Saturday, 6 March 2010

Royalty Minyak: boleh cakap?


Tak mungkin UMNO dapat menutup mulut atau sekat orang daripada bercakap mengenai isiu royalty minyak. Minyak adalah khazanah Negara. Ianya pemilikan semua rakyat negara ini melalui ejensi Petronas. Pengurusan hasil minyak jadi perhatian seluruh rakyat. Jika kerajaan mismanage, rakyat akan bersuara.
Kita adakan undang undang PDA 1974 khusus untuk hasil mahsul dari minyak dan gas. Yang menggariskan dengan jelas bahawa negeri yang berada hampir dengan lokasi minyak berhak mendapat bayaran tunai yang di kenali umum sebagai royalty sebanyak 5%. Kita tidak perlu meretak seribukan istilah royalty dan bayaran tunai. Mendetailkan sesuatu seperti ini kesukaan orang seperti Rais Yatim sahaja. Sebahagian daripada hasil minyak boleh juga di gunakan dibawah kepala wang ehsan untuk kegunaan yang bersandarkan budi bicara kerajaan pusat.
Kerajaan kita pula ialah sebuah kerajaan persekutuan di mana di dalam nya terdapat negeri negeri yang mempunyai dewan perudangan nya sendiri. Hubungan antara kerajaan pusat dan negeri negeri di nyatakan dengan jelas. Kerajaan negeri umpamanya, mempunyai kuasa untuk memperlakukan sejumlah Wang yang di keluarkan daripada kumpulan Wang yang di satukan atau consolidated fund.
Apa apa wang daripada kerajaan pusat , mengikut amalan undang undang mesti di salurkan kedalam akaun kumpulan Wang yang di satukan. Kita tidak ada undang undang yang membenarkan Wang di beri oleh kerajaan pusat di salurkan kepada badan2 atau institusi selain daripada kumpulan Wang yang di satukan. Ini saya ingat adalah suatu amalan atas dasar prinsip berkerajaan- yakni kerajaan pusat tidak membenarkan ujudnya sebuah kerajaan bayangan dengan kausa berbelanja di bawah sebuah kerajaan negeri yang sahih.
Saya masukkkan perkara ini kerana untuk menghuraikan kedudukan Wang ehsan. Wang ehsan ini apa? Adakah ianya pecahan daripada hasil minyak? Jika ia, maka ianya tertakluk kepada PDA dan peruntukan spesifik di mana semua hasil dari minyak kepada kerajaan negeri , dalam bentuk bayaran tunai atau ehsan, atau sedekah atau apa apa, mesti di salurkan kepada kumpulan Wang yang di satukan. Ini prinsip.
Jadi apabila kerajaan kita yang di pimpin oleh UMNO membenarkan Wang ehsan yang datang dari hasil minyak di salurkan kepada ejensi kerajaan persekutuan, langkah ini menimbulkan persoalan adakah ianya betul? Kita undermine kerajaan yang sahih di pilih oleh rakyat negeri tersebut. Apa boleh buat jika kerajaan negeri Kelantan adalah kerajaan PAS. Kita mesti ikut prinsip amalan berkerajaan.
Ertinya, soal bayaran Wang tunai dibawah PDA menimbulkan pebagai persoalan pecahan. Hendak tak hendak perkara ini akan terus di bahaskan selagi ianya tidak di selesaikan secara muktamad.

 
Adalah suatu yang mustahil untuk menutup mulut ahli UMNO dari bercakap mengenai perkara ini. Hishamudin tidak mungkin terdengar apa yang di bicarakan dengan bising sekali di kedai kopi tiam Whitehouse di Kota Bharu, di sekitar kawasan Pasar Siti Khatijah, atau Bazar Baru di Buloh Kubu, malahan di seantero Negara.
Hishamudin menjemput kita untuk berdiam diri daripada menempa kepimpinan UMNO dalam hal ini. Rakyat menyatakan, adakah UMO mempunyai sesuatu yang mahu di sembunyikan? Ini jemputan yang kita terpaksa menolak.
Daripada mengenakan embargo bicara mengenai perkara ini, pilihan yang lebih baik ialah untuk UMNO mengaplikasikan KEPIMPINAN keatas isiu ini dengan menyatakan kebenaran dan menjalan perkara yang benar pula. Apa yang di anjurkan oleh Daro Sri Hishamudin ialah kita mengundurkan diri daripada menempa kepimpinan kita keatas perkara ini. Jika kita tidak boleh menempa kepimpinan politik UMNO keatas negeri Kelantan, sekurang kurang nya, kita memikul kepimpinan moral. Kita lakukan sebagai bukti bahawa melakukan yang hak bukanlah monopoli golongan PAS. Dengan membisukan warga UMNO, Hishamudin mengesahkan bahawa UMNO bukan sahaja tidak terdaya membawa kepimpinan politik di Kelantan, bahkan juga, ia tidak ada kepimpinan moral.

 
Apa maksud gesaan bercakaplah melalui saluran yang betul? Adakah ini bermaksud kita menulis suatu kertas kerja, menyampaikan kepada SUSK pak penteri dan kemudian, jika SUSK ada masa atau SUS yang lain ada masa, mengemukan versi mereka kepada pak menteri? Atau lebih baik- maksud saluran yang betul ialah kita mengadakan suatu forum di mana agenda akhirnya ialah untuk membuat resolusi menyingkirkan Tengku Razaleigh Hamzah dari UMNO?
Perdana Menteri berkata- kita serahkan hal TRH kepada ahli UMNO di terjemahkan kepada sebetulnya, TRH tidak perlu di mengapakan. Bahkan PM sebetulnya menyatakan, orang seperti Rais Yatim hentam keromo dan Hishamudin Husein, tidak tahu punca. Akhirnya, yang mampu kita lakukan ialah menyebut bahawa TRH berdosa kerana bercakap atas pentas pembangkang, atau kita mengeluarkan kenyataan dangkal bahawa kita boleh bercakap apa sahaja selagi ianya bersopan. Bersopan itu maskud nya apa?
Realiti nya begini. UMNO telah melayani TRH sebagai orang buangan daerah selama ini. Dia adalah pengerusi Petronas yang pertama, tapi Petronas merasakan betul dan sopan untuk tidak pernah memanggil TRH ke majlis majlis rasmi nya. Hal tersebut mungkin terjadi sebab Petronas ujud di bawah bayangan Dr Mahathir.
Anda telah memulaukan dia selama ini dan apabila pemimpin yang di pulau bersuara, anda semua bersuara ini sudah foul? Siapa dia anak Dato Aseh Che Mat atau barisan pimpinan Pemuda yang lain untuk berbicara mengenai suau perkara dimana kefahaman TRH keatas nya tidak boleh di lintasi sesiapa?
Jika embargo tersebut di laksanakan, adakah ini bermaksud apa yang mahu di suarakan oleh Rais Yatim mesti di piatukan? Rais Yatim telah mengepos beberapa iklan yang di sangka dapat 'mendedahkan' kelemahan pendapat dan suara TRH. Sebenarnya, perkara yang di capai ialah suatu cubaan yang teramat menyedihkan oleh seorang pak menteri yang kian hari mendapati kehadiran nya dalam cabinet remaja, semakin kurang releven. Iklan2 tersebut yang di rancang untuk berulang 16 kali hanya di lihat sebagai usaha menenggelamkan suara TRH dan seterusnya, memikat hati Perdana Menteri. Kalau Pak Menteri UMNO beroperasi seperti budak budak sekolah yang dahaga akan kasih guru, masa depan UMNO dengan kepimpinan jenis ini, adalah sangat muram.
Kita tak dapat tahan orang bercakap. Jika kita sekat, maka secara default atau walkover, semua pembangkang akan mempunyai ruang seluasnya untuk bercakap dan mengumpulkan sokongan rakyat. Secara default juga parti pembangkang akan menguasai kepimpinan politik dan kepimpinan moral. Dengan membisukan rakyat, UMNO tidak membaiki keadaan yang bertambah buruk lagi, dengan tindakan nya, menghamparkan permaidani merah kepada pelarĂ­an politik PKR. Orang pelarĂ­an hanya patut di kumpulkan di suatu kem tahanan sementara kepala mereka di minda-sivikkan.
Keengganan pimpinan UMNO untuk bercakap benar mengenai isisu PDA dan royalti minyak dan hak2 negeri umpama tektik lihai yang paling durjana. Menyekat orang UMNO bercakap mengenai perkara ini, dan enggan pula mengistiharkan ' ownership' dan tanggung jawaban keatas isiu ini, sama seperti bersubahat untuk deceive rakyat, dari dahulu, kini dan selama nya. Cara lama UMNO memerintah dengan prinsip kita lebih tahu yang terbaik dan prinisp kekuatan itu kebenaran sudah berlalu.

12 comments:

  1. baca artikel sakmongkol dalam versi english lebih ada kick .. gaya bahasanya lain dari yang lain..

    ReplyDelete
  2. salah~ minyak ni milik Melayu

    ReplyDelete
  3. Dato'

    Menguatkuasakan perintah "Jangan Cakap" keatas Ahli UMNO atas apa apa tajuk perbualan pun adalah tindakan yang amat malas serta senang bagi ketua ketua perstuan untuk menghindari terpesongnya Ahli dari cengkaman kuku besi mereka.

    Yang aneh sekali, mengapa kah tajuk perbualan kes Altantuya tidak mengalami penguatkuasaan yang sama? Mungkin ini disebabkan olih sokongan padu ahli terhadap DS Najib dalam hal tersebut sedangkan sokongan yang sama tidak wujud dalam kes Royalti Minyak?




    Joe Black

    ReplyDelete
  4. Salam Bro……..

    Allow me too add extra juicy to these spices of yours. The great Dr.Rais Yatim a fermented spice brewing into wooziness as the present ingredients warrant a much refine attributes which he is no longer able to differentiate the element required. The one Time Bridge he built and burnt was constructed using the combination of eggs York and animal fats which was yesteryears know-how. Today’s bridges are being fabricated within a mould that could dismantle itself if the right properties are not been observed.

    It is an exceptional idiot in the wholesome of UMNO’s that regard the masses –the Malay especially- who are still in the world of 30’s 40’s 50’s 60’s.70’s and 80’s. Maybe the general members would best make-up of this description but not the peoples. Probably, the present UMNO’s KAPITANS are backwards in nature brimming with the old glory-glory of their forefathers. Now we have a transvestite interior Minister who could not made sense between the changing of the Day and Night. Than we have Tuan Minister who is the employer of the Rakyat and adding to this folly we have a Sir of Defending its aircraft and engines.

    Money wise they treat it as a taboo to the extra ordinaries. As we are all well aware that accounting was at one point of time is a prerogative profession of the Royalties. These KAPITAN’s are the royalties now and they assume of having every right of allocating or allowed allocation who they deem appropriate according to their whims that benefits the long and short put. They forget and forgot one distinct feature about French Revolutions, it is about how money is been divided.

    Again, my sincere thanks for your space.

    (Julia Butros – Ala Shoo)

    ReplyDelete
  5. Salam Dato' Sak,

    Sedara mara ambo kirim salah tahniah dan terima kaseh kepada Dato' atas membahasa malaysiakan posting data mengenai royalti minyak. Sekarang sedara mara ambo itu kebanyakan nya ahli umno luar bandar tu amat faham kedudukan perkara. Mereka juga mintak kalau posting Dato yang ada kepentingan dan interest marhain , dapat juga di translate dalam BM. Jadi tak perlu ambo terjermah kepada mereka , kerana mereka sentiasa tanya ambo apa posting baru dato' dan mengenai isu apa yang diperkatakan. Jadi sedikit sebanyak posting Dato' telah membuka dan mengembang minda mereka - meeka itu. Dan dijadikan dab sembang di kedai kopi, tidak lah sedara ambo itu bual kosong tanpa faedah. sekali TQ.

    TQ.

    ReplyDelete
  6. I think he said don't cakap to the press, but in appropriate channels. Which at first blush, I think, is a mature sort of thing to say.

    Except, there are no real channels for Umno to discuss this except at the very highest levels. The Kelantan people certainly has no say in this.

    ReplyDelete
  7. Petronas dibawah bayangan Mahathir... yes... Terengganu tewas di tangan PAS sebelum ni... hehehe... itu trick Mahathir la... untuk mengurangkan pemberian royalti minyak.. jadi balance duit boleh guna untuk project2 yang sepatutnya dah siap... tapi tak siap2 or in other word delay... hehehe... delay untuk isi perut kroni2 dia.. jangan tak tahu... glc-glc sebenarnya digunakan untuk sembeleh kontraktor melayu pelbagai sektor... So.. untuk selamatkan keadaan terpaksalah lepaskan satu negeri untuk dapatkan "more money" menguruskan projek2 gajah putih... oh yer.. bos-bos dalam glc ni macam2 topi diorang, pas ada, DAP ada, UMnono no ada, PKR ada, pendek kata semua ada.... adios

    ReplyDelete
  8. Pak Sak:

    Ada baiknya jika pemimpin/tokoh2 lama dan yg benar2 terlibat, yakni dari Sabah, Sarawak, termasuk mantan AG (Tun Salleh Abas), dan tak kurang pentingnya TDM , selaku mantan PM dan Penasihat PETRONAS, dll, menyatakan juga pendirian mereka mengenai isu ini...Pendapat mantan CEO PETRONAS (Tan Sri Hassan Merican) juga di hargai, andainya tidak ada 'gag order'.

    ReplyDelete
  9. umno...mana menteri yg boleh dilabelkan sebagai 'leader'..ada dua tiga kerat aje yang boleh dilabelkan sebagai 'manager'. yang lain boleh dilabelkan sebagai 'bodek' atau 'pencacai'. hancus malaysiaku

    ReplyDelete
  10. Are You Gonna Go My Way7 March 2010 at 14:15

    tunggu ajelah bila PKR DAP PAS perintah Malaysia...semua nya akan adil dan saksama..tiada lagi masalah untuk kita semua....

    kita sama-sama bersabar lah...orangmelayu akan maju, cina akan bertambah maju, india akan turut maju..kita hidup aman damai..seperti di syurga...ya di syurga..kita boleh kongsi Allah..

    tentu minyak pun kita boleh berkongsi...jangan risau lah...
    kita tunggu saje DAP PAS PKR menang dan menjadi PM....itulah harapan kita semua...

    ReplyDelete
  11. Money money money

    pm najib has not been able to convince the rakyat that he has done a great thing by not giving what is due to kelantan in terms of the oil royalty. Spuns of bad advice, bad judgements and arguments
    and a put on of fake image making
    the rakyat [or rather the perception that the melayus have low mhp {mental horsepower} believe that the gomen is on the
    right footing will be the undoing of the bn gomen.

    What is so wrong if the ameno leadership were to give kelantan
    oil money so that poverty of the people can be aleviated. Was this
    not the onjective of the Fifth Malaysia Plan?


    Kelantan and ganu [though oil producing ] are the two poorest states in the nation. Merely because kelantan is ruled by the opposition cannot be the perceived reason why oil money was not dished to the state.

    Recently they were calls for a unity gomen by politicos on both sides . The duty of a rich muslim brother [the ameno leadership]
    to help the poor cousinsarises when the circumstances arise. Ameno
    is in control of the oil money and also the courts.

    Cannot the ameno leadership get the akta petronas be liberally interpreted so that kelantan can get a substantial amount of oil
    money to do a proper poverty aleviation projects?

    Why was the ameno leadership not publicly asked ?
    ARE THE MALAYS TOO POLITE OR TOO STUPID TO ASK SUCH A DIRECT QUESTION?

    Why is the ameno leadership not considering such an option?

    Is the ameno leadership scared of the criticisms that would emanate from the chingkies , kelings and the homophilaec melayus in the cabinet?

    Is the ameno leadership so taken up with the sanctity of looking at the akta petronas with such a fine comb that he would not dream of breaching the spirit of the act?

    My take on the answers to the questions above are as follows=

    It is unlikely that cabinet members would object at all. In fact many chingkies and keling in the cabinet is ' dengan ihsan ' of the prime minister.
    Very few of the chingkies and keling won the in the pru12.

    According to n h chan that there was judicial law making by the courts when it presumed that there is power in the sultan to sack the mb nizar when in law there is none whatsoever. So to
    be kind or not kind to the people
    of kelantan is in the hands of the
    prime minister.


    The ameno leadership wanted to give rm 20million as wang ihsan to kelantan. On the other hand
    the gomen would incur an annual
    expenditure of almost a half billion ringgit at the very least
    to get into F1. Comparing these
    2 gifts from the ameno leadership
    would make the wang ihsan look very puny and out of place in a
    responsible gomen operations.

    In conclusion I would urge the
    malay ngos use their head and
    make demands that the gomen help the poor in kelantan and ganu so that there is equitable balance in gomen operation so that there is a win win situation in the true
    spirit of 1 Malaysia.

    nototok












    royalty will be self explanatory-

    ReplyDelete
  12. For the sake of argument, what if Kelantan were to leave Malaysia? That newly independent Sultanate of Kelantan will still unable to claim its rights? Because the petroleum is sitting on the continental shelf?

    But how did Malaysia able to claim its rights to the resources in the first place?

    Rights of the state does not matter when politics come to play.

    -E.G.-

    ReplyDelete