Monday 13 March 2017

Pengaruh DAP dan Cina, sumber ketakutan Melayu? Cerita bohong UMNO



UMNO sungguh2 tertekan. Penerima BR1M disuruh dan dipaksa angkat sumpah akan bersetia menyokong dan memilih UMNO atau Barisan. Apa jenis kerajaan UMNO dan BN ini? Memeras ugut rakyat? 
Adakah bantuan kepada orang susah, akan diberhentikan jika UMNO tewas? Bantuan kepada orang susah diberi secara bulanan di Pulau Pinang. Tidak perlu beratur dan cium tangan pemimpin UMNO/BN pun. Bantuan kepada orang susah lagi terbaik di Selangor. Dan Selangor bukan diperintah oleh UMNO.
Bila kita memerintah, kita akan menginstitusikan pemberian ala BR1M ini- bukan diberi oleh wakil rakyat atau menteri. BR1M bukan duit UMNO- ianya duit kerajaan. Siapa jadi kerajaan, bantuan untuk kebajikan kepada yang susah tetap diteruskan. 
Kita tahu taktik UMNO untuk menang. Mereka akan main isiu perkauman antara nya. UMNO tahu saikoloji orang Melayu- orang Melayu takut akan hantu, jembalang dan pelesit manjangan. Ini disebut oleh Zaaba sejak tahun tahun 1923. 
Yang diperlu oleh UMNO ialah mencipta hantu2 dan jembalang. Itu akan cukup untuk menakutkan orang Melayu dan orang Melayu akan menjauhi perkara atau tempat. Kalau suatu ketika dahulu, dikatakan pokok atau rumah itu berhantu, maka orang Melayu akan menjauhi nya. Kerana sikap yang percaya kepada khurafat ini, maka komik2 seram, mastika, mistik dan seumpamanya sangat laku. Orang Melayu suka cerita seram dan hantu.
Dalam politik, hantu kepada UMNO ialah DAP. Kenapa?
Pertama DAP menggantikan MCA dan Gerakan sebagai parti pilihan. Orang Cina tahu, dua parti ini tidak lebih dari budak suruhan UMNO- tambi yang senentiasa tertunduk tunduk. Kia pun tahu pemimpin MCA hanya mahukan kedudukan dan jawatan sebagai menteri. Mereka tidak jaga kepentingan rakyat.
Maka hantu ialah DAP. DAP itu menakutkan orang Melayu.
Maka jika UMNO tewas pilihanraya, DAP lah yang mengetuai kerajaan baru. Ini tidak benar. DAP akan jadi sebahagian dari kerajaan baru yang tetap diketuai oleh orang Melayu. Perkara ini mencerminkan demografi dalam negara kita.
PKR, Amanah, Bersatu semua ada pemimpin Melayu yang boleh jadi PM dan pemimpin negara. DAP akan jadi rakan dalam barisan pimpinan negara sama seperti kedudukan MCA dan Gerakan tapi bukan dengan sikap men-tambikan diri mereka. Jika tidak betul jalan kerajaan, kita akan tetap buat teguran. Kita pun tahu adab menegur.
Bagaimana DAP boleh jadi kerajaan? DAP parti yang realistic. Negara ini majorti nya Melayu. Sekarang dan akan datang. Tahun 2035, orang Melayu merupakan 85% penduduk negara. Bagaimana pemimpin Cina dari DAP atau lain2 parti cina boleh menjadi pemimpin tertinggi dan disetujui oleh orang melayu? Sebab itu DAP tidak pernah dan tidak akan mendesak pemimpin cina jadi PM atau TPM kerana mereka tahu, ianya akan menyebabkan huru hara di kalangan orang melayu.
DAP sedar bahawa jawatan PM dan TPM mesti dipegang oleh orang Melayu.
Tapi kita tidak mahu terperangkap dalam game yang UMNO main. Kalau semua parti terpedaya dan menerima bahawa DAP tidak boleh jadi pemimpin negara, jika kita terpedaya dengan mainan UMNO, maka kita hanya mengesahkan politik dan memperakui politik perkaumaan negara ini. 
Apa akan jadi jika DAP ada pemimpin2 Melayu yang baik? Tentu kita akan menyokong pemimpin2 Melayu yang baik sebagai satu pilihan.Bukan nya haram pemimpin Melayu DAP jadi pemimpin negara.
Mengapa orang Melayu mesti takut kepada DAP? Benar, majoriti parti ini dianggotai oleh orang Cina yang merasakan mereka tidak dapat keadilan dari parti BN dan UMNO. Apa terjadi kepada Lim Guan Eng kerana membeli banglo, membuktikan orang Cina- dari kuli kepada tycoon tidak boleh expect keadilan dari UMNO dan BN. 
DAP menjuarai golongan yang dibuasi dan dianiayai, tidak kira bangsa. Namun fakta nya, ialah DAP mewakili semua orang yang bencikan ketidak-adilan, ketidak-pedulian, rasuah, pencurian, kebuasan dan penindasan. Sebab itu DAP menarik minat semua bangsa sekarang ini, termasuk orang Melayu yang membenci perkara2 yang saya sebutkan tadi.
Ingat, orang Melayu hanya tukar wadah politik. Bukan tukar aqidah. Kepada Allah jua yang kita sembah. 
Bagaimana DAP boleh jadi kerajaan secara sendirian? Katalah DAP memenangi 55 kerusi parlimen. Jumlah ini belum lagi membolehkan DAP jadi ketua kerajaan. Kita memerlukan sekurang kurang nya 112 kerusi. Jika menang 55, kita kekurangan 57 kerusi lagi. Ini akan datang dari parti Melayu yang lain. Jadi untuk menubuhkan kerajaan federal, kita memerlukan permuafakatan dengan parti2 Melayu yang lain. Mungkin juga termasuk UMNO yang mewakli sebahagian dari orang melayu. Tapi bukan dengan UMNO perompakrasi Najib. UMNO yang di bentuk semula.
Orang Melayu yang merupakan majority penduduk negara ini lah yang akan membentuk dan mencorak politik dalam Negara. Mereka aan memilih pemimpin2 Melayu dan menghantar signal dan isyarat apa yang mereka mahu.
Orang Melayu tidak terancam- kita lihat sahaja sususan agihan kuasa dalam negara ini. Dari raja2 Melayu sampai kepada pengerusi JKKK, pimpinan masjid dan surau, pemimpin masyarakat peringkat akar umbi semua adalah Melayu. Struktur pegangan kuasa tidak berubah. Orang Melayu mengontrol switch2 kuasa. 
Demografi adalah destini kita. Selagi Melayu itu majorti, maka kita bangsa Melayu lah yang mewarnai politik Negara ini. Kecuali majorti Melayu dicairkan sebagai contoh melalui dasar korap kerajaan UMNO- memberi kerakyatan kepada 700 ribu orang Cina, dan lain2 bangsa. Bangsa Filipina pun dapat IC dan kerakyatan sebab ada sebahagian pegawai imigresyen dan kementerian dalam negeri korap.
DAP atau cina tidak akan dapat menguasai pemimpin Negara. Mereka tidak boleh jadi kerajaan federal tanpa permuafakatan dengan parti2 Melayu lain. Tugas orang melayu ialah menentukan supaya orang Melayu yang jadi pemimpin itu terbaik dan berintegriti.
DAP tahu dan menyedari prinsip permuafakatan dan kerjasama. DAP akan terus berkerjasama untuk menegakkan kebenaran, mendepankan kebaikan dan menolak segala bentuk kejahatan.Kita pun tahu amat makruf, nahi mungkar.
Orang Melayu tdiak perlu takut kepada DAP atau orang cina yang lain. Orang Melayu tetap dengan majorti nya.  
UMNO tidak memerintah Pulau Pinang dan Selangor. Kita tidak lihat orang melayu terabai dan teraniaya atau mati bergelimpangan. Yang susah hati ialah Melayu yang korap dan rasuah dan bersikap rent seekers. Bahkan, Kelantan pun tidak diperintah oleh UMNO- orang melayu tetap ok. Hanya Melayu Kelantan sudah bosan dengan kerajaan yang ada di Kelantan. Jika kerajaan ini diganti kerajaan yang baru tetap diketuai oleh orang melayu. Bukankah 99% penduduk Kelantan Melayu jua?
DAP tidak menyerlah di Kelantan. Ia tidak ada di Terengganu. Tapi saya masih dengar hujjah bodoh yang mengatakan jika kerajaan Terenganu jatuh, ianya akan diambil alih oleh DAP.
Orang Melayu mesti keluar dari kepompong pembohongan dan pasungan yang membodohkan.Lama mana lagikah kita diperbodohkan?

7 comments:

  1. Aktikel terbaik
    Minta di kongsi

    ReplyDelete
  2. Dap support g25 utk halalkan khalwat...kau igt melayu x pandangn
    Dap klu boleh xnk letak halangan klu melayu nak murtad...kau igt melayu xleh nk fikir...belum federal govt lg tu
    Dap kata islam bkn agama keamanan...kau igt melayu tak terasa
    Dap kata let melayu screw melayu...kau igt melayu xleh faham bahasa inggeris
    Dap nak suruh melayu terima allah tu jesus
    I can go on and list byk lagi kata2 dap yg mengguris hati melayu
    U maybe right...melayu mungkin dah fedup dgn umno...tapi kau igt melayu bengap politik?
    So stop la blaming umno...umno takyah nak susah2...dap can talk sendiri...hina agama org melayu...hina ulamak melayu...malah dap lg handal maqasid syariah...but dap would not be that cocky klu xde a few mascot melayu yg bertaat setia walaunapa dap kata psl islam dan melayu...kthuiiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emotional la you. Kan dalam Quran ada ayat menyatakan 'Tiada paksaan'.
      Kan selalu sebut 'Allah is Great' serta percaya kepada qada dan qadar.
      Marah sangat kang nsnti kena jual.

      Delete
  3. UMNO memang dah jahanamkan negara ni..kita tolak Umno.
    Ganti Dap..no way .Dap anti Islam...hanya kucing percaya Dap tak akan ganggu Islam.
    Dulu saya undi PKR..kali ni nak undi Pas pulak...

    Umno dan Dap shooosh pi jauh2...haha

    ReplyDelete
  4. undilah apa yang nak kau undi. yang penting pemimpin ada intergriti. dipercayai .

    ReplyDelete
  5. Hahaha itu Anon biol lah kalau suruh undi PAS jahanamnya sama saja sebab undi PAS bererti undi UMNO....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa beza pas dgn dap? Pas pakai serban, simpan janggut dsbnya. Tup2 ada cerita terima rasuah dari umno. Bertahun2 mengkafirkan umno skrang bersama umno. Itu org melayu tu.
      Nak dap cibta islam, apa cerita? Org islam sndiri x tunjukan contoh yg baik.

      Delete