Mai ramai2 kita pakat pi makan restoren Laman Padi, Aloq Staq.
Setelah habis program politik, saya tinggal lebih sehari di Alor Star. Berjumpa kawan2 lama. Pak Tam yang membawa saya melihat kilang padi dan berjumpa dengan pengilang untuk mengkaji industri padi. Saudara Fadzil Baharum, yang pernah bertanding atas tiket PAS suatu ketika dahulu. Sekarang usahawan yang membuka restoren Nasi Pilau. Dia berkongsi dengan Abang Mat Misai. Ustaz Mud lulusan Al Azhar yang membuka minda saya kepada beberapa isu. Saya juga berjumpa dengan YB Nasir, YB Fakurrazi. YB Tan Kok Yew dari DAP ternyata seorang yang kuat berkerja dan sangat dedikasi. Saudara Asmirul anak muda yang banyak potensi.
Saya juga berjumpa dengan seorang kenalan baru- Pak Ali dari kampung Langgar Limbong. Ia terletak dalam kawasan sawah padi. Ketika bertamu di rumah nya, dia memberi saya minum suatu ramuan herba yang dikatakan dapat mengurangkan gula dalam badan. Oleh kerana saya ada sedikit diabetes, saya mencuba nya. Pak Tam dan Ustaz Mud tahu pengalaman saya setelah minum ramuan herba ini.
Sabjek artikel hari ini ialah restoren Laman Padi yang diusahakan oleh Saudara Fadzil dan Abang Mat Misai. Abang Mat Misai berfungsi sebagai tukang masak. Spesialti nya ialah Nasi Pilau. Saya tidak tahu samaada 'pilau' ini korapsi dari perkataan pilaf atau tidak. Yang penting nya ia sangat lazat. Saya sudah makan nasi Arab, tapi saya rasa nasi pilau ini lebih enak. Ianya bergantung kepada selera peribadi.
Nama restoren ini ialah Laman Padi Alor Star. Ianya terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah bertentangan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Star. Restoren ini sangat selesa dikunjungi kerana ada ruang letak kereta yang luas.
Saya syorkan warga Alor Star dan Kedah, jika ada peluang , kunjungilah restoren Laman Padi ini. Signature dish nya ialah nasi pilau. sekali makan, mahu diulangi.
Kurma kambing nya amat enak. ketika saya ada disana, ada suatu kumpulan orang Cina makan dalam suatu kumpulan yang agak besar. Bila ditanya, ini kali kedua kata seorang dari mereka. Nasi pilau ini enak dan kurma kambing nya top of the world. Bulan Mac ini, mereka akan datang dalam kumpulan 50 orang mahu makan lagi di Laman Padi.YB mahfuz Omar, MP Pokok Sena menggemari kambing masak merah.
Restoren ini ada menyediakan kambing gulai merah , ayam kampung gulai, dan gulai itik. Semua nya enak dimakan.
Restoren ini juga menjalankan konsep food court. Disebelah kiri( jika berdepan dengan restoren induk) ada gerai2 yang menjual makanan spesialti gerai. Ada bekas pelajar Jordan membuka gerai menjual sharwarma. Ada bekas tukang masak hotel menjual western food. Ada gerai yang menjual masakan Thai.
Restoren ini baru beroperasi 2 bulan dan sambutan terhadap nya makin meningkat. Jika warga Aloq Staq ada kelapangan singgahlah ke restoren Laman Padi dan menjamu selera. Jangan lupa cuba Kambing Kurma Abang Mat Misai.
Menarik..
ReplyDeleteWow... so much meat stuff... good for LDL bro.. hehehe..
ReplyDeletenice read anywaz..