Tuesday 3 September 2013

Tawaran Anwar mengadakan rundingan Meja Bulat



Biarlah keangkuhan dan kesombongan UMNO jadi pengajaran kepada PAS. Lain kali jika UMNO ajak PAS berbincang untuk mencari penyelesaian kepada masaalah bangsa Melayu, kata kepada UMNO, kalau mereka mahu buang masa mereka silakan; masa PAS amat berharga. Respons terhadap tawaran Anwar oleh beberapa pemimpin UMNO, mendedahkan hipokrasi UMNO untuk menyelesaikan masaalah negara. Ramai rupa nya dari kalangan pemimpin UMNO suka kepada rasuah, suka negara kita diurus oleh kepimpinan tidak cekap, suka kepada pertelingkahan kaum, dan suka kepada penyelewengan kuasa.
Anwar bukan mengajak berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. Buat apa ajak bergabung dwngan parti yang akan kalah akhirnya?
Dia mengajak mengadakan rundingan meja bulat antara UMNO/BN dan Pakatan Rakyat mencari jalan menyelesaikan masaalah nasional seperti rasuah, polarisasi kaum, keadaan keselamatan dalam negara, pengurusan ekonomi dan sepertinya. Tidak timbul pun idea menubuhkan kerajaan perpaduan. Baru ajak berunding meja bulat, pimpinan UMNO naik sasau dan sawan babi meracau tak tentu hala.
Jika UMNO tidak mahu berbincang, kita biarkan sahaja. Lambat laun, kecurangan yang mereka lakukan akan mengejari dan menangkap mereka. Ketika itu, Pakatan Rakyat boleh menubuhkan suruhanjaya kebenaran- Truth Commission. Siapa yang tidak mahu dijel, boleh memilih untuk mengaku dan memulangkan sebahagian besar harta dan kekayaan yang mereka curi. Kalau tidak, mereka kita jelkan. Sesiapa yang menyalahi undang2 akan dihukum.
Penolakan UMNO terhadap tawaran Anwar menunjukkan bahawa UMNO tidak mahu(1) membasmi rasuah. (2) tidak mahu muhibbah antara kaum di Malaysia,(3) tidak mahu mengambil pandangan pihak lain menyelesaikan masaalah ekonomi negara dan (3) UMNO mahu kekal sebagai parti yang korap dan rasauah dan perkauman.
Kalau kita halusi, tawaran Anwar mengandungi perkara2 yang tidak mungkin dipersetujui oleh UMNO. UMNO dibangunkan atas rasuah. Cara mereka dapat rasuah ialah melalui pembelian2 kerajaan dan mega projek. Mana mungkin UMNO mengerat dan memotong saluran yang mengalirkan darah dan nyawa kepada mereka? Jika mereka bersetuju membasmi rasuah, itu seperti bunuh diri.
Maka kita naik hairan bin ajaib bila Najib bercakap mengenai membasmikan rasuah dan menjadikan rasuah a thing of the past. Najib bercakap seorang diri apabila dia mengistiharkan akan membasmi rasuah. Orang yang cakap sendirian, kita tahulah keadaan mental nya.
Mana mungkin UMNO berhenti daripada menyemarakkan perkauman? Itu cara UMNO mengesahkan keujudan nya dengan orang Melayu. UMNO akan terus bercakap membalun bangsa lain untuk menenangkan orang Melayu. UMNO akan hilang kerelevenan nya jika berhenti bercakap mengenai betapa bangsa Melayu ini terancam oleh bangsa lain. Jika UMNO tidak bercakap demikian, rakyat akan sedar bahawa yang menyusahkan kehidupan mereka, yang mengzalimi mereka ialah UMNO iaitu kerajaan dari bansga mereka sendiri.
Najib pula membisu seribu bahasa. Mngkin dia nanti kertas kerja disiapkan oleh APCO yang dikemukakan melalui Pemandu. Agak nya, kalau kertas kerja itu disalurkan melalui Pemandu, kos consulting nya boleh ditambah lagi. Dan mungkin ada oang yang menahan lukah dipergentingan untuk mendanai cara hidup bergaya dan mabuk sana mabuk sini.
Setelah yuran dibayar semua, barulah hard copy diberi kepada Najib dan dia bolehlah bercakap di TV. Kelembapan Najib untuk respon kepada tawaran Anwar menunjukkan bahawa Anwar mempunyai kualiti kenegarawanan yang lebih tinggi dari Najib. Mungkin benar Anwar lebih berbakat menjadi PM untuk Malaysia. Kelembapan Najib mengesahkan bahawa benarlah bahawa Najib tidak boleh mengunyah chewing gum dan berjalan pada masa yang sama.
Pakatan Rakyat tidak perlu buang masa mengajak UMNO kemeja bulat. Lama kelamaan, the chickens will come home to roost.

5 comments:

  1. Salam Dato..
    Sy brpendapat kali ini DSAI bukan pentingkn karier politiknya tetapi cuba utk kurangkn "damage" yg akn dilakukn oleh pihak BN.Cuba Dato bayangkn 5 tahun akn datang bila PR dapat memerintah negara,dengan hutang negara yang mungkin menambah 2x ganda,harga barang yg melambung tinggi,kadar jenayah yg meningkat dan sentimen perkauman yg di buat akan merosakkn keharmonian kaum di malaysia.Cara DSAI kali ini betul,biarlah mengalah dan buang ego dan cuba memberi idea utk tidak biarkan negara kita akan lemas dlm hutang dan rakyat pula miskin rasa terbeban srta berasa tidak selamat pula.Di parlimen mencari penyelesaian dan di peringkat dialog brsama parti2 komponen PR dn BN juga perlu.DSAI perlu utk membantu rakyat Malaysia ini walaupn bukan mnjadi PM kerana perbuatan beliau akn menunjukkn kepimpinan melalui teladan.Sy amat sokong usaha DSAI ini jika dpt brdialog dgn pihak BN utk mencari permasalahan negara pada masa skrg.Mengenai "perpaduan" pula?Jangan kita brgabung dengan parti yg penuh dgn rasuah!!tetapi hakikatnya mereka masih memegang kuasa jadi kita perlu berdialog dgn mereka utk tidak membiarkn mereka membinasakan ekonomi & keharmonian negara ini.

    ReplyDelete
  2. Dato Sak,

    UMNO (Baru) itu sendiri parti haram sebenarnya. Pariah Kerala yang menghalalkannya. Heboh sana sini pasal perubuhan kongsi gelap haram wal hal menteri menteri berkenaan sendiri bernaung bawah parti "haram". Presiden UMNO sendiri pernah mengharam jadahkan sesetengah peneroka felda yang merungut pasal FGV tapi beliau sendiri memang jenis "haram jadda".

    Baru baru ini aku ke CIMB yang terletak di bangunan UMNO. Kat situ aku tengok ramai anak anak muda muka serabut kampungan asyik duduk sambil akses internet percuma dari pejabat UMNO. Aku melintas meninjau dan nampak segelintir anak muda itu sedang menikmati gambar lucah dari laptopnya. Patut la dia orang sokong sangat UMNO, dapat internet percuma untuk tengok gambar tak senonoh. Ha ha...UMNO dapat sokongan anak muda bermasalah. Inikah generasi yang akan memimpin parti haram tersebut nanti?.

    Pemimpin kencing berdiri, pengikut kencing berlari. Tak mungkin Anwar Ibrahim pula mahu kencing sambil menari atau barangkali Anwar mahu mengajar pemimpin UMNO cara dan adab kencing yang betul. Kalau pemimpin besar parti haram ini sendiri tak tahu bezakan apa najis mughallazah, apa yang boleh diharapkan dari pemimpin jenis begini ?

    ReplyDelete
  3. Jadi ... semua Hasutan yang diheboh-hebohkan...macam makan bak Kut teh dalam Ramadan, Murid sekolah makan kat tandas supaya tidak hina anak islam .... Kibar bendera lain....tangkap ibu bapa murid2 sekolah Pristina kerana hebohkan masalah makan kat tandas,....Bebaskan C/Insp Azilah Hadri and Kpl Sirul Azhar Umar kerana bunuh Altantuya dengan C4........semua perkara yang UMNO BN Buat yang hasutkan Rakyat Malaysia adalah untuk Petrol NAIK...Barang Naik.....supaya semua kemarahan yang ada dah Habis...... Kita perlu bergabung, turun padang dan Hapuskan UMNO-BN ....Satu Lagi jalan lain adalah untuk cerai.....AUTONOMY!!...Malaysia kena fikir baik baik!!...ini bukan lagi permainan politik...ini untuk Keluar jadi Hamba Abdi UMNO...Lepas Petrol, elektrik, tol, .... GST...beli in...10% kepda UMNO....beli itu 10% kepda kroni UMNO....Rakyat miskin Perlu ubah Hidup agar Ketua UMNO-BN hidup Mewah!!@#$%^!......Kata Tak Nak jadi Hamba UMNO....!!....Petrol Naik adalah Balasan UMNO kepada 40% yang undi UMNO-BN......Padan Muka!!....tunggu 5 tahun yah.....kena tipu SEKALI LAGI!!

    ReplyDelete
  4. Kabinet idamanku;
    PM: DS Najib
    TPM1: DS Anwar
    TPM2: TS Muhyiddin
    Speaker: TS Ramli
    Menteri Kanan: DS Hadi, DS Husni, DS Hishamuddin, DS Zahid, DS Liow Teong Lai, DS Palanivel
    Menteri: Nurul Izzah, Rafizi, DS Shafie, DS Mustapha, DS Shahrizat, DS Anifah, DS Ali Rustam, Dr Subramaniam, TS Dr Koh Tsu Koon, Mohamad Sabu, D Mukhriz dll

    Kalau line-up macam ni, rakyat akan sentiasa bersatu dan kerajaan boleh tumpu 100% memajukan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mabuk todi kaaa bro. .. itu hishamuddin bikin apa jadi menteri kanan? jaga kebajikan pondan pondan kaaa. .. Khairy J patut jadi TPM 11. .. Moohyiddin jadi pengerusi lembu lembu melayu perkasaa. . baru aman makmur malaysiaa. ..

      Delete