Thursday 2 July 2015

Menteri Kewangan ada hands on control keatas ekonomi, tapi memerlukan penarafan Fitch?



Menteri kewangan bercakap macam pak sontoloyo; dia hands on mengawal ekonomi Malaysia, tapi memerlukan penarafan Fitch untuk menerangkan kepada rakyat, ekonomi kita sihat. Apa punya menteri kewangan ini.

Ini bererti kalau dia beritahu sendiri, sebagai orang yang mengurus ekonomi Malaysia, rakyat tidak percaya. Memang pun. 
Siapa mahu percaya dengan orang yang berpakat dan berwhatsapp hari2 dengan Jho Low yang mendedahkan negara kita kepada bencana ekonomi?

Bayangkan negara Greece baru default USD 1.7 billion dengan IMF, ekonomi nya sudah hancur. Negara kita ada tanggungan lebih dari itu dan para pemimpin UMNO yang buta economics dan Finance kata ok. Memang dalam PRU14, UMNO akan nahas.

Kita akan pergi on the ground becakap mengenai isiu 1MDB, MRT, LRT ampang yang diberi kepada George Kent, FGV, KWAP, EPF, Sime Darby, MARA dan banyak lagi. Bahkan pembelian asset oleh Tabung Haji. 
Orang sudah tidak hendak dengar isiu bangsa Melayu dalam bahaya, agama bangsa Melayu dalam bahaya dan Raja bangsa Melayu dalam bahaya. Ini cerita basi. 

Ratings agencies ini, 99% dari prognosis nya salah. Dr Mahathir dahulu tak pernah ambil kisah mengenai ratings agency ini. Kalau kita bayar lebih dan bawa pegawai2nya enjoy sana sini- bagus lah lapuran nya. Kenapa kita mahu tipu diri sendiri? Tapi Najib suka dengar hype nya sendiri. 

Secara praktikal- janganlah kita ini bersandar sangat kepada fitch atau Moodys’ atau Standard and Poor’s. Ini the big 3. Mereka telah buat kesilapan besar dalam tahun2 kebelakangan ini. 
Ejensi penarafan kata bon2 pembelian rumah di USA bagus, tapi ia menyebabkan banyak bank besar2 dan institusi pinjaman perumahan di Amerika bungkus. Bencana tersebut dinamakan Subprime Mortgages debacle.  Congress akhir nya terpaksa bail out.

Ajensi penarafan kata ENRON bagus, kemudian ternyata penarafan mereka bohong dan ENRON lingkup. Ratings agency juga yang kata jangan risau mengenai ekonomi Greece, sekarang Greece berada dalam malapetaka ekonomi.

Jadi saya tanya Najib Tun Razak- apalah besar nya penarafan oleh Fitch ini? Menteri ada hands on control over the economy- lebih faham dari Mat salih yang datang sebentar ke negara kita.

Beberapa tahun lalu, seorang pegawai tinggi perbendaharaan mempersetankan Fitch. Sekarang analisa Fitch dianggap bagus? Konsisten lah sikit menteri kewangan.

Saya lihat bukan main lagi akhbar Star menyenaraikan indikator pemulihan ekonomi kita. Ekonomi berkembang antara kadar purata 4-5.8% , tapi di parlimen angka yang benar ialah secara purata ekonomi berkembang pada kadar purata 4-5%. Perhatikan deficit kita- ianya sekitar 4% secara purata. Apa yang diberitahu kepada kita?

Pemberitahuan nya ialah, kemampuan kita untuk membayar hutang negara berada dalam keadaan yang mencemaskan. Rule of thumb ialah melihat pertatusan defisit dan bandingkan dengan peratusan pertumbuhan ekonomi. Spread yang kecil antara nya, menandakan kemampuan bayar balik hutang sangat mencemaskan.

Penarafan Fitch tidak memberitahu kita apa2 pun mengenai kesempitan hidup yang dirasai oleh rakyat. Ia tidak memberitahu apa2 mengenai kos kehidupan yang meninggi; kekurangan perumahan mampu milik, perkerjaan yang diambil alih oleh pendatang yang menyebabkan pengangguran kepada anak bangsa kita. Ia tidak menerangkan apa2 mengenai salah laku keatas skendel kewangan dan rasuah. Ia tidak memberitau kita apa2 mengenai kos perubatan yang meninggi bukan disebabkan pertambahan khidmat perubatan tapi disebabkan kos ubat yang tinggi.

Hey..hey…ia tidak memberitahu apa2 pun tentang kelembapan PM menangani isiu semasa. Jangan guna Fitch Rating yang sedikit masa dahulu dikatakan oleh seorang pegawai tinggi kerajaan- firma yang tak tahu apa mereka cakap untuk menepuk belakang sendiri. Sekarang bila Fitch Ratings beri sedikit komen baik- wah ejensi penarafan Fitch terbaik. Inilah lojik pemimpin UMNO yang buta economics dan finance.

Jadi yang PM dan Ahmad Maslan dan pemimpin UMNO yang buta economics dan finance nak tipu rakyat apa hal? Ejensi Fitch hanya memberi perakuan melalui penarafan nya keatas kemampuan Malaysia membayar hutang dalam masa yang di tetapkan. Itu pun bukan nya AAA.

Ertinya mungkin ada kelewatan sikit2- maklum sahajalah hendak mencairkan asset bukan nya mudah. Kerajaan Najib telah mengering kontangkan perbendaharaan. Kerajaan Najib tidak ada duit. 
Tanah yang TH beli yang dikatakan jadi buruan orang yang sedang beratur hendak beli- tidak pun dijual lagi. Dan bila kita sesak hendak jual asset kita, orang akan hanya beli pada harga yang lebih rendah. Hasil jualan ini akan hanya membayar sebahagian daripada hutang dan tanggungan kerajaan.

Apa yang ejensi penarafan seperti Fitch buat? Ajensi penarafan ialah sebuah firma yang menilai kebolehan pemiutang membayar semula hutang dalam masa yang ditetapkan dan kebarangakalian mungkir janji.
1MDB misalnya ada lewat beberapa kali bayar hutang bank tapi dibantu oleh perwira putih disaat akhir. Mungkin stunt 11th hour ini yang menyebabkan Fitch kata Malaysia resourceful bayar hutang.

Ekonomi Malaysia dalam bahaya dan Fitch atau tidak Fitch, Najib masih kena jawab- kemana duit berbillion 1MDB itu pergi? Jawab jangan tak jawab. Saya diberitahu bahawa Najib enggan ke parlimen untuk terangkan 1MDB sebab dia mengaku dia tidak dapat menerangkan nya. 
Walaupun Najib mengarahkan Nor Mohamad Yaakob bantu menyelsaikan masaalah ini, bolehkah Nor Mohamad atau mana2 individu yang sudah dijaringi Jho Low menyelesaikan masaalah 1MDB?
1MDB ini akan menjadi tali gantung Najib. 

PS: kelajuan internet di Raub sedikit perlahan. harap maaf.

15 comments:

  1. Betul dato'. najib nie kalo pergi haji 1000 kali pun aku masih tak percaya ckp pembohong nie..najib punya imej dah mcm longkang busok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika amanah diserahkan kpd yg bukan ahlinya, tunggulah kehancuran akan menimpa! Nauzubilllahininzalik!

      Delete
  2. Saya respect tahap pembohong yang ada pada Najib - Kalau ikut rating "kaki kelentong" Fitch boleh bagi Najib "AAA"

    ReplyDelete
  3. Salam Dato,

    Saya berpendapat bahawa sesiapa yang ada internet atau berkebolehan memahami dan membaca rentak politik arus perdana pada hari ini akan bersetuju dengan pendapat Dato.

    Ada tiga golongan :

    1. Golongan yang anti-UMNO/BN (anti kerana korupsi dll). Selalunya golongan profesional dan mid-income group.

    2. Golongan pro-UMNO tegar. Mereka ini bernafsu dunia melangit tingginya gara-gara "political network".

    3. Kebanyakan golongan luar bandar, kurang ekonominya, kurang pendedahan politik dari pihak pembangkang, golongan kurang kemudahan internet dll.

    Maka golongan nombor 3 inilah yang harus kita "all-out" untuk menerangkan kepada mereka sebab dari segi statistik jumlah mereka agak besar juga dari segi persempadanan politik pilihanraya negeri.

    Golongan no 3 ini kalau kita cakap apapun tentang Najib, clichenya "Ahhh. mereka berkuasa apa kita boleh buat ....", "asal negara aman cukuplah...". Inilah bahananya kalau taraf mentaliti rakyat Malaysia yang masih lagi ala-ala 60an.

    Mungkin umur 65an ke atas masih boleh kita fahami keadaan mereka, tapi bagi muda-mudi yang pro-UMNO, bagi saya ..... demokrasi memanglah kita pilih siapa sahaja.....tapi kalau terang-terang siang hari Najib buat kerja kotor, saya tak faham apa jenis muda-mudi punya mentaliti .... buat malu negara. Lebih lagi bagi budak-U yg pro UMNO. Saya tak faham apa punya belajar mereka di Universiti kalau membaca "gaya Najb" pun tak faham atau buat-buat tak faham.

    Saya tidak kenal Dato, tapi dari perbincangan Dato setakat ini, memang kami pembaca di disini sokong anda 100%. Kita hendakkan lagi 1000 orang macam Dato punya metaliti. Minta maaf bukannya mentaliti yang hanya akhirat (bukan mentaliti ala Taliban, Boko Haram, ISIS yang tidak tentu pasal) , sedangkan Quran adalah untuk dunia-akhirat. Strategi politk kena betul. Kalau selalu angan-angan mimpi "negara Islam" tapi strategi politik lemah, bercelaru dan mungkin lari dari maksud Quran, maka kita akan kalah. Nabi Muhammad sendiri bijak dalam berdiplomasi hubungan politik dengan bukan Islam.

    Saya rasa abang Najib kita ini sudah tidak ada ciri-ciri seorang pemimpin yang rakyat kehendaki. Dia secara ekonomi, politik, kepiminan sudah tidak ada daya kekuatan sendiri. Banyak sangat puji orang putih.



    ReplyDelete


  4. Fitch berkata bahawa “local agencies such as Employee Provident Fund (EPF) can provide funding to support to the sovereign in the event of a sell-off by non-residents.”

    Phua Kai Lit

    ReplyDelete
  5. Salam Tn,

    Hari ini hati saya berdebar-debar tengok Najib dengan penuh gaya tabur wang zakat Wilayah Persekutuan kepada asnaf hasil dari dana zakat yang dikumpul sebanyak RM 850 juta. Bukankah urusan Agama Islam dan Zakat dalam naungan raja-raja. Kenapa pula Najib dan Jamil Khir pulak yang hambur-hamburkan?

    ReplyDelete
  6. YB betul ikhlas bila menceritakan PM kecut Bugis kita. Syabas

    ReplyDelete
  7. Kelemahan yg kian ketara....
    Tiada keyakinan diri....
    Kerakusan nafsu dunia.....
    Pembohongan yg jelas.....
    Tidak percaya bangsa....
    Ahjibgor !

    ReplyDelete
  8. Dato,a story by a WSJ reporter on CNBC said that 700 million of 1MDB money linked to Najib's personal account.If this story is true,then Najib is toast.

    ReplyDelete
  9. The WSJ is not like the Star supermarket tabloid or Sarawak Report.

    If the reporting by WSJ is false,Najib and 1MDB can sue WSJ for tens if not hundreds of millions.Whereas Najib and 1MDB can only sue SR for hundreds of ringgit.And they will be lucky to get cents or pennies if they win.

    Anyone in Najib's shoes will be having sleepless nights.And of course be worried,very very worried.

    ReplyDelete
  10. Rating Agency tersohor ni banyak kerja balckmail sbb kalu x bayar mereka fee juta2 mereka akan downgrade mana negeri atau Corporation yg sangat bergangung pada rating mereka. Selalunya Fitch, S&P dan Moody akan dapatkqn maklumat dpd internet atau public domain dan buat andaian mengarut rating rendah. Negara2 atau Corporation2 akan gelabah dan panggil dia orang suruh naikkan rating. Mereka kata boleh bayarlah fee utk kaji dan naikkan rating berdasarkan maklumat dalaman yang selalu confirm teruk. Untuk tweak supaya bagus naik ke A- ke atas sampai AAA dpd B atau BBB mereka henjut lagi juta2. Entah berapa bnyk juta gomen byr dia orang supaya Euphoria fantasi dpdt A-.
    Hanya org yng tahu cara kerja Rating Agency Zionis ni yg tahu mereka di byr mcm PR APCO.
    Bodohlah menteri2 kita yang x belajar mikro dan makro ekonomi dan x pernah nak tahu dasar2 ekonomi yg betul. Ada pakar tempatan yg jujur x gunakan sbb nak tutup pekong.
    Hutang kita yang dah melebihi GDP saya ingat dah lebih 70% masih nak tipu rakyat. Dasar Fiscal pun kelam kabut dengan adanya menteri2 dungu dan bahlol x tau ekonomi ckp sedap mulut.
    BNM pun dah jadi boneka dlm segala hal.
    Apa nak jadi dengan Malaysia kita pun x tau lah.
    Dpd No. 1 ke semua menteri kabinet jenis penyamun terbus atau yg sewaktu dgnnya. Termasuk lah Khazanah dan GLC2 Bawahnya. Habis duit ralyat di bazir & di rampok macam tu saje.
    Prasarana rakyat spt sekolah, pengangkutan awam, hospital dan lain x di beri keutamaan.
    Hanya nafsu kayakan diri sendiri skrg yg ada keutamaan.
    Moga Allah selamatkan Malaysia dan rakyat yang di Zalimi.

    ReplyDelete
  11. Semua rating agencies kerja mereka adalah memeras pengguna khidmat mereka. Mula2 jatuhkan rating. Kemudian di suruh naikkan rating. Fee juta2 di bayar utk kerja naikkan.
    Walaupun pada dasarnya teruk boleh naikkan dpd BBB ke A- atau terus ke AAA. bergantung pd $$ juta di byr.
    Mcm Malaysia ni mungkin byr $$$ mega million sbb sedang rapuh ekonomi. Mana mungkin National debt dah cecah lebih 70% dpd GDP boleh tiba2 naik ke A-. BNM x buat kerja ke?
    Dah lah mcm tu menteri2 dolmat dungu pu x faham apa yg rating ne semua selain dapat feel good factor shja.
    Hancur Malaysia mcm ni. Kulit nampak muda isi dalam dah busuk ke tulang.
    Menteri2 dungu dan sewaktu dgnnya buat2 x tahu yang busuk dah menusuk ke hidung masih nak kata semua ok.
    Atau mereka ni tunggy masa je nak lari dengan duit samun bila negara bankrap.

    ReplyDelete
  12. YB Datuk, saya kadang2 tidak faham dgn najib, bercakap kpd rakyat seolah2 rakyat terlalu bodoh. Bukan semua bodoh, yg bodoh ialah manusia melayu umno yg mengharapkan wang setiap kali persidangan umno / pilihanraya. Kebodohan mereka mengalahkan pelajar2 ting 1 saya. Tapi pada diri najib kebodohannya menyebabkan saya merasakan pelajar2 ting 5 saya jauh lebih cerdik...

    ReplyDelete
  13. 1/2
    “Dr Mahathir dahulu tak pernah ambil kisah mengenai ratings agency ini…Ini the big 3. Mereka telah buat kesilapan besar dalam tahun2 kebelakangan ini.”

    Sedikit-sebanyak tentang "kehebatan" rating agencies daripada Prof. Alan S Blinder:

    “One key link in the chain was the veritable flood of AAA ratings that credit-rating agencies showered on so many senior and super senior mortgaged-related securities. To put the rampant grade inflation into perspective, on the eve of the crisis only six blue-chip American corporations — names like GE, Johnson & Johnson, and Exxon Mobile — and only six of the fifty states merited the coveted Triple-A credit rating. It was the gold standard — and just as rare. So how did so much lead get labeled as gold?

    The credit-rating agencies — led by Standard & Poor’s, Moody’s, and Fitch — were supposed to be one of the safety rails that would prevent the financial system from running off the road. Instead, they failed us, turning out to be part of the problem rather than part of the solution. Why? Sheer incompetence is one piece of the answer; the agencies simply could not imagine a house-price crash of the sort that occurred. But that was true of a lot of people. There were deeper problems.

    One was the incentive system. Who do you think pays the rating agencies for their work? Investors? No. The government? No. Exchanges? No. It was, and still is, the issuer of each security. In the case of MBS, CDOs, and the like, that meant that the agencies’ biggest customers, were the Wall Street securitizers. The cozy arrangement poses several problems.

    One is the natural desire of any firm to please its customers. That’s not crookedness; it’s good business. But in the ratings business, it means that companies being ‘graded’ are actually hiring and paying their own ‘graders.’ If I proposed that my students pay me for grading their work, I’d be thought crazy, corrupt, or both…

    ReplyDelete
  14. 2/2
    Second, the practice of ‘negotiating’ ratings became commonplace. Suppose our mythical investment bank, FIB, proposed a particular complicated payment structure to a rating agency, which studied it and replied that such a security would merit only a single-A rating. FIB might then respond with an obvious — and not unreasonable — question: ‘What would we have to do to get Triple-A? When the rating agency answered this question, FIB could adjust the details of its proposed securitization accordingly and reapply for a rating. What else could the agency do but rate the proposed security AAA? Again, there is nothing inherently duplicitous about this up-and-back process. That’s how products get improved. But it led to an awful lot of dubiously rated AAA paper.

    Third, competition among agencies allowed — nay, invited — a pernicious form of ‘ratings shopping.’ If, say Standard and Poor’s assigned some particular security an A rating, but Moody’s gave it AA, which agency do you think would get the business? Competition like that not only produce grade inflation, it also encourages (in this hypothetical example) S & P to keep pace with Moody’s. That’s not the sort of healthy competition Adam Smith had in mind.

    Fourth, investors, regulators, and analysts alike often relied exclusively (or almost so) on the opinions of the rating agencies, rather than performing their own due diligence. For ordinary investors there was little choice — what else could they do, with their limited resources? But giant asset managers, regulators, and market professionals should have looked deeper. By dint of this abdication of duty, the rating agencies acquired a degree of oracular authority — a working monopoly on alleged wisdom — that they were never meant to have and certainly did not merit. Remember the old adage ‘Put all your eggs in one basket — then watch that basket’? Well, when it came to rating securities, the financial markets did the first but not the second.”

    That was part of Chapter 3, ‘The House of Cards – Villain 6: The Overrated Rating Agencies’ pg 79-81, from “AFTER THE MUSIC STOPPED” – Penguin – ISBN 978 – 0 – 14 -312448 -1 – by Alan S Blinder, the Gordon S. Rentschler memorial Professor of Economics and Public Affairs at Princeton University, also a vice chairman of the Federal Reserve’s Board of Governors from 1994 to 1996.

    ReplyDelete