Saturday 20 September 2014

Keluhan UMNO dan Jalan Keluar Melayu-1

Dr Mahathir dan TS Muhyidin masing2 menyesali dan khawatir tentang minda Melayu. Dr Mahathir malu dengan Melayu kerana Melayu tidak trustworthy dan tida ada rasa malu dan Muhyidin sesal orang Melayu mulai tidak menyokong UMNO.
Kedua2 kenyataan dari pemimpin UMNO ini adalah understatements yang besar. Melayu hari ini adalah akibat dasar yang UMNO laksanakan- kerana UMNO yang memerintah negara dan kebanyakan negeri selama ini.
Tidak dapat tiidak, Melayu hari ini jadi begini kerana pimpinan UMNO, dasar2 UMNO dan wawasan UMNO. Maka sekarang baru mahu berhiba, sudah agak terlambat. Melayu hari ini sudah mahu memilih haluan sendiri dan pilihan tersebut tidak semestinya ada UMNO.
Bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir- Melayu sudah ada jati diri, mahu kendiri kerana mereka sedar bahawa tanggung jawab menjaga kebajikan mereka dan keluarga adalah tanggung jawab sendiri. Kerajaan dan pemerintah adalah wadah kolektif mencapai matlamat2 masyarakat bukan sesuatu yang membuli mereka. Mereka lah yang bertanggung jawab membentuk masa depan sendiri.
Seperti mana tabiat dan fiil orang Melayu adalah hasil tempaan dari acuan pemerintahan fiudal yang zalim dahulu seperti yang dinyatakan oleh pendita Zaaba, maka fill dan tabiat orang Melayu kebanyakan nya ialah hasil tempaan dari acuan UMNO.
Jalan keluar untuk orang Melayu sudah nyata dan terang- tinggalkan UMNO. Kerana meninggalkan UMNO tidak bererti kita meninggalkan kebangsaan kita dan agama kita. Kedua ini merdeka dari UMNO.
Walaupun UMNO secara explisit menyatakan agenda mereka ialah memperjuangkan hal2 Melayu- Muhyidin bimbang UMNO tidak dapat lagi sokongan majoriti Melayu. Walaupun banyak pembangunan dilakukan, banyak faedah diberi- orang Melayu masih tidak mahu menyokong UMNO.
Ini sebahagian dari tanda2 bahawa jalan penyelesaian cara UMNO, agenda mereka, pimpinan mereka sudah tidak serasi dengan kemunuculan jiwa baru orang Melayu.
Boleh jadi jalan penyelesaian nya ialah bukan lagi melihat dari kacamata perkaumaan kita. Kenapa jalan selamat orang Melayu ialah melalui meMelayukan segala nya?
Sebaik sahaja kita meMelayukan segala isiu, kita mengiklankan kepada semua bangsa lain, kita sedia bertentangan dan bergaduh dengan mereka. Jika India dan Cina melihat isiu seperti itu, bolehkah kita megujudkan satu bangsa Malaysia? Kita sama2 tinggal dalam satu negara sekarang, maka melihat isiu2 kita dari kacamata memKaumkan nya, akan hanya menyebabkan kita berpecah.
Contoh: teriakan orang Melayu mesti bersatu. Kenapa jeritan ini diperlukan in the first place? Ini bererti dari mula nya kita inginkan perpecahan bukan perpaduan.
Perpaduan Melayu itu pula bergantung kepada siapa yang bertanya dan untuk tujuan apa? Jika tujuan nya ialah untuk menyerahkan kuasa kepada suatu kumpulan kecil seperti UMNO, maka orang Melayu tidak akan memberinya. Kerana mereka sudah melihat, kepercayaan yang diberikan selama ini kepada UMNO tidak juga menyelesaikan masaalah rakyat sehinggalah dua orang pemimpin besar UMNO, mantan PM dan TPM sekarang, megeluarkan kata2 sesal.
Orang Melayu sedia bersatu untuk kebaikan. Mereka tidak akan bersatu untuk melakukan kejahatan. Sebaik sahaja kita melaungkan Melayu mesti bersatu- kita sudah mengumumkan bahawa kita dalam keadaan minda berkelahi dengan bangsa lain. Kenapa tidak bansga Malaysia bersatu dan bukan Melayu bersatu? Jika Cina dan India berkata- Cina bersatu dan India bersatu bagaimana? Ini akan bermakna, setiap bangsa dalam negara ini hanya boleh maju kedepan, jika membangsakan isiu dan masaalah yang mereka hadapi.

7 comments:

  1. Salam Datuk;

    Seorang kutuk GILA orang melayu. Malas dan bermacam macam lagi kutukannya.
    Seorang lagi mahu GILA Orang Melayu menyokong UMNO, walau DIA sendiri tahu bahaw aterlalu ramai MANUSIA di dalam UMNO yang korupsi dan ambil apa yang bukan HAK mereka.Rasuah dan mengambil KOMISEN dari projek menjadi jadi...Tengok saja bagaimana cara hidup Pemimpin Pemimpin UMNO...Nauzubillah.

    DAP, pula bagaimana? Apakah DAP tidak akan buat MELAYU sebagai KUDA TUNGGANGAN MEREKA, saperti di pergunakan PKR olih mereka.DAP menjadi kuat kerana menumpang PKR..Tapi sekarang PKR pun dah tak seperti dulu lagi, ketika PKR ada misi perjuangan untuk RAKYAT. PKR sekarang seperti UMNO, gila kuasa dan berebut jawatan, nepotisma dan kronisma....Sayang.

    Saya menyokong Anwar kerana saya amat kenalnya ketika dalam ABIM dulu. Sekarang saya dah MELUAT dengan karenahnya...Nauzubillah.

    ReplyDelete
  2. Saya sarankan pergi kat archive utusan baca klentong umno sejak dulu lepas tu rendam minum air cukup untuk melayu dulu kini selamanya...samdul saja percaya kat umgokk walau degree berjela..

    ReplyDelete
  3. ordinary malaysian20 September 2014 at 14:02

    Memang betul dan tepat apa yang Dato telah menyuarakan.

    Cuma dUMNo tentu tak setuju kerana setuju bermakna mereka bankrup modal menakut-nakutkan kuam Melayu supaya berlindung dibawah ketiak (ah, busuk lah) mereka.

    Baru baru ini juga Menteri Dlm Dapur nampaknya pun juga agak kurang faham.

    Haha..

    ReplyDelete
  4. Sir

    I think we should forget about PAS. We need more Malay leaders to lead in DAP and PKR. Is DAP working on getting or nurturing Malay leader? Is Malay members growing? Please share your thoughts. Thanks

    Salam

    ReplyDelete
  5. Salam Datuk

    Kita selalu salahkan Yahudi tetapi kita sendiri tiada strategi sendiri. Soalan saya, apa strategi kita sekarang? Saya nampak matlamat yg pertama ialah "buang UMNO", namun apakah stategi yg diambil untuk ubah mereka yg terlalu taksub dgn parti begini? Hari ini saya hanya nampak retorik, dan hentam menghentam.Cukup kah dgn pendekatan ini sahaja?

    ReplyDelete
  6. Dato,many people are blaming PAS for not supporting the PKR's choice.What these people do not want to admit is the blurdy mess is made by PKR with their stupid foolish Kajang move.

    What I do not understand is why should the DAP and it's leaders be blindly led to follow what the leaders of PKR do.If the leaders of PKR are of true leadership calibre,Umno/BN will already be sitting on the hard wooden benches on the parliament floors.

    And simple things like wanting to go knocking of heads with the palace.And when things do not look so good,these leaders lost their balls and went to beg for forgiveness from the sultan.Don't these politicians have no shame?

    These PR leaders wanted to act like Rambo,and in the end they ended up like Britney Spears without her panties on or Lindsay Lohan high on energy drinks?

    ReplyDelete
  7. Ramai yg sokong dan hormati anwar dah mula menyampah.. loya dan meluat dgn nya sejak langkah kajang... apapun agenda tersembunyi beliau ia nampak buruk dan meloyakan. Tiba masa DSAI berundur...

    ReplyDelete