Tuesday 12 April 2016

Cerita Seram 1MDB Baru Nak Mula.



Sebelum kita kupas lebih lanjut mengenai Lapuran PAC, kita sebut sikit mengenai gegak gempita fasal Dr Mahathir. Yang semua dunia kecohkan hari ini ialah Najib Tun Razak- individu ditengah kontroversi dan skendel kewangan 1MDB- duit lesap antara RM25-30 billiion, duit awam masuk dalam akaun peribadinya dan sbg.
Yang tidak kecoh ialah Dr Mahathir. Yang dianggap penyangak dan rasuah serta salah gunakuasa, ialah Najib Tun Razak bukan Mahathir. Akibat perbuatan Najib, Malaysia jadi pariah dimata dunia.
Jika budak2 UMNO maki hamun dan hina Mahathir yang berumur 91 tahun itu, dan mencapai umur yang demikian sesuatu yang dimuliakan dalam budaya Melayu, maka perbuatan budak2 UMNO yang dibiayai dan didanai oleh duit UMNO itu  mencerita banyak hal mengenai pembesaran  dan pendewasaan budak2 Melayu dalam UMNO. 
Siapa mak bapak mereka? Bagaimana didikan mereka? Ini budaya Melayu yang UMNO bawa? Caci dan hina orang Melayu?
Jika demikian, maka orang Melayu mesti menjauhkan diri dari UMNO, pemimpin nya jahat dan membawa kerosakan, partinya dipenuhi dan dikuasai oleh mereka yang juga jahat dan tidak bermoral.
Pemimpin nya sekarang ialah Najib Tun Razak. Banyak sedap mahu tanya, apa lagi yang mahu dibisingkan sekarang setelah lapuran PAC?
Sebagai permulaan, cuba beritahu kemana banyak wang lesap?
Sesiapa yang membaca Lapuran PAC dari muka surat ke muka surat tidak akan percaya Najib sudah bersih. Syarikat yang bermodal RM1 juta boleh pinjam RM50 billion. Ini satu hal. Yang kita tahu 1MDB beli Edra Energy 18 billion. Mana asset lain?
Kemudian belum pun dakwat proklamasi bersihnya Najib kering, IPIC kata mereka bukan pemilik Aabar Investments PJS Ltd atau Aabar BVI. Jadi Najib arah bayar kemana duit RM4.24 billion? Siapa yang curi RM4.24 billion duit Malaysia?
Jumlah total yang dibayar kepada Aabar BVI ialah USD3.5 billion atau pada kadar tukaran USD1=RM4, bererti RM14 bilion telah lesap? Siapa pemilik Aabar BVI?
Kalau IPIC kata mereka tidak terima tapi yang terima ialah Khadem Al Kebasi Qubaisi dan Badawy al Husseini, ini semua kawan Jho Low dan Jho Low kawan baik Najib. Mengapa Lapuran PAC tidak sebut perkara ini?
Siapa yang melepaskan pembayaran kepada syarikat palsu? tidak ada orang lain yang ada otoriti melepaskan wang selain Najib Tun Razak. Jadi bagaimana dia kata isiu nya sudah beres?
1MDB bayar pada siapa? Saya yang meluluskan pembayaran? Apa kaitan Khadem Al Qubaisi dan Mohamad  Badawi al husseini dengan Jho Low sahabat baik Najib?
Kemana pergi pula RM4 billion yang dipinjam dari KWAP oleh SRC? Dalam jawapan bertulis kepada soalan saya dalam parlimen, Menteri Kewangan kata hanya sebahagian kecil wang KWAP dipakai. Baki nya pergi kemana? RM 4 billon hilang lagi.
Bagiamana Najib boleh kata setiap sen 1MDB di perkirakan?
Jadi jangan hendak bersegera istihar isiu ini selesai. Tidak ada perincian dalam aliran wang. Ketua odit negara pun tak boleh huraikan kemana beberapa jumlah wang lesap. Orang yang tahu semua ini ialah Najib seorang sahaja dan budak2 suruhan nya yang mengendalikan wang 1MDB. Mereka telah rompak sampai habis.
Mencari penglibatan Najib dengan skendel 1MDB dan berbillion Ringgit yang masuk kedalam akaun nya, belum berakhir. Malah mimpi seram Najib baru mahu bermula.
5-6 negara luar sedang menyiasat Najib dan budak2 suruhan nya. Kesaalahan yang disiasat termasuklah pengonglapan wang, penyaluran wang haram, pecah amanah dan salah laku jenayah yang lain. Najib mungkin berjaya mengunci mulut rakyat Malaysia, tapi dia tidak akan mampu berbuat apa2 dengan negara luar. Adakah Najib mahu rakyat Malaysia mengangkat senjata membela nya? Tidak ada orang yang melakukan nya.
Rakyat Malaysia tidak boleh harapkan MP UMNO atau ketua2 bahagian UMNO untuk membela nasib rakyat. Ahmad Maslan dapat RM2 juta. Sahrir Samad yang dahulu nya primus inter pares dapat RM1 juta. Mas Ermiyatie, dapat RM500,000. 
Setelah isiu kebarangkalian MP2 UMNO melompat menandatangani petisyen menyingkirkan Najib muncul, khabarnya MP UMNO dapat juta2 dan ketua bahagian dalam kawasan UMNO kalah pun dapat berjuta.
Sementara itu, malang lagi rakyat Malaysia dan malu besar pengundi Rompin, bila Hassan Ariffn yang kosong mengenai isiu 1MDB dijadikan pengerusi PAC berfungsi sebagai stooge membersihkan Najib.
Malangnya, pekikan dari pemimpin UMNO tidak berjaya membersihkan Najib dari tuduhan menyonglap duit, melakukan pecah amanah, melanggar undang2 .
Dato Najib tanya, sekarang setelah lapuran PAC keluar apa yang hendak dijeritkan?
PAC menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.
Jawab nya banyak. Ada RM25-30 billion yang hilang entah kemana. Lapuran Odit tidak tahu kemana aplikasi wang tersebut.Orang Pekan kata, belum beres wok.

11 comments:

  1. Dato Sak,

    Sejahat2 Botak Chin dan seburuk2 penyamun dan perompak diseluruh dunia, belum ada satu yang lebih jahat, haprak dan haloba berbanding penyamun anak Tun Razak ni. Malaysia mencipta sejarah dan rekod terhina sepanjang abad dan kurun sejak dunia ini wujud. Najib Razak ternyata telah menghempas maruah Malaysia serendah2nya ke lubang najis. Malaon ni patut diajar secukup2nya biar dia lebih kenal halal haram dan dosa pahala. Lebih menjijikkan laki bini ini mempersendakan ibadah umrah, lebai putih, jubah dan segala aktiviti yahanana untuk butakan rakyat marhaen. Bukan hanya lebai dan ustaz2 PAS yang dagangkan agama malah Najib ikut guna strategi sama. No wonder Hadi dan Harun Din serta PAS makin mesra sehati sejiwa dgn Najib Razak, pembelit dan lanun tersohor seantero dunia ketika ini. Sampai masa kita lanyak dia abis2an Dato. Tak ada manusia hebat mampu bertahan didunia ini. Sejarah membuktikannya.

    ReplyDelete
  2. Syabas datuk.

    ReplyDelete
  3. We the Rakyat knows who is the big thief who stole 1MDB's money. He happens to be the greatest liar and coward on earth.

    ReplyDelete
  4. Kenapa kes yang begitu mudah dan jelas bisa jadi begitu sukar dipaham, Dato?

    Perhitungannya mudah saja... pinjam RM42 billion, beli harta total RM16 billion, bakinya sepatutnya ada lagi RM26 billion, dimana duit tu?

    Kenanapa perlu pinjam wang dari Ananda Khrishnan RM2 billion, pinjam dari SRC RM4 billion, dari MoF Standby Credit RM960 million lagi?

    The PAC report basically touches on the management structure, that a JV was formed and money was transferred with or without authorization, BOD were angry but could do nothing etc....

    It didn't address where the RM26 billion went to and more importantly, WHO took it? The two Emiratis? Jho Low or Reza Aziz? Or all of them?

    We need answers, Dato, and until then we must continue to strive to get to the truth and sumbat the wrongdoers into jail for along long time...

    This should not happen and must not be allowed to happen ever again - an example must now be shown so that it will never happen again...

    ReplyDelete
  5. "End game" sudah sampai. Najib boleh beli tiket ke Sungai Buloh. Pada masa yang sama, Anwar boleh mula membuat persediaan untuk menyambut Najib ke resort beliau.

    ReplyDelete
  6. X tau lah ape nk jadi lgi di hari mendatang.

    ReplyDelete
  7. Harap Najib jangan bodoh lagi dan beli tiket "last exit" dengan booking kat Rayani Air? LOL

    ReplyDelete
  8. Sak, jangan lupa jasa jkkk. Rasa-rasa depa dari Perlis hingga lah ke Sabah dapat pi Beijing (standard discount). Mungkin yg bukan standard Beijing dapat eifel tower kot (utk ikuti kursus kahwin?). Saya sendiri dah naik jijik tengok muka beberapa saudara saya yang tidak berperasan bahawa muka mereka belemuih dgn taik.

    ReplyDelete
  9. Kpd Anwar Ibrahim : Sabar itu Indah

    ReplyDelete
  10. Kita tengok bila si Najib penyamun Negara akan letak jawatan. Umno ngok tetap macam ngok

    ReplyDelete