Cara kita
berIslam ikut suruhan Allah dalam firmanNya 16:125 sudah tidak ada. Yang ada
ialah cara nak sebat, nak balun, nak sula – kalau nak elak semua itu kawin
dengan ustaz.
Serulah mereka
ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan hasanah dan berdebat dengan mereka dengan
cara baik. Tiada lagi itu semua. Tidak ada hikmah, hasanah dan ada takut untuk
berdebat. Ada ancam, ada kekerasan dan ada ikut
aku atau kepala mu aku penggal.
Apa sudah jadi
kepada kita orang Melayu? Kita nak gasak budak 3 orang ini dan suara2 harimau
dan singa yang kelaparan di pinggiran mendesak darah 3 gadis remaja ini.
Ia telah diganti
dengan cara berIslam ala puak pelampau. Kes 3 remaja Islam sekarang ini bukan
hanya kes melakukan sesuatu yang tidak senonoh, tapi ia mendedahkan perkara
yang lebih besar iaitu cara kita berIslam. Ini kesalahan kecil berbanding
dengan maksiat lain yang lebih besar.
Seolah2 nya
Islam dijadikan alat untuk membenam orang lain. Apatah lagi kepada puak pelampau tersembunyi dalam negara kita(
closet jihadists, boko haram, isis, Taliban), Islam boleh dijadikan alat untuk
menekan dan mengawal orang yang tidak ikut cara kita atau tidak bersetuju. Dalam
zaman pemerintahan seorang ketua negara Islam, seorang ulama di hukum bunuh
hanya kerana enggan memperakui pemimpin tersebut mewakili Allah di bumi.
Ketua JAWI ancam
3 gadis remaja jika tidak tampil kedepan, akan kena tangkap. Sunat kan mereka. Saya
andaikan JAWI ada kapasiti keluar atau mendapat waran tangkap. Yang boleh
tangkap hanya pihak polis yang ada waran tangkap dan ada kuasa reman.
Maklum saja, ini
dosa besar yang boleh rosakkan aqidah umat Islam. Segala kelemahan umat Islam
Malaysia, bahkan dunia, segala dosa yang mereka lakukan , ditanggung oleh 3
gadis ini sekarang. Sebelum ini umat Islam Malaysia semua ok. 3 budak ini yang
mendosakan umat Islam yang lain. Tuhan akan hukum kita. Tuhan akan laknat kita.
Oleh itu, kita mesti hukum mereka. Jika boleh, heret ke khalayak ramai,
bogelkan dan aibkan mereka. Cukur botak kepala mereka. Buang sial umat Islam
Malaysia yang lain. Malaysia yang Islam akan selamat. Begitu?
Mak Cik Rosmah
Mansor bila berdakap dengan Chong Wei itu lain- itu tunjuk sayang dan penghargaan.
Lagi pun takpa jika wanita tua mendakapi orang muda jika tidak timbul birahi. Bila
dia berdakap dengan pelakon Hindustan pun tak apa- itu pun ekspresi penghargaan,
minat dan mungkin sedikit2 rasa lain.
Demikian fatwa
Syed Ali al Habashi , keturunan Nabi Allah. Kita jangan lawan cakap2 al fadhil
sahibus samahah al habib syed ali al habasyi. Masya Allah! Ini penganjur ya hana na. nanti tak ada Zoharaddi-
nul- Muaiyaad, bizuhu rin nabi Ahmad…susah kita.
Cara kita
berIslam ikut cara sekolah lama atau old school sekarang diganti dengan cara Islam
yang keras, tidak bertolak ansur, ganas dan ikut apa yang ditetapkan oleh
ustaz2 yang mengepalai jabatan2 agama. Zaman dahulu kita tak dengar pun versi
kekerasan ini. Wanita Melayu tetap Islam walaupun tidak pakai mini telekong. Tidak
ada pulak pihak lain yang mengeciskan dan mempersendakan mereka. Sampai masa
mereka Islam mengikut apa yang dikehendaki. Mereka mati mengucap dan dikebumikan
cara Islam. Semasa hidup tak ada pun ustaz, kiyai, tok guru yang memaksa iku
cara2 tertentu. Cara memujuk dan cara menasihati cara penghujjahan dan lembut
ialah cara kita menegakkan Islam zaman dahulu. Jenerasi dahulu tidak kurang
Islam daripada jenerasi Islam sekarang.
Hari ini yang menonjolkan
diri secara fesyen Islam ramai yang melakukan maksiat dan dosa yang lebih teruk
dari 3 gadis remaja. Tolonglah- ada sedikit rasa kasih dan sayang kepada anak
muda. Yang rasa mereka sudah selamat, aqidah mereka mantap- doakan budak2 muda
ini membaiki kesilapan. Jangan tambah dengan mengkehendaki hukuman yang berat. Manalah
tahu , yang bercakap dari rumah dan rasa mereka ok dari adab susila Islam
sedang tonton porno. Negeri yang menggelarkan dirinya negara beriman dilapurkan
sebagai mempunyai ramai sekali penonton pornografi.
Reaksi saya yang
pertama dalam kes kenyataan tindakan keatas 3 gadis remaja Islam yang berdakapan
dengan pop star korea ialah- ini semua remaja, mustahil cara kita bereaksi
seganas begini? reaksi pihak berkuasa ialah membakar kelambu untuk halau seekor
nyamuk. Apa yang terjadi mungkin perbuatan rangsangan bioloji semula jadi. Gadis remaja merasa teruja sangat naik keatas pentas dan didakap atau mendakap
penyanyi kesayangan mereka. Penyanyi korea pula berkelakuan seperti yang biasa
mereka lakukan. Ini reaksi spontan.
Saya rasa JAWI
patut pergi melawat kampong dan mengharamkan program2 gusti. Pernah kita tengok
pakcik dan kadang2 makcik Islam tengok gusti di TV? Mereka hilang akal dan
berkelakuan unislamic. Maka jika program gusti menyebabkan orang dewasa Islam
berkelakuan tidak senonoh, baik haramkam program gusti.
Ini reaksi
spontan. Demikian juga dengan 3 gadis remaja yang dimaksudkan. Reaksi spontan
dari anak muda yang teruja yang memperlihatkan cara menunjukkan kepeminatan
mereka. Janganlah kita membaca nya sebagai suatu yang mengaibkan dan
meruntuhkan Islam, kerana sama ada kita suka atau tdak, ada perkara yang lebih besar
yang meruntuhkan islam.
Saya bukan Islam, tetapi apabila saya lihat apa yang terjadi di dunia sekarang saya geleng kepala dan sakit hati. Dengan kadar kematian yang berpunca dari Islam, saya kira bilangan kematian atas nam Islam akan melebihikematian di peperangan dunia kedua.
ReplyDeleteISIs, Boko-haram, Al-Qaeda, Abu Sayab, Taliban dan lain-lain tak habis-habis nak bunuh orang supaya dapat ke syurga.
Apakah ajaran ini yang mana jalan ke syurga dipenuhi dengan mayat ? What kind of teaching is this where the road to heaven is littered with dead bodies ? Ajaran ini telah susuk masuk ke Malaysia sedikit demi sedikit denagn tindak tanduk JAKIM dan JAI negeri-negeri lain. Apakah ini nasib MAlaysia seperti nasib dunia Islam lain ?
Di Malaysia, walaupun tiada pembunuhan secara fizikal, tetapi secara minda banyak berlaku; orang ramai tak boleh berfikiran sendiri tetapi mesti ikut telunjuk-telunjuk puak-puak arab tertentu. Kalau tidak ikut macam-macam ancaman dikeluarkan.
Wahai, apakah nasib negaraku, Malaysia. Will she become Malaysia DArul Taliban ?
Everyone knows Tunku drank, played poker and lets face it, his relationship with at least a couple of ladies before he married would be considered unIslamic today.
ReplyDeleteBUT I also remember Tunku the older he got, when discussing Islam - here OR abroad, who outqouted and outdebated Ustazes and so called "defenders" of the faith, here and in the Middle East with style.
I would not dare to say I know Islam. But Tunku taught me what it meant to be Malay and what is happening is NOT Malay and those people are not Malay.
Islam itu lembut mendakwah sebenarnya samaada kepada bukan Islam apalagi sesama seagama. Selembut menarik rambut dalam tepung. Moga kita dapat melaksana dakwah dan nasihat dengan semurni mungkin. InsyaAllah.
ReplyDeletePenguasa agama makan gaji; mereka ni hipokrit bukan satu sudut saja. Pilih bulu, pilih kasih, pilih dosa. Orang besar lepas, orang kecil kena. Dosa besar lepas, dosa kecil kena.
ReplyDeletePenguasa agama makan gaji; idealisme tak ada, ilmu kurang, kerja pun lebih kurang. Kadang-kadang pi tangkap manager kedai buku nak tunjuk buat kerja. Kali ni suruh remaja K Pop datang mengadap. Besar betul dia, lebih dari raja.
Boss Sak,
ReplyDeleteOff topic...
but during sesi Parlimen akan datang, as MP mungkin boleh tanya kerajaan mengenai isu Harga Gula...
in World market, the price is at 15cent USD per pound bersamaan dengan RM1.18 per kilo...
Mengapa kami sebagai rakyat bayar RM2.84 sedangkan harga gula da turun 50% in world market from peak price before...????
Mohon penjelasan or write a topic on it so all your readers are made aware off... you can refer to blogger outsyed on the topic also today based on my comment earlier to him...
Harga milo, Gula, Tepung, Susu at rm6 /liter are very expensive than most of the average countries pays...
It is sad that sin are now managed and addressed by man or Jakim, jails and so on. When did Allah authorize them to act on his behalf to be the judge and punisher. Jakim seems to be confident of dispensing right and wrong as if equating the role as Allah. It is time Malay Muslim to stand up against these self righteous people who wants to dictate how you live.
ReplyDeletePak Sakmongkol, kenapa pemimpin yang sepatutnya memimpin dan meberi tunjuk ajar when things go wrong selalunya senyap sunyi saja? Dia tak peduli kah kalau Negara ini satu hari nanti kelam kabut kucah kacir?
ReplyDeleteHugging and kissing on cheeks are normal.Parents,children,relatives and friends hug each other when they met.So what is the big deal of three teenage Malay girls hugging their pop idols?This is the 21st century,you good for nothing Jawi sleepyheads.
ReplyDeleteWhen stupid people or little Napoleans are put into small positions of power,they of course made stupid or moronic decisions.Can anyone tell me what to expect from stupid persons of moronic ideology?
These stupid people left traces of shit wherever they go,from Alor Star to Johore Baru.Put these morons in a room together with a mule and they will start bonking the mule too.These stupid people cannot put their brains if they have any to work.Why?Because they have animal mentality.
No matter how careful they are,one day these Jawi officials will be caught committing khalwat or bonking the donkey.It is just a matter of time that they get caught,not by Jawi officials but by the public.
Sebenarnya semua ini adalah jentera UMNO-BN untuk tengok REAKSI rakyat islam melayu.....nak tengok UMNO-BN masih ada Kontrol dengan minda Rakyat Melayu Malaysia....
ReplyDeleteNak rakyat Lupankan saja ISU lebih Besar...Pasal IGP dengan Izin UMNO lepaskan Pembunuh Altantuya Sirul....secara silap. APA Jenis undang2 ni....Pembunuh Upahan UMNO senang dapat Ikat Jaminan....??? Boleh Keluar main2??? Jangan lagi kita Romantik terhadap Kezaliman dan Kekejaman!!
Kita Patut hebohkan lagi supya IGP Tan Sri Dipecat Bersama Menteri IGP Hissapmuddin kerana BODOH dan TIPU Rakyat Malaysia serta Agong-Sultan.....
Datuk harus tanya macam mana IGP tahu Sirul kat Australia bila Australia tak Kenal dia datang?? Benarkan Australia benarkan seorang dengan "crminal murder record boleh diberi Visa"..... Saya rasa cukup bukti untuk Pecat IGP dan Hissapmuddin kerana TIPU Rakyat Malaysia!!....Tapi ini Malaysial.... Kerajaan UMNO-Bangsat Negara....tipu...bunuh...korupsi...curi....semua boleh di KAW TIM...sebab 46% rakyat telah diJinakkan Minda Basuh UMNO.....Yang 54% yang Marah dengan UMNO-BN harus BBB...BBB... Bangun Bangkit Basmikan UMNO!!
Dato,
ReplyDeleteI like Bruno's 09:44, graphic and to the point !!
Dato',
ReplyDeleteIni lah umat Islam akhir zaman, bercakap tanpa ilmu dan sekiranya ada ilmu pun ditutup oleh nafsu sebab nak jaga perut.
Kita akan terus melihat dan mendengar , fatwa fatwa yang hanya akan mengenyangkan golongan yang mahu arahan mereka sahaja di dengar.
Gologan pedagang atau golongan bisnes akan terus mencekik gologan pengguna dengan seribu macam penipuan dan golongan pemerintah mengikut telunjuk golongan bisnes kerana ada agenda tersembunyi yang mereka mahukan untuk terus berkuasa.
Manusia dinamakan insan kerana cepat lupa. Kerana sebab itulah peringatan di tinggalkan oleh Rasullulah SAW melalui Al Quran dan Al Hadis sebagai bekalan umatnya semasa masih bernafas supaya tidak lupa tentang kewajiban dan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Berapa lamakah sangat umur kita? 70 tahun? 80 tahun? Akhirnya kita akan bertemu Pencipta kita di Padang Mahsyar. Buatlah banyak kebaikan supaya urusan kita di sana nanti lebih mudah..
Kepada Pemimpin yang di amanahkan utk memimpin, MATI itu PASTI.. Tak amanah, tak jujur dan segala jenis kemungkaran akan menyebabkan kamu kekal di dalam neraka. .. Itu janji ALLAH SWT.
Mangsa banjir.