48. Kemudian lagi yang menjijikkan ialah budaya rasuah yang diterapkan olih Pemimpin2 umno.
49. Korapsi makna nya umno boleh membeli amarah orang, penentangan rakyat, rasa tak puas hati dll dengan memberi sedikit kerak2 nasi. Maka api kemarahan rakyat pun hilang.
50. Ianya idea membeli amarah rakyat yang membuat kita menentang umno.
51. Ia adalah sebagian daripada rencana dumbing down of the rakyat, membolehkan umno meneruskan membelengui minda rakyat.
52. Ini mengingatkan saya kepada cerita Stalin. Satu hari Stalin melawat satu tempat. Ditangkap nya seekor ayam. Stalin terus mencabut bulu2 ayam tersebut hidup2 sebelum melepaskan ayam tersebut.
53. Ayam tersebut, berlemuran darah dan kesakitan melarikan diri. Tapi sebaik saja Stalin memberi sedikit dedak, ayam tersebut kembali dan mengikut Stalin.
54. Lihat, kata Stalin. Betapa senangnya memerintah rakyat bodoh macam kamu.
55. Dengan sedikit dedak saja, orang bolih melupakan penderitaan dan kesengsaraan mereka.
56. Dengan BRIM, wang ehsan, dan pemberian2 lain rakyat membisu tanpa menyedari UMNO menggunakan metode Stalin.
57. Budaya rasuah yang serupa menarik masuk sosok2 yang malas, tidak berbakat dan elitist kedalam umno dimana mereka membayar jalan mereka menjadi pemimpin UMNO.
58. Rasuah telah membuat rakyat menyangka kaca itu permata.
59. Rasuah menyebabkan rakyat lupa mereka mempunyai kebebasan memilih,lupa akan penderitaan mereka dan menyangka kaca itu permata.
60. Bahkan budaya rasuah membuat orang Melayu lupa beberapa prinsip2 penting agama seperti jangan berdiam diri melihat kemungkaran dilakukan.
61. Itu menerangkan mengapa ramai orang Melayu terus mengagungkan sosok seperti amirulmusyrik yang didapati bersalah mencuri wang SRC.
62. UMNOlah yang menerapkan budaya yang membinasakan ini. Sebab itu orang Melayu kena tolak UMNO jika mahu bebas dari belengu parti tersebut.
63. Kita menentang umno kerana amalan dehumanising nya. Kepada UMNO rakyat hanya angka2 yang diperkuda sejadi jadi nya. Bila perlu digembelingkan untuk kepentingan para pemimpin. Rakyat tidak sadar mereka hanya digunakan.
64. Proses dehumanising berlaku bila yang berkuasa melihat manusia tidak mempunyai kapasiti mental untuk berfikir, tidak beradab,kasar dalan perilaku.
65. Oleh yang demikian rakyat diperlakukan sesuka hati. Qualiti utama sifat dehumanising ialah rakyat tidak mampu berfikir. Andaian rakyat semua bodoh lah menyebabkan mereka bertindak seperti diarahkan.
66. Jadi apabila amirulmusyrik mengajak rakyat berbuat sesuatu kalau bersimpati dengan dia, Najib menganggap rakyat tidak boleh berfikir. Mahkamah dah mendapati awak bersalah.
67. Rakyat dikira tidak faham bahawa mencuri, melakukan rasuah, mencabul kuasa adalah kemungkaran. Bukan boleh berfikir mereka ini. Bodoh semua.
68. Rakyat dikerah untuk berdemo depan mahkamah kerana mereka dianggap lembu. Lembu tak boleh jadi manusia tapi manusia boleh dilembukan.
69. Satu lagi sebab kita menentang umno ialah ketergantungan rakyat kepada golongan neo fiudalis yang reaksioner.
70. Perhatikan pimpinan umno. Siapa mereka?
Mereka terdiri dari golongan terpilih yang beroperasi mengekalkan kuasa dalam tangan golongan seperti mereka. Golongan elit yang merendahkan martabat rakyat.
No comments:
Post a Comment