Saya mahu poskan artikel ini, malam ini. Baru sebentar dapat makluman
bahawa Najib tidak akan bentangkan RUU355. Pejuang Islam dalam PAS serata negara
mengatakan tidak apa- aspirasi Islam PAS tetap membara. Apa yang mereka boleh
kata?
Mereka boleh lah kata apa sahaja yang mereka mahu untuk mengubat hati
nan luka. Fakta nya, ialah PAS sudah ditipu lagi oleh UMNO. PAS boleh terus
berkata yang kena tipu bukan orang PAS tapi semua umat Islam di Malaysia.
Mungkin PAS tidak dengar agaknya, PAS tidaklah mewakili semua umat Islam di
Malaysia. Bukan semua orang Islam percayakan PAS dan ada sebahagian besar orang
Melayu, menerima bahawa ada cara lain memuliakan Islam.
Itu karakter Najib yang sebenar. Mengapa PAS tidak mahu belajar karakter
Najib dari skendel 1MDB? Mungkin pemimpin PAS dalam parlimen tidak faham isu ini. Atau tidak peduli. Bukankah nampak jelas dari 1MDB- Najib ialah seorang yang
tidak amanah, suka berbohong, bersubahat dengan Jho Low untuk mencuri wang dari
1MDB dan sifat2 keji yang lain? Namun PAS merasakan boleh berkawan dengan orang
yang seperti ini.
Mari kita lihat karakter Najib secara lebih mendalam.
Semalam, saya dapat panggilan telefon dari seorang rakan dari Pekan,
Pahang. Kata nya-awak bersyarah macam mana pun, tak lut kat orang Pekan. Dia kata- semua
orang Pekan tahu Najib Razak adalah perompak nombor 1. Tapi orang Pekan akan
terus sokong Najib. Nak buat macam mana- katanya, memang fiil orang Pekan
demikian. Walaupun Najib itu bapak perompak, mereka akan tetap memilih Najib.
Saya tidak terkejut dengan pandangan seperti ini. Sedikit sebanyak, saya
pun tahu saikoloji orang Pekan.
Saya percaya pada kebenaran pandangan tersebut. Memang orang Pekan
demikian. Mereka akan lupa bahawa Najib itu perompak besar. Attention span
orang Pekan tidak lama.
Mereka pun lebih kurang politik cara sebahagian orang asli. Last in first out. Yang
menyentuh mereka kali akhir lah yang mendapat layanan utama. Maka pada saat
akhir, bila Najib beri gula2 dan ole2, maka Najib lah yang diutamakan.
Tapi itu orang Pekan. Biarkan mereka demikian. Saya tetap dengan
pendirian saya bahawa tidak ada negara yang boleh kekal berjaya dengan
pemimpin, pimpinan dan kerajaan yang korap dan bengap/inept. Najib percaya
semua masaalah selesai dengan membeli orang yang bising mengenai nya. Dia ingat
selesai masaalah dengan membayar pengacau.Dia ingat dia boleh membeli kesetiaan rakyat.
Rakyat mahu tahu mengapa orang bising? Mengapa orang hendak kacau? Itu bukan
kerja main2 dan menanggung risiko.
Kita bukan hendak jatuhkan kerajaan- kita hendak tubuhkan kerajaan baru.
Dan rahsia kejayaan sesebuah kerajaan ialah menentukan ianya ditadbir oleh
orang2 baik.
Dibawah Najib, kerajaan nya penuh dengan penyamun dan pegawai korap. Dan
tidak ada yang lebih korap dan tamak haloba dari Najib Tun Razak. Maka, sama
dengan ‘kedegilan’ orang Pekan, tapi berlawanan pendirian, buat macam mana pun,
saya rasa Najib membawa malang kepada negara kita.
Saya harap orang Melayu ditempat lain mempunyai prinsip yang berlainan
dari orang Pekan. Orang Pekan pun ada prinsip- seperti yang saya katakan tadi.
Siapa yang tahu mana benar, mana salah, mana untung, mana rugi? Mungkin orang
Pekan pun geliga otak mereka- mereka mencongak cost-benefit analysis. Mereka
kata, pencuri pencurilah, kawan tetap sokong Najib, wok.
Jadi untuk sementara ini, biarkan mereka dengan prinsip mereka. Kata
orang, Siluncai terjun dengan labu2 nya- biarkan biarkan. Kita harap dan berusaha
untuk mengubah pemikiran mereka. Bahawa masa depan mereka dan bangsa bukan
dalam tangan Najib, tapi dalam tangan sendiri. Langkah pertama ialah tukar
Najib dan kerajaan nya.
Kepada mereka, Najib membawa
kemajuan ke Pekan. Maklum sahajalah, kalau tidak ada Najib, maka kebulurlah
orang Pekan. Dunia mereka gelap. Mandi tak basah. Makan tak kenyang.
Benarlah kata Plato- harga yang kita bayar kerana tidak mempedulikan
bagaimana kerajaan diurus ialah, akhirya kita mendapati diri kita diperintah
oleh orang yang jahat.
Saya tiada syak bahawa Najib ialah ketua kerajaan perompak, oleh
perompak dan untuk perompak. Saya mengatakan demikian as a matter of factly.
Barangsiapa yang menyelidiik dengan suara hati akan mendapati fakta ini.
Sungguh benar apa yang disebut dalam al Quran- kita mendapat apa yang
kita usahakan dan segala musibah yang melanda diri kita adalah hasil usaha
tangan kita sendiri.
Tambahan pula, tabiat orang Pekan ialah mereka mudah dibeli dengan wang
ringgit dan akan melupakan dosa anak Pekan seperti Najib.
Dan Najib ialah mahaguru mengurus persepsi- untuk mengurus persepsi
bahawa dia seorang yang hampir dengan
rakyat dan berjiwa rakyat- dia pulang ke kawasan melakukan kerja2 sosial.
Bertandang ke rumah orang kahwin, merasmi tandas awam, menyampaikan hamper
makanan, bersewang dengan orang asli, menghadhiri majlis bersunat, tendang bola
sebiji dua, merasmikan itu dan ini dan segala media yang UMNO kawal , akan
menyanyi lagu2 indah dan muluk mengenai ‘kerapatan’ Najib dengan rakyat biasa. Dia
akan gunakan segala kemudahan dan sumber milik kerajaan untuk mengurus
persepsi2 yang dia kehendaki.
Dan setiap kali pulang kePekan, menelan belanja yang banyak. Bayangkan
ini- body guards perlu dibayar elaun overtime – RM500 seorang dan ada 20 orang,
kenderaan hendak pergi airport- 30 buah dengan 30 buah driver- satu kereta
dengan minyak dan segala nya, RM500 sehari x 30 driver 30 x 500 sehari,.
Kemudian ole2 yang diberi, pegawai keselamatan setempat yang kena dibayar,
penggerak2 acara yang perlu dibayar, kemudahan setepat- khemah kerusi meja, kos
acara makanan dsb- RM150-200,000 setiap kali. Ertinya, untuk menonjolkan
persepsi kerapatan dengan rakyat, menelan kos yang banyak. Duit siapa? Bukan
duit Najib.
Dan hari ini dalam dewan rakyat( 26 mac 2017) Najib berkata menabur rasa
moderasi lebih susah dari menanam kebencian. Saya sangat setuju kerana reakitinya
Najib lah yang menanam rasa kebencian dan kesangsian antara kaum dalam negara ini.
Sesiapa sahaja dengan kemudahan dan sumber kewangan yang tidak terbatas
boleh mencipta persepsi, ketrampilan dan imej yang dikehendaki. Tidak ada rahsia.
Saya katakan kepada rakan saya- kalau awak sediakan kemudahan dan sumber
kewangan begitu banyak- Mat Tompel pun boleh lakukan apa yang Najib lakukan.
Mat Tompel ialah seorang karakter yang benar2 ujud di Pekan yang boleh kita
anggap sebagai the likeable village idiot. Kawan saya tahu siapa Mat Tompel
ini. Semasa kecil kami bermain main dengan nya.
Walau bagaimana pun, biarpun orang Pekan tutup sebelah mata, elok lah
saya ingatkan karakter Najib. Bersambung......
Sambunglah cepatlah sikit, ini berita penolakan RUU355 oleh Najib dan geng penyamun memang tengah hot. Manusia paling bangang dalam mileneum ini adalah Hadi Awang, tidak syak lagi.
ReplyDelete