Satu hari
akan tiba- bila kita ditanya, mengapa kita melakukan kemungkaran, bermusuhan
sesama sendiri, bahkan hingga sampai kepada tahap mahu mencederakan sesama
sendiri. Ketika itu, bila kita sedar kita akan kata- kita jadi begini sebab
kita dengar hasutan ketua dan pembesar2 kita dan mereka membawa kita kepada
kesesatan. Ketika itu, kita akan berdoa kepada Tuhan supaya menghukum mereka 2
kali ganda dan melaknat mereka dengan laknat yang besar.
Orang Melayu
akan menyumpah pembesar2 mereka, tak kira ustaz atau pemimpin secular dengan
maki dan cerca kerana merekalah yang menyebabkan kita bermusuhan sesama
sendiri.
وَقَالُوا
رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
Dan mereka akan kata- ya Tuhan kami, sesungguhnya kita telah ikut pemimpin dan pembesar2 kita dan mereka membawa kita kepada kesesatan. Al ahzab, 67.
رَبَّنَا
آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا
Ya Tuhan, berikan mereka ‘azab 2 kali ganda dan laknat mereka dengan laknat yang besar. Al Ahzab, 68.
Janganlah kita
ikut pemimpin dan pembesar2 kita secara membabi buta. Analisalah baik2 apa yang
mereka kata dan anjur. Bukan berdosa kita jika menilai dan menimbang anjuran2 mereka.
Ingatlah, sokongan dan persetujuan kita kepada mereka adalah sokongan dan persetujuan
yang bersyarat.Jika mereka anjurkan menegakkan kebenaran, keadilan dan kebaikan, ikutlah mereka. Jika sebaliknya, kita tinggalkan mereka.
Sekarang
makin ramai orang Melayu sedar bahawa segala ribut mengenai pindaan RUU355
hanya kerja politik sahaja. Ahli PAS rupanya ramai yang tidak tahu mengenai
RUU355 iu sebetulnya. Orang Melayu awam pun tak tahu.
Hanya
mereka rasa diperas ugut jika tidak sokong, akan dikata murtad dan tidak cukup Islam.
Sokongan yang diperolehi melalui peras ugut, adalah perbuatan yang tidak
bertanggung jawab.
Haji Hadi
sendiri kata, kemenangan untuk RUU 355 ialah untuk politik Islam. Politik itu
apa? Politk itu tujuan nya mendapat kuasa. Itu sebab orang PAS berpolitik.
Untuk dapat kuasa memerintah Kelantan umpamanya.
Ini sudah
bercanggah dengan kenyataan dangkal beberapa pemimpin PAS yang kata mereka
ambil bahagian dalam politik bukan untuk menang. Ustaz Nik Abduh umpamanya dangkal
bila kata dia tanding jawatan tmbalan pengerusi saja main2.
Saya tidaklah dapat
memberi alasan bagi pihak orang yang memberi kenyataan2 dangkal seperti demikian.
Zahid
Hamidi pula kata, kemenangan RUU355 ini ialah untuk menyatupadukan orang Melayu.
Bukan untuk Islam, tapi untuk menyatupadukan Melayu. Ertinya, untuk politik ketuanan Melayu.
Maka, saya
kata- isu RUU355 ini ialah agenda politik. Ianya tidak ada kena mengena dengan
agenda memperkasakan Islam kembali. It has nothing to do with making Islam
great again.
Maka, yang
saya dengar pindaan RUU355 ini ialah untuk (a) mengukuhkan politik Islam (b)
menyatukan orang Melayu. Itu yang disebut oleh Ustaz Hadi ( a) dan Zahid
Hamidi(b). Semua boleh dengar dalam youtube.
Saya pun
tertanya tanya- siapakah yang mengancam Islam kita? Siapa pula yang mengancam
orang Melayu? Permainan menyalahkan orang lain ini, perlulah diberhentikan.
Kita mendapat apa yang kita usahakan. Ertinya, perbuatan kita yang menjatuhkan Islam
dan perbuatan kita sendiri yang melemahka bangsa Melayu.
Jika orang Cina
mengancam Islam, sila nyatakan bagaimana? Jika cina mengancam orang Melayu,
sebut bagaimana? Apa yang menyekat kerajaan Melayu mengambil tindakan jika ia
benar? Tangkap lah orang cina tersebut, humban mereka ke laut atau sula mereka.
Kepada saya
yang faqir ini, kenyataan2 Haji Hadi dan Zahid Hamidi ialah kenyataan agenda
politik. Yang pertama ketuanan Islam dan yang kedua ketuanan Melayu.
Definisi
ketuanan Islam ialah siapa tidak ikut cara Islam kami, bukan dari golongan
kami. Ketuanan Melayu pula, sesiapa tidak setuju dengan kami adalah anti Melayu
dan musuh kita. Musuh boleh diganasi, malah dibunuh. Kedua dua jenis ketuanan
mesti di tolak oleh rakyat Malaysia.
Rupa2 nya
inilah yang diributkan sangat oleh golongan yang mempromosi pindaan kepada
RUU355. Banyak tenaga , masa dan kegelisahan disebabkan oleh isu ini. Bayangkan
ramai mana orang Melayu Islam yang diperas ugut mengenai keIslaman mereka.
Ramai mana orang Melayu yang merasa terkilan bila keMelayuan mereka disangsikan
hanya kerana tidak bersetuju dengan UMNO. Jenama Melayu itu bukan milik UMNO.
Satu
golongan jahat ada kawan baik yang sokong mereka. UMNO dapat kawa baik baru yang menyokong kemungkaran mereka. Meraka sokong menyokong.
Keadaan sudah sampai kepada tahap yang sangat memperbodohkan- sehingga wayang gambar Beauty and the Beast pun diharamkan kerana kononnya menjejaskan aqidah Islam. UMNO yang sepatutnya membawa suara rasional terikut ikut cakap PAS kerana mahu memperkudakan PAS.
Keadaan sudah sampai kepada tahap yang sangat memperbodohkan- sehingga wayang gambar Beauty and the Beast pun diharamkan kerana kononnya menjejaskan aqidah Islam. UMNO yang sepatutnya membawa suara rasional terikut ikut cakap PAS kerana mahu memperkudakan PAS.
Kepada saya
dan sebahagian besar orang Melayu yang rasional di Malaysia, yang tahu Islam
mereka atau tanggung jawab Islam mereka, agenda ini bahaya- kerana rupa2 nya dua
agenda ini digunakan untuk melaga lagakan rakyat Malaysia. Juga untuk menyembunyikan
kegagalan dan kelemahan.
PAS
menyembunyikan rekod dan kegagalan membangun bersama Islam mereka. UMNO guna
isiu ini kerana menyembunykan jenama nasonalisme Melayu ekstrim yang ditolak
oleh bangsa Melayu sendiri.
Ketuanan Islam
beroperasi atas prinsip keIslaman pihak lain mesti disahihkan, diabsahkan diperakui
oleh satu pihak. Sebab itu ‘kita nak tengok dahulu cadangan kerajaan mengenai
RUU355’.
Apakah
mesti mendapat perakuan dari pihak Haji Hadi barulah sahih dan sah, Islam nya
cadangan pindaan RUU oleh kerajaan UMNO? PAS dan Haji Hadi jadi badan yang
mengesahkan keIslaman cadangan? Ada jawatankuasa syarak kerana keIslaman ulama2
lain yang tidak ikut PAS belum sahih lagi?
Satu pihak
ini adalah otoriti mengenai apa2 Islam. Rakyat terbanyak meluat melihat satu pihak
mengesahkan kita cukup Islam atau tidak cukup Islam. Siapa yang memberi otoriti kepada satu golongan untuk mengatakan bila kita mati, kita ditanam di jirat Cina kerana kita tidak setuju dengan cadangan mereka? Mereka yang bersikap lebih
mulia dari orang lain dan membezakan orang lain mengikut penarafan mereka hanya
mengujudkan perpecahan. Kita benci pada mereka yang menganggap mereka lebih
mulia dari kita. Demikian juga ketuanan Melayu- satu pihak mengesahkan dan
memperakui kita Melayu atau tidak.
Kedua jenis
ketuanan ini bahaya dan tidak bertanggung jawab. Cabaran yang sahih terhadap
mereka diperlakukan sebagai aksi permusuhan, perang, perkelahian dan sebagai
sambutan, mensahihkan tindakan ganas kepada yang menentang. Negara jadi huru
hara kalau satu pihak yang beroperasi diatas dua ketuananisme ini melihat
legitimate objection sebagai boleh mengistiharkan perang. Ketuanan Islam
menghalalkan darah, ketuanan Melayu menghalalkan pemasungan dan pemenjaraan
tanpa pembelaan undang2.
Kedua aliran
ini mesti diolak oleh semua orang yang berfikiran rasional.
Satu hari akan tiba- bila kita ditanya, mengapa kita melakukan kemungkaran, bermusuhan sesama sendiri, bahkan hingga sampai kepada tahap mahu mencederakan sesama sendiri. Ketika itu, bila kita sedar kita akan kata- kita jadi begini sebab kita dengar hasutan ketua dan pembesar2 kita dan mereka membawa kita kepada kesesatan. Ketika itu, kita akan berdoa kepada Tuhan supaya menghukum mereka 2 kali ganda dan melaknat mereka dengan laknat yang besar...aminnn
ReplyDelete