Friday, 23 October 2009

Sedikit lagi soalan mengenai projek Tanjung Agas, Pekan






komponen pembangunan T.Agas


layout yang impresif.


 

 peta T Agas dari Google.


Ada seorang pembaca bertanya- adakah orang baca artikel tuan? Dia rasa besar kemungkinan tidak. Sebetulnya, saya tidak memerlukan supaya semua orang membaca nya. Cukup sekadar beberapa orang public spirited individuals membaca nya. Mudah mudahan, melalui mereka, sedikit kesedaran dapat di capai.

Projek ini projek raksasa. Ia akan menelan belanja melebihi RM5b. ini jumlah yang amat besar. Jadi kita nak tahu, siapa yang akan keluar belanja. Pihak penganjur projek ini dahulu menyatakan bahawa projek ini adalah projek swasta. Mereka akan memohon pembiayaan dari KAF investment bank dan kerajaan. Kerajaan? Bukan kah mereka kata ini projek swasta?

Ekuiti PKNP 30%.

Ramai orang nak tanya PKNP- macam mana mereka boleh sampai kepada angka 30%. Adakah tanah 5000 ekar itu nilai nya bersamaan 30% nilai projek tersebut? Atau bersamaan 30% daripada jumlah modal pertama yang di perlukan? Sudahkah suatu penilaian keatas tanah 4000-5000 ekar itu di lakukan? Atau seperti biasa, kita agak agak sahaja yang 30% itu ok. Kita kena jawab soalan mudah seperti ini. Agak agak punya hal menyebabkan kita lingkup.Oleh kerana tanah yang terlibat adalah luas, maka semua anak Pahang yang prihatin dan peka sangat meminati perkembangan projek yang akan melonjakkan kemajuan ekonomi negeri Pahang.

Apakah perbadanan yang mengurus projek dan pembinaan projek ini? Bagaimana pula peranan yang akan di mainkan oleh PKNP sebagai pemegang ekwiti dan kepentingan yang agak besar dalam projek tersebut(30%)? Peranan PKNP amat penting kerana ia dapat mempengrauhi penglibatan oleh peniaga dan orang tempatan dalam projek raksasa sebegini. Kita berharap PKNP akan memainkan peranan yang substanstive dalam menentukan 'flavour' projek gergasi Tanjung Agas.

Kos projek.

Projek ini di jangka siap pada tahun 2013. Kos infra sahaja RM 2 billion. Waduh, ini jumlah yang amat besar. Kos asal PKFZ adalah 1.46 billion. Kemudian naik 4 kali ganda jadi 4 billion lebih. Akhirnya akan naik 12 kali ganda jadi RM12 billion. Bayangkan jika angkara durjana yang menimpa PKFZ kena juga keatas Tanjung Agas, naik 12 kaliganda, jadi 48 bilion, negeri Pahang dengan MB MB sekali, dan rakyat nya sekali, bengkrap!

Sponsor projek.

Kita nak tahu, sama ada member2 lain di dalam consortium yang membangunkan projek ini, selain daripada Putrajaya Develeopment mempunyai pengalaman dalam projek seperti ini. PKFZ mengalami nazak hari ini disebabkan mereka melantik con-sultant yang tidak berpengalaman. PKFZ melantik Pak Arab daripada bumi unta suci masuk ke bumi lembu suci lah yang menyebabkan kerajaan Malaysia sengsara dan MCA merana!

Cadangan membina satu lagi steel mill – ini bukan satu lawak ya? Steel plant yang di perwaja pun hampir hampir nak mampus, kita nak buat satu lagi steel mill? Kalau ya pun kita nak buat kapal , adalah munasabah permintaan potensi untuk besi keluli membantu perwaja steel mill di Kemaman tak? Tapi takpe- otak2 perancang projek ini yang geliga lagi hebat akan menyelesaikan masaalah ini. Boleh jadi semua palangan atap rumah orang di Pekan akan di buat dari besi keluli. Kita akan bina banyak kilang dari besi keluli untuk buat keropok lekor, goring pisang, jus nenas di Sungai Miang, atap rumah dari besi dan sebagai nya.

Membina LNG Tankers.

Benar kah sudah ada MOU oleh MISC untuk beli 8 tanker LNG yang sebuah berkos lebih paling minima USD250 million atau RM1 billion satu? pembuat kapal syarikat mana? Korea dengan PKNP atau Korea dengan limbungan kapal kuantan? Kita nak buat kapal LNG ni di mana? Kat Korea atau Tanjung Agas? Perairan kat tanjung Agas ni, cukup dalam untuk menampung pembinaan kapal LNG?

Bina IPP.

Saya lihat satu dari komponen nya ialah pembinaan sebuah IPP. Ni IPP siapa yang akan buat? Mengapa PKNP tidak mendesak supaya jadi pembina dan operator IPP. Bukan kah ini akan mendatangkan pulangan yang constant dan akan menaikkan imej PKNP dari hanya menjadi tuan tanah kedawong?

Semua ini nampak nya macam suatu projek sector swasta yang di sokong oleh kerajaan persekutuan. Sebelum ini kita tidak pernah dengar projek ini di cadangkan oleh PKNP. Standard PKNP ialah membersihkan tanah dan jual lot lot kepada pengusaha. Jika ia tidak di fikirkan oleh PKNP, sudah tentu projek ini di bentangkan kepada pimpinan tertinggi oleh mereka yang berpengaruh. Dan mustahil pula yang membentang projek ini melakukan cadangan semata mata kerana cintakan negeri Pahang tanpa meletakkan syarat bahawa mereka lah yang akan menentukan pengisian projek tersebut. Ini yang tak sedap nya. Butiran mengenai projek ini di ketahui oleh kumpulan yang kecil sehinggalah semua nya sudah terlambat. Rakyat hanya akan tahu bila keadaan dah jadi buruk . cara dan kaedah menegotiate projek cara ini amat kita tahu kesudahan nya. Sudahlah kita tidak tahu menahu, projeksi keuntungan tinggi melangit dengan andaian andaian yang menakjubkan tapi yang paling mendukacitakan ialah sasaran pelanggan yang lemah. Ada seorang pembaca memerli saya dengan bertanya saya, tak pernah dengar mengenai pulau Natuna ke?

Aduh wok, pulau tu bukan Malaysia punya tapi Bung Bambang Yudhoyono punya. Lagi pun, jarak nak sampai kesana sama daripada Kemaman, Labuan atau Loyang Singapura dan Tanjung Agas. Bermakna syarikat oil and gas yang beroperasi di sana mempunyai beberapa plihan untuk di jadikan pembekal sumber. Mereka akan pilih yang berkos minima dan mempunyai kepelbagaian kemahiran.

Pak cik Petronas.

Setelah gedebak gedebuk mengenai betapa gah nya projek ini, bagaimana kita sustain hayat projek tersebut? Akhir nya, pak saudara kita yang kaya- yang bernama Pet-Ro-Nas akan masuk campur. Tolong cucu cicit Tok Gajah macam mana nak selamatkan keadaan.
saya tanya soalan soalan macam ini sebab kita tidak hendak nasib yang  menimpa projek MEC city beberapa tahun yang lalu, terkena juga Tanjung Agas. Dalam projek tersebut, tanah telah di jual pada kadar premium yang amat rendah, tapi apabila sudah di 'make up' sedikit di jual pada harga yang melambung tinggi. Perancangan untuk membina suatu bandar elektronik tidak menjadi tapi tanah milik negeri Pahang sudah terlepas. Ketika wawasan mengenai bandar eletronik ini di hebahkan, pujian dan harapan mengenai nya amat menggunung. Malang nya, projek tersebut mengalami pengakhiran yang menyedihkan.

21 comments:

  1. Salam, mudah-mudahan kali ini projek mega ini benar-benar mencapai sasaran untuk kebajikan rakyat setempat khususnya dan Pahang amnya.... jangan terkulai ditangan penipu, pembelit yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan....

    ReplyDelete
  2. Dato'

    It would do them a lot of good to fully study Kemaman Supply Base(KSB) before undertaking this Mammoth Task.
    As I said, it is a Political Decision and not an Economic One..

    UMNO and BN intends to remain in power and the only way is to cotinue on the existing Path... Political Decisions Reigns Supreme and DO GET VOTES...

    Dato' If you intend to join the UMNO Inner Sanctum, you need to change your stand and Support all Political Decisions (Similar to your Support for Isa to Contest despite his Moral Failure).

    PKR or PR will never win the General Elections... Their Platform of Integrity and Moral conduct will not get Votes.. Gargantum Projects where money flows into voter's pockets do!

    ReplyDelete
  3. Salam tuan sakmongkol.

    Skdr ingin bertanya,adakah terdapat usaha utk membantah perlaksanaan projek ini di laksanakan di pahang oleh sbrg ngo ngo tempatan?
    Sy setuju dgn argumen2 yg diberikan dlm artikel ini,dan sy amat menyokong jika tuan bisa mempelopori gerak kerja mempersoalkan relevan nya tanjung agas di jadikan supply base..

    ReplyDelete
  4. Salam orang Pekan,

    Tahniah atas soalan2 yang bertubi2 dan mendedahkan another projek menipu.

    Saya ada seorang adik yang akan bekerja membina projek apekejadah ni. Saya betul2 berharap dia akan berfikir2 lima enam kali dan punya lebih 'consience'.

    ReplyDelete
  5. Salam Dato,

    I've been following your post on this with much interest.

    I hope this post was written of you not being sideline in any way out of the project but on your conscience.

    If it's of the later, I do have high regards upon you for the descriptions you've presented here. That is the facts and figures and the who's who involved in the project mentioned.

    Unfortunately, UMNO does not have many like you. Otherwise, we could have save RM billions. It's not just about project to appease the constituents but the returns to the nation that will keep us all afloat.

    So, keep it coming.

    ReplyDelete
  6. nxorget,

    unfortunately different people will interpret differently as to the reasons why i write as i do. but even while i was ADUN, i was speaking the same way in the face manner. in my blogs i am freer to write as i feel. i wasn't any less forgiving in my criticisms back then, when they were appropriate.

    ReplyDelete
  7. Dato,

    That is why people like Nik will be chosen to run for ADUN and not you. But at the end of the day, I sincerely believe that you would be able to sleep peacefully at night and have a clear conscience.

    Ex-M

    ReplyDelete
  8. Dato,
    I heard about Tanjong Agas a few months ago through friends. I was told that I had to register with TASB if I was to be selected a contractor.
    When I reached the given address in Ampang Point,I found the office abandoned. In fact there was not even a signboard there.The friend who recommended the project himself was ignorant as to the fate of TASB. Until of course you wrote about it. Thanks for the tip-off, I won't be wasting my time.

    ReplyDelete
  9. Tak apa - kalau tipu, tipulah. Bukan ini satu lagi projek prihatin kerajaan Barisan Nasional untuk menjaga masa depan orang kita. Kan duit itu akan masuk ke poket orang kita juga? Adakah anda sanggup membelot kepada kerajaan kita yang sudah menyumbang berjuta jasa kepada orang kita? Tak payah soal sini sana lah. Asalkan projek ini boleh menguntungkan kita tak payah kira lah. Buat apa kita ni susah-susah berdebat disini?

    Tidak apa kan?....kan PKFZ 12 billion ringgit rugi kita pun undi juga pada Si Isa Samad tu. Itu kan tanda kita sokong PKFZ sepatut rugi dan sokong penyelewengan? Apa nak disoal lagi? Mandat pun sudah bagi mereka untuk merugikan projek-projek ini. Hai....kelakarlah...hehehe.

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan Sak,
    Bila saya lalu di bandar Pekan, sedih juga rasanya sebab tidak banyak pembangunan yang membanggakan disitu. Mungkin projek Tg Agas ini satu daripada usha nak bawa pembangunan ke Pekan, tapi malang nya seperti tuan saya dapati banyak business plan yang diunjurkan tidak masuk akal,daripada pembinaan limbungan kapal mega kepada pembangunan "integrated offshore supply base". Kapal LNG sekarang ni dah over tonnage dan mula laid up dan industri minyak dan gas negara pun tidak akan berkembang pesat seperti dahulu. Saya harap mereka yang terlibat dalam projek ini akan membuat penilian semula projek dan membuat pembangunan yang lebih sesuai dan bertepatan dengan keperluan sebenar.

    ReplyDelete
  11. Dear Dt Sak

    It seems that the supporter of Pakatan really think that their candidate in the election,esp PRU 12, are free from corrupt practice.Are intellectual,high moral std,alim ulamak.

    It is rather worrying that they tend to look at BN as everything corrupt.You see most of them are enjoying 50 years of development of a nation.compare 50 years ago, what do we have.Interms of everything,,living standard,knowledge of the people,literacy,monetary,,i mean we have come far from nothing to now.most of the malays then was a farmer or nelayan only,,now we have thousands of professional in every field,our income percapita has increase so much,,we have created thousands middle income group.These achievement are real.

    Even our religous knowledge and practice has improve so much unless you want to deny that..

    Please be fair when you complain.Of course we are not perfect but we are much better off than certain countries.Of course there are countries that prgress better than us.Of course there are still a lot of poor and under previlage people.Tell me which country dont have the poor and under previlage.

    You see Pakatan leaders are not clean and righteous.Check around,dug further into their life,you will see that they themselves are full of shits.Racist,Nepotism,Corruption, are universal problem.we need to address the issues and people and not blame the whole system.It work for 5o years for us.definitely it will work forever.

    ReplyDelete
  12. Dato'melahirkan kebimbangan projek tanjung agas akan menjadi satu lagi PKFZ dan mahu penganjur projek Pekan ini belajar darinya. Sebenarnya, Dato berpandanagan negatif menakala penganjur projek Tanjung Agas ini berpandangan positif. Mereka mengkaji dan sungguh-sungguh mendalami cara-cara PKFZ dijalankan yang membolehkan kos projek ini melambong dari 4bil ke 12bil.
    Apa yang mereka ingin pelajari dari PKFZ ini ialah bagaimana projek Pekan ini dapat menandingi PKFZ dan taktik2 yang digunakan PKFZ dapat dipertingkatkan diPekan.

    ReplyDelete
  13. Dato',
    Inilah satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  14. Dear Anon 13:07,

    .It work for 5o years for us.definitely it will work forever.

    I beg to differ on this. If it had work, our equity will not just be at about 19% but more than targeted of 30%.

    In employment, there are very few Malays who make it by themselves. It's the policy that put them in certain places. Discrimination ? may be, but I think it's more the lack of performance.

    As for business, the ones that flourished among the Malays are only food business. Even that, the Malays lost to mamak in the low end market. How to think development if just thinking to fill the stomach only.

    So, what really works for the malays. More handouts ? Do remember, when things are given, it has to come from somewhere. Thus, it's important for the Malays to start thinking and working hard.

    That why it is important to look at the returns on projects that's was planned or initiated so that many Malays can benefit.

    As for PKR character, that's always the game, the pot calling kettle black. But, if found corruption with hard evidence, then go ahead to prosecute them for all I care. It's always better to clean them early before become cancer among them.

    ReplyDelete
  15. project viability depends very much on assumptions...and assumptions is not science and even more mysterious then black magic.

    but,then the process will run it course with various parties reviewing numbers for their own specific inputs or exposure to the projects.

    And Bankers are the most difficult to please.

    however ,the process can be simplified through the provisions of guarantees.

    And sometimes the Big Man gives the greenlight..and everyone down the line will tow the line even to the extent of seeing gold in coal.

    Thus,its crucial that the Big Man should not support something unless he is very clear about the risks and rewards.

    Cos at the end of the day reality catches up with assumptions.

    ReplyDelete
  16. Dato:
    My gut feeling is that this project will overtake PKFZ as the most costliest blunder, say in the time frame it took for PKFZ to achieve such notoriety. By 2015, we will be saddled again with a repeat of PKFZ.
    This certainly looks like a political project to boost the profile of the Pekan MP, and reward cronies. We have seen these financial blunders since the last 25 years. But we still get fooled by the government of 50 years. This government managed to hoodwink people like the anonymous commentator 25Oct @13.07.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  17. sebagai seorang anak pahang yang tidak lagi ada apa apa kepentingan di pahang, saya berasa seperti hendak tertawa dan menangis pada masa yang sama setiap kali saya melalui gambang dan melihat MEC.

    ReplyDelete
  18. Dear Sir,
    I agree with your comment on Tanjung Agas project. It is not a viable and easy project to undertake. It is easier said than done. How many 'supply bases' do we need in the east coast? Even with the present one in Kemaman it is still not fully utilized or fully expanded. If the State of Terengganu with the Federal government can widen the highways from Sg Ular to Kemaman it would serve the public and business sector better.Right now that stretch of road is still under construction and I don't know how many more years to complete. In the East coast the infra structure for communication is terrible. Why don't the government upgrade it first and then talk about expansion? Let me tell you this, the Tanjung Agas project is a scam from the top till the bottom. Everyone has a cut and it is going to be another disaster like PKFZ.

    ReplyDelete
  19. Sand for Singapore.

    Some parties are using this project to sell sand to Singapore. The project called for deepening and dredging the coastline and the sand will be exported to Singapore. What happend to the project then - Singapore only interested in our sand whether it is Tj Agas or Linggi, whether it is legal or not, is not a problem. Gross profit from the dredged sand - if Singapore buy the sand - from Tj Agas will be worth at least RM 60billion, more than Petronas annual gross profit.

    ReplyDelete
  20. Dato,

    I just got into your blog and I found it very informative. Actually I was looking for Tg. Agas Project since it was reactivated according to market talk. Is it true dear Dato? Btw your sincere comments and info on the project is very much appreciated. Keep on writing!!

    ReplyDelete
  21. sy duduk dekat area dgn tanjong ags... sy tgok cam xder ape2 pembagunan pon.. sekadar jalan raya shja... sy cuma nk tahu apa status projek mega ini...

    ReplyDelete