Sunday, 11 October 2009

Bagan Pinang. Coretan orang kampung.


Markas UMNO Negeri Pahang.


Kampong Sirusa adalah sebuah kampong yang aman damai. Ia sebuah kampung yang tranquil. Ia terletak pada jalan yang menuju ke lebuh raya yang menghubungi negeri negeri selatan ke kuala lumpur. Di seberang jalan kampong Sirusa ialah kem tentera yang besar. 2 Armour di Raja. Tempat latihan tentera operate kereta kebal , meriam dan apa apa lagi.

Ini tempat Mejer Hali mengajar dulu, ujar rakan saya menyebut fasal seorang rakan kami di Kuantan, mejer Hali Rahman. Ramai anak murid di sini. Kalau dia ada, boleh kita masuk dalam kem ni. Entah2 kem komandant ni pun geng dia agak nya.

Perhubungan UMNO Pahang di tugaskan untuk memantau keadaan di kawasan kampong Sirusa. Kg si rusa juga adalah kampong kepada arwah isteri Isa Samad- maka ramai saudara mara arwah tinggal di kampong Sirusa. Perhubungan UMNO negeri Pahang beroperasi dari sebuah rumah banglo stail kampong yang terletak di tepi jalan menuju ke lebuh raya selatan. Ia nya amat stratejik dan selesa dan saya di fahamkan rumah tersebut mempunyai 8 bilik.

Ketua UMNO Cawangan Kg Sirusa juga seorang imam masjid. Dia bekas seorang guru yang telah aktif dalam UMNO dan aktif dalam hal2 keagamaan. UMNO cawangan Sirusa nampak sebagai sebuah cawangan UMNO yang cukup teratur. Di carta program yang di atur, kita dapat lihat program program yang telah di atur tersusun rapi. Keadaan yang cukup terurus ini, membuat tugas UMNO Negeri Pahang menjadi mudah- bahkan, perkara dan tindakan yang paling appropriate ialah untuk UMNO Pahang jangan memandai mandai. Kita hanya perlu tumpang 'tui' sahaja dalam sebutan orang Pahang.

Saya dapat tahu, Dato Ismail Sabri datang ke kampong ni bebera hari yang lalu. Dia plan nak bawak anak nya Dafi datang sini, hibur hibur sikit. Kebetulan sahabat saya, Dato Samsudin Nawawi ada bersama dengan Ismail Sabri. Dato Sam telah mengingatkan Dato Ismail, jangan kita buat tak tentu, ketua sini tok imam. Karang mampus kita.

KP( ketua Pemuda)- mari sini jap. Kalau kita bawak Dafi datang sini, nyanyi sikit, ada problem tak dengan Ketua Cawangan, tok imam ni ? problem ? eleh…. Cubo Dato tanyo orang- Pak Imam ni lah yang terror sekali nyanyi. Suko dia, kalau bab nyanyi2 ni.

Hah- sam, boleh kau atur MB kita nyanyi dengan Pak Imam ni. Sure dia takkan lupa nyanyi dengan Long. Bahan lagu ayam den lapeh ke. Kami pun ketawa.

Di tepi jalan kampong Sirusa, terdapat banyak warung warung. Di musim pilihanraya, warung2 melakukan bisnes yang laris. Di mana mana orang berkumpul menikmati goring pisang, keropok lekor dan kuih muih yang lain. Satu jenis makanan yang popular dan laris ialah cendol pulut dan cendol tapai. Malah, cendol pulut amat popular di sekitar PD.

Saya telah berhenti disebuah gerai yang tipikal yang ada disni. Seperti yang saya nyatakan diatas, di musim PRK, warung sebegini menjadi tumpuan. Saya mencari ruang kosong untuk duduk. Meja yang kami pilih, telah ada seorang pelanggan dan kami minta izin untuk tumpang bersama. Dia telah menyilakan kami dengan penuh sopan. Beberapa orang lain yang ada disana, melemparkan anggukan selamat datang.

Kami pun memesan cendol dan sedikit kuih. Anggota tentera yang sudah dan akan mengundi pada hari tu pun turut berhenti di gerai ini untuk memesan makanan dan kuih. Tidak syak lagi warung cendol pulut disini menjadi tempat tumpuan.

Abang mengundi di mana, saya memulakan perbualan saya dengan pelanggan di sebelah saya sambil menghulurkan tangan bersalam.

Saya menggundi di Linggi- kawasan disana nun, sahut pelangan Melayu yang saya kira berumur 60 tahun lebih.

Jadi jalan jalan kesini ya abang- meninjau ninjau keadaan?

Ya, jalan jalan, tengok keadaan, tengok banners, buntings, posters dan suasana.

Wah… pandai abang senior ni menyebut perkataan2 ini. Pertuturan nya menandakan warga senior ini mempunyai latar belakang pendididikan.

Nama saya Ariff, abang. Ini kawan saya, si fulan dan si fulan. Kami pun datang jalan jalan nak tengok macam mana orang kat sini mengundi.

Encik datang dari mana, tanya warga senior ni?

Saya datang dari Kuantan, yang ni datang dari Batu 10 Kuantan dan yang satu ni kawan saya memang orang Nogori- dari Labu , abang.

Pernah ke Kuantan? Tanya saya. Batu 10 itu ada kem tentera jugak, seperti yang depan ni, terang saya.

Ya.. kat kampung Jaya Gading kan? Jawab abang senior ni.

Ya betul, jawab saya, abang familiar dengan Kuantan ke?

Saya tinggal lama di Kuantan, pernah jadi tenaga pengajar di maktab perguruan di Semambu sebelum maktab itu bertukar di Kuala Lipis. Saya dah pencen 7 tahun. Semasa di Kuantan, saya familiar dengan Kuantan ni.

Saya pun menyebut nama beberapa tenaga pengajar maktab perguruan di sana yang menjadi classmates saya semana menuntut di tingkatan 6 di SABS kuantan pada tahun 1974-1975. Abang senior ni mengenali mereka. Antara nya Rita Gosh dan Anne Wong yang tidak silap saya menjadi lecturer dalam English.

Maaf abang, sekali lagi nama apa tadi?

Oh, saya Zainudin, orang kadang kadang panggil ustaz Zainudin. Ye, saya lecturer kat Maktab Perguruan di Kuantan, lama jugak sampai lah saya pencen. Sekarang balik kampung, tak buat apa kecuali rehat rehat pencen.

Macam mana abang tengok politik hari ini saya memulakan. Saya lihat tentera tadi menjalankan pengundian dengan teratur. Perkerja2 PAS nampak menjalankan tugas mereka dengan sopan dan berhemah. UMNO hantar ramai perkerja muda yang juga kelihatan berhemah tapi maklum saja, kerana muda, bising lah sikit. Lain pada tu saya tengok, ok.

Macam mana, abang Din tengok, the whole situation from the perspective of orang dewasa?

Pada saya kaedah nya mudah je. Kalau Malaysia ni semua orang Melayu- kita akan tengok kualiti calun. Integrity, jujur dan amanah, bersih, dan sebagainya lah. Kalau semua Melayu. Baru benda benda macam tu important.

Kalau macam kita ni, kita tengok parti. Isa may be important or not important, but the party UMNO is more important. Pada saya UMNO tu parti tempat orang Melayu boleh mengadu dan bergantung. Takpe lah, mereka teruk dalam pilihanraya umum yang lalu. Maybe, tu semua nak ngajar UMNO jangan sombong dan angkuh. Nak beri pemimpin yang ek dengar orang Melayu biasa. Melayu Marhein dan Melayu MURBA.

We look for long term interests. Budak budak muda hari ni temperamental. Mereka lebih emotional dan mudah di pengaruhi.

Kita ni orang tua, lebih berhati hati- circumspect. We have seen enough, kena fikir betul2.

Saya rasa, the main culprit, ialah orang muda hari ni tak tahu sejarah. Maksud saya, historical consciousness. Masa saya muda dahulu, orang tolak nak pegang jawatan. Hari ni, sampai ugut mengugut dan tembak menembak. Semua kejar jawatan.

Saya rasa yang salah kerajaan jugak, tak mendedahkan anak muda kepada sejarah. Contoh: pengorbanan orang Melayu kepada penubuhan UMNO tidak di ketahui. Bergolok bergadai, buat sukarela tanpa menghambat imbuhan. Sebab senang lenang agak nya, sejarah di lupakan. Bukan suruh semua jadi susah, tapi awareness tu mesti ada.

Ya abang Din, kalau sejarah bangsa kita tak well managed, kesedaran mengenai Negara kita akan hilang. Dan bila hilang sejarah, identity kita yang sebenar akan di lupakan. Kita boleh manipulate history untuk mencapai sesuatu agenda dan kita boleh guna history sebagai iktibar memberi kita pedoman dan pengajaran. Kita boleh use history positively or negative way.

Abang tengok sebagai contoh. Singapore re-wrote sejarah dengan menyatakan sejarah Singapura bermula hanya dari 1819. Makna nya, fakta bahawa singapore was once part of Tanah Melayu or the fact that sebelum Raffles datang, dah ada orang Melayu di sana, di padamkan dari sejarah. Akibat nya, apabila akar asal usul di hilangkan, kita boleh bentuk dunia yang baru.

Betul tu Cik Ariff, bila kita buat anak muda tak ada historical awareness atau perspektif, hala tuju bangsa Melayu tidak tentu.

Hmm, sambut saya. Ini agak nya, mengapa Lee Kuan Yew pernah memikir untuk tukar cara orang mengundi satu masa dulu. Setengah individu boleh ada 2 undi, yang lain seorang satu undi sahaja. Orang muda undi satu sahaja sebab mereka lebih reckless, fritter away their privilege and take for granted pencapaian negara. Akibat recklessness, negara akan rugi. Orang dewasa yang lebih circumspect, di beri hak 1 seorang 2 undi. Mereka matang dan ada historical perspective. Lee Kuan Yew takut, bahawa orang muda yang reckless, hawker pula  rakus, tanpa ada historical perspectives akan buat undian yang gopoh dan akhirnya rugikan singapura.

Of course, sambung saya, dalam kes Singapura, yang Lee Kuan Yew takut sebenarnya ialah goodwill yang sekian lama dia build up, kemakmuran yang telah lama di perjuangkan, reserves Singapore yang menggunung tu, di jahanamkan kalau PAP kalah. Tapi sebab fikiran nya bertentangan dengan prinsip satu orang satu undi, nasib baik idea Kuan Yew ni tak di pakai.

Long term interests tu macam mana, abang din? Tanya saya.

Pada saya- ianya mesti long term strategic Malay interests. Ni yang orang muda lupa. Contoh : tak ke dia fikir sejarah yang boleh kita belajar bila Bintang 3 memerintah Malaya 2 minggu je ? mampus orang Melayu.

Bukan saya suruh kita benci orang Cina atau India. Kawan kawan2 saya ramai India dan Cina. Tapi orang Melayu perlu ada kesedaran sejarah mengenai kemungkinan yang boleh berlaku, jika dia orang hilang kuasa politik. Just to have that awareness, bukan suruh kita kelahi. Sekarang ni memang seronok, jerit sana sini, reformasi sana dan sini.

Sejarah penting. Kita tak perlu kowtow sangat hanya untuk menunjuk kita ni tolerant. Saya heran, parti pemerinmtah. Kenapa nak ambik hati sangat- kalau kawasan tu majority Melayu, letaklah calun Melayu. Jangan letak calun bangsa lain. Bukan nak benci dia orang, tapi orang Melayu ni kenalah berbudi pada tempat nya.

Betul tu abang, satu perkara yang orang UMNO sendiri fed up ialah kita letak calun bukan Melayu dalam kawasan yang majority nya Melayu. Contoh, tempat saya. Dulu kita ada Fu Ah Kiaw. Bila dia lawan PKR, dia kalah di Kuantan, bukan sebab calun PKR tu hebat atau ada rekod cermerlang. Sebab nya majority pengundi Melayu nakkan MP Melayu sebab tu mereka pilih Fauziah Salleh. Kalau calun kita Melayu, saya tak fikir Fauziah Salleh akan menang.

Orang muda hari ini tak faham maksud jadi UMNO. Memanglah kita ngaku UMNO banyak cacat cela hari ini. Tapi semua perkara ni boleh di betulkan. Politik wang. Bila 200 ribu ahli yang memilih nanti, siapa boleh bayar duit? Bengkrap dia orang.

Tapi pemimpin kita mesti tunjuk tegas dan adil. Hari tu, masa budak Cina Beng Hock tu mati. PM atau siapa yang responsible should have contain the damage. Tangkap team yang interrogate Beng Hock last sekali. At least, public tengok kerajaan tak kira. Lepas itui charge atau bebas. Ni, nanti lama sangat. Habis akbar manipulate dan spin the issues.

Demikian juga, bila orang berarak dengan kepala lembu. Kes Kugan. Tangkap dulu dan siasat.

Oh tak, abang Din, yang tu saya personally tahu, PM cakap dia tak kira siapa buat. Kalau ahli UMNO pun, dia dah instruct polis tangkap.

Tu lah abang Din. Saya ada tulis, makna UMNO ialah to be allowed being Malay. Being Malay antara nya the Malays must have their kings. Buruk atau baik, mereka symbol kepada what being Malay means. Saya yakin, lama lama, besok, the weight of public opinion dan what's right according to law, akan jadi censor kepada laku perangai lahabau raja raja2 kita.

Ustaz Din menambah. Orang Melayu mesti ada raja mereka. Encik tengok askar dah lah- dia orang ikrar allegiance pada Raja Melayu bukan pada perdana Menteri. Ertinya apa? Erti nya, allegiance tu kita beri kepada entity yang ada sifat permanence yang lebih tinggi. PM bertukar, institusi Raja Melayu berterusan.

Jadi, long term interest orang Melayu tu yang lebih penting. Tu lah yang jadi pedoman saya. Orang lain saya tak tahu. Apa jadi pun, kepentingan Melayu mesti di jaga. Asal kita tak aniaya bangsa lain dah.

Sorry, abang Din, lama kita berborak. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.

Sambil kami bangun untuk meninggalkan warung tersebut, kami bersalam salaman.

Jangan lupa, saya Zainudin. Kalau sampai kawasan ni, jangan lupa cari saya. Boleh kita borak lagi.







8 comments:

  1. 'sigh'....melayu cina melayu cina melayu cina...sampai bila otak umno boleh di cuci dan mula fikir dan bercakap tentang idea yang melepasi racialisme sempit? ...pasal islam...naik islam naik lah melayu (NOT THE OTHER WAY ROUND)...kalu nak melayu sngat pun....

    DO YOU KNOW A VERY BASIC LAW OF PHYSICS? ...for every action there is a REACTION...

    kalau kita cakap pasal melayu tentu nya di sebelah sana akan cakap pasal bangsa lain... and hence the never ending racial tension...dan kita semua tahu antara melayu dan bangsa lain siapa yang lebih kedepan (despite what umno has been trying to achieve) ...melayu vs cina...melayu will NEVER win...simply because melayu is at least 20 tahun kebelakang compared to the chinese...in everything...and not least psychological character and attitude...

    cuba letak universal principle di atas... dan Islam sejati mempunyai universal princple yang boleh di terima semua... start from there...

    then we'll see some real progress...

    ReplyDelete
  2. Salam

    Datuk,
    UMNO boleh diperbetulkan? Mungkin kot tapi kita, rakyat marhaein, nak kena tunggu 52 tahun lagi ke?

    UMNO memang banyak salah, semua orang ada salah. Tapi, kalau asyik buat salah yang sama, maksudnya ada benda yang sangat tak betul pada orang itu. Itu bukan kesilapan lagi, itu memang tabiat.

    Saudara saya pun berfikiran yang sama dengan orang yang Datuk jumpa. Mesti undi UMNO walau kita tahu UMNO tu tak betul sebab UMNO itu melayu, dan melayu itu UMNO. Apa2 pun sokonglah UMNO...

    Memang la melayu itu mudah lupa dan tak tahu beza mana baik, mana buruk. Sedih pula sebab tak kan la orang melayu tak tahu berfikir secara waras.

    ReplyDelete
  3. botol hijau,

    i am reproducing the the conversation i had with this gentlement. it is raw so that we all (you and 1) know the terrain upon which we are traversing.
    you work on the facts before you, adjusting here and there. its entirely up to to you if you elect to shove yr way through with yr ideology.

    ReplyDelete
  4. salam

    boleh bagi no imam tu nak ajak karaoke kat PD?

    ReplyDelete
  5. Dah monang dah weh.... apo nak lagi. Keling estet dapet todi dengan beer, Cino dapet doit dan Melayu dapet ketuanan Melayu. Rakyat dah tolong apo lagi najib ondak.... tenyeh ajo lah yang baghal dan dogil tu.
    Kat soljar tak porlu risau boghi kolam ngan padang futsal somo ngikut suruh ajo jeneral kejut dan ghoratak soljar tu cirit la..... kita dah monang sekarang ni abis dah camno nak kempen buat UMNO lurus sikit jo..... jangan bodoh lagi jib weh... nanti nyosal.

    ReplyDelete
  6. Semua orang buat salah. Cumanya jenis dan ketegori adalah berbeza.

    Satu puak mungkin dianggap kuat makan rasuah tetapi perlu diingat (berdasarkan hukum fizik) makanya satu pihak lagi sudah tentulah kuat beri wang rasuah.

    Satu puak mungkin kuat bercakap tentang Melayu tetapi satu pihak tidak mahu meninggalkan Arak, Judi dan sekolah vernakular.

    Komponen barisan A mungkin terlibat dalam skandal seks tetapi komponen pakatan B juga terlibat dalam skandal yang sama tetapi pendedahan kes saja yang berlainan.

    Kesimpulannya kedua belah pihak tidak sempurna, oleh itu terpulanglah kepada rakyat untuk menilai siapa yang mengaku maksum, siapa yang kotor tetapi tidak mengaku bersih (jujur) dan siapa yang mengaku tidak kotor walhal terpalit dengan lumpur (hipokrit).

    Antihipokrit

    ReplyDelete
  7. Dato,

    While I'm not pro-BN ... the people of BP has spoken and I accept it.

    Congratulations to BN/UMNO.

    ReplyDelete
  8. Dato Sak, Congratulations to UMNO-BN

    ReplyDelete