1. Ini karikatur simuka bayi Baby Face Najib yang membodohkan kita.
2. Ia ayat oxymoron. Ayat yang mengandungi 2 idea yang bertentangan. Jujur tapi melakukan jinayah yang jujur. Cinta tapi benci. Fine mess. Mulus tapi berantakan.
3. Ia berasal dari 2 istilah yunani. Oxys bereti tajam, tangkas, cerdik. Moros bererti bebal, lembab bodoh. Jadi gabungan yang berlawanan.
4. Dalam pengayatan, oxymoron adalah suatu alat dan perkakas yang berguna. Ia memberi tajuk yang sensasi. Ia memberi kesan rhetorik, dramatik dan memberi perasa kepada ayat kita. Tidak ketinggalan memberi kesan lelucu seperti dalam karikatur diatas.
5. Seorang India comot memujuk rakyat bahawa Najib seorang yang jujur yang membuat jinayah jujur. Hehe.
6. Bolehkah orang jujur melakukan jenayah dan kemudianya melalui jimnastik kata2, mengatakan jenayah itu jujur?
7. Ironi nya karikatur diatas menunjukkan Baby Face Najib mengelilingi dirinya dengan duit dan barangan berharga.
8. Si India comot tu boleh jadi John Dillinger dalam hidup lagi satu. Cocok sangat dia bersahabat dengan Baby Face Nelson err Najib.
9. Maka 2 sosok utama dalam karikatur tersebut menggunakan oxymoron untuk menghasilkan kesan lelucu. Gurauan tersebut kena kat kita.
10. Nampak sangat rakyat mau diperbodohkan. India comot tu cuba meyakinkan rakyat yang naif dan lurus bahawa Baby Face, sambil mengumpul wang dan barangan, mekakukan kesilapan (baca jenayah) yang jujur!
11. Mari kita kupas 2 istilah tersebut, jujur dan kesilapan jujur, dan sadar bahawa ungkapan tersebut digunakan untuk meng-induce rigor mortis pada otak kita.
12. Jujur bererti benar dalam kata2 dan perbuatan. Baby Face Najib gagal dalam 2 hal ini. Bila kita jujur dan benar, bagaimana kita buat kesilapan? Kita tidak boleh extremes dalam dua perkara pada satu masa.
13. Kita bukan boleh switch off dan on mengkehendaki perwatakan yang kita mahu seperti Dr. Jekyll and Mr. Hyde. Najib je gitu.
14. Pengumpulan wang dan barangan bukan berlaku dalam sekali. Kalau sekali bolehlah kita kata kesilapan. Tapi kalau berulang kali, bukan kesilapan tapi kesedapan.
15. Kalau Baby Face benar dalam perlakuan dia tak menyamun, merompak dan mencuri. Dia tak salah gunakuasa dan cabul kuasa.
16. Pengunaan ayat oxymoron ini menyembunyikan fiil Najib yang sebenar- crook yang membinasakan bangsa Melayu utamanya. Istilah jujur dan kesilapan jujur diberi oleh pihak ke3 untuk menegakkan benang yang basah. Tujuan nya ialah membodohkan kita.
17. Tapi kita bukanlah bodoh. Kita membaca yang tersurat dan yang tersirat. Akhirnya kita mahu katakan pada pihak Najib- kamu boleh sumbatkan oxymoron kamu ketempat yang tidak disinari mentari!
No comments:
Post a Comment