Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, tujuan nya ialah menentang penubuhan Malayan Union. Malayan Union adalah gagasan politik pihak kolonialis. Butiran yang terkandung dalam konsep MU, sudah di ketahui ramai. Saya tidak akan membebankan pembaca dengan kebosanan.
Jika penolakan dan penentangan kolonialsime di anggap sebagai satu REVOLUSI, maka UMNO telah pun melakukan suatu revolusi. Dengan Merdeka dalam tahun 1957, penolakan kolonialisme di perteguhkankan. Revolusi di permantapkan pada suatu tahap tambahan lagi.
Tapi ternyata, setelah sisa2 kolonialism yang di tolak, orang Melayu tidak juga menyelesaikan masaalah mereka. Antara nya ketinggalan orang melayu dalam bidang ekonomi. Kedudukan orang Melayu pun tidak terjamin sepenuhnya apabila, kolonialisme di nyahkan.
Nyatalah, pembuangan kolonialisme dalam bentuk yang konvensional perlu di susuli oleh revolusi yang berterusan. Revolusi yang saya maksudkan ialah penolakan dan pembuangan cara lama dalam kehidupan kita.
Sebagai contoh; revolusi dalam cara kita hidup berekonomi. Ratusan malah ribuan tahun, kita menyarai hidup kita dengan cara yang kita warisi dari tok nenek kita. Kita namakan cara cara tersebut sebagai teknoloji. Iaitu aplikasi pengalaman dan pengetahuan keatas usaha perekonomian. Kalau kita bertani, kita membajak tanah, menyemai, bercucuk tanam dan menuai dengan cara cara yang kita di perturunkan dari tok nenek kita.
Setelah kita membuang kolonialisme kita merasakan kita perlu mengejar pula pencapaian negara negara lain yang 20-30 tahun ke hadapan. Dengan teknoloji ekonomi yang kita warisi, kita berdepan dengan misi dan cita cita mengejar cara hidup masyarakat lain yang maju.. Tidak semena mena, kita merasakan kita pun mesti menyaingi bangsa lain pergi ke angkasa. Sebagai contoh, kita merasakan gaya hidup masyarakat yang mempunyai golongan angkasawan, adalah suatu gaya hidup yang kita, orang Melayu mesti juga dapatkan.
Tapi bolehkah kita mencapai gaya hidup tersebut dengan meneruskan cara cara lama kita menyarai kehidupan ekonomi kita? Jawapan nya, tentu tidak boleh. Kita memerlukan REVOLUSI.
Apakah pengajaran yang kita dapati daripada perjalanan, maju dan mundur sesuatu masyarakat? Pengajaran yang paling asas, ialah bahawa kemajuan memerlukan peninggalan teknoloji lama dengan gantian teknoloji baru. Prinsip nya: setiap jalan mara kehadapan memerlukan pembuangan teknoloji lama.
Nah, sekarang, kita aplikasikan prinsip tersebut keatas UMNO. Jumlah semua cara cara UMNO beroperasi, mewakili teknoloji yang ia ada. Teknoloji tersebut telah berbakti kepada UMNO sejak 1946. Dan untuk suatu tempoh, teknoloji lama, cara kita memilih pemimpin, menentukan calun dan menentukan ahli UMNO, meletakkan asas dan misi perjuangan, telah memfaedahkan perjuangan UMNO.
Namun, pada PRU yang ke-12, kemantapan teknoloji yang di milki oleh UMNO menjadi persoalan. Soal nya, sama ada cara lama UMNO beroperasi mampu meneruskan kelansungan hayat UMNO? Tanda tanda PRU ke12 menunjukkan, keberkesanan serta kerelevenan teknoloji tersebut sudah sampai ke penghujung.
Saya tidak perlu menghuraikan satu persatu kebobrokan keatas UMNO akibat dari pautan yang bereterusan serta degil yang tidak rasional kepada teknoloji lama UMNO.
Kecuali, yang merusingkan kita semua, penyokong UMNO terutama nya ialah kedegilan pimpinan UMNO melihat tulisan diatas dinding yang amat ketara. Pimpinan UMNO di litupi oleh kedegilan, malah kesombongan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi keatas UMNO adalah kebejatan yang bersifat SEMENTARA. Realiti nya, ialah rakyat, yang majoriti nya, telah pun menolak UMNO. Apa yang berlaku sekarang, hari ini, ialah pujukan dan ajakan untuk mentalqinkan UMNO. Selagi kedegilan dan kesombongan pimpinan UMNO berterusan, jalan selamat UMNO sudah tida ada.
Jalan selamat nya hanya satu- melakukan perubahan yang bersifat REVOLUSIONER. Revolusi berlaku apabila mereka yang berkuasa tidak boleh lagi meneruskan sistem lama, manakala golongan keatas mana kuasa di perlakukan, TIDAK MAHU sistem lama di teruskan. Revolusi berlaku apabila kepentingan dua golongan yang berbeza, bertembung. Pertembungan tersebut, dapat kita lihat sekarang.
Salam DASAA,
ReplyDeleteAh haaaaa.....a. Bravo dan tabik DASAA. Aku amat teruja kerana memposting kan sekali lagi dalam BAHASA MALAYSIA @ BAHASA MELAYU. aku kira ini bahasa yang difahami oleh kebanyakan ahli UMN O NUN DILUAR BANDAR DAN PENDALAMAN. Teruskan DASAA, ini akan membuka minda Ahli UMN O dan orang Melayu kerana mereka faham dan dapat menghayati apa yang mereka baca dalam posting DASAA itu. Itu lah sasaran nya untuk bangsa kita. Kalau DASAA tulis dalam BI tolong ada terjemahan dalam BM, seperti BLOG TDM yang popular tu. Ular yang menyusur akar tidak hilang bisa nya.
2. Memang benar Ahli UMN O dan Orang Melayu perlu berubah dan menggunakan tenologi baru. Ini akan dicapai melalui REVOLUSI DALAM BERFIKIR DAN PERBUATAN. KRITIKAL BERPOSITIF DAN BERPENDIRIAN. Maka ini akan memapam dan survival politik melayu UMNO. Jika tidak akan diganti oleh gerombolan lain. Mereka sedang NGANGA.....Tunggu aje nak disedutnya.
BRAVO DASAA.
TK dan maafkan jika komen aku ini tersasar.
Although I can understand Malay very well, and also write in it okay-enough-lah, I'm still going to write this comment in English ( mainly because I'm doing some `cari makan work' in English right now, and don't want to get off the groove)
ReplyDeleteThis is a stunning summing up of the matter which has come at a most opportune time and situation. Plus is written in a language that those who matter most - plus can do something about it - can understand. M.SEPIAL has mentioned it and I wholly agree.
So it depends now on others to try get this post and the previous to the attention of those above. If they still want to deceive themselves into thinking "All be well" without doing anything about the situation, then Umno will go down, for sure. And it might not even reach the 13th GE
I'm no "Umno lover" but I sure wouldn't want that to happen; if only for the need to have something to counterbalance PAS and PKR.
...Waiting for a leader or group to shake Umno up. Either this, or watch it die.
Tuan
ReplyDeleteAku terfikir umno satu hari nanti akan menjadi parti yang dilindungi seperti kita melindungi beberapa jenis binatang liar, takut-takut pupus dari muka bumi ini.
Segala temberang umno semakin hari semakin berbangkit.
UMNO PERLU BERUBAH
1TAK ADA RASUAH
2TAK ADA SALAH GUNA KUASA
3TAK ADA ELITIS
4TAK ADA KRONI
5TAK BOLEH HIPOKRIT LAGI
6TAK BOLEH TAMAK WANG DAN KUASA
7TAK PERLU GELARAN DATUK,RAKYAT TAKUT
8TAK BOLEH CAMPUR URUSAN ORANG LAIN- JABATAN KERAJAAN ATAU PERNIAGAAN
8TAK BOLEH BOLOT PROJEK KERAJAAN UNTUK KEKAYAAN DIRI
9TAK BOLEH PENTINGKAN DIRI SENDIRI
10TAK BOLEH BERBALAH SESAMA SENDIRI DALAM PARTI-RAKYAT PANDANG SERONG
11KEMBALI KEPADA ISLAM- TUNTUTAN /TREND SEMASA
Saya setuju sepenuh nya kita perlukan revolusi mental, teknologi dan sebagai nya.
ReplyDeleteSo'al nya, bagaimana hendak mencapai nya? Satu cara mesti lah dasar pendidekan negara. Memupuk cara memikir yang bahru sejak dari kecil, tunggu mungkin satu generasi untuk timbul cara memikir yang revolusener.
Masaelah nya, kebelakangan ini dasar pendidekan negara nampak kelang kabut. Sekolah vernacular bercanggah dengan usaha persepaduan kaum dan pemembinaan suatu Bangsa Malaysia. (Walhal motto "Bahasa Jiwa Bangsa" dan "Satu Bahasa, Satu Bangsa" sudah 50tahun umur nya). Di PRK KT, Najib pula menjanjikan RM 50 juta kapada sekolah vernacular. Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik (pengtahuan teknologi banyak dalam bahasa Inggeris) masih belom muktamad.
Banyak bergantung kapada Menteri Pendidekan. Jika pandai mengkibar keris di sidang UMNO, patut pandai juga memikirkan dan berani melaksanakan dasar pendidekan yang gigih dan bernas, awasi supaya buku teks tidak salah cap atau tulis di sana sini saperti yang pernah di jumpai kebelakangan ini.
Masaelah nya, pemilihan pemimpin UMNO tidak kena. Banyak berkaitan dengan politik wang, ada masa nya berkaitan dengan pemikiran feudal bahawa anak cucu pemimpin yang lalu mesti di pilih, di beri jawatan tinggi, tak kira sangat kebolehan nya memimpin.
Bagaimana hendak kikiskan politik wang? Ada yang mencadangkan supaya di hapuskan sistem "quota" penamaan calon oleh Bahagaian.
Boleh kah ini di laksanakan? Ada kah cara lain yang lebih berkesan? Memandangkan banyak "vested interest" dalam UMNO, bolehkah sistem yang ada di tukar?
Kalau tidak boleh, mungkin akan jatuh lah UMNO.
Salam.