Monday, 14 September 2009

Luahan orang Kampung.


Pagi pagi saya dapat panggilan dari seorang sahabat. Nama nya Zakaria bin Yaakob, atau di panggil orang dengan nama Pok Ya atau abe ya. Lahir di Kuala Besut tapi menetap di Kampung Jaya Gading Kuantan, semenjak tahun 1960an lagi. POk Ya seperti juga penduduk Pahang yang lain, merupakan orang yang sePahang Pahang nya. Semua anak nya di lahirkan di sini. Ada juga anak dia yang dah meninggal di bumi Pahang. Mengundi dah beberapa kali di Kuantan dan Pekan.

Ini perlu di nyatakan, sebab rakyat Pahang yang bukan berasal dari Pahang menghadapi beberapa diskriminasi seperti dalam hal permohonan tanah. Walaupun sudah menetap disini 20-30 tahun, masih di kira bukan anak Pahang. Dari segi teknikal nya betul, tapi dari sudut fakta dan rohnya, orang dari negeri lain yang lama menetap disini, mesti di anggap rakyat Pahang. Ini semua orang Melayu.

Saya selalu berkata begini: semasa Dato Najib perlukan undi orang2 seperti abe ya ini, tidak ada seorang pun mempertikaikan dia bukan anak Pahang jati. Sebab ketika itu, yang terlebih penting nya ialah undi yang ada pada abe ya dan sanak saudara nya. Jadi mengapa apabila tiba pada ketika mengagihkan tanah, kita mula nak mempertikaikan kePahangan orang seperti ini?

Orang cina dan India yang asal nya datang bukan dari Bumi Melayu pun boleh di pertimbangkan untuk di beri tanah.

Apa hal abe ya? Pagi pagi dah talipon? Apa malapetaka atau musibah yang melanda desa jaya gading? Mari saya amukkan. Kalau saya tak larat, kita gabung cucu cicit Tok Gajah dan Tok Janggut, kita jadikan padang jarak padang terkukur! Musuh mana gerangan nya yang datang menyerang?

Hoho, tak de lah Dato. Abe nak Dato, tulih dalam blog dato hal ni.

Mapuh dah UMNO weh!. Orang akan beci UMNO jika UMNO lari dari landasan perjuangan nya. UMNO kata dia jaga kepentingan orang Melayu, tapi bila kepentingan orang Melayu di hina, UMNO tak buat apa apa. Tapi bila kepentingan bangsa lain kena hina, pemimpin UMNO segera bertindak. Keatas bangsa sendiri UMNO garang, atas bangsa lain, UMNO tikus.

Mengapa abe Ya, tanya saya.

Dato tengok, bila orang Melayu berarak bantah pembinaan kuil, kerajaan cepat bertindak.

Bila orang komplen pasal azan, pasal surau, kutuk orang Melayu- kerajaan diam aje.

Dato woyak kat Dato Najib, macam ni semua tak undi UMNO nanti.

Marah sungguh pokya hari ni. Pok ya memang gedebe dalam hal politik. Dia tahu erti setia. Dalam tahun 2008, peti Undi Jaya Gading dalam parlimen Pekan kalah di tangan pembangkang. Bukan sebab pembangkang kuat, tapi para pengikut pokya katanya, tak mahu terima apa UMNO buat.

Dulu dulu, pokya merupakan orang kuat Semangat 46. Malah dia pernah jadi timbalan pengerusi perhubungan 46 Pahang. Dia kempen sana sini. Dia pernah kata, Dr Mahathir bukan nya tahu apa apa kecuali jual panadol. Dia juga pernah kata Dato Najib bukan anak Tun Razak- sebab TUn Razak orang yang tegas dan berani.

Saya boleh kata Pok Ya pun sama macam Dr Mahathir. Sebab dia pun ada wawasan 2020 dia. Kepada Dr Mahathir, Wawasan 2020 adalah tarikh Malaysia di sasarkan jadi Negara maju. Ketika itu pendapatan per kapita kita ialah RM 120,000 setahun seorang. Wow! 'wow' ialah cara Mama Juwie dan Pak Sako ucap gembira.

Wawasan 2020 pok ya lain dari yang lain. Pada dia, 2020 itu ertinya, 2 untuk Cina O untuk Melayu, 2 untuk India, 0 untuk Melayu. Apa apa , orang Melayu mampus juga kata pokya. Tahun 2020 orang Melayu 0 semua nya.

Cuba dato tengok? Dasar ekonomi baru? Pada orang Melatyu, dasar ekonomi baru orang Melayu bermula semenjak orang Melayu mula memerintah dan takkan habis kecuali kerajaan bukan orang Melayu punya. Kerajaan itu lah dasar ekonomi Melayu. Kalau kerajaan tak bantu orang Melayu, baik tokse jadi kerajaan.

Pemimpin Melayu hari ini , dia orang tidak bantu orang Melayu. Tengok je- raja semua Melayu, perdana menteri- semua melayu, mb semua Melayu, general- semua Melayu, Ketua Polis, semua Melayu, DO semua Melayu, SS semua Melayu- tapi apa pasal orang Melayu tak jugak maju? Makna nya, pemimpin Melayu tak bantu orang melayu. Bukan suruh beri duit, tapi bantu menyenangkan.

Kerajaan kalau nak orang Melayu maju- beri tanah kat kita orang 20 ekar sorang. Kami usaha untuk maju sendiri.

Lim Guan Eng ambik alih PUlau Pinang- dia tak korek pun apa Tsu Koon buat selama GERAKAN memerintah. Kerajaan PKR yang pegang negeri lain- dia matlaon, semua habis di bongkar untuk tunjuk dia orang ni adil sangat. Jangan ingat kami boleh terima bahawa Tsu Koon selama dia memerintah Pulau Pinang tak ada buat taik. Tapi apasal Guan Eng tak bongkar? Sebab dia Cina tak mahu dedah keburukan Cina. Cina lagi pandai taat kat sesame bangsa.

Serupa juga dengan PKFZ. Cuba kalau yang buat rugi 12 billion ni, orang Melayu. Hari hari surat khabar akan canang keburukan orang Melayu.

Ni yang buat rakyat fed up dan meluat kat UMNO garang tak bertempat. Bangsa sendiri nak aniaya, bangsa lain, dia nak manja.

Hari ini saya gembira. Tiba tiba abe ya mengubah mode nya. Macam Rais Yatim- I have changed my mood. You can speak English..ourang pew teh.

Apa pasal abe ya? Tanya saya. Dalam tengah marah pun ada abe ya gembira?

Saya dapat kad hari raya dari Perdana Menteri . itu biasa sebab saya dalam UMNO bahagian Pekan. Yang buat saya suka, saya terima kad raya dari MB Pahang. Mengigau agak nya MB ni. Tak pernah pun dia hantar. Agak nya, dia tahu lepas ni, ketua cawangan ada power nak pilih pemimpin. Kita pilih yang pandai buat kerja. Pilih orang cerdik.

Saya setuju dengan Dato , antara jujur dengan cekap buat kerja, kita pilih cekap buat kerja, kalau dia jujur, kebaikan untuk dia sorang- tapi kalau dia tak cekap buat kerja, mudharat untuk semua orang. Tengok macam Pak Lah, dia jujur, baik dan ikhlas. Bagus untuk peribadi dia. Tapi sebab dia lembab dan tak cekap, kita hilang 5 negeri, UMNO jadi huru hara. Sebab tu nabi pun kata, kita hancur apabila sesuatu jawatan beri pada bukan orang nya.

10 comments:

  1. Salam Datok,

    Tolong beritahu Abe Ya masalah itu bukan sebab UMNO tapi sebab orang melayu.
    Baik budi pekerti mengaku diri nya dan digunakankan oleh orang lain.Jadi Melayu pun shok sendiri.

    Kerajaan UMNO dah buat macam macam. Buka sekolah baiki motor, bila tamat kursus nak jadi kerani, paling kurang despatch boy.

    Cakap dengan cina guna telo cina ,cakap degan tamil guna telo tamil, cakap dengan indon pun guna telo indo. Duduk KB datang lawat KL seminggu balik rumah cakap telo KL.

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. SAYA SETUJU SANGAT DGN KOMEN DATO. SEJAK NAJIB JADI PM DIA SIBUK DNG HAL-HAL BUKAN MELAYU.KEHILANGAN KEMENTERIAN MARA, PENGHAPUSAN KUOTA BUMI,MENYEDIAKAN PELUANG PELABURAN PNB, BIASIWA JPA ADALAH DIANTARANYA.UMNO AKAN KEHILANGAN UNDI SETIA MELAYU.ORANG CINA/TAMIL TIDAK AKAN MENGUDI BN WALAUPUN APA NAJIB LAKSANAKAN.LIHATLAH PR KECIL DI PP YG BARU LEPAS.UNDI BUKAN MELAYU ADALAH UNDI BERMUSIM.

    ReplyDelete
  3. dato

    dalam umno susah ke nak cari yang

    jujur, baik, ikhlas, amanah dan cekap?

    penyamun yang cekap memang kita tahu ramai, contohnya kepala taik.

    yang macam ni kita tak nak, hasil malapetaka tak rasa masa dia cekap berkuasa dan mencuri, tapi anak cucu semua menderita kemudian hari

    jibam

    ReplyDelete
  4. Sak, most people only see what they want to see .
    While, I do agree he deserves to be given the land, I do not agree with the other logic and arguments he has put forward .It's baffling how he thinks but I guess that is why he is not PAS, PKR or DAP member.

    ReplyDelete
  5. bagi tanah 20 ekar sorang? dah tentu di jual nya.

    lembu bantuan pun atas lori lagi dah jual kat orang lain.

    bantuan dari segi pertanian, perniagaan, pinjaman, pendidikan..

    berapa banyak bantuan mara di salah guna?

    budak belajar kemahiran, di beri modal buka bengkel, apa dia buat?

    pinjaman tanam semula? apa yang dia orang tanam?

    banyak dah bantuan kerajaan beri untuk tolong melayu, tetapi bagaimana nak tolong orang yang tak mahu tolong diri sendiri.

    orang yang rajin usaha dan senang lenang dapat hasil, ada ke mereka duk bising marah orang itu orang ini?

    munkin juga sebab dek rasuah maka bantuan selalu dapat kat orang yang tak layak?

    orang pompuan buat buat manja sikit kat pegawai mara dapat pinjaman ratus ratus ribu. bukan meniaga pun. tak bayar balik pun takpe sebab mara mana pernah saman orang.

    tolong melayu bukan dengan beri mereka harta benda, takkan kemana mereka. tolong melayu ialah dengan menukar cara pemikiran mereka, jadikan mereka bijaksana. beri mereka ilmu.beri ilmu supaya mereka jadi rajin tidak malas boleh merebut peluang dan bersaing dan tidak asyik nak kaya cepat.

    ReplyDelete
  6. Dato Sak,

    My response to Abe Ya would be like this:

    "Dato tengok, bila orang Melayu berarak bantah pembinaan kuil, kerajaan cepat bertindak."

    A: Cepat ke? Seminggu lebih baru ada tindakan. "Cepat bertindak" sepatutnya dalam 24 jam selepas insiden dah kena angkut ke balai.
    Ini mereka sempat jumpa menteri lagi kat Putrajaya walhal gambar dah terpampang kat Internet.

    "Bila orang komplen pasal azan, pasal surau, kutuk orang Melayu- kerajaan diam aje."

    A: Kerajaan diam? Abe Ya ni ada selective memory rasanya. Lupa kot pasal Teresa Kok kena ISA (sedangkan bukan dia yang tulis). Satu lagi, orang yang komplen pasal azan, surau tu, dia komplen dengan menulis surat. Bukan berarak sambil mengugut pertumpahan darah macam kutu2 kat Shah Alam tu. Itu bezanya. Kalau kutu2 kat Seksyen 23 itu membantah pembinaan kuil dengan secara menulis surat pasti tak ada masalah. Atau pun kalau nak demo pun, demolah secara bertamadun. Ini tidak. Lihat video kat internet perangai macam mana. Abe Ya ni tak ada internet access kot?

    P/S I will be in Pekan sometime during the first week of Raya. Got many relatives there.

    ReplyDelete
  7. Bagus tu, pilihlah orang yang rajin dan cekap tapi tak jujur, akhirnya tanah ditukar nama.

    Bila tanah bertukar milik, itu pun tak apa lagi, janji dapat kad raya.

    Senangnya nak beli orang Melayu, ya BOY!

    ReplyDelete
  8. Abe ya royak :
    "Serupa juga dengan PKFZ. Cuba kalau yang buat rugi 12 billion ni, orang Melayu. Hari hari surat khabar akan canang keburukan orang Melayu.".

    Cubo royak ko Abe Ya, sebenarnya dengan pertolongan UNMO lah PKFZ jadi skandal. Ramai "panglima" UMNO yang terlibat berkerja sama dgn bekas menteri MCA dan "King" dari Bintulu. Royak ko dia kalu UMNO tak terlibat, benda mace ni susoh nok berlaku sbb PM dan Menteri Kewange ore Melayu. Sbb UMNO terlibatlah, suratkhabar tak canang. kalu ore UMNO bising, nanti "King" Bintulu marah. Takut pulak rahsia-rahsia panglima2 UMNO hok ambil duit dengan dio didedah macam dio buat pada Tee Keat - ambik 10 juta dan naik kapal terbe free. Jadi panglima2 UMNO tak berani nok kecek banyoklah...takut rahsia terdedah. Ore kalu tersepit dio akan buat mace-mace untuk lepaskan diri. Royak ko dio makno kata ore pewteh - "it takes two to tango"

    Royak jugak ko dio, jange marah ore cino/india sangat. Ore cina tak dapat byk bantuan dari ore melayu tapi boleh berjaya. Tanyo dio pasal apo? Lepas tu Dato boleh jawablah, sbb cara UMNO nak tolong Melayu tak betul. Bagi saham, jual, bagi kontrek ,ali baba. Hok dio beri ni ramai yang tak ada kebolehan cuma di beri atas dasar ore kito, penyokong kito, kroni kito.

    Ore UMNO ramai duk tolong klik-klik dio sajo. Ore Melayu lain, mace Abe Ya ni dapat tempias sajo. Dan ore cino boleh kaya sbb dio kerja kuat dan juga ore Melayu ambil rasuah dari ore cino. Ore melayu ambil sejuta, oren cino dapat 10 juta....begitulah seterusnya.

    Royak juga ko dio, kalu pilih hok cekap saja dio pandai banyak bende, temasuk jugok cekap menipu. Jadi kita nak keduo2 - cekap dan jujur. Sbb ore kampung tak pandai/cekaplah ore UMNO hok cekap ni boleh tipu dio. Dato ore berpelajare, kenolah ajar ore kampung supaya boleh berfikir supaya tak keno tipu dengan sesetengoh ore UMNO

    By the way, Abe Ya ni baca tulisan berita2 dale internet ko? Kalu baca baguhlah, susohlah sikit dio keno tipu oleh muse-muse berbulu ayam yang sibuk kiro duit antaro puak-puak dio seperti cerita Nujum Pak belalang. Satu untuk kau, satu untuk aku...2 untuk kau 2 untuk aku......

    ReplyDelete
  9. Dato,

    Saya yakin Abe Ya baca saje Utusan Melayu....sebab itulah pandangan beliau hanya ke satu arah ...pemikrran beliau masih dikongkong oleh UMNO !!



    Alf

    ReplyDelete
  10. Sak
    Abe Ya tu demo ko memang ado abe Ya yang benar-benar menulis fasal tidak puashati ngn Ameno.Kawe rasa demo je abe Ya tu. Jadi-jadi lah nak mencetuskan rasa perkauman dalam negara ini. Umno tidak lah nampak menegakkan hak kepentingan Melayu hany it satu rhetorik saja. Abis PAS tu cina ko, India ko ap ? Tolong ro yak sikit. Kalau tiada Ameno Melayu tidak akan mati kelaparan kena keje jugo. Kito orge Kelate sampai ke Singapura, Londong pun ado gi cari make. Hang Tuah tidak duduk di Melako, jadi perantau jugo.
    Orang Umno usah lah modalkan Melayu untuk kepentingan sendiri.Bila soal hidup harian Umno bantu apo kat kito. ANAK SEKOLAH KITO EMAK BAPO TANGGUNG, UNIVERSITI ANAK KITO GI SIGN PTPTN DAN BELUM KEJO DAH TANGGUNG BEBAN HUTANG. MASA BILA ANAK NAK BOLEH BANTU ORGE TUA.GI MAPUH LE AMENO.USAH DOK UNGKIT BANGSA APABILA MULA HILANG KUASA.

    ReplyDelete