1. Hari demi hari kepercayaan dan keyakinan saya kepada sistem penghakiman Malaysia kian goncang.
2. Hari ini saya membaca si Tengku palsu dari Acheh lepas dari pertuduhan rasuah menerima RM1 juta. Pada masa yang sama tukang suap didenda RM1.5 juta. Sungguh pelik dan ajaib.
3. Hal-hal yang ajaib ini berlaku dalam era pemerintahan Abahmoo atau Abahcow atau AbahNita Gee. Bersedialah berdepan dengan perkara-perkara pelik lagi ajaib.
4. Rata-ratanya beberapa keputusan mahkamah akhir diterima dengan meluat. Dari ungkapan babi betul sehingga perasaan mahu emigrate dari Malaysia dan melupakan negara ini.
5. Hari demi hari orang kian membenci Abahcow. Satu demi satu penyangak dibebaskan. Orang tidak lupa bagaimana simuka sembab cuba mengistiharkan darurat. Rakyat tidak lupa bajet nya yang anti demokratik. Dan banyak lagi musibah yang dibawanya.
6. Setakat ini 3 matlaon berjaya diloloskan dari belengu penjara. Riza aziz, Musa tidak Aman dan si Tengku Palsu Badak Sumbu. Ini terjadi kerana kita ada PM yang tidak menghargai keluhuran undang-undang. Biarkan saja sedang mahkamah rakyat tahu resam mereka.
7. Fiil membiarkan apa saja berlaku dan diperlakukan olih sisembab membuat menteri-menteri lain naik tocang. Kita tahu misalnya pembinaan lebuhraya KB- Kuala Kerai yang menelan berbiliun Ringgit mungkin membuka pintu rasuah dan cabul kuasa. Ia nya keadaan free for all semasa Abahcow berkuasa.
8. Sikap craven abahmoo akibat dari PM yang lepas tangan. Ia terjadi akibat keasyikan dia membuat segala transaksi mengekalkan kuasa. Asal saja haramjadah mana-mana setia kepada nya, buatlah sesuka hatimu. Abahmoo akan menoleh kearah lain.
9. Seorang PM yang unprincipled dan unsrupulous hanya membawa musibah kepada negara.
10. Dizaman Amirul munafik Najib kita ada ibu segala rasuah. Dizaman abahcow ni rasuah sudah menjadi satu virtue. Kalau tak rasuah tidak sah. Dizaman babyface Najib cash is king. Abahcow membudayakan cash is king. Jahanamlah bangsa Melayu.
11. Belum kita tenteram dengan pembebasan Riza Aziz dan Musa kacau, kita digegarkan dengan berita pelepasan si Tengku Palsu. Yang memberi kena denda RM1.5 juta yang dapat RM1 juta enjoy duit tersebut. Astagha!
12. Adakah undang-undang kita seekor baghal? Mana lojik nya-yang memberi kena yang melantak lepas?
13. Pendakwaraya kita semacam menggunakan kids glove bila berdepan dengan orang kaya dan punya ikatan kuat tapi membelasah orang biasa. Dengan pencuri biasa bukan main garang kita. Dengan ahli politik kita pilih mereka untuk menyamun kita.
14. Apakala si Tengku Palsu ini lepas, ada bebera implikasi.
15. Pertama ia boleh bermakna pendakwaraya kita adalah half past six. Agaknya mereka terdiri dari yang dapat gred 3 MCE atau SPM. Tapi entah macam mada ambik undang-undang. Kita kena ulang 2-3 kali sesuatu perkara baru mereka paham. Kalau mereka berdepan dengan kelas pertama bagaimana?
16. Kedua, ia bolih bermakna sistem penghakiman kita rasuah. Dulu ada seorang hakim mahkamah tinggi yang mengatakan bebera hakim disogok untuk memberi penghukuman yang menguntungkan penyangak. Barangkali ianya terjadi.
17. Semua ini terjadi bila nombor 1 membiarkan ianya terjadi. Bagaimana kita membasmi rasuah kalau wang dah pergi ke menteri-menteri? Di Indonesia baru-baru ini 2 menteri ditangkap kerana korapsi. Di Malaysia kita membiarkan penyamun-penyamun mempersendakan undang-undang.
18. Kalau kita mahu membasmi rasuah kita mesti mula dari atas. Menteri-menteri yang korap mesti kita jadikan contoh. Dulu di Singapura ada seorang menteri melancong keluar negara dengan pihak perasuah.
Sekembali ke negaranya dia ditangkap olih badan pencegah rasuah. Bilakah perkara seperti itu akan berlaku di Malaysia?
No comments:
Post a Comment