DASAR EKONOMI BARU.
Saya berasa sedih apabila teguran dan kritikan yang tulus ikhlas mengenai kepincangan dasar ekonomi kerajaan di anggap sebagai suatu yang memusnahkan dan patut pula di kecam oleh semua orang. Jika kita ada sikap yang demikian, maka apa sahaja yang di lakukan oleh kerajaan walaupun tidak baik, harus di diamkan?
Soalan yang paling asas ialah sama ada kita meneruskan dasar yang merugikan bangsa Melayu secara keseluruhan atau kita menyelamatkan segelintir orang Melayu hanya kerana mereka sebangsa dengan kita. Seperti mana mana dasar, mesti ada bahagian yang baik dan bahagian yang tidak baik. Yang baik kita terima; yang tak baik kita mesti tegur dan tolak.
Semua orang tahu matlamat keseluruhan DEB ialah mencapai perpaduan rakyat Malaysia. Untuk mencapai ibu kepada segala matlamat ini, maka jalan nya ialah:
- Menyusun semula masyarakat supaya tidak ada kaum yang diidentifikasi dengan sesuatu kegiatan ekonomi yang khusus.
- Membasmi kemiskinan tidak kira bangsa.
Hal ini semua dan satu Malaysia juga yang mengetahui nya. Yang lagi penting ialah kita kena bezakan kemajuan bangsa yang terlaksana oleh akses kepada pelajaran dengan kemajuan yang di capai melalui system pilih bulu. Kedua2 nya membawa kepada kemajuan bangsa Melayu tapi nilai keadilan nya tidak sama.
Akses pelajaran.
Salah satu pendekatan yang di ambil ialah dengan memberi akses pelajaran kepada orang Melayu. Syarat masuk ke tingkatan 6 misalnya di longgarkan dengan membenarkan mereka yang dapat gred 2 masuk ke tingkatan 6. Zaman dulu, kalau nak masuk university mesti ada HSC atau STP. Dalam tahun 60an dan 70an, melalui DEB ribuan pelajar2 yang hanya ada satu principal dapat masuk university. Majority masuk jurusan sastera dan ramai yang lulus dengan cermerlang. Mereka sambung belajar di INTAN jadi pegawai MCS dan jadi pegawai kerajaan yang besar. Yang tak pandai Bahasa Inggeris pun jadi pegawai MCS dan jadi DO dan ketua ketua jabatan. Yang jadi profesional, peguam, doctor, engineer pun ramai.
Secara umum, orang Melayu dapat akses apabila kerajaan campur tangan dan membolehkan mereka masuk university dan mendapat kelulusan iktisas. Melalui pelajaran lah maka berjuta rakyat Malaysia melepaskan diri mereka dari kekangan kemiskinan.
Jika kita boleh ketengahkan data data, saya yakin, jumlah yang sudah melepasi garis kemiskinan akibat mendapat pelajaran dan kepakaran adalah lebih besar dari jumlah orang yang jadi kaya akibat di beri saham. Kita pun angkat topi dan tabik keatas usaha yang di jalankan oleh kerajaan.
Akan tetapi, sentiment keatas kesan2 akibat pendemokrasian pelajaran untuk orang Melayu tidak sama dengan sentiment yang menyelubungi cara kerajaan mengayakan orang Melayu. Cara agihan peluang menjadi kaya tidak demokratik.
Rata rata nya perasaan orang Melayu kepada aspek agihan kekayaan adalah muram. Ini adalah kerana aspek agihan kekayaan menyebelahi sebahagian kecil orang Melayu.
Beza nya begini.
Memberi peluang kepada orang Melayu mendapat pelajaran sama seperti memberi mereka empowerment untuk mengambil tempat dalam masyarakat. Ianya memberi mereka peluang menempatkan diri mereka melalui usaha yang mereka jalankan secara individu. Campur tangan kerajaan pula dalam bentuk penyediaan akses pelajaran di lihat sebagai neutral dan beroperasi secara impersonal.
Cara agihan pelajaran kepada orang Melayu lebih adil dan saksama. Kelonggaran syarat kemasukan terdedah kepada semua. Semua orang yang bersaing menawarkan kelulusan yang mereka ada.
Akses kepada pelajaran membolehkan setiap individu mendapatkan wealth creating capacity.
Dalam analisa akhir, kejayaan melalui pelajaran bergantung pada usaha dan kudrat individu tersebut. Ertinya, kejayaan seseorang masih bergantung kepada usaha perseorangan. Lebih kuat usaha, lebih banyak kejayaan. Bila kita bersaing seorang sama seorang, ia menjadikan persaingan itu lebih adil.
Akan tetapi hamper semua elemen penghujjahan menyokong diskriminasi dalam bentuk member saham atau kontrak mempunyai kecacatan.
Ambil contoh kes meresebkan 30% ekwiti kepada Bumiputera. Kita tidak ada satu system yang impersonal yang menapis siapa dapat dan siapa tidak. Siapa dapat bergantung kepada siapa yang di kenali. Yang kita ada ialah satu system memilih siapa yang hendak di kayakan. Kelonggaran syarat mendapatnya tidak terdedah kepada semua. Pembuat dasar melakukan pilihan. Ini bermakna kemajuan kita bergantung kepada pihak lain. Bergantung kepada pihak lain bertentangan dengan sifat individu yang merdeka.
Akses kepada mendapat keistimewaan headstart kekayaan tidak terdedah kepada semua yang inginkan nya. Bahkan ianya di ketahui olih segelintir dan acap kali ia nya di ketahui lebih dahulu oleh sang pembuat dasar sendiri.
Maka beza yang utama ialah sementara akses kepada pelajaran adalah demokratik, akses kepada siapa dapat peluang ekonomi tidak demokratik. Ia bergantung kepada siapa yang anda kenal.
Manakala akses kepada pelajaran terdedah kepada semua dan kita hanya memerlukan satu syarat sahaja iaitu menawarkan kelulusan yang kita ada, akses kepada mendapatkan peluang ekonomi tidak beroperasi sedemikian. Pihak kerajaan bertindak selaku intermediary dan mengenakan syarat syarat lain untuk sesiapa mendapatkan nya.
Pelajaran memberi kesan yang lansung kepada pembinaan keupayaan membina kekayaan( direct wealth creating capacity) manakala agihan peluang ekonomi melalui DEB mengujudkan halangan halangan dan sekatan kepada direct wealh creating capabilities.
Objection yang lebih fundamantal terhadap DEB adalah dalam aspek pengagihan kekakyaan. Menakala pendakian keatas tangga kejayaan melalui pelajaran di capai melalui usaha dan inisiatif individu secara bebas mengejari minat masing2, kemajuan melalui agihan peluang ekonomi di lakukan melalui penglibatan kerajaan yang amat besar.
Didalam mendapatkan kejayaan melalui pelajaran kita bersaing seorang sama seorang. Kita menggunakan kapasiti otak kita. Tapi apabila kerajaan masuk campur dengan memberi kestimewaan untuk seorang itu jadi kaya, kita tidak lagi bersaing sorang sama sorang. Kita sekarang bersaing dengan orang lain yang di bantu oleh kuasa kerajaan. Bagaimana itu menjadi suatu yang adil?
Objection kita yang lain ialah kejayaan melalui pengagihan peluang ekonomi hanya di mungkinkan dengan campur tangan kerajaan yang makin meluas. Dan apabila ini berlaku kesan2 negatif seperti pencabulan kuasa dan korapsi berlaku.
Kita menentang pengagihan peluang ekonomi melalui cara yang demikian, kerana kita mahukan pemudah cara kearah kejayaan yang serupa dengan kejayaan melalui pelajaran- iaitu setiap orang Melayu melakukan usaha dan inisitaif mereka sendiri membangunkan diri mereka. Dan kita mahu bersaing one to one bukan one against someone with the might of government behind.
Demokrasi merupakan sistem ciptaan manusia yang terbaik tetapi ianya tidak perfect. Dalam hal berkaitan pelajaranpun tidak ada level playing field sesama orang Melayu. Hari ini anak Melayu di bandar dengan segala kemudahan dan prasarana juga berebut-rebut mendapatkan tempat di MRSM dan lain-lain sekolah berasrama yang berprestij. Akhirnya mereka ini akan lebih jauh meninggalkan orang Melayu di luar bandar atau the under-privileged Malays. Orang Melayu yang sudah senang ini melaungkan DEB agar Melayu tidak hilang di bumi Malaysia ini tetapi pada masa yang sama mengambil hak orang Melayu miskin tanpa sedikit kerut di dahi.
ReplyDeleteFazilis
Why are the brighter students who were then streamed into science didn't do as well as those in Arts Stream and took up law,accounting,economics etc..and eventually ended up as KSUs,Menteris and CEOs?
ReplyDeleteMost Science students are pigeonholed in academia,support services etc...
Thats intervention too?
And as a result we may not get the best to run the country.
As an example 3 out of the 4 oil majors of the world are led by engineers/scientist.
Dato,
ReplyDeleteIntervention,affirmative action etc etc is not the reason why NEP is deemed a failure.My take is
1.Most given the opportunities have no ambitions or skills to be a true entrepreneur n thus is only looking to make enough "comfort" money.
2.Because of a small pool of beneficiaries,there is the possibilities of getting further bites of the cherry.
3.There are no competitive elements..the right way is to introduce restricted competition for the opportunities within the Bumi grp.This refers to projects,APs etc..
4.There was no proper database of Bumi entrepreneurs..tracking their devt against opportunities given
5.There was too many proxies involved.
Its very wrong to conclude that NEP has failed and hv held back M'sia's economic progress.
These are buzzwords for those who have built an empire or wealth thru NEP and now wants to stop the genuine competitive Malays (who was never given any special support)from challenging their position.
TQ
munkin machinary dalam perlaksanaan BEB itu memberi peluang kepada amalan depotisma dan kronisma. lebih ketelusan dan jaminan kesaksamaan adalah diperlukan.
ReplyDeletesaya setuju setiap yang miskin di bantu tanpa mengira bangsa. kasihan dengan orang penan dan pribumi yang lain yang tidak mendapat faedah sebaliknya menjadi mangsa apa yang dikatakan sebagai pembangunan.
kita telah terlalu lama mendengar slogan pembangunan di canang berulang kali. tapi pembangunan itu untuk siapa? siapa mendapat faedah dan siapa menjadi mangsa?
Dato'
ReplyDeleteKomen Fazilis;
"Hari ini anak Melayu di bandar dengan segala kemudahan dan prasarana juga berebut-rebut mendapatkan tempat di MRSM dan lain-lain sekolah berasrama yang berprestij."
Perlu di perbetulkan.
MRSM mementingkan pengambilan Pelajar Dari Luar Bandar... Cuma Beberap Kerat sahaja Pelajar Melayu dan Bukan Melayu di ambil dari Bandar.. Guna untuk pelajar luar bandar melihat bagaimana corak perangai pelajar melayu dari bandar...
Dato,
ReplyDeleteSome time back during one of the TBH's coroner inquisition, the head of a hospital's autopsy dept was questioned by the lawyers.
If one followed the questions & answers of this hod closely & compared those almost similar questions posted to the other doctor (foreigner), a glaring question raised in one's mind!
How could such a person be allowed to head a department? Both set of answers contrasted greatly in terms of medical science's explanations & trainings!
Isnt this one of the example of getting under-achievers to university & then let them over-take others, who r more qualified, & subsequently 'put-in' as a hod - in the name of raising the taraf penduduk asli?
DEB? At what costs?
There r many other examples, least of all r those horrible stories where babies & kids became guinea-pigs & sadly victims to ill-trained & unqualified doctors!
anomie
Komen Nik:
ReplyDelete'MRSM mementingkan pengambilan Pelajar Dari Luar Bandar... Cuma Beberap Kerat sahaja Pelajar Melayu dan Bukan Melayu di ambil dari Bandar.. Guna untuk pelajar luar bandar melihat bagaimana corak perangai pelajar melayu dari bandar...'
Thank you Nik for clarifying. It's good to know that MARA does that. Hal ibu-bapa berebut tempat di MRSM ini merupakan simbol kepada suatu fenomena baru di kalangan orang Melayu. Isu utamanya ialah sikap kita orang Melayu berpelajaran yang sudah keluar dari garis kemiskinan. Kita sudah jadi kiasu dan ambil apa yang dihulurkan oleh DEB sedang ada di kalangan Melayu yang lebih memerlukan tetapi tidak dapat sebanyak kita. Yang dalam business besar-besar akan kaut peluang business yang besar. Yang kontraktornya akan bolot kontrak awam. Kita orang kebanyakan akan bolot apa sahaja yang dapat beri anak-anak kita peluang dan prasarana pendidikan yang lebih baik. Semua ini berlaku disebalik kecaman kepada sesiapa yang mengkritik pelaksanaan DEB walaupun kita sedar ada Melayu lain yang lebih memerlukan dan lebih layak untuk dibantu.
Dulu Melayu yang kurang serba-serbi boleh kejar bangsa lain dalam soal pelajaran kerana handicap yang diberi kerajaan. Ini kejayaan DEB. Luar biasa kerana ianya ambil masa tidak sampai satu generasi. Sekarang masih ada lagi Melayu yang kurang serba-serbi tetapi terpaksa bersaing dengan Melayu yang berpelajaran tinggi.
Saya mencadangkan, for a start, dalam hal pendidikan agar kemudahan asrama di sekolah berasrama penuh keutamaan diberi kepada anak orang susah walaupun UPSR nya tak ada A. Anak orang senang boleh pergi tusyen, dapat makan makanan berzat, ada bilik tidur yang selesa, kemudahan komputer peribadi dengan broadband internet dan sebagainya. Mungkin ibu-bapa kena kurangkan sedikit percutian dan membeli belah. Kalau tidak jurang perbezaan antara Melayu akan terus melebar.
Fazilis
Dato Sak.
ReplyDeleteMaybe you can also comment on Ekuinas. What makes it different than other crony assistance programs? How will it benefit Bumis?
Ekuinas..like all Bumi affirmative action programs is announced with big fanfare..on TV,media etc >>its a sitting duck for other races to complain about inequalities.
ReplyDeleteThen the implementation of the programme is not as envisaged..i.e like PUNB,Prosper...no real success stories.
Why?
Cos the ppl tasked to run the programmes are bureaucratic administrators...who do not understand the difficulties in running a competitive business...where business plans have to be re written every month,budgets shifting everyday..
So,the Ekuinas ppl wants go back to the comfort of concession business,govt supply contracts etc ..which means competitiveness is based on crutches forever.