Friday 31 March 2017

Ada hati tidak mahu faham, ada telinga tidak mahu dengar, ada mata tidak mahu lihat- bahagian 2



Bahagian 2.

Kita tidak mahulah berkata- kan saya dah beritahu? Masaalah nya, ramai sangat pemimpin PAS melupakan karakter Najib yang sebenar. Mungkin kerana ramai pemimpin mereka di gula2kan oleh pegawai2 Najib.
Mungkin ada kebenaran bahawa pemimpin PAS menerima RM90 juta atau lebih. Wang dalam tangan tidak tahu ianya berada dalam tangan tok lebai, ustaz, ketua geng 04, ayahanda bonda dan sebagainya.
Ada yang melawat keluar negara- berlibur di Afrika Selatan dan Eropah. Sekelip mata ada wang yang banyak dan boleh beli kereta yang harga hampir RM600 ribu dengan tunai. Ada yang menikmati keseronokan hidup sekular diluar negara. Mereka lupa kepada kerendahan diri dan kabur untuk melihat karakter Najib yang sebenar.
Bukan nya karakter yang dicipta secara artifisial oleh pegawai2 hubungan awam nya- sama ada mantan pegawai TV3 atau PR consultants dari Eropoh atau USA. Pemimpin PAS sepatutnya mengkaji karakter Najib dari sejarah nya.
Sekarang bila Najib terang2 menyatakan tidak membentang dan tidak menyokong usul RUU355, beranikan sesiapa dalam PAS mengatakan Najib terkeluar agama, tergelincir aqidah, dan bila mati kelak, dikebumikan di jirat Cina? Istiharkah lah, semua hendak dengar. 
Malah, sebagai reaksi menyelamatkan air muka, ustaz Nik Abduh kata dia faham kedudukan PM.
Saya sudah beritahu- yang memberi title tuan guru, tok guru, murrabbi adalah mereka sendiri dan sesama mereka. Gelaran dan title berjela dan hebat, tapi akal tidak sama panjang dan bijak.
Sejak 2009 menjadi PM, karakter Najib yang sebenar terserlah. Dari teriakan bahawa zaman kerajaan besar sudah berlalu, Najib menunjukkan bahawa dia semakin draconian dan diktator. Undang2 yang menzalimi rakyat biasa seperti POCA, POTA, SOSMA dan mutakhir sekali National Security Council Act di ujudkan oleh Najib untuk menekan rakyat.Tidak seorang pun pemimpin PAS bercakap mengenai penangkapan dan pemenjaraan Siti Noor Aishah dibawah akta2 ini.
Dalam tahun 2012, Najib menyenaraikan FGV yang bermaksud merampas asset dari FELDA dan peneroka. Nasib peneroka terumbang ambing kerana asset tangible mereka seperti tanah dan kilang, jentera ditukar kepada saham yang intangible. Nasib peneroka diperjudikan dalam pasaran saham.
Ianya menunjukkan Najib cuai menjaga nasib peneroka. Skendel 1MDB menunjukkan bahawa Najib seorang yang menggunakan kuasa untuk mencuri wang, menipu dan berbohong dan tidak amanah, tidak jujur. Duit RM4 billon dari KWAP lesap. Projek2 di jalankan dengan harga yang di inflasikan berlipat ganda.
Kesemua ini membayangkan karakter Najib yan tamak haloba dan yang paling releven kepada PAS ialah Najib seorang yang tidak boleh dipercayai. Adakah pemimpin PAS jantan untuk mengatakan Najib seorang munafik?
Ini suatu perkara yang berat- sebab jika Najib seorang munafik, maka PAS yang menyokong nya juga orang2 munafik.

At Tawbah: 67

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Lelaki dan perempuan yang munafik sama antara satu sama lain. Mereka menganjurkan kemungkaran dan menegah ma’ruf dan tangan mereka tertutup. Mereka telah melupakan Allah jadi Dia melupakan mereka. Sesungguhnya golongan munafik adalah golongan yang tersangat ingkar dan fasik.

Tapi itu semua diketepikan oleh pemimpin PAS dan kenalah mereka berjawab kepada ahli mereka sendiri. Bererti PAS dipimpin oleh mereka yang orang Islam tidak boleh percaya dan diberikan amanah.

Di dalam al Quran 3:75 menyebutkan; 
وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَّا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan diantara ahli kitab jika engkau percayakan harta yang banyak, niscaya dia akan mengembalikan kepada mu. Tapi ada pula dintara mereka yg jika engkau percayakan hanya satu dinar, dia tidak akan mengembalikan nya kecuali engkau selalu menagih kepada nya. Ini adalah kerana mereka mengatakan tidak ada dosa dan tanggung jawab kami kepada mereka yg ummi dan buta huuf. Mereka mengatakan hal yang dusta kpd Allah, pada hal mereka mengetahui.

PAS sebetulya tidak peduli kepada penyokong nya yang sebahagian besarnya dianggap oleh pimpinan PAS sebagai tidaklah cerdik walaupun taat beragama.
Saya mengajak penyokong PAS menolak pemimpin yang anggap penyokong nya bodoh dan oleh yang demikian tidak perlu bertanggung jawab keatas mereka. Anggaplah mereka semua bersubahat dengan Najib menjahanamkan negara.Ingatlah keIslaman kita tidak memerlukan pensijilan daripada pihak ke-3.

4 comments:

  1. Tahniah datuk,teruskan perjuangan utk membuka pintu hati gol yg hampir tertutup rapat ni oleh kebenaran....
    Dugaan dan cabaran memang hebat,jika datuk istiqamah,insyallah ada cahaya di hujung terowong....

    ReplyDelete
  2. Pemimpin dan pengikut parti AMANAH yang Islam dan tak pernah menganiayai rakyat dimusuhi Hadi Awang dan PAS bukan kepalang dengan berbagai gelaran buruk dan hina. Tapi Najib Razak dan UMNO yang sudah terbukti menganiaya dan mencuri hak rakyat dan menggelapkan bukan sedikit wang rakyat sekian lama tidak pula Hadi dan PAS musuhi dan menuduh dengan katakata nista serta tuduhan hina dina. Dimana kah kewajaran dan rasionalnya Hadi dan para ustaz ustaz dalam PAS ini?. Apa yang jelas ialah HADI dan para ustaz PAS lebih mementingkan diri dan kepentingan politik parti, nama ISLAM dijual dan dijaja semaunya untuk menyakinkan rakyat khususnya kaum melayu di pendalaman yang kebanyakannya berpendidikan rendah dan terbatas akses maklumat untuk terus kekal menyokong PAS, kononnya PAS memperjuangkan Islam sebenar.

    Saya mau cabar HADI Awang, Nik Abduh dan semua ustaz dan ulama PAS, tonjolkan keberanian dan ketegasan Islam yang anda pegang, segera declare Najib Razak serta konco konconya yang telah menolak membentangkan RUU355 itu. Kalau pihak lain yang menolak RRU355 dianggap musuh Islam dan PAS malah dituduh kufur, Najib dan UMNO tidak saja menolak hudud, RUU355 malah 1 dunia telah tahu bagaimana Najib telah menggelapkan duit rakyat berbillion billion, menjual aset negara, tidak kah mereka ini lebih merupakan musuh yang utama berbanding AMANAH, DAP, PKR mau pun BERSATU, tidakkah Najib dan UMNO BN ini jelas dan wajar diperangi abis2an berbanding parti oposisi lain?

    Dimulut ustaz ustaz PAS termasuk Hadi Awang selalu menyebut dan menyeru bahawa kita selaku makhluk serta umat Islam perlu sentiasa takutkan Allah. Itu yang selalu kita dengar. Tetapi hakikatnya Hadi dan para ustaz PAS ini lebih menjaga kepentingan diri, tidak berani bersuara dan menerajui isu isu penting melibatkan pemimpin pemimpin besar dan juga golongan bangsawan berkedudukan dan berkuasa. Mereka ini lebih cenderung memilih cara "play safe" berbanding pimpinan parti oposisi lain yang lebih vokal serta membuktikannya dengan perbuatan sehingga mereka ini terpenjara dan dimusuhi abis2an oleh kelompok dipuncak kuasa. Lihat saja isu pindaaan perlembagaan mengurangkan kuasa Raja satu ketika dulu, adakah golongan ustaz PAS yang menerajuinya?. Lihat saja isu Forest City yang melibatkan bangsawan tertentu, pernah kah pimpinan PAS menyentuh ini dan menjuarai isu ini?. Hanya orang yang dikatakan musuh Islam iaitu Tun M yang berani melakukannya.

    Bersambung...

    ReplyDelete
  3. Sambungan...

    Nampak ke tidak wahai pengkagum PAS dan HADI bahawasanya pemimpin kalian tidak lebih pimpinan munafik, cakap tidak serupa bikin, tidak berani ke depan dan menerajui isu isu utama, bimbang dipenjarakan dan takut hilang kelayakan bertanding. Sebab itu Nik Abduh, HADI dan ramai pemimpin dan ustaz PAS lebih selesa rapat dan memilih bersahabat dengan Najib Razak dan UMNO dan mengelak untuk bersuara lebih, bimbang disaman dan kelayakan bertanding dalam PRU akan hilang. Itu saja. Tindak tanduk dan cara bertindak pemimpin PAS ini tak lebih hanyalah pedagang dan penjaja agama semata mata, menjual agama Islam untuk kepentingan dan kuasa politik parti dan peribadi. Ini cukup jelas dan ketara berdasarkan tindak tanduk mereka selama ini. Malah kebanyakan mereka ini hanyalah "tunggul kayu" bisu di dalam parlimen. Kenapa jadi begini?. Kerana takut dan bimbang bersuara disebabkan ilmu yang tidak seberapa. Tidak kah ingat lagi bagaimana YB Temerloh otak di lutut dan siku itu menelan malu sewaktu cuba bersuara di parlimen?.

    Kita tidak nafikan ramai pimpinan PAS dalam ilmu agamanya. Tapi ini tidak memadai dalam mengharungi dunia politik moden yang memerlukan pemimpin menguasai lebih daripada itu. Hentikan lah menjaja agama untuk menutup kelemahan sendiri. Kesianlah masayarkat melayu Islam yang terus berada dalam kemiskinan rata ratanya kerana dasar kerajaan UMNO BN. Janganlah para ustaz PAS memusnahkan peluang terbaik yang ada untuk rakyat Malaysia mengubah negara ini untuk menjadi lebih baik taraf ekonomi sosialnya dan ini hanya boleh direalisaikan dengan memastikan Najib dan UMNO BN ditumbangkan. Adakah PAS lebih rela kaum Melayu lebiuh terhimpit kehidupan hanya kerana tidak dapat melaksanakan HUDUD sesegera mungkin?. Nampaknya begitulah..daripada tak dapat laksana HUDUD (kononnya kerana penolakan DAP), PAS seakan lebih rela melayu terus miskin dan terpinggir dalam pembangunan negara ini dan lebih rela Najib serta UMNO BN yang perasuah ini terus mengekalkan kuasa. Memang celaka lah PAS jika ini pendirian Hadi dan pimpinannya. Cukup celaka!!!

    ReplyDelete