Tuesday, 23 March 2010

Perjuangan untuk Melayu.


Apabila DYMM Sultan Selangor membuat keputusan untuk tidak mahu merasmikan perhimpunan Perkasa hujung March ini, sebab2 yang tersirat nya mudah sahaja.
DYMM Sultan tidak mahu di kaitkan dengan suatu pertubuhan yang di anggap memperkudakan kebimbangan orang Melayu. Kita maju dengan optimism, bukan dengan kebimbangan. Keputusan tersebut sepatutnya di puji oleh pengarang Utusan Melayu kerana ini menunjukkan kewarasan fikiran mengatasi darah yang panas. Timbang rasa dan toleransi di pilih keatas extrimisme.
Atau sebab yang munasabah juga ialah- apabila DYMM Sultan membelek belek , di dapati bahawa orang disebalik Perkasa ini ialah Tun Mahathir. Sultan tidak mahu ada apa apa kaitan dengan apa yang Dr Mahathir buat. Zaman Dr Mahathir sudah berlalu. Jika zaman tersebut di puji dan di ingati, itu pun sudah memadai. Biar ia kekal demikian dengan ingatan yang manis.
Ini tafsiran yang munasabah. Suka atau tidak, terpulang kepada pembaca.
Namun bahaya yang lebih besar ialah kepada UMNO. Dengan hanya berdiam diri, pimpinan UMNO seolah olah nya menunjukkan mereka tidak pernah berfikir mengenai perkara perkara yang di perjuangkan oleh Perkasa dan MPM. Kedudukan raja raja Melayu dan Institusi nya di lindungi oleh perlembagaan. Kedudukan orang Melayu di lindung oleh kekuatan demografi. Kepetingan Melayu sudah di jaga oleh UMNO dan oleh parti parti politik Melayu yang lain. 
Sama ada ianya di jaga secara memuaskan ialah persoalan nya.
Kedudukan ekonomi orang Melayu menjadi lemah bukan kerana ianya tidak terlindung. atau kurang terlindung Ia jadi teruk kerana dasar ekonomi yang salah. 40 tahun dasar dasar ala NEP di laksnaakan dan telah mengakibatkan keadaan yang di bisingkan oleh Perkasa. Penyelesaian nya tentulah bukan nya dengan di tambahkan dasar yang salah. Kita memerlukan dasar yang baru. Perlaksanaan yang cekap dan jujur.
Persaingan memerlukan pemusnahan tembok tembok yang mengurung orang Melayu. Kreativiti mememerlukan persekitaran yang memerdekakan. Menghadiri perhimpunan Perkasa tidak memberi jawapan apa apa kepada orang Melayu. Membuat bising bukan gantian kepada kemestian berusaha. Buat bising tidak melindungi kelemahan pentadbiran dan pengurusan negara.
Jadi apakah yang sebenarnya di perjuangkan orang orang seperti Ibrahim Ali? Jawapan nya mudah. Memperjuangkan suatu cara hidup di mana kepentingan kumpulan PUTERA2 dalam istilah BumiPUTERA itu boleh bergalak dan berseronok. Kepetingan golongan macam inilah yang selama ini di lindungi yang di perjuangkan.
Orang Melayu biasa tidak pun merasa tergugat kerana mereka selama ini hidup pun dengan menggunakan kudrat usaha didalam persekitaran yang di ujudkan oleh kerajaan. Mereka telah hidup dengan mengambil kesempatan dengan apa yang di ujudkan oleh persekitaran. Hanya mereka yang bergantung kepada konsesi istimewa, malas berkerja, yang hanya boleh maju dengan pertalian istimewa dengan penaung kronisme sahaja yang melanggani idea idea yang di perjuangkan oleh orang2 seperti Ibrahim Ali.
Perkasa bukan nya UMNO. Maka jika orang Melayu tidak semua menyokong Perkasa, tidak bermakna mereka tidak ambil berat mengenai masa depan bangsa mereka. Mereka hanya enggan membenarkan hal hal Melayu di juribicarai oleh Ibrahim Ali. Itu sahaja. Ibrahim Ali bukan lah personafikasi bangsa Melayu.
Kita sebenar2nya tidak mermerlukan perkasa atau MPM untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Jumlah orang Melayu sebanyak 65% penduduk Malaysia tidak memungkinkan orang Melayu di gerhanai. Kemudian kita ada peruntukan dalam perlembagaan Negara. Artikel 153 umpamanya memperuntukkan kuasa kepada Yang Di Pertuan Agung untuk menentukan kedudukan orang Melayu dari segi pemberian scholarship, perjawatan dan perlantikan dan sebagainya. Peruntukan perlembagaan tidak semudah dapat di tukar sewenang wenang nya.
Yang lebih penting ialah membetulkan UMNO itu supaya menjadi jurubicacara dan juara rakyat Malaysia.

11 comments:

  1. Terima kasih tuan kerana menyuarai rasa 'hati' saya sebagai orang Melayu. Saya suka kata-kata tuan,

    "Membuat bising bukan gantian kepada kemestian berusaha."

    Pada hemat saya, jika ingin menjadi saudagar berlian, dengarlah kata-kata saudagar berlian yang sudah berjaya.

    ReplyDelete
  2. Dato,

    DYMM Sultan Selangor telah menunjukkan satu tauladan yang baik lagi terpuji, sesuai dengan status baginda.

    Saya setuju dengan point yang berkaitan dengan PERLAKSANAAN.

    "Kedudukan ekonomi orang Melayu menjadi lemah bukan kerana ianya tidak terlindung. atau kurang terlindung Ia jadi teruk kerana dasar ekonomi yang salah. 40 tahun dasar dasar ala NEP di laksnaakan dan telah mengakibatkan keadaan yang di bisingkan oleh Perkasa. Penyelesaian nya tentulah bukan nya dengan di tambahkan dasar yang salah".

    Dan saranan ini memang dinanti nantikan oleh "Kerajaan yang Memerintah" bahawa ...

    "Kita memerlukan dasar yang baru. Perlaksanaan yang cekap dan jujur."

    Bab bising ni, nak dapat publisiti, dia diam orang tak dengar.

    "Membuat bising bukan gantian kepada kemestian berusaha. Buat bising tidak melindungi kelemahan pentadbiran dan pengurusan negara.
    Jadi apakah yang sebenarnya di perjuangkan orang orang seperti Ibrahim Ali? "

    Memang ramai orang melayu yang tak tergugat, kerana kita tahu, kita perlu berusaha untuk berjaya, dan kita syukuri ruang yang 'kompetitif'.

    "Orang Melayu biasa tidak pun merasa tergugat kerana mereka selama ini hidup pun dengan menggunakan kudrat usaha didalam persekitaran yang di ujudkan oleh kerajaan. Mereka telah hidup dengan mengambil kesempatan dengan apa yang di ujudkan oleh persekitaran".

    Malangnya kelompok yang nak makan sendiri ni lah yang merosakkan nama orang melayu.

    "Hanya mereka yang bergantung kepada konsesi istimewa, malas berkerja, yang hanya boleh maju dengan pertalian istimewa dengan penaung kronisme sahaja yang melanggani idea idea yang di perjuangkan oleh orang2 seperti Ibrahim Ali".

    Dan saya mengakui dan rasa ramai akan berania menyokong point ini

    "Mereka hanya enggan membenarkan hal hal Melayu di juribicarai oleh Ibrahim Ali. Itu sahaja. Ibrahim Ali bukan lah personafikasi bangsa Melayu".

    tetapi ...

    "Yang lebih penting ialah membetulkan UMNO itu supaya menjadi jurubicacara dan juara rakyat Malaysia".

    ... dan saya sangatlah tidak setuju dengan 'point'di atas, kerana setelah terduduk di PRU12, sehingga la kehari ini UMNO tidak "SERIOUS" kembali keasal perjuangannya asal, kerana lebih memintingkan diri dari orang melayu atau rakyat Malaysia seluruhnya.

    Mereka yang hendak atau berangan angan untuk menjadi juara orang melayu mesti mula dengan menghormati kebolehan dan keupayaan orang melayu.

    Contoh yang akan kita lihat dalam masa terdekat ialah pemilihan MCA pada 28 Mac 2010 ini.

    Seandainya

    1.CSL menang ... MCA pilih "perbuatan yang tidak bermoral" sebagai perkara biasa.

    2. OKT menang ... MCA pilih untuk undur kebelakang. tetapi ...

    sekiranya ...

    3. OTK yang menang, MCA berani mencari kebenaran, yang salah disalahkan, orang cina malaysia mungkin akan memandang mereka lagi.

    Rakyat Malaysia telah mula bersuara, adakah setiap mereka (warga politik serta wakil wakil di Parlimen dan DUN) yang kononnya mewakili rakyat faham tanggungjawab mereka ????

    ReplyDelete
  3. 'Kita memerlukan dasar yang baru. Perlaksanaan yang cekap dan jujur. '

    Dasar apapun tidak akan berjaya sepenuhnya tanpa perlaksanaan yang cekap dan jujur. Itulah yang terjadi pada DEB. Kenapa tidak diubahsuai saja DEB mengikut peredaran masa tanpa perlu dasar yang baru?

    Kenapa bila bicarakan yang baru selalunya kita optimis yang pelaksanaannya bakal cekap dan jujur ? Kalau orang dibelakang dasar baru tu juga punya mentaliti yang sama semasa dengan DEB, takada perbezaannya.

    Kalau Umno diterajui orang yang lemah, apakah Umno harus ditukar baru ?

    ReplyDelete
  4. Are You Gonna Go My Way23 March 2010 at 10:04

    Semua orang ada hak masing2 dan peranan masing2 untuk diperjuangkan. Apa salah nya Ibrahim Ali berjuang mengikut apa yamg dia fahami itu sebagai perjuangan yang betul dan murni. Sekurang-kurangnya kita tahu apa isi hati nye. Mengenai perjuangan putera2 bumi yang nak mengaut keuntungan mudah didalam perniagaan, ianya telah berlaku didalam UMNO..dan siapa sempat dia dapat. Yang tak sempat lagi banyak termasuk lah Dato dan saya sendiri. Kita tak nampak kesalahan nye sebab ianya berlaku disekeliling kita dari dulu hingga sekarang.

    Saya tak nampak yang PERKASA hendak perjuangkan putera2 bumi yang sedia kaya disebabkan kroni2 nye.

    PERKASA marah disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh putera2bumi yang kaya raya sebelum ni..yang rakus mengaut untung bersama2 tokey2 cina dan india kini menunding jari kepada orang2 biasa melayu dan mengatakan kita perlu persaingan untuk maju. Sedarkah mereka bahawa persaingan yang kita telah tempuh sebelum ni adalah reality. Melayu2 biasa seperti Dato dan saya telah lama bersaing dengan cina , india dan juga melayu putera yang kaya raya. Ada yang adil dan paling banyak yang tak adil samada didalam swasta atau kerajaan.

    Jadi ianya satu insult bila kami dituduh tak mahu bersaing dengan lain2 kaum...itu fitnah belaka.Kami sebenarnya telah pun bersaing sejak merdeka lagi.....
    jangan lah disebabkan kerakusan UMNOputera MCAputera MICputera dan chauvinist Cina DAP yang control swasta, kami melayu biasa dituduh takut bersaing..itu fitnah belaka. Adakah diatas tuduhan fitnah ini maka segala kemudahan(yang sebenarnya bukan mudah)yang melayu boleh dapat disekat dan dibuang terus. Cina ada persatuanya, bank nya dan banyak lagi mentor2 nya , yang melayu ada siapa? Hidup melayu memang dari dulu tak berpesatuan bukan macam cina. Persatuan orang melayu adalah dibawah raja2...dan kemudian UMNO....kalau ada persatuan pun cuma di mesjid dan persatuan kebudayaan silat, kebudayaan dan lain2.

    Bila perkasa datang....sekurang2 nye akan mencetuskan idea untuk persatuan2 lain untuk tumbuh...ini demokrasi..semua orang boleh bersuara.Jangan lah kerana kerakusan orang2 yang lepas..kami pulak yang kene tangung.

    ORANG MELAYU KALAU NAK BUAT BAIK PUN JANGANLAH SAMPAI JADI BODOH..

    ReplyDelete
  5. Kalau tidak kerana bintang, manakan bulan terbit terang. Kalau tidak kerana kawan, manakan ku datang kemari.

    Kalau tidak kerana perkasa,manakan orang rasa kelisah, kalau tidak kerana Ibarahim ali, manakan orang rasa geli.

    Sesuatu bangsa yang kerdil dari segi pemikiran tidak dapat bertapak teguh digelanggang yang penuh cabaran. Perlindungan secara penyekatan dan penindasan terhadap puak asing hanya sekadar mempercepatkan kemerostan kemusnahan bangsa sendiri. Jadi, cara yang sahih hanyalah dengan menghadapi gelora hidup dengan penuh keyakinan dan pemikiran terbuka.

    ReplyDelete
  6. Kerja orang politik, memastikan rakyat tenang dan aman dengan situasi keliling. Perlu memastikan kehendak rakyat jelata dipenuhi dengan sewajarnya. Jangan huru harakan rakyat dengan kepentingan peribadi.

    Kerajaan sebelum ini, sudah melaksanakan tanggung jawab mereka. Semua sudah terpahat menjadi sejarah.

    Ternyata ada yang baik dan buruk, ada yang berjaya dan ada yang terpesong.

    Pembahagian ekonomi ternyata gagal, dibunuh dari dalam. Banyak musuh dalam selimut, semua bangsa dalam malaysia sakit sebenarnya. Melayu, cina , india dll. Pelaksanaan yang memang tidak sekata. Kita jadi musuh sesama sendiri.DEB yang sememangnya direka untuk semua bangsa dalam malaysia di gagalkan.

    Tinggalkaan saja era tersebut, dasar DEB terpaksa diubah untuk di selaraskan dengan cabaran zaman ini.

    Hmm.. rasanya ini yang sepatutnya dilakukan, tak kisah la, awak orang politik mana sekali pun.

    ...adioss....

    ReplyDelete
  7. Dear Dato,

    I fully with you on this. DYMM Sultan made the right decision.

    ReplyDelete
  8. Kpd YB Are You Going My Way,

    Saya terpanggil utk mengulas komen saudara

    PERKASA marah disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh putera2bumi yang kaya raya sebelum ni..yang rakus mengaut untung bersama2 tokey2 cina dan india kini menunding jari kepada orang2 biasa melayu dan mengatakan kita perlu persaingan untuk maju. S

    Adakah tokey Cina dan India yg dimaksudkan adalah seperti Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Francis Yeoh dan sebagainya.

    Kita merasa hairan kenape kawan terbaik tokoh tersebut pula yang merasmikan PERKASA.

    Tolong komen

    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Agreed. Kalau apa yang ditulis ni boleh diterima dan diaplikasi oleh pimpinan umno, mungkin ada yang akan kembali menyokong umno. tapi sayang biasanya idea mcm ni hanya akan datang dan hilang begitu saja. You should write do's and dont's manual for umno Datok, but i don't know whether umno would accept it or not as most of umnonian are now in denial mode.
    -Zam de la-

    ReplyDelete
  10. Dato,

    u memang butot, ini apek pun ada setuju. Dasar mesti ada tapi kasi tolong semua itu orang miskin lor. Itu sekolah mesti buat bagi dia mutu antarabangsa serupa macam itu dunhill jangan suka syok sendiri semua orang kasi straight A tapi standard macam ayam tadak guna juga.

    Apek punya cerita u mesti dengar, apek punya datuk nenek mari tanah melayu 1937, bukan melacur. Itu apk punya nenak kerja lombong timah buat kerja mendulang datuk punya kerja dia labourer buat konstruction serupa macam ini hari indon.

    Sama apek punya bapak itu atok ah satu saja mintak kasi belajar baik baik. Hari hari dia hantam sama saya punya bapak result tadak baik kena bantai. Saya bapak sampai form6 belajar tadak wang mau pegi uni, dia belajar malam sampai jadi akauntan itu mat salleh punya company. Apek punya bapak ikut sama datuk punya cara hari hari hantam bagi apek pegi belajar. Apek ada juga la nasib dapat pegi itu uni luar negara punya. Hari ini pun kira ok jugak la itu kereta bm 2/3 pun ada la.

    Olang mat salleh punya cakap la olang cina pun ikut, itu education is the great equaliser. Kawan kawan melayu, apek suka sama u olang, hati u memang ada baik, u jangan kasi sendiri tipu. Hidup tada free punya anak anak kasi belajar baik baik punya sekolah. Bahasa mat salleh mesti ada erti, tadak erti pegi belajar jangan tak tau itu gomen tipu sama u dia kata mat salleh no speaking pun boleh cari makan. Boleh la kalau mau jadi ahmad.

    Najib u butot butot mau tolong sama itu budak melayu u bagi dia sekolah baik baik punya apa u takut ini malaysia u punya ma siapa boleh kasi curi sama u? Apek talak minat mau curi sama u la. Apa u takut sama apek kung fu kalau u sendiri silat manyak pandai?

    ReplyDelete
  11. Nice One Apek @ Chinaman 20:31



    Wa pon dulu manyak olang karakter sama lu Kawan itu Bank jugak.

    Hahaha you kasi wah senyum nampak gigi wor ada orang macam lu manyak susah mau cari

    Ya lor, Najib mesti mau pikir jauh
    tak mau u-turn banyak mesti mau cakap serupa bikin lor ..

    Ya lor, wa pon tengok itu MCA banyak ma fan wor semua record mau Lawan punya wor ...

    -Ikan Tongkol-

    ReplyDelete