Monday 2 June 2014

Mari Berlajar Berfikiran Bangsa Malaysia



Saya tidak berapa minat hendak menghuraikan peratusan turun sokongan Cina dan India dan kita menepuk bahu bila ada kenaikan marginal dari orang Melayu untuk calun DAP. kita boleh baca analisa ini dari ramai penulis.  
Yang saya lebih berminat, ialah bertanya kemana pergi lebihan undian 7000 lebih untuk DAP pada tahun 2013? Mah Siew Keong, tetap mengekalkan undi nya yang diperolehi pada tahun 2013 iaitu 20,000 lebih sedikit.  20,086(2013) dan 20,157(2014).
Dari sudut ini, Mah Siew Keong tidak melakukan apa2 kemajuan. Yang menolak Mah dalam tahun 2013, masih bersikap demikian. Yang menyokong Mah tetap dengan pendirian mereka.
Sokongan DAP yang menurun.
Pada PRU 13, mendiang Seah Leong Peng(DAP) mendapat majority 7300 mengalahkan Mah Siew Keong.  Adakah 7300 pengundi ini semua pengundi luar yang tidak balik untuk DAP? jika tidak , mengapa? Jika sebahagian nya ada di Teluk INtan, mengapa mereka tidak keluar mengundi calun DAP?Jika jumlah pengundi luar besar, apa yang DAP lakukan kepada mereka untuk memupuk rantaian persahabatan?
Lojik nya, jika mendiang Seah mendapat majority tersebut- majority nya secara otomatik berpindah kepada Dyana Daud. Adakah keputusan DAP meletakkan Dyana tidak dipersetujui oleh kelompok berpengaruh dalam DAP sendiri atau lebihan 7000 dalam tahun 2013, tidak terdorong untuk menyokong calun DAP kali ini. DAP mesti meneliti perkara ini .
Kita berhak membuat inference bahawa 7300 pengundi DAP itu tidak melihat Dayana Daud sebagai suatu game changer. Ini bermakna penyokong DAP masih gagal melihat bahawa DAP bukan lagi bertaraf pembangkang sepanjang zaman, tapi sudah boleh menjadi kerajaan. Di peringkat persekutuan, DAP boleh menjadi rakan kongsi yang kuat dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
Jika demikian, DAP mesti berkerja keras untuk mendidik penyokong nya sendiri akan kebijaksanaan berfikiran sebagai bangsa Malaysia. Ketiadaan 7300 ini membuktikan bahawa gesaan berfikiran Malaysia bukan hanya dihalakan kepada orang Melayu tapi juga kepada bukan Melayu.
Bahkan orang Melayu bersedia berfikiran secara rasional dalam hal ini memandangkan bahawa mereka sedar kedudukan dan kepetingan mereka sudah dijamin oleh undang dan oleh lebihan jumlah Melayu itu sendiri. Orang melayu sedar – terdapat banyak safeguards menjaga kepentingan mereka- struktur kerajaan , raja Melayu, struktur pentadbiran kampung, dan sebagainya. Adanya jaminan2 ini, menyebabkan Melayu sudah berani melakukan perubahan fikiran.
Maka DAP dan parti lain- boleh menerangkan kepada orang Melayu- datanglah apa sahaja, kepentingan mereka tetap terjamin. Kenapa? Sebab ada peruntukan perlembagaan dan undang2; kerajaan yang dimonopoli oleh orang Melayu, pegawai kerajaan, polis, tentera, pengarah2 jabatan, hampir semua nya didominasi oleh Melayu. Dalam keadaan begini, bagaimana kepentingan Melayu terancam? Semua levers kuasa di pegang oleh Melayu.
Melayu adalah 60% penduduk negara ini, bagaimana 60% boleh digugat oleh jumlah yang kecil? Cina kalau bergabung semua hanya 24% penduduk negara ini- bagaimana mereka menakluk orang Melayu?
Maka nyatalah, segala ancaman  terhadap orang Melayu hanya ciptaan UMNO untuk kekal berkuasa.
Diberi keadaan demikian, orang Melayu lah yang merupakan bangsa yang receptive dan bersedia untuk mengubah sikap politik mereka.
DAP mesti melhat kedalam diri dan mendidik serta membentuk budaya berfikiran Maalysia dikalangan penyokong nya juga.
Mereka yang menganjing nganjing kekalahan DAP tidak perlu dimarahi atau dikutuk seperti mereka melakukan nya kepada kita. Ternyata, bukan kemenangan BN yang ada teratas sekali dalam kepala mereka; bahkan perkara pertama ialah melihat DAP kalah. Kemunculan DAP sebagai parti pembangkang terkuat di Malaysia menimbulkan mimpi negeri dikalangan Melayu UMNO dan DAP mesti disekat dengan apa cara sekali pun. Apatah lagi, DAP telah berjaya mengenengahkan 2 ahli parlimen Melayu yang membuka jalan Melayu menyertai DAP. Oleh kerana itu, DAP mesti dubunuh dengan mengungkitkan bahawa DAP parti cauvinis cina yang memperjuangkan kepentingan bangsa cina, yang benci Melayu, benci agama orang Melayu dan benci raja Melayu.
Setiap malam tidur orang UMNO dihantu oleh jembalang wajah2 Kit Siang, Guan Eng, Anthony Loke, Chin Tong dan harimau Puching, Gobind Singh Deo. Kita mengucapkan simpati kepada mereka yang tidur mereka sering terganggu.
DAP boleh meyakini bahawa ianya parti yang dapat menarik minat semua bangsa Malaysia. Tapi ia mesti mengakui bahawa pembenyukan budaya berfikiran Malasyia itu mesti disebarkan dikalangan penyokong dan ahli bawahan juga.

30 comments:

  1. Can't expect to win everytime Dato, win some, lose some, even at your stronghold. Budaya pertandingan. While political party talk about strategy, the voters themselves are strategic. Voting Dyana is only a game changer on the mindset, voting Mah is to make sure the government delivers, especially the university. Don't forget education is always the no 1 priority. After all in 4 years, they can always review how to vote. Remember, voters are the king come election time, not political parties.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Dato tetapi masalah politik perkauman sekarang sudah ke tahap kritikal. Macam mana nak banteras virus ini?

    ReplyDelete
  3. As salam,
    Betul sekali Dato. DAP perlu mendidik penyokong tegar mereka utk berkongsi kuasa/kejayaan bersama orang Melayu.
    Orang Melayu pula tidak perlu takut dgn kejayaan DAP. Melayu kan tak hilang di dunia, tapi hendaklah pandai berpolitik.
    Kita perlu adakan satu kaedah bersama ini utk kejayaan Malaysia.
    Tidak boleh lagi beri kerajaan yg ada sekarang ini memerentah lagi kerana semuanya mereka anggap harta mereka dan rasuah itu tidak apa apa.
    Kalau orang Cina tidak di takutkan dgn isu isu Hukuman Syariah,negara ini akan lebih aman.
    Orang Melayu pula di takutkan dgn kehilangan kuasa raja,politik dan beberapa hak istimewa(?).Inilah permainan yg masih rakyat terbanyak
    termakan dgn cerita karut ini.
    Beberapa negeri yg telah di perentah oleh'Pembangkang' telah ujudkan kerajaan yg bersih dan berwibawa. Mari kita bawa ke peringkat Persekutuan pula.

    Nas

    ReplyDelete
  4. Dato..saya tak rasa sebab perkauman punca dap kalah..cuba lihat bukit gelugor dan kajang..menang tapi beribu gak undi hilang..boleh jadi orang kurang berminat pilihan raya kecil berbanding pilihan raya umum...

    ReplyDelete
  5. Well, DAP lost is not a big deal and good for the town of Teluk Intan.

    What can you get if DAP win? The chinese is not going back to vote is due to the following reasons:-

    1) Win will not change the Putrajaya administration.

    2) Win will not change the state goverment in Perak.

    3) Lost will get more subsidise to chinese school/temple/upgrade the pasar and benefit the small Town. This Culture has been in practise to get the MCA/Gerakan's Dog follow the master's instruction.

    Nothing to lose for DAP but will benefit the small town as a whole.

    DAP's Malay candidate is not a problem for chinese community. Chinese community know what good for them if a non important by-election to be held.

    If this election will decide the power of Putrajaya. I can tell you that those Teluk Intan Chinese staying in Taiwan will fly back to vote.

    Lost is good for the small town and no because of Malay candidate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree with your opinion. The voters decided for the town. DAP still get good votes and win in the candidate selection. Do not turn back Dyana Sofya, you got many supporters with you.

      Delete
  6. Dato', as a Chinese, I would like to apologise on behalf of those members of my ethnicity in TI who may have voted Mah for no other reason except for race. I am sure there would be some. But I would like to think that I am part of the majority amongst the Malaysian Chinese who are and will be comfortable voting anyone who can do a good job, and not along racial lines. Dato' please stay strong in your efforts within DAP, and do not be disheartened - we need people like you and Dyana to make DAP truly a party for all. All the best

    ReplyDelete
  7. I sincerely hope that Mah will not get the double barrel buckshot that Warthamoorthy got.Before GE14 they will definitely come out and say,'yes it is on the drawing board and the cabinet is discussing the funds....blah blah and blah'.University what?

    ReplyDelete
  8. With containers of carrots snapped up in hours and all Umno got was a mere 238 votes majority.Will Umno honour their promises knowing that in a GE14,they cannot defend Teluk Intan for Mah as the Umnoputras have to defend their own seats too.Will the cows finally be coming home?

    ReplyDelete
  9. the mean machine2 June 2014 at 12:33

    Now that Umno has won TI,Wee Kah Siong wants to teach DAP how to suck balls.Before he was as quiet as a tikus.Wee wants to carry Umno's heavy bolas.

    ReplyDelete
  10. Dato;

    Fikiran bangsa Malaysia... elok war war kan pada bangsa Cina terutamya penyokong DAP dulu.Biar cakap serupa bikin. Tak usahlah nak cakap berfikiran bangsa Malaysia kalau cakap bahasa Malaysia pun tak reti walaupun
    dah bergenerasi hidup di negara ini.Tak usahlah cakap berfikiran bangsa Malaysia, kalau DAP hanya memperjuangkan hak orang Cina semenjak dari 1969 lagi. Tak pernah pulak saya dengar DAP memperjuangkan nasib orang Melayu miskin tapi lebih memperjuangkan agar hak istimewa orang Melayu dihapuskan.

    Di Malaysia ni semenjak merdeka lagi, tiada bangsa yang dipaksa menukar agama mereka, dipaksa menukar kebudayaan mereka dan juga
    dipaksa menukar pertuturan mereka. Our approach here is more towards 'integration'rather than assimilation. In assimilation, the minority are coerced to adopt the majority culture. In Malaysia, no one need to abandon their religion, language and culture in order to be accepted as Malaysians.

    Thank Allah, we can live in harmony in spite a lot differnce in language, religion and culture. Kalau dinegara lain, seperti di Bosnia , Rwanda , Burma dah berlaku pembunuhan etnik kaum dan agama. Apa sebab tidak berlaku di Malaysia? Dua sebab. 1. Sebab bangsa Melayu boleh toleran dengan bangsa lain asalkan maruah bangsa Melayu tidak dicabar
    2. Sebab pemimpin Melayu UMNO dari Tunku Abdul Rahman hinggalah ke Najib reti untuk mentadbir negara memastikan batu asas negara tercinta ini sentiasa terpelihara.

    Tak usahlah momokkan kepada orang Melayu unutk berfikiran Bangsa Malaysia kerana orang Melayu telah lama berfikiran seperti itu semnjak merdeka lagi. Hanya bila maruah
    mereka tercabar, barulah mereka menuntut hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan.

    Perlu saya ingatkan disini, sebelum peristiwa 1969, tiada DEB , tiada 'affirmative action'
    diadakan untuk membantu orang Melayu.

    ReplyDelete
  11. Sak, kenapa kita tidak belajar dari keputusan PR 13 dimana dipenuhi dengan penipuan dan kerja keji yang dibuat oleh UMNO/BN. Definitely these bastards will do the same things. Persoalan2 seperti undi2 China, Melayu dan India sebagai penentu adalah perkara kecil saja. Yang lebih penting adalah pukimak2 ini menipu undi. Sepatutmya PR lebih peka akan hal sedemikian. Tengok saja muka2 babi macam Tengku Adnan dengan sombong dan angkuh berucap di TV dan media. PR perlu ada team jahat jahat seperti mereka dapat menipu semasa pengundian berjalan. Salam

    ReplyDelete
  12. Assallammuallaikum, Anon 0903 hours. Apa yg ditulis your good self tu memang betul. Tetapi yang menghairankan saya adalah kenapa orang Melayu mudah sangat ditakutkan dengan kehilangan kuasa.
    Sama juga macam orang Melayu selalunya takut pada hantu atau benda2 khurafat.

    ReplyDelete
  13. Dato....this by election will not changed the government so we gave our votes to BN for development but when comes GE14 we support DAP/PR again...we are not stupid anymore.

    ReplyDelete
  14. Dont lose sight that DAP pitted an unknown untested green horn against the mighty UMNO Baru/BN.Mah is a two term MP, President of a party and a local boy. All these are stacked against Dyana. UMNO / Gerakan winning by 238 votes is nothing to shout about. With RM 5 billion promised that is spending RM 20 million per vote.

    ReplyDelete
  15. Hard knocks :
    1.The poor Malaysian Indians are deceived to vote for BN again. In time to come they will be slaves to the look like Msian Indian import courtesy of the goons ! Who gives a bloody damn if samy's hair is not auta - Sak, your hopeless fave reporter from the Star resurrected him the day after the TI by- election - what a waste of space! Muka tembok !

    2. Our ordinary Rakyat Malays out of umno baru could only gasp at the elite Malays in the upper and the middle classes sapu scholarships for tertiary studies abroad and here, when they return, they are hand picked as CEOs in GLCs and senior staff at the foreign embassies. There are unreported cases of certain young elite staff in the foreign embassies abusing their positions abroad, demanding, " Do you who am I ?! " and chiding sesiapa Malaysian university students like the highly strung woman - apa nama - sharifah (?)

    3. The Malaysian Chinese who voted for Mah dah kena tipu, the former admitted his extended family is big. Infer that the voters can only mengemis bread crumbs from the macai's banquet tables.

    In a way, Dyana gets to prove she is hardy, loyal and tenacious beyond her looks. No, not many Malay guys, including the young brainy ones are distracted by her looks. Furthermore dia dah ada empunya. To be taken seriously as a voters serving politician, Malaysian voters have to become mature. Hence it is not necessary to comment that Kak Azizah is veteran. This type of comment is kind of the norm that breeds among the "redundants" in the perkhidmatan awam even in the private companies, both large and medium size. It might breed contempt and hinder the going all out to collaborate for the good causes in serving the Rakyat.

    ReplyDelete
  16. Dato',
    Saya rasa PR tidak salah dalam PRK ini. Malah DAP telah membuat keputusan yg cukup bijak dengan meletakkan calon Melayu ditempat majoriti bukan Melayu. Ia sungguh memeningkan pihak lawan.

    Pengundi Telok Intan yang bertindak bijak memaksa ahli politik utk bekerja. Dengan mengundi BN mereka memaksa Kerajaan menunaikan bermacam janji yg telah dibuat. DAP dan PR tak boleh memberi sebarang menafaat kerana mereka tidak memerintah. Dyana di Parlimen tidak boleh membuat apa2 yg tidak boleh di lakukan dengan oleh Tony Pua, Rafizi atau Nasaruddin. Jadi Telok Intan tak rugi kalau tak undi Dyana. Dengan mengundi BN mereka boleh dapat sedikit habuan yang dijanjikan walaupun semesti tidak semua. Sejak bila BN menunaikan semua janji?

    Bukan selalu mana2 kawasan DUN atau Parlimen dapat peluang menikmati PRK. Bila dapat, mesti gunakan sepenuhnya. Dalam PRU janji ditabur ke seluruh negara. Kali ini janji spesifik untuk Telok Intan. Pengundi yang bijak memikirkan kebaikan jangka panjang dan jangka pendek. Untuk jangka pendek undi BN dan tuntut janji2 manis mereka. Jangka panjang di PRU 14 boleh untuk PR balik dan berharap PR dapat membentuk kerajaan.

    Kalau BN berfikir yang rakyat telah kembali kepada mereka ertinya mereka bermimpi di siang hari. Biarkan mereka dibuai mimpi. PR mesti bekerja kuat dan jangan menyalahkan pengundi yang bertindak bijak. Jangan tuduh mereka pengkhianat. Jangan persoal keputusan mereka. Malah hormati keputusan mereka. Memang benar BN tidak ikut peraturan. Memang benar SPR tidak adil. Memang benar BN salahguna harta kerajaan untuk parti. Tapi ini semua bukan cerita baru. Ia sudah ada sejak azali dan PR sepatutnya sudah ambik kira ini semua. Usah guna ini semua sebagai excuse. Sebagai orang Islam saya cuma boleh mengambil pendirian yang semua hak saya yang telah dinafikan akan saya tuntut di hari kemudian. Tiada maaf bagi mereka ini, baik rakyat biasa, pemimpin atau raja sekali pun. Itu hak saya dan tiada siapa yang dapat menghalang saya dihari kemudian.

    Lagi satu perkara, ramai penganalisis sambilan yang menyalahkan PAS dalam PRK ini oleh sebab pendirian mereka terhadap hudud. Ini pun cerita lama. Bukan di Telok Intan saja yang PAS ingin melaksanakan hukum Islam. Sejak ia ditubuhkan lagi itu lah pendirian mereka. Tetapi mereka tidak memaksa rakan mereka dalam PR untuk menyokong mereka. Ada yang ingin PAS disingkir dari PR. Mereka ini ternyata kurang cerdik. Kalau mereka ingin melihat BN terus memerintah singkir lah PAS dari PR. Cuba lah duduk dan berbincang dengan pemimpin PAS yang saya rasa cukup sederhana dalam pendekatan mereka. Jangan lah percaya dakyah pihak lawan dalam membuat keputusan.

    Akhir kata PR dan pemimpin macam Dato' kena buktikan pada rakyat yang parti2 dalam PR boleh bekerjasama. Jangan lah asyik menghentam satu sama lain hanya kerana nak jadi hero dalam kelompok masing2. Tunjukkan pada rakyat yg pemimpin PR boleh duduk berbincang dan menghadapi sebarang cabaran dengan satu suara. Jangan beritahu kami yang PAS asyik bercakap pasal hudud, beritahu pemimpin PAS. Jangan beritahu kami yang Anwar Ibrahim asyik cerita pasal dia di aniaya, beritahu Anwar Ibrahim.

    BTW Dato', ada tak sesiapa yang buat analisis berapa banyak undi Dyana hilang sebab ada celaka dari Penang tu keluarkan isu yang telah digunakan oleh UMNO dikalangan pengundi Melayu? (Saya orang Melaka dan pada kami "celaka" tak membawa konotasi buruk)

    ReplyDelete
  17. BENAR SEKALI.... Penipuan. baik dlm pengundian atau semasa melaksanakan kertas pengundian. Undi awal dan sebagainya. Usahlah kita membuat teori ttg bangsa punca kkalahan. Tapi kajilah apa yg telah SPR laksanakan d PRK. Penentu kejayaan bukn terletak d tangan pengundi shj ttpi d tangan SPR. Andai pengundi ttp memilih BN, itu ptanda rakyat yg mengundi menyokong kenaikan harga minyak dan barang2 serta tol. Mereka mampu membeli minyak RON 95 walau dgn harga RM10.00 seliter. Mereka bangga walau gula berharga Rm10.00 seliter. Mereka bangga walau di Malaysia skrg ni telah d kuasai oleh pendatang2 asing. Dlm benak mereka, BN ttp berkuasa..... Apa saja yg d perkatakan oleh menteri2 BN (BAHLOL) ttp d anggap BENAR dan MESTI BERJIHAD.

    ReplyDelete
  18. Kepercayaan dan kerja sama di antara DAP dan PAS kelihatan sudah bermula. Ini dapat saya perhatikan semasa saya ke Mersing untuk melihat perkembangan PRU ke 13 dahulu. Ahli DAP dan PAS kelihatan berganding bau sehingga DAP sanggup mengeluarkan kenderaan dan pebelanjaan untuk kerja kerja memasang poster, menyediakan tempat ceramah dan sebagai nya.

    Di kala itu konon nya DUN Tenggaroh akan di peruntuk kan kepada seorang calon DAP berbangsa Melayu. Malang nya si lahabau ini telah mengiggit tangan yang menghulurkan. Saya di faham kan kesemua perbelanjaan nya di tanggung oleh DAP, juga di beritahu bahawa si lahabau ini telah berjumpa dengan se seorang dari puak "SYAITAN YANG DI KENALI" di sebuah hotel di Johor Bahru. Sekembali sahaja, si lahabau ini terus mengistihar keluar dari DAP. Akhir nya DAP Mersing terpaksa mencari ganti dan seorang bekas guru berbangsa India di calon kan tetapi kalah.

    Natijah dari apa yang saya papar kan sebenar nya boleh di jadi kan tauladan, siapa yang menghiayati siapa? Jawapan nya ada pada diri anda.

    ReplyDelete
  19. There are a lot of naysayers and experts out giving predictions and advice to Dyana about her loss to Umno.

    Dyana should pay no heed to these doomsayers predictions or advices.Especially Tunku Aziz's.Stick to the DAP and fight for what you believe and things will work out fine for you come GE14.

    ReplyDelete
  20. Pandangan saya adalah bahawa kebanyakan 7000 ribu penyokong DAP itu berkerja diluar bandar and kebanyakan mereka mendapati leceh balik membuang undi dalam PRK. Ada juga mereka berasa DAP akan menang memandangkan kelebihan undian yang DAP meperolehi dulu. Saya berasa bukan mereka tidak mendapat terima seorang Melayu sebagai wakil mereka. Yang tidak dapat merima adalah orang orang Cina yang telah mengundi Mah. Mereka itu lah yang DAP HARUS CUBA MENYAKINKAN menukar pemikiran. Yang 7000 itu yang tidak balik atau tidak keluar mengundi, DAP mesti mencari jalan menitiberatkan pentingnya kepada mereka tidak terlepas peluang suara dan kehendak mereka didengar dengan balik atau keluar membuang undi. Berkenanan pengundi pengundi Melayu, DAP perlu terukan usaha mereka dengan menojolkan lebih ramai calon calon Melayu yang komited and berkaliber spt Dato sendiri. Pengundi pengundi India adalah sukar sikit mengendali.

    ReplyDelete

  21. why not go to court and claim election bribery when home minister promised new uniform for rela personnel , see what has the court say about this.

    ReplyDelete

  22. masok court , kata rasuah , zahid hamidi tawar baju baru untok rela kalau menang............

    ReplyDelete
  23. Yang perlu disoal dan tanya adalah KENAPA 20,157 masih sokong UMNO-Barang Naik.....

    Macam kenapa Kos hidup tinggi, tol naik, lektrik naik, anak lapar, Jenayah meningkat, bunuh, culik rogol........masih ada lagi boleh undi UMNO-Barang Naik...di mana harapan untuk memperbaiki corak hidup mereka adalah hanya UBAH corak hidup aje.......Padan muka lah kalau begitu!!

    Hudud, Syriah, ajaran agama lain pun kena mula soal kenapa rakyat begitu senang di perbodohkan ......macam kenapa ada manusia tak teliti seumur hidup, kenapa biarkan kezaliman berterusan ....kenapa seumur hidup tak ada harapan lihat kenapa bolasepak Malaysia tak masuk Piala Dunia. Kenapa kos hidup tinggi...kenapa ikut ajaran sesak... Kenapa perlu RACIS??? kenapa suka makan rasuah 2 beg beras Gadaikan negara, masa depan anak2, cucu-cucit seumur hidup....

    Begitulah sebuah negara mula retak dan mampus.

    Nasib baik masih ada lagi 52.5% yang tak sokong UMNO-Barang Naik....Masih ada harapan B B B B...bangun, bangkit Bantah BERONTAK!!...ini yang UMNO-Barang Naik kena risau bersama golongan Elite-Sultan UMNO ...setiap hari sampai Akhirat!!

    ReplyDelete
  24. the mean machine3 June 2014 at 05:43

    Tunku Aziz said that he joined the DAP to fight corruption.This man must be senile because of old age.If he wants to fight corruption go join MACC and not a political party.Stupid joker trying to take the people for fools.

    ReplyDelete

  25. Macam mana nak berfikir secara Malaysia ,sedangkan kita tidak terdidik dari awal berbeda dan berasingan.

    Melayu kesekolah Kebangsaan

    Cina kesekolah Cina

    India ke sekolah tamil

    Tidak mungkin mencapai objective Malaysian Malaysia ,kalau beterusan bagini.

    ReplyDelete
  26. dato sak..

    kalau betul2 kira matematik nya...
    bukan 7000 orang pindah ke Gerakan..

    3500 undi dari DAP bila mengundi Gerakan BN, maka da offset 7000 undi itu...

    marginya kena kira 7000 / 2 = 3500 undi diperlukan untuk status quo...

    ReplyDelete
  27. Malaysian will be paying a new higher PETROL RON 95 and RON 97 in October 2014 for not warning UMNO Baru/BN in Teluk Intan and voting or Gerakan. Only those driving Proton deserve the subsidy. That is what Mamak Kutty has been telling Najib.

    ReplyDelete
  28. Anon@2 June 2014 13:36,

    I have a bone to pick, wrt this;

    ‘Thank Allah, we can live in harmony in spite a lot differnce in language, religion and culture. Kalau dinegara lain, seperti di Bosnia , Rwanda , Burma dah berlaku pembunuhan etnik kaum dan agama. Apa sebab tidak berlaku di Malaysia? Dua sebab. 1. Sebab bangsa Melayu boleh toleran dengan bangsa lain asalkan maruah bangsa Melayu tidak dicabar
    2. Sebab pemimpin Melayu UMNO dari Tunku Abdul Rahman hinggalah ke Najib reti untuk mentadbir negara memastikan batu asas negara tercinta ini sentiasa terpelihara.’

    Kalau Melayu boleh toleran dulu, buat apa sekarang? Sebab maruah bangsa Melayu dicabar? Siapa yg cabar & dengan apa?

    Lagi, hak yang termaktub dalam perlembagaan bukan untuk bangsa Melayu sahaja!

    Dulu di bawah Tunku Al-Haj, semua bangsa bertimbang sesame. Tapi sekarang mana bula? So jagan group SiNajib tu sesame dengan Tunku. Pink-lip tu memang orang incompetent yg jadi M’sia chepai status sekarang, smamX2 dengan gang ya!

    ReplyDelete

  29. Everyone is thinking like a Malaysian in his/her own way.

    When one lives in a multi-racial and religious environment from day 1, one naturally adapt to the surrounding with a strong sense of belonging.

    Decades of narrow, divisive and damaging politics of race and religion, together with excessive and prolong discrimination policies, rampant corruption, gross abuse of power, high national debt, gross mismanagement and etc., had destroyed the country.

    There is no quick fix....future generations would have to bear the gross excesses of the present selfish and irresponsible generation.


    ReplyDelete