1. Saya nak komen keatas:-
A). Cadangan TRH supaya ahli kabinet umno keluar PN
B). Siapa calun PM UMNO
C) Bangkangan dari Anuar Musang
D) Kenyataan AM yang nak bayar RM1000 ke kampung baru pun tak boleh.
2. Sejak bila kehadiran bangsa lain dalam umno dan pas difaktor dalam didalam membuat keputusan2 asas?
3. Bangsa lain dalam parti2 itu hanya melukut ditepi gantang. Di taruh tak bertambah, diambil tak berkurang.
4. Maka jika umno keluar kabinet tidak jadi kudis kepada bangsa lain dalam umno.
5. Adakah tidak ada dalam kabinet bererti umno akan berhenti menerima keahlian bangsa lain?
6. Makanya kalau umno nak keluar jangan jadikan kemakmujkan sebagai alasan penghalang. Ia nya alasan tak bersangkut lansung.
7. Gesaan Tengku Razaleigh supaya ahli2 umno keluar kabinet adalah penyuaraan lojikal kepada sengketa2 terbuka umno kepada ppbm.
8. Nurjazlan Mohamed, khaled Nordin dan pemuda umno Johor semua beri ppbm amaran. Noh Omar berkelahi secara terbuka dengan menteri. Shahrir Samad dan Bung Mokhtar mengeciskan ppbm.
9. Tengku Razaleigh sendiri telah menyatakan tidak akan menyokong Wak Muhyi dan umno telah kata keluar MN dan akan bertanding dikawasan2 yang umno menang dulu.
10. Apa ini semua kalau bukan pendurhakaan terbuka atau open rebellion? Kalau orang umno ada sedikit amour propre atau harga diri baik keluar dari kabinet. Keluar atau dikeluarkan.
11. Dan kalau Muhyi ada maruah, dia tidak akan membiarkan penghinaan2 itu begitu saja tanpa pembalasan yang sesuai.
12. Orang2 macam Anuar Musa lah yang telah menjual jiwa mereka pada setan dan bisa kencing diatas pusara ibu bapa mereka.
13. Oleh kerana mereka sanggup buat apa saja, mereka menunjukkan mereka tiada prinsip. Muhyi boleh meninggalkan mereka sendirian atau memberi mereka tawaran yang mereka tidak boleh tolak.
14. Sikap orang2 macam Anuar Musa bolehlah kita simpulkan dalam ungkapan: bukan kami kurang sayangkan kamu, tapi kami sayangkan jawatan kami lebih.
15. Orang2 yang bermaruah, elok memikirkan gesaan Tengku Razaleigh itu.
16. Muhyi tidak perlu kata dia akan bertanding disemua kawasan umno dimana ppbm mesti, tapi hanya perlu berkata ppbm akan bertanding di Bagan Datoh, Sembrong, Peringat, Rantau, Bera dsb nya.
17. Juga di Padang Rengas, pasir salak dan dikawasan Isa Samad
18. Satu lagi kenyataan Tengku Razaleigh yang saya dapati intriguing ialah pengakuan nya bahawa umno tiada calun pm.
19. Datang dari punaisihat umno, ia satu terrible indictment keatas kepimpinan umno. Biar saya terangkan.
20. Kenyataan itu mengesahkan bahawa barisan pemimpin umno sekarang berdepan dengan banyak masaalah. Tindakan mahkamah, lari dari cukai dan ditolak rakyat.
21. Ia juga bererti tiada keyakinan pemimpin2 ini akan lepas dari undang2. Ia sebetulnya satu perkembangan yang baik sebab ia bererti geng penyamun dan perompak kian pupus dalam umno.
22. Teryata umno hanya mempunyai pimpinan yang mementingkan diri sendiri. Sehingga tidak ada rencana pergantian yang mantap.
23. Mereka bergantung pada keadaan atau perchance iaitu willy nilly yang paling pembohong, penyamun dan perompak serta kaki tipu naik keatas. Ianya kes the scum rises to the top.
24. Dalam keadaan yang demikian amat sukar untuk orang jujur macam Tengku Razaleigh dan khairi Jamaludin untuk naik.
25. Ia juga bermakna bahawa jalan selamat untuk umno ialah dengan membuang kaki busuk kaki busuk dalam umno.
26. Dengan penyingkiran segitu ,diharapkan sosok2 yang telus dan jujur muncul dalam umno.
27. Tapi pemimpin yang muncul itu kenalah membuat pembedahan yang revolusioner untuk membuang ketumbuhan2 yang membarahkan umno.
28. Dia mestilah orang yang berpengalaman dan disegani oleh ahli2 umno dan pendapatnya didengar oleh ahli2 umno.
29. Tengku Razaleigh adalah terlalu gentleman untuk mengangkat bakul sendiri. Saya dari parti lain tapi kenal dengan Tengku Razaleigh. Bercakap dengan nya, saya tahu kecintaan nya terhadap umno sangatlah mendalam. Dan keinginanya untuk membela rakyat, istimewanya orang Melayu di iringi dengan pengalaman serta rencana yang mantap dan hormat pada undang2 yang tidak ada duanya. Kalau tanya saya calun pm dari umno yang telus dan jujur, ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Itu pandangan jujur saya.
No comments:
Post a Comment