Wednesday 16 December 2015

Isiu Air di Raub.



Masaalah air Raub.
Sejak saya jadi ahli parlimen Raub, masaalah bekalan air merupakan salah satu isiu pokok. Kampung2 di Sega Tat, ulu atok, kuala atok tidak mendapat pembekalan air sejak lama dahulu. Bahkan orang2 dikampung2 ini bergurau dengan saya dengan berkata sejak merdeka, orang2 Sega tidak menikmati bekalan air.
Keadaan ini tidak dibetulkan walapun MCA mewakili Raub sejak tahun 1970an lagi. Raub tidak pernah ada MP melayu sejak 40 tahun lebih.
Di bandar Raub, setiap 2 hari tidak ada bekalan air. Inilah yang menjadi kelaziman kepada penduduk Raub samada yang diam di bandar atau di kampung2. Kampung seperti kampung SC hanya mendapat pembelaan sejak tahun ini. Pihak JBA telah membekalkan tangki air dalam kampong tersebut.  Itu pun setelah penduduk kampung SC mengadakan tunjuk perasaan.
Jika tidak, ibu bapa lebih rela menyuruh anak dan menantu meraikan hari raya di tempat lain daripada kembali ke kampong SC dan tidak berair.
Ada satu isiu yang saya fikirkan sekitar isiu bekalan air di Raub ini. Ianya ialah respons bangsa Cina dan respons bangsa Melayu.
Orang Melayu yang saya temui redha tidak ada bekalan air. Kadang2 seminggu tidak ada air pun masih berdiam diri. Menerima putus bekalan sebagai suatu kejadian alam dan takdir Tuhan. Mungkin mereka ada perigi atau sumber air yang lain. Atau mereka pergi tumpang rumah saudara mara. Atau rela bersakitan menunggu bekalan air yang dihantar denga lori pihak JBA( sekarang PAIP).
Demikian lah kesabaran orang Melayu, melihat masaalah air di raub sebagai suatu kejadian semula jadi. Sifat dan fiil seperti inilah yang di eksploitasi oleh UMNO.
Tidak pernah terlintas dalam fikiran orang melayu bahawa masaalah ini mungkin akibat dari kesilapan manusia. Pump yang ada mungkin substandard, paip saluran yang dibekalkan lama dan mungkin bawah standard, atau peruntukan dikurangkan. JBA di perbadankan tapi pemperbadanan itu tidak disertai dengan dana yang mencukupi.
Sehingga saya tidak sampai hati untuk menyerang dan menyalahkan pengurus PAIP daerah. Dia telah berusaha sehabis kuat untuk meringankan beban dan rasa sakit hati masyarakat Raub.
Saya menegah ahli DAP bersifat confrontational dengan pihak PAIP. Saya memilih untuk accommodate dan memahami masaalah. Lagi pun, sebagai pihak yang meminta bantuan, saya merasakan kita harus bersopan.
Respons masyarakat Cina amat berbeza sekali. Putus air sehari pun, mereka akan mencari ahli parlimen dan pejabat saya untuk menyelesaikan masaalah ini. Mereka memilih melihat masaalah bekalan air di Raub sebagai akibat kesilapan manusia.
Sikap combative seperti ini saya harap di minimakan. Saya rasa kita harus memahami dan berkerjasama dengan pihak pembekal air untuk kesentosaaan hidup bermasyarakat.
Jalan tengah mesti kita ambil. Janganlah kita mebiasakan diri kita menerima ini sebagai suatu kebiasaan dan kejadian alam. Kita mesti memikirkan kemungkinan masaalah ditimbulkan oleh kesilapan manusia.
Pada masa yang sama, janganlah kita terlalu mendesak dan kombatif. Saya khuatir, isiu ini akan mendapat dimensi perkauman. Jangan kita merasakan kita ada hak mendesak dengan keras tanpa peka kepada perasaan orang lain.
Saya telah membangkitkan perkara bekalan air di Raub sejak 2013 ketika pertama kali masuk parlimen. Saya telah diberitahu bahawa bajet untuk membaiki keadaan sudah pun ada.Timbalan menteri yang menjaga hal air pun sudah naik pangkat jadi menteri pendidikan.
Saya lihat tangki air atau reservoir di Keloi sudah di bangunkan. Pada masa yang sama, saya melhat proses mengganti paip yang lama sedang dijalankan.
Saya berharap pihak berwajib jangan lupa menggantikan pam2 yang melancarkan bekalan air. Dan pastikan bila pembelian dilakukan, asset yang dibeli itu senilai dengan belanja yang dikeluarkan. 

Raub/Rabu 16 Disember

3 comments:

  1. YB Ariff,

    I was at Raub a few weeks ago and had decided to drop in for a meal at the Rest House. I then decided to go to the toilet but was told that the tap was dry. Since I wanted so much to relieve myself, I had no choice but to cancel my meal order and proceeded to another eating shop where I coud use its toilet. It's a pity to see such a grand looking Rest House, but is void of water. If there is no water, how do you expect people to stay at the Rest House.

    ReplyDelete
  2. Anok Sedara Tok 421 December 2015 at 20:07

    kawae pun serba saloh macam aok jugok, masalah air di gugusan kg. Paloh Hinai sampei Pekan pun teruk, sampei petang raya kawae adik beradik kemas kain baju nok beraya Kuantan. Nak lebih2 marah x sampei hati pulok, sedara mara sendiri kerja dengan PAIP, SPAN Pahang, tunggu Loji air Chini siap katanya, sampei sekarang ni kala aok balik Pekan, air putus sokmo, wabe.

    ReplyDelete
  3. Dear Yb,

    Saya berasal dari kelantan, sy telah berkahwin dengan orng sega tat dan menetap di penang. Setelah 4 tahun berkahwin setiap kali balik beraya atau bercuti, kami akan lalui masalah nie. Dah saya sekeluarga terpaksa, pergi ke RnR benta untuk mandi, sekali masuk dikenakan bayaran Rm1. Bayangkan berapa kali sy perlu berulang alik ke benta untuk mandi. Keluarga mertua saya macam redha jer tngh keadaan ini. Kalau ade air pon kene tunggu 1 jam untuk penuhkan 1 tong air.

    Soalan sy:
    1. Adakan menjadi kesalahan untuk menggali telaga melaui kaedah boreng.


    Thanks,
    Fekri

    ReplyDelete