Kemana kita
pergi sekitar KL sekarang, kita lihat banyak terpacak nya bendera UMNO. Orang sudah
mulai bercakap ini bendera kumpulan gangster- yang melepaskan budak upahan
menendang pelajar university yang merupakan anak2 orang; mak serta ayah serta
kaum keluarga kalau masih terus sokong UMNO setelah anak2 diganyang berdosa
kepada anak2 mereka; jauhkan diri dari UMNO. Parti ini sudah tidak dapat
dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan. Harta benda
rakyat habis disapu.
Ini bendera
parti yang membiarkan kumpulan ala samseng buat lapuran polis lengkap dengan
uniform para military; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang
lain. Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulu nya
malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain2 nya
tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun-
berlagak macam dunia ini mereka yang punya.
Kita tahu
jenis budak2 UMNO ini- lagak di lobi hotel2 besar dan makan di restoren bawak girlfriend
tapi mana sudu mana garfu pun tak tahu.
Suatu ketika
dahulu saya ingat rakyat Indonesia yang tertekan perasaan dan boleh meletup
bila2 masa- tapi setelah saya melawat Bandung dan menyaksikan karakter rakyat
Indon yang walaupun susah tapi tidaklah bermata liar mencari mangsa untuk dikasari-
saya tiba tiba sedar bahawa yang tertekan dan mudah meletup ialah gerombolan
UMNO.
UMNO tidak
sedar bahwa mereka hanya sebagian dari orang Melayu dan mereka yang angkat diri
sendiri menjadi jurucakap Melayu. Sudah ramai Melayu yang tidak mahu UMNO
bercakap bagi pihak mereka. Kenapa kita
mahu membiarkan budak lepasan SRP, SPM menjadi jurubicara bangsa kita? Kita bukan
ahli JKKK.
Tapi pemimpin
UMNO dan pegikut nya tidak tahu emosi apa yang dihidupkan dalam hati rakyat. Bendera
nya bukan lagi lambang kelompok manusia yang megah dan bukan lagi lambang parti
mulia Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak. Ia bukan lambang parti orang
Melayu yang datang dari kampong, merendah diri yang bangkit berarak menentang Malayan Union dahulu.
Orang Melayu
menentang Malayan Union dahulu kerana insaf bahawa mereka boleh hilang kuasa
keatas masa depan mereka. Setelah mendapat kuasa, UMNO sendiri yang menyebabkan
orang Melayu hilang kuasa keatas masa depan mereka. Walaupun ada kuasa, UMNO
gagal menyediakan orang Melayu untuk mempertahankan masa depan.
Cara yang UMNO
sekarang tahu mempertahankan kuasa ialah bukan dengan kekuatan buah pemikiran,
kemantapan dasar pemerintahan nya- tapi melalui ugutan menggunakan tekanan,
kezaliman, kuasa polis dan tentera.
Orang ramai
akan kata- ini bendera parti kaki pukul, kaki ugut, kaki gunakan polis sebagai
budak suruhan, kaki yang hantar budak upahan menendang pelajar, menakutkan
bangsa lain rakyat Malaysia. kali ini bendera UMNO bukan lagi lambang sesuatu
yang dimuliakan dan dihormati oleh rakyat. Ianya sudah menjadi lambang pemerintahan
kuku besi atau reign of terror- bayangan kepada sebuah parti dimana ahli nya
ganas dan membuli rakyat.
Semua nya
hasil kesedaran bahawa UMNO tahu, ia parti yang menuju kepada penghujung hayat-
pengikut nya naik sasau dan mudah meletup. Mereka membayangkan ancaman dalam
semua tentangan terhadap nya. UMNO sudah tahu bahawa dia tidak mampu
mempertahkan keberadaan nya dengan dasar2 pemerintahan nya, idealisme nya dan
kemurnian buah fikiran. Kincir angin itu mereka sangkakan naga2 yang mahu membaham mereka.
Ia hanya boleh
mempertahankan keberadaan nya melalui ugutan, tangkapan, penggunaan undang2
zalim, dan teriakan mengkasari orang lain. Sedangkan dewan persidangan mereka
itu bukan nya memberikan sesiapa yang bercakap suatu kekebalan- namun pihak
berkuasa tidak akan mengambil tindakan apa2 kepada teriakan hasutan dan
teriakan ugutan.
Bendera UMNO
bukan lagi lambang yang boleh dimegahkan oleh pengikut nya kerana UMNO tidak
lagi sebuah parti yang mengundang penghormatan. Ia lambang kepada gerombolan
yang gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat yang tidak bersetuju
dengan dasar2 nya.
Kita tahu
minggu ini minggu apa- suatu pesta bertanding siapa boleh menjerit lebih kuat
dan siapa lebih hebat menaikkan darah gerombolon yang berhimpun di PWTC. Malam nya,
para pemuda dan ketua2 bahagian berkepit dengan puteri2 nya dan memenuhi semua
kelab2 dangdut sekitar Sentul dan Chowkit.
ReplyDeleteSalam YB Dato'
Saya dah letih dan malu nak komen pasal parti yg kononnya memperjuangkan bangsa dan agama ni.
Kita tidak payah teka yg kuat terjerit terlolong nanti ialah jibby yg perasan dialah presideng parti yg hebat. Meneran dan menyembur-nyembur air lior dia.
Dia jadi ketua perhubungan umno selangor makin teruk prestasi pd pru 13. Sekarang noh omar yg jadi kambing hitam. Mat Zin dah out dah dan tak berbunyi. Ada lagi dua tiga kerat dlm selangor. Mereka ni tak jadi red indian pun kalau tak dapat rampas selangor.
wow dato sak.
ReplyDeletejust because u had made your money in umno and get your ass kicked out, doesn't mean you have to be an asshole too...
but this is from the school of dap politics, cheap... ehh?
Dato Sak, ur lelucon tentang gerombolan memang terbaek!saya generasi lahir 70 an,dan membesar dalam komuniti orang kampung ghairah jd ahli gerombolan...ibu saya cikgu kemas dan pakar memasak yg selalu diperkuda ketua wanita dikampung yg terkenal kaya raya dan berkuasa...bapa saya pulak x minat jd ahli gerombolan so kena pulau,i grew up melihat golongan bawahan mcm kami dilembu dan dibodohkan sentiasa,lawaknya bapa saya berabis duit bertanding bebas lawan ameno,masa tu kami anak beranak dah nampak bila kita lawan,hah orang lagi nak tenyeh tp atleast my dad lawan bukan macam org lain jd pak turut...kuli lawan di mamak kuti,bapa saya yg paling depan ...even bertanding sebagai calon...tp bila kuli n d geng kna beli termasuk rais yatim ,radzi sheikh ahmad,shahrir samad n segala geng,my dad tertinggal bot...moral of d story jika u bukan bangsawan express mcm dorang,u wud never be anywhere...yes my dad was offered huge sum of moni by gerombolan masa tu ameno yg bhg propa ialah tok mat the aruah....but i still remember my dad said,harga diri takboleh jual beli...
ReplyDeleteYang menjahanamkan orang Melayu adalah orang Melayu sendiri.
ReplyDeleteDATO
ReplyDeleteTOLONG JANGAN GANGU. PEROMPAK DAN LANUN KAHZANAH RAKYAT HENDAK BERSIDANG.
Sedap sedut bahu cerut Cuban Cigar saperti Cohiba, Davidoff dan Montecristo bila duduk di bilik lounge di Crowne Plaza Jalan Sultan Ismail, Dato. Sekarang sudah ramai ahli UMNO yang sudah hisap cerut RM80 sebatang... nampaknya Malaysia sudah maju dan high-income Dato hehehe
ReplyDeleteBukan je kelab dangdut dato...karaoke pun penuh tapi gro tak laku sebab puteri UMNO ganti jadi GRO....
ReplyDeleteGarfu Dan sudu? Diorang pakai tangan, dato.
ReplyDeleteDato'
ReplyDeleteAda juga bekas YB dari UMNO yang menggunakan agama untuk mendapatkan keyakinan orang lain. Labon nya, baik dengan PM..kenal orang itu..kenal orang ini..boleh bantu dapat projek.penyudah nya duit disapu..projek yg janji utk dilobi? as you said...yilekkkkk...beware Dato' with who you're along...
Fantastic writing YB Dato' keep it up.This party and its components have to go in any by-elections and the coming 14th GE. Bangun! Bangun! Bangun!
ReplyDeleteSak, baru sahaja dengar berita di TV3. Geli hati bila mendengar komen2 OMNOGOK. Bottomline - UMNO dah tak tahu apa nak buat untuk meperbaiki keadaan. Ha Ha Ha ...... Hilang punca.. Tak tahu dimana nak mula. Worst scenario President UMNO sendiri tak sedar dia ada masalah. .."denial syndrome" masih berluasa di majoriti pemimpin UMNO. As a Russion proverd says 'the fish rot from the head" . Ending nya kita akan lihat nanti.
ReplyDeleteThanks for highlighting matters important for the nation in Bahasa Malaysia. Hope you will continue to highlight the absence of matters of utmost importance to the nation (leakages, corruptions, good governance and many more in Bahasa Malaysia so as to reach the correct audience.
ReplyDeleteA bunch of mentally tarnished psychophants
ReplyDelete