Saya harap orang lain pun
bertanya soalan yang serupa- apa sebenarnya yang hendak ditunjuk rasa oleh kita
jika menyertai seruan parti PAS untuk berdemonstrasi mengenai RUU 355?
Orang kampung Chenua dan Kg
Sengkela dalam daerah Raub tetap boleh sembahyang di surau dan di masjid tanpa
rasa diancam oleh bangsa lain. Orang kampong tidak ada desakan untuk mempamerkan
ketuanan Islam mereka pun.
Bahkan orang Cina jarang datang kedalam kampung2 ini
kecuali cina yang meneroka secara haram dan membuka ladang sawit disana. Bayangkan
dalam tengah2 kampung tradisi Melayu, ada cina datang membuka ladang puluhan
ekar kerana jalan nya dibuka oleh broker Melayu. Yang mendedahkan Melayu kepada
musibah ialah dari kalangan bangsa sendiri.
Jadi apa tujuan hendak
heret orang Melayu berdemo mengenai RUU 355? Kalau mahkamah syariah atau
mahkamah sivil di-isukan oleh orang politik, maka besar kemungkinan keputusan
mahkamah nanti dipengaruruhi oleh kepentingan politik juga.
Bila Khalid Samad didenda
RM2900 hanya kerana memberi penerangan mengenai lawatan nya di Tebing Gaza,
hukuman itu dilihat sebagai mendepankan kepentingan politik pemerintah. Mahkamah
mungkin ada semua hujjah dan justifikasi undang2 untuk menghukum Khalid Samad,
tapi kejayaan kecil itu mengorbankan kepentingan besar. Keadilan kecil telah
menafikan kepentingan besar kepada masyarakat- yakni menafikan masyarakat
menikmati khidmat dan komitmen seorang ahli politik seperti Khalid Samad jika
dia dipecat keahlian sebagai ahli parlimen. Qadhi ada memikirkan perkara ini?
Biarlah mahkamah syariah
memperjuang dan menjustifikasikan kenapa ia perlu kuasa lebih dan mengapa
hukuman yang lebih berat diperlukan. Benarkah isiu mahkamah syariah itu isu
kurang kuasa atau kurang kualiti? Dalam kes Khalid Samad orang akan melihat
mahkamah syariah digunakan sebagai instrument to settle political scores.
Kepada saya tujuan oleh PAS ialah menegas dan mengistiharkan ketuanan Islam nya. Yakni hanya PAS
sebagai otoriti akhir terhadap semua yang bersangkutan dengan Islam. UMNO pula
tumpang semangkuk, kerana mahu mengesahkan dan mengsahihkan ketuanan Melayu
nya. Hanya UMNO itu otoriti apa dia Melayu atau tidak.
Perkara ini belum pun dibahaskan
dalam parlimen. kita yang tak tahu hujung pangkal hendak mendesak apa? Desak daripada
siapa?
Beginikah nasibnya orang
Melayu- tak tahu hujung pangkal mahu bertelingkah? Kita mesti tahu apa
sebetulnya yang kita hendak tunjuk rasa. Janganlah bangkang kerana sebab2 yang
salah.
Kita mesti tentang dan
sanggah ketas semua kemungkaran. Kerajaan yang zalim umpamanya tidak wajib
ditaati. Nabi yang lebih besar dari semua mufti di Malaysia ini, sebut - kita muliakan dan besarkan sultan
yakni pemerintah kerana ia bayangan besarnya dan mulianya Allah dimuka bumi
selagi dia ADIL. Syarat nya ialah kerajaan yang adil wajib terus disokong. Kerajaan
yang rasuah, mencuri dan sebagai nya wajib ditinggalkan dan tidak disokong oleh
kita.
Lagi pun jika prinsip ini
mahu dipakai, maka aplikasi nya mesti seragam. Jika kita mesti taat kepada
kerajaan negeri yang diperintah oleh UMNO, maka kita wajib taat juga kepada
kerajaan yang tidak diperintah oleh UMNO. Jangan kita derhaka kepada kerajaan Pulau
Pinang dan kerajaan Selangor. Kita hormat keputusan rakyat. Jika Perak,
Kelantan, Terengganu, Selangor , Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak tidak
diperintah oleh UMNO, prinsip diatas mesti ter-aplikasi disana juga. Jangan bughah
dan jangan derhaka kepada pemerintah bukan UMNO juga.
Kan kita sudah istihar Islam itu bersifat sarwajagat-
universal?
Then tell us how u plak nk muliakan islam la...jgn kondem org yet u urself xde solution...but then jgn also bcome another politician...kita kena kaji secara menyeluruh...bla bla bla...no action talk only...i the end u r just justiying ur disagreement...but u disagree does not mean the whole malay muslim pun kene disagree like u...who r u? Rasul ke...no one says u cannot disagree but are u disagreeing based on sunnah or quran ke or nafsu? Itu beza antara intellectual person amd bodoh sombong
ReplyDeleteHang pulak sapa dia? Gaya tulisan memang layak pi tanjung rambutan. Bahasa tunggang langgang dok ada hati nak pi tanya orang...gila apa?
DeleteTak tumbuh tak melata
Tak sungguh tak berkata
Walau hang belajaq tinggi mana pun,jika ini gaya bahasa hang lebih baik duduk diam.
Yang bodoh tu hang,paham?
Err... Hg mai dr mana, bro? Baru klua hospital ke?
DeleteRUU 355 ni bidaah!
ReplyDeletePada zaman Nabi sebagai pemimpin Islam dulu mana ada benda ni. RUU 355 ini adalah rekaan manusia berkepentingan. Benda ni tak ada dalam Quran dan Hadis. Haram!
Saya fikir posting ini berkisar atas seruan parti PAS untuk berdemo berkenaan RUU 355. Apa yang 13:33 nak mintak dikaji ni secara menyeluruh ni ? Tak payah nak kaji la 13:33. Islam ni memang dah mulia dah. Orang yang memandang orang Islam lain tak cukup Islam ni yang perlu kaji keIslaman diri sendiri.
ReplyDeleteApa perlu nya RUU 355 ni ?
Tak perlu langsung ! Ia tidak menjamin kemuliaan Islam pun !
Islam ni mulia pada hukuman yan ke ?
Pendidikan membawa kesedaran. Kalau pendidikan tak berjaya membawa kesedaran, makna nya cara pendidikan tu dah gagal. Ini yang kena kaji secara menyuluruh.
Negara Malaysia ni dah cukup undang undang nya. Sivil dan Syariah. Tak payah tambah lagi termasuk perkara-perkara yang tak ada disebut dalam Al-Qur'an pun. Kita di negara Malaysia ni dah ada undang undang yang lebih lengkap. Ini pun kerajaan hari ni gagal memuliakan undang undang yang sedia ada dan pentadbir dilihat membenarkan ketidak saksamaan berlaku. Islam apa PAS ni langsung tak berbunyi menyanggah kebatilan depan mata kita ? Sekarang nak bekerja sama dengan pihak yang batil dan nak seru kita berdemo. Demo untuk apa ?
Perkataan "ketuanan" ni Dato', saya tak pernah faham apa dia maksud nya yang sebenar. Diperakukan hak keistimewaan orang Melayu ni dalam Pelembagaan Persekutuan ada ke memberi maksud yang sama dengan apa yang dijeritkan umno ketuanan melayu ni ? umno dah menipu kita orang Melayu selama ini. umno berjuang untuk Melayu yang mana ni ? Yang suka makan caviar ? Untuk melayu yang tak sedar diri semua ni ke perjuangan nya umno ni ? Islam ke ni dengan prmbaziran yang tak habis habis dan penyelewengan belum nampak hujung nya ?
umno yang asal dah lama mati dah. umno yang ada hari ni umno pemyamun. Parti Islam Ustaz Fadzil Noor pun dah lama berkubur dah. Yang ada hari ni adalah parti islam yang bertuhankan duit.
13:33, I believe Dato' Sakmongkol ni orang yang berkhidmat kepada masyarakat yang mengundi beliau. Ini dah cukup Islam. Tak payah terlebih islam nanti jadi lagi keliru. Islam ni pada hati dan amalan bukan pada mafsu nak jadi kingmaker. Kenapa nak bekerjasama dengan dengan umno yang dikafirkan pas selama ni ? Apa motif pas ni ? Yang jelas pas dah nak telan ludah sendiri.
Isu di sini PAS memperalatkan Islam dan UMNO tumpang semangkuk. Apa pendirian PAS terhadap isu2 semasa seperti 1MDB, skandal najib, GST, FGV dan banyak lagi? Sekurang-kurangnya di zaman Ustaz Fadzil Noor adalah jugak pendirian yg tegas terhadap menda2 mungkar yg UMNO lakukan.
ReplyDeletesemua komen ikut nafsu sendiri...
ReplyDeletePas habis lingkup sejak kematian Nik Aziz. Baik2 aku sokong Pas selama berpuluh tahun sebelum itu, habis aku terajang dia jauh2 lepas tu. Apa yg Hadi nak pun aku tak paham. Padahal dia ni tok guru aku di Masjid dia di Kg. Rusila dulu. He was such an awesome figure once upon a time.
ReplyDeleteIslam yg dibawak oleh Hadi tetiba jadi sempit lagi menyempitkan. Sumpah aku tak paham. Benda yg begitu jelas sebelum ni tetiba saja jadi kabur dan kelam. Dia kata dia nak memertabatkan Islam kononnya, tapi acuan dia dah lari dari sirah Rasulullah dan roh perjuangan baginda. Jadi militan dan keras yg tak kena pada tempatnya pulak.
We have been too busy and obsessed being Malays instead of Muslims over the past 60 years since Merdeka. And Hadi just worsened this now. The measure of taqwa in Msia is in how much more Melayu can a Malaysian be. This is what we get when we let Umno and Pas to come together.
Apa yang tuan rasa adalah apa yg saya rasa sekarang.. dan mungkin banyak penyokong pas sebelum ini pun begitu juga..
DeleteDua pilihanraya umum byk yg berkalih sokong pas tapi bila nik aziz tiada semuanya jadi kabur dan tunggang terbalik.. Pas saya lihat bukan bersama kita rakyat lagi.. tapi hanya pikirkan diri sendiri.. penuh dgn retorik saja.
This time around if they ever offered themselves to be my rep, i would rather say go fly kite.. really.
Sama la dgn gua bro.. 6 kali elections pangkah PAS walau hanya sekali calun menang. Semangat nak lihat perubahan kearah Islam. Tapi sekarang Islam bawaan PAS dah kelaut. Hadi dan geng² lebai yg mengelilingi beliau takde yg berkebolehan mentadbir.
DeleteNext election my vote is for PH candidate, no matter from which component party.
Sebenarnya PAS sudah di landasan yg tepat,namun :
Delete1. Faktor ekonomi
2. Kelemahan pucuk pimpinan yg tak sedar bahawa berjuang di jalan Allah ni bukan senang dan bukan mustahil.
3. Angkuh riqk dan takbur
4. Pengalaman kerana kurang faktor ini apakah dgn serban jubah anda sudah hebat? Belum lagi....
5. Menjatuhkan hukum sesuka hati.
6. Cetek ilmu.
FAKTA.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKalau hendak melaksanakan hukum yg digariskan oleh agama Islam kenalah ikut sepenuh nya bukan sekerat-sekerat.Hukum minum arak sebat 6 rotan itu tidak ada dalam islam yang ada sebat 40 kali.
Antara lain 355 ialah untuk meletakkan hukuman Islam pada tempatnya jadi orang Islam wajib sokong untuk menegakkan agama Allah.
Kehidupan sosial rakyat Malaysia tidaklah selesa lagi jika hendak dibandingkan dengan zaman datuk nenek kita dahulu. Sekarang ni pergi mesjid pun risau takut takut motosikal hilang, kereta kena pecah cermin dan lain lain jenayah. Mengapa ia berlaku antara faktornya ialah rakyat hilang rasa takut pada perintah tuhan.
Persoalannya mengapa kita mengambil hukum yang dibuat oleh manusia sedangkan hukum yg di tetapkan oleh Allah kita tolak malah kita hina. Dimana Islamnya kita bila 355 kita tolak mentah-mentah belum lagi dibahaskan kita dah tolak. Wakil rakyat apa kita kalu kesejahteraan kehidupan rakyat kita tolak.
Mereka yg melakukan jenayah mesti dihukum mengikut hukuman yang digariskan oleh Islam tidak kira penganut agama, barulah masyarakat boleh aman damai.Ini kerana dalam urusniaga jual beli umpamanya terlalu banyak penipuan yang berleluasa. Umpamanya jualan barang tiruan, menipu timbangan, menipu dalam pengiraan dan pelbagai lagi siapakah yang paling banyak terlibat dalam perniagaan sebab itu parti ini terpaksa menolak 355 kerana kalu nak kenakan hudud mereka yang terkehadapan sekali berhadapan dengan hukuman.Dan jika dilaksanakan mereka akan kehilangan pengundi atau kerajaan. Inilah halangan yang sebenar-benarnya. Jadi kalu tuan punya blog menafikan fakta ini I can say more.
Persoalannya mengapa kita memilih parti yg langsung tidak mengEsakan Allah adakah mereka akan menolong kita diakhirat kelak atau kita yang terhergeh-hegeh nak bantu mereka di hadapan Allah kelak? I just can figure this out!
Apa barang da... Hukuman jenayah/tadbir dah ada dlm undang2 dgn hukuman yg lebih berat dr RUU355. Tp jenayah tetap berlaku dan kita tetap tidak aman dgn nya.
DeleteSoal nya bukan hukuman, tetapi pelaksanaan. Jika dilaksana dgn adil & amanah, tiada lah negara malu dgn Projek 1MDB. Tiada lah kes bunuh terlepas dan kes sodomy jd senjata politik.
Nak tadbir negara bukan hanya setakat pakar mengaji sahaja, ilmu ekonomi dan pentadbiran kena ada. Ada pernah dengar org PAS komen pasal ekonomi dan 1MDB? Takdenya sebab ilmu tang situ mereka takde. Jadilah hanya mengaum kata org ni org tu kafir, sedangkan mereka pun hanya manusia bagaimana nak pertikaikan akidah org lain? Selama itulah PAS hanya menjadi parti kedaerahan walaupun sudah lebih setengah abad ujud kerana relevannya samar dan kalut...
ReplyDelete