Saturday, 14 November 2009

Bajet Pahang 2010

MB Pahang telah membentangkan bajet negeri tersebut untuk tahun hadapan. Sebagai rakyat biasa yang pernah menjadi wakil rakyat, saya sentiasa mengharapkan perdebatan dan penghujjahan yang bernas dari wakil wakil kita. Saya beranggapan bahawa selain dari pembukaan sidang dewan, persidangan mengenai bajet adalah kemuncak persidangan untuk mana mana tahun.

Ini adalah kerana, pada persidangan tersebut, kerajaan memohon kebenaran untuk mengeluarkan sejumlah wang dari akaun consolidated untuk membiayai pengurusan dan pembangunan negeri. Permohonan ini pun mempunyai signifikens yang besar- memohon kebenaran bererti kita harus sedar bahawa wang tersebut, bukan kita punya. Ianya kepunyaan dan milik negeri atau rakyat. Apabila perkara ini disedari maka, aplikasi dan penggunaan wang tersebut, menjadi suatu perkara yang akan di nilai oleh rakyat. Yang berada di barisan depan sekali, untuk menilai sama ada wang tersebut akan di kendalikan dengan baik, ialah wakil rakyat.

Tahun demi tahun, kita di beri tahu, hasil kerajaan adalah x jumlah nya. Semasa saya jadi wakil rakyat dahulu saya sentiasa mahu menanti kenyataan mengenai pendapatan negeri Pahang keseluruhan nya. Maksudnya, hasil kerajaan hanya merupakan sebahagian dari pendapatan negeri yang terkutip oleh kita melalui cukai, royalty, hasil dividen, sumbangan per kapita dari kerajaan persekutuan dan sebagai nya. Maka, hasil kerajaan adalah x daripada Y untuk sesuatu tahun.

Apa guna nya kita tahu income negeri Pahang? Kerana dengan mengetahui pendapatan negeri secara membandingkan rekod, dapatlah kita tahu sama ada kesihatan ekonomi negeri di urus dengan baik. Apabila kita tahu perkara ini, boleh lah kita berdebat dengan rasional. Saya kira MB pun akan suka jika kita berdebat dengan penghujjahan yang rasional dan tidak terpekik terlolong menuduh sembarangan atau memberi sokongan babi buta.

Seperti biasa bajet negeri Pahang berada dalam keadaan defisit. Tahun hadpan RM98m. Erti nya, hasil kita kurang dari belanja. Kita belanja lebih dari pendapatan. Bagaimana kita menampung nya? Dengan berhutang dari kerajaan persekutuan.

Sahabat sahabat saya dalam dewan Pahang akan berkata- ah, bukan Pahang sahaja yang defisit. Malaysia pun defisit. Susah lah kita mahu memulakan perdebatan jika kita mempunyai sikap yang sebegini. Tapi mungkin kita boleh bandingkan peratusan defisit negei Pahang daripada Income negeri dengan peratusan defisit per Income negeri negeri lain, YB? Entah2 peratusan defisit daripada Pendapatan Negeri kita jauh lebih besar, tidak?

Kenalah kita menerangkan, mengapa kita kata defisit tidak usah di gusarkan. Janganlah kita mempertahankan defisit dengan menyatakan ianya terjadi sebab kita belanja keatas welfare. Kita tolong orang miskin dan susah. Sememangnya, tolong orang susah dan miskin adalah suatu perkara yang murni. Tapi mustahil, bahagian yang di salurkan kepada orang miskin dan susah, menyebabkan defisit? Tapi point inilah yang akan di gunakan oleh sebahagian besar dari wakil rakyat kita.

Jika kita hanya tahu point seperti ini, nampak sangatlah kita tidak menghalusi ucapan bajet MB dan bila balik ke hotel hujung mingu, tidak mahu menganalisa inti bajet dengan rapi. Kalau kita beri hujjah yang dangkal, maka pengamal media baru seperti Sakmongkol akan memberi pandangan nya. Dan pandangan nya tidaklah seperti pandangan budak sekolah pemberita dari Utusan Malaysia yang disebut orang sebagai akhbar yang terbodoh dalam dunia!

Seperkara yang kita harus sedar ialah, defisit tidak semestinya sesuatu yang tidak baik. Ia jadi tidak baik, jika defisit di guna dan terjadi sebab kita beberlanja keatas perbelanjaan mengurus atau consumption spending. Yakni, kos mengurus naik tapi prodaktiviti tidak naik sama.

Jika defisit terjadi kerana sebab ini rakyat sema akan bertanya- mengapa kos pengurusan naik, tapi kualiti perkhidmatan tidak? Bila kita pergi ke pejabat kerajaan, pegawai keajaan tidak ada di pejabat. Mereka minum teh atau pergi main golf. Ini bukan syarikat bapak mereka punya. Kadang kadang, kita di layan dengan kasar dan secara insensitif sekali. Orang yang datang berurusan dengan pejabat kerajaan di layan seolah olah seperti peminta sedekah yang bergantung kepada ehsan pegawai.

Tentlah ini menjengkilkan perasaan rakyat jelata.

Bersambung…..

1 comment:

  1. Assalamualaikum Dato'.

    Saya ni tak lah pandai dalam bidang ekonomi. Tapi sebagai rakyat jelata negeri Pahang, sedikit sebanyak saya mengambil tahu juga hal ehwal ekonomi negeri saya. Sebenarnya Dato', sejak dulu lagi saya heran fasal apa lah defisit negeri kita ni besar sangat. Tahun depan dijangkakan sebanyak RM 98 juta. Banyak tu Dato'. Apa sebenarnya yang kerajaan negeri belanjakan sampai ke tahap defisit sebesar ini? Nak kata kerajaan negeri bina pejabat baru yang besar dan cantik macam di Mini Putrajaya, Perlis ataupun di Kota Iskandar tidak juga. Dok pakai Wisma Sri Pahang yg buruk itu jugalah. Dari satu segi orang boleh kata yg kerajaan negeri lebih mementingkan kebajikan rakyat daripada soal memiliki pejabat yang besar dan cantik. Tapi betul ke beri bantuan kebajikan kepada rakyat sampai menyebabkan negeri defisit hampir RM 100 juta setiap tahun? Di Jaya Gading, Teluk Mahang, Kerambit masih berlambak juga orang miskin saya tengok. Hairan saya.

    Semenjak jadi MB lebih kurang 10 tahun dulu Dato' Nan tak banyak berusaha untuk meningkatkan hasil negeri mahupun mengurangkan defisitnya. Saya juga tak nampak apa-apa usaha beliau untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam negeri. Di kala bajet negeri defisit besar, beliau boleh pula membeli nombor plet kereta CCC dengan harga ratusan ribu ringgit. Kononnya untuk kereta tetamu kenamaan negeri.

    Sekarang ini beliau mendakwa Pahang telah gazet 900 ribu hektar kawasan hutan untuk tadahan air demi untuk masa depan negara. Ini pengorbanan besar negeri Pahang katanya. Kalau Pahang tebang hutannya maka ia akan dapat RM 28 bilion. Maka kerajaan pusat kenalah timbang rasa dan bagi wang ehsan RM 280 juta setahun pada Pahang! Wah, senang betul kerajaan Pahang nak tambah pendapatan! Minta saja dgn kerajaan pusat. Kalau kerajaan pusat tak bagi, kita tebang saja hutan. Adakah rakyat akan senyap saja kalau Dato' Sri tebang habis hutan bernilai RM 28 Bilion tu? Saya tak tahulah betul atau tidak soal 900 000 hektar yg telah digazet itu, tapi saya tengok makin hari makin sikit hutan di Pahang ni. Towkey2 balak seperti Dato' Sri Lam Kam Sang terus kaya raya.

    Sebab itulah saya rasa sudah sampai masa Dato' Nan perlu digantikan dengan MB baru. Cukuplah 10 tahun. Kalau dah tak mampu nak beri idea baru untuk memajukan negeri, berilah peluang pada orang lain pula. Kepada BN Pahang janganlah sampai rakyat menghukum anda dengan undi kepada pihak lain barulah anda nak berubah dan betul-betul jaga ekonomi negeri Pahang.

    Itu saja yang saya nak katakan Dato'. Maaf kalau tulis panjang sangat. Terima kasih.

    ReplyDelete