP dan GTP sebagai gimik politik sahaja!

    Kegagalan Najib untuk bergabung dgn PAS menjatuhkan imej BN. Najib kelihatan begitu desperate mengejar PAS. PAS pula tegas lari meninggalkan BN dan UMNO. Ini juga faktor kekalahan BN dalam PRU 13 nanti.

    Dalam situasi harga barangan melambung, banyak business yang gulung tikar dan pengangguran semakin buruk, BNM asyik mengisytiharkan ekonomi negara semakin pulih. Orang sudah muak dan meluat dgn BNM yang hanya pandai membuat peristiharan demi perisytiharan sahaja, sementara Zeti pula asyik dipuji dan dipuja bertalu-talu oleh semua persatuan bank pusat dunia terutama sekali Yahudi. Jangan-jangan dia tolong Yahudi tipu kita kot!

    BN tiada jawapan kpd semua persoalan yang melanda negara pada ketika ini. Kalau pilihanraya diadakan sekarang, saya yakin BN akan kalah. Selepas itu saya percaya BN akan hilang lenyap dpd politik tanah air buat selama-lamanya.

    Lebih baik dan bijak kalau ditangguhkan pilihanraya ke 13 kpd tahun hadapan. Kemudian Najib hendaklah balik kpd Melayu dan segala agenda Melayu seperti arwah ayahandanya dahulu. Mungkin peluang beliau adalah lebih baik sedikit dpd sekarang.

    Sekian, terima kasih.

    Wan Solehah al-Halbani

    ReplyDelete