Friday 21 September 2012

Revolusi Mental Orang Melayu



Orang Melayu mesti buang dan singkirkan pemikiran ini. yakni, jangan fikir bahawa masa depan kita, kemakmuran kita hanya UMNO boleh buat. Orang Melayu bukan UMNO pun boleh buat lagi baik. Yang pegang tampuk kuasa tidak boleh lama mengelak dari melakukan apa yang dikehendaki oleh majority. Orang Melayu majority kan? You cant dismiss the majority.
Lim Guang Eng, KM Pulau Pinang. Dalam mengurus negeri tersebut, dia tak mampu mengenepikan kehendak orang Melayu disana. Dia tahu reality politik Malaysia. Pengajaran nya ialah sesiapa pun yang memerintah, kalau dia peka dan akur kepada kehendak majority, akan selamat.
Orang Melayu mesti bersatu. Tapi bukanlah bersatu dibawah UMNO. Bersatulah dalam fikiran bahawa melalui bertindak seirama dan senada, merekalah yang ada kuasa dan daulat untuk menentukan bagaimana negara ini ditadbir. Kita mungkin ada kerajaan PR yang memerintah- tapi selagi orang Melayu bertindak secara kolektif, kerajaan PR pun tidak boleh lakukan selain daripada apa yang dikehendaki oleh bangsa Melayu. Itulah faktanya.
Bersatulah orang Melayu tapi tidaklah ia bermaksud bersatu dibawah UMNO. Kita mesti ingat pengorbadanan orang2 dahulu, tapi janganlah kita ingat yang berkorban dahulu2 hanya orang UMNO.
Masaalah UMNO sekarang ialah ia gagal memncerminkan kehendak majority dalam pemimpin nya, dalam kepimpinan merka, dalam dasar dan wawasan mereka dan dalam mutu penyokong dan ahli mereka. Adakah majority Melalu biadab dan kebiadaman mereka diwakili oleh pembaling batu dan cat kearah kenderaan Anwar Ibrahim. yang tonggeng bontot didepan rumah Ambiga- adakah mereka mewakili kebiadaban orang Melayu?
Hidup dan mati kita bukan disebabkan UMNO. Kalau orang Melayu yang beragama Islam berfikiran bahawa semua nya kerana dan untuk UMNO, itu sudah kufur. Jadi, banish the thoughts that only UMNO can serve orang Melayu. Kita biarkan orang UMNO jadi lembu, majority kita orang Melayu bukan sahaja tidak mahu jadi lembu tapi juga tidak rela dilembukan!
Kalau kita berkehendakkan sangat supaya orang Melayu jadi ketua, kita pilih orang Melayu. Antara calun MCA dan calun Melayu bukan UMNO bertanding, pilih orang Melayu. Kalau Melayu DAP lawan cina MCA, pilih Melayu DAP. Kalau Melayu PAS lawan Melayu UMNO, pilih yang terbaik diatara mereka. Jangan pilih Melayu UMNO walaupun kita tahu dia penyangak dan gangster dan kaki sapu duit. Salah fikiran begitu. Kalau orang Melayu nak selamat- maka perkiraan yang paling selamat, kalau Melayu lawan Cina , pilih Melayu. Kalau Melayu lawan Melayu pilih yang lebih baik.
Orang Melayu tidak ikat janji dengan UMNO. Jadi relakslah. Kita tak ikrar, sesungguhnya solat ku, ibadahku, hidupku dan mati ku kerana UMNO pemerintah alam kan? Tak kiamat dan tidak kafir kita kalau singkirkan UMNO.
Najib kata kalau UMNO kalah, masa depan orang Melayu akan muram. Ek betul dia dan UMNO. Macamlah dia dan UMNO sahaja yang boleh menjaga kebajikan orang Melayu.
Sebuah kerajaan yang majoritinya Melayu pun boleh buat lebih baik dari UMNO. Penjagaan dan perlindungan kebajikan dan kepentingan orang Melayu tidak bersyaratkan UMNO sahaja yang boleh lakukan. UMNO dah perintah sejak tahun 1955 dan semenjak merdeka iaitu selama 55 tahun. UMNO dapat masa tersebut dan masih gagal nak lakukan yang sepatutnya dilakukan. Itu sudah bukti kuat, UMNO tidak mampu lakukan apa yang mereka janji. Sudah tiba masa nya, kita tendang UMNO keluar dan gantikan dengan kerajaan PR dimana majority pemimpin nya tetap juga Melayu.
Apa yang kita lihat pada UMNO? Kita lihat bahawa setiap pemimpin UMNO melihat kedudukan dan jawatan yang mereka dapat sebagai punca mencari rezeki dan kekayaan. UMNO penuh dengan pemimpin yan rasuah. Tak masuk akal seorang naib preisden UMNO boleh beri isteri muda RM 200 ribu dan RM 1 juta seminggu!. Tak masuk akal pemimpin UMNI dengan gaji menterinya boleh memiliki lebih dari 12 buak kereta mewah. Kita tak boleh terima Noh Omar bekalkan benih padi melalui syarikat proxy nya. Semua menteri UMNO korap dan rasuah. Mukhriz dan Mutapa Mohamad dikatakan telah mengagihkan 100 juta saham FGV antara mereka berdua. Orang Melayu peneroka Felda yang berjumlah 112, 000 orang hanya dapat 800 unit saham seorang.
Janganlah orang Melayu menerima amalan rasuah sebagai suatu kebiasaan. Punah orang Melayu. Jangan kita biarkan UMNO melakukan sesuka hati atas nama bangsa kita. Jika tidak, akan tiba suatu hari nanti,kita merelakan pemimpin UMNO masuk kedalam rumah kita meniduri isteri dan anak kita. Tapi oleh sebab kita membiasakan diri kepada kemungkaran, kita kata ok sebab pelaku nya bansga Melayu yang buat perkara itu atas nama bangsa Melayu!. Hidup Melayu jerit kita.
UMNO tidak lagi melihat kuasa dan kedudukan sebagai wadah untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita tidak mahu lagi pemikiran demikian pada pemimpin kita. Dan kita ada kuasa memilih. Kalau kita pilih UMNO, maka kita akan pilih mereka yang akan mengayakan diri mereka dan mengenepikan khidmat kepada rakyat.
Melayu tetap Melayu dan tetap beragama Islam walaupun mereka bukan berada dalam UMNO. Perkara ini kita kena sedar. Orang Melayu dalam PAS tetap Melayu. Orang Melayu dalam PKR tetap Melayu. Orang Melayu dalam DAP pun tetap Melayu. Melayu mereka tidak kurang dari Melayunya UMNO dan tidakkah kita bongkak dan angkuh kalau berfikiran bahawa pemikiran mengenai soal2 Melayu orang UMNO lebih tinggi darjatnya dari pemikiran soal2 Melayu mereka yang ada diluar UMNO.

19 comments:

  1. 'Najib kata kalau UMNO kalah, masa depan orang Melayu akan muram'

    Orang Melayu di empat buah negeri tak rasa tertekan sebaliknya rasa lebih confiden dengan prestasi Kerajaan negeri mengatur semula etika kerja, etika hubungan sosial di antara rakyat dan Kerajaan, etika tentang apa itu yang boleh dilakukan oleh seorang pegawai Kerajaan dan apa itu tidak sah dan salah. Pendek kata satu nafas dan semangat baharu ketara di semua negeri ini tanpa slogan 'ini itu ditepati', tanpa menonjolkan mahligai-mahligai kepada serata seperti dilakukan oleh segolongan nasionalis pura-puraan yang tak segan mengisytiharkan dengan suara yang nyaring 'kami inilah Melayu baru, Melayu penuh sukses yang akan menjamin masa depan semua orang Melayu. Kalau kami selesa, kamu semua pun selesa. Percayailah hidup Melayu di tangan UMNO yang telah memerdekakan negara ini. Apalagi orang Melayu kehendaki?'

    Inilah diayah dan dongeng yang kita hadapi kerana UMNO tertekan oleh dosa-dosanya, biarpun bukan semuanya bikinan Najib berseorangan. Tetapi Najib mesti berlagak sebagai seorang bangsawan tulin (daripada bangsa mulia di Sulawesi)jika beliau masih ingin dihormati dengan tidak tersungkur sebab cekap guna bahasa beremosi.

    Bagi kami orang Kelantan perbandingan, jujur atau tidak,di antara pemimpin BN dan PR dirumuskan kepada cara hidup kedua-dua kumpulan ini; slogan apa sahaja, apa nama, tidak membawa sebarang makna. Bandingkan kediaman Tok Guru dan Uz Hadi dengan kediaman-kediaman Melayu Baru Umno Baru. Yang satu tetap berjiwa Melayu, dan yang lain, kalau tidak terpesong dengan kehidupan ala Barat - rumah mewah, kereta mewah, darling ini, darling itu, - sanggup mengencing ke atas gambar pemimpin yang sah diakui dalam PRU. (UP: Khir Toyo,dll)

    Apa tidak masa depan orang Melayu akan muram. Dulu masa Tun Abdul Razak, orang Melayu mengguna 'bilik air' - bahasa pun indah - untuk sesuatu hajat,kini ada pula Melayu dah tak dapat bezakan di antara menuntut hajat sulit dengan mengheret keluar yang sulit di tempat yang tidak sulit.

    Apakah tanggungjawab P.D.R.M. mengenai 'free show' ini? Apakah slogan PDRM 'TEGAS, ADIL, BERHEMAH' tak laku lagi? Dah sah sejak Bersih 1 dan insiden-insiden di mana orang ramai dikasari oleh pegawai polis, PDRM Tidak Tegas, Tidak Adil, dan Tidak Berhemah pada waktu dan perlakuan yang diputuskan UMNO.

    Jadi, selagi BN menguasai Putrajaya selagi itu masa depan orang kuat UMNO tidak akan muram. Orang Melayu UMNO hanya akan rasa takut jika kehilangan Putrajaya. Ucapan menakut-nakutkan orang Melayu terus akan tersiar lebih kerap di ambang satu pertarungan yang paling kotor dalam sejarah negara kita agar UMNO terus memelihara kepentingan orang atasan dan bangsawan.

    Akan kita semua satu persatu pigi mampus lima tahun lagi?

    ReplyDelete
  2. UMNO korup! UMNO bantai wang rakyat! UMNO beli SPRM! Melayu tak sokong UMNO! Melayu Baru - Bangla pandai, Indon cerdik, Mynmar cekap semua sokong UMNO!

    ReplyDelete
  3. UMNO LEBIH GANAS TERHADAP ISLAM

    Kita sudah begitu banyak melalui peristiwa kutukan kafirun terhadap Nabi saw, namun organisasi yang membentengi umat Islam sejagat seperti OIC dan negara-negara Islam yang kaya masih dalam keadaan selesa dan tidak mengambil peranan sebagai badan yang memperjuangkan ketinggian Islam sehingga hari ini walaupun satu masa dulu ada orang MELAYU UMNO bernama Abdullah Badawi pernah mengetuai badan tersebut ... jadi perkara ini akan pasti terus berulang tanpa rasa ketakutan dari perlaku-laku yang biadap dari puak kafirun ...

    Saya lebih merasakan kita harus memperbaiki keadaan dalam NEGARA kita sendiri dan harus berusaha meletakan ISLAM di tempat yang sewajarnya jika kita ini mengakui pengikut Nabi saw.. ...

    Terdapat contoh-contoh jelas bahawa UMNO mengkhianati orang ISLAM lebih dari bangsa asing maupun puak kafirun dalam negara ini. Contoh yang masih begitu ketara dan masih menunujukkan yang UMNO lebih ganas dari puak kafirun diluar adalah PERISTIWA PEMBUNUHAN ORANG ISLAM SECARA BERAMAI-RAMAI DI MEMALI. Tidak lama lagi kita akan melalui menenemui tarikh keramat 19 November, apabila kita harus mengenang kembali para syahid yang gugur atas perintah syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia yang menjadi pemimpin UMNO ketika itu yang masih ALLAH panjagkan umor mereka yaini MAHATHIR MOHAMAD dan MUSA HITAM. Kedua syiatan yang bertopengkan manusia ini sudah pasti akan mendapat tempat khusus mereka dalam NERAKA jahanam kerana membunuh pejuang ISLAM yang sedag berusaha menegakkan kalimah ALLAH sebagai dasar pemerintahan.

    Bau hanyir darah masih melekat di tubuh badan Mahathir dan Musa Hitam hingga ke hari ini, atas rasa kebencian mereka terhadap ISLAM. Mereka adalah PEMBUNUH ORANG ISLAM yang masih dihadapan kita, bukan BUSH, bukan CLINTON, bukan OBAMA, atau bukan PUTIN tapi ORANG MELAYU yang tidak mahu melihat kalimah ALLAH tertegak sebagai tunjang pemerintahan negara ini. Mereka bukan BACILE atau RUSHDIE tapi mereka MELAYU UMNO yang benci kepada ISLAM ....

    Jika kita sengaja disibukkan oleh musuh ISLAM dengan kuman diluar negara, apakah kita BUTA terhadap GAJAH-GAJAH dan SRIGALA GANAS yang benci pada ISLAM dalam tanah air kita sendiri ....


    Satu HARI ISLAM akan pasti membawa kemenangan dan keadilan buat pejuang-pejuang ISLAM yang mati di MEMALI ... Ingat 19 November tarikh keramat UMNO membunuh ISLAM

    OrangBaruLahir

    ReplyDelete
  4. Dato,mother nature has co-operated with the farmers in the midwest plains,with very steady rains these last week.And soybeans have three gap down days this week,down more than 125 cents.

    That is the reason CPO is falling like a rock.Today CPO is trading at 2630 down 45.A free fall is coming for soybeans and CPO will be falling out of bed.If soybeans were to drop another 150-200 cents the next couple of weeks,CPO will be trading under 2,500-2400 soon.

    Assuming the GE is called sometime next month FGV will be trading at around RM 4 and below.If the GE is in November-December it might even be lower.Next year will be even worst.Maybe Umno will not be getting the three seats from Felda afterall.

    ReplyDelete
  5. Inilah yang diperjuangkan oleh NGO Melayu di PPinang yang dikenali sebagai Kongres Melayu Pulau Pinang. Tetapi mereka telah dilabel sebagai anjing DAP oleh UMNO manakala PKR pula takut kuasa hilang menghalang suara mereka didengar rakyat manakala PAS mahu NGO ini menyokong parti mereka demi memperkuatkan politik melayu.
    Walhal NGO ini hanya memperjuangkan agar kaum melayu PPinang dapat bersatu dan mempunyai lebih kerusi agar seimbang ikut pecahan kaum. Jika tiada melayu dalam kabinet exco negeri selepas PRU13 dalam PR, maka tidak sampai 7 hari huru haralah kerajaan baru ini.

    ReplyDelete
  6. "Kalau orang Melayu nak selamat- maka perkiraan yang paling selamat, kalau Melayu lawan Cina , pilih Melayu."

    Aiieee...kalau Melayu yang lawan Cina itu penyangak, gangster dan kaki sapu duit - pilih juga? Tak bolih ke pilih Cina yang tulus dan bekerja untuk rakyat itu ke? Kalu pilih, untung juga Melayu. Lahhh..

    ReplyDelete
  7. Mahatir is hoping to get some sympathy votes from the Malays. He knows that BN/UMNO is going to lose big time in PRU13. Najib is also aware hence his inability to announce date for elections, Najib is hoping for a miracle to happen. Unfornately the miracle will be the rakyat rises to the challenge and votes BN/UMNO out !

    ReplyDelete
  8. In a nutshell, I do see many a kampung Malay tribal community following the poor state of affairs of the aborigines in Australia. And the chances of history repeating itself is very real, with whole communities being overwhelmingly dependent on handouts and vouchers.
    No, I dont purport to have the solutions but when newer refugees can establish themselves and move ahead of the aborigines, it has to more than a cultural/political/social disadvantage but a lot more to do with the mind set.

    ReplyDelete
  9. Wahai rakyat Malaysia tercinta,

    Tidak dinafikan lagi bahawa segala porak peranda dan huru hara yang berlaku didalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Malaysia sekian tahun hingga hari ini adalah berpunca dari Melayu Kera La bernama Mamak Kutty. Inilah sebenarnya suku sakat Raja Madeliar atau keturunan Si Kitol yang membangsat ke Tanah Melayu dengan niat tidak baik lagi busuk.

    Nampaknya berjaya juga darah Madeliar atau Si Kitul menghuru hara kan Tanah Melayu bernama Malaysia ini walhal Madeliar, Si Kitol mau pun Mamak Kutty ini bukan Melayu atau lebih layak disebut Melayu Celup. Dan sedarkah kalian wahai Melayu asli bahawa Melayu melayu celup spesis Si Kitol ini kian ramai dibawa masuk ke UMNO BN yang dikatakan parti terbesar orang Melayu. Nampaknya melayu2 asli tegar dalam UMNO BN akhirnya akan menjadi pencacai Melayu keturunan Si Kitol & Mandeliar . KIMMA adalah sekelompok dari puak puak ini yang kian diberi tempat malah sangat direstui Mamak Kutty.

    Selaku keturunan Madeliar dan mewarisi darah pembelit dan pembelot dari moyangnya..Mamak Kutty bijak menyusun gerak. Pak Lah, Najib dan Mahyuddin akan dimagsakan, digerakkan umpama boneka oleh si dalang dibelakang pentas. Samada Pak Lah ( dah terbukti ), Najib mahu pun Mahyuddin nanti..pemimpin melayu2 asli ini hanya akan dibenar berada dipuncak singgah sana sementara saja. Pemimpin2 Melayu asli ini yang mudah dipermainkan kepala mereka tak ubah bagaikan layang layang kepada Mamak Kutty yang dikawal tali panjang ditangannya..pemimpin2 Melayu ini boleh dinaik turunkan sesuka hati oleh si dalamg Mamak Kutty hanya dengan menarik dan melepas tali ditangannya.

    Apa mahunya keturunan Madeliar dan Si Kitol bergelar Mamak Kutty in?. Tidak lain tidak bukan..matlamatnya adalah untuk meninggalkan legasinya Mukhriz...untuk dibawa ke singgah sana. Pintarnya nya Mamak Kutty.. Mokhzani dan Mirzan di pacu beliau sebagai penjana & pembekal dana atau modal dan Mukhriz pula menggalas tugas sebagai jentera untuk menggerakkan strateginya.

    Kekuatan PERKASAM dan lahirnya pertubuhan samseng NGOK ini adalah atas restu Mamak Kutty bagi mengimbangi kedudukan Anwar yang kian diterima ramai. Bagaimana busuknya hati Si Kitol dan Mandeliar, begitulah hasadnya Mamak Kutty dan PERKASAM itu sendiri.

    Jika kalian benar berjiwa Melayu serta tidak meletakkan Melayu itu dipuncak berbanding Islam itu sendiri, maka zuriat Si Kitol dan Raja Madeliar yang kini menguasai politik Malaysia WAJIB ditamatkan seberapa segara. Mukhriz tidak bangun dengan kekuatan dirinya sendiri dan begitu juga saudara mereka yang lain melainkan kerana keberadaan Mamak Kutty dipuncak kuasa sekian lama. Tidak dapat tidak Muhkriz akan mewarisi sifat dan kareteristik yang ada pada Mamak Kutty dan Si Kitol itu sendiri.

    Terlajak kalian sebagai bangsa Melayu membuka ruang kepada legasi Mamak Kutty ini... Malaysia dan bangsa Melayu berkemungkinan akan karam dan sukar untuk ditimbulkan kembali. Melayu Kedah khususnya, kalian harus lebih berhati hati...SAY NO TO MUKHRIZ tidak kira anda UMNO, MCA, MIC, PRR, PAS atau DAP! Legasi Mamak Kutty harus diharamkan dari menerajui Malaysia di masa depan.

    ReplyDelete
  10. "Kalau orang Melayu nak selamat- maka perkiraan yang paling selamat, kalau Melayu lawan Cina , pilih Melayu."

    I disagree on this though. On that basis, if Shahrizat vs. LGE, its wiser to pick the former?

    If the sentence was meant to educate the simpletons, its still wrong. I HOPE you're a genuine politician fighting for the rights of ALL the oppressed rakyat; and not a closet racist.

    ReplyDelete
  11. melayu dalam pentadbiran pakatan akan dijaga
    melayu bawah penguasaan umno rata2nya dilaga
    melayu dalam pentadbiran pakatan akan diperkasa
    melayu bawah penguasaan umno rata2nya diperkosa
    melayu dalam pentadbiran pakatan akan dihebat
    melayu bawah penguasaan umno rata2nya disebat
    melayu dalam pentadbiran pakatan akan menjulang maju
    melayu bawah penguasaan umno selama2nya melentok melayu

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Edit YOUR Photo (MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Edit Foto ANDA)

    ReplyDelete

  12. Bro,
    I read the rant at big mangy dog,hahaha that dog's got rabies and a rotting brain.
    Im a equities day trader for over 25 years.
    On the day of FGV listing, the opening price was 'arranged' to be higher by 'interested parties' buying at a higher price sort of jack up. Then the price was 'supported' if a sign of weakening is seen and the music plays.
    Then when its brim was filled , profit taking became active even when jacking was done the price nosedived to rm4.57 ,thats when speculators and scalpers began buying at 4.58,59 and 60 cos they know ahjibgor WILL jack up or felda votes will sink pekan and when the price was nearing rm 5, programmed selling was done to book in profits.And who looses? Yep those who had to support the image at least till ge13.
    The price will go down further.Some 'god of sharemarkets' opinion is that it will slip down to rm 4 and lower if without jackups.Anyway the ups and downs are very good for scalpers and speculators.ADA ANG POW OHHHH. 'janji ditetapi'
    Anyone knows what big mangy dog and hyneas are being paid to do what they do??

    ReplyDelete
  13. Ordinary Malays are controlled by the government, religion and community....strict compliance is expected, it is hard for anyone in that situation to break free.

    ReplyDelete
  14. Revolusi mental sebenar yg diperlukan bagi membina tamadun melayu yg maju adalah orang melayu mesti buang mental pendendam, mental mudah kecewa, mental suka memfitnah, mental malas berusaha dan pelbagai mental negatif lainnya yg tertanam dalam minda yg jika tidak dibuang akan diwarisi oleh anak cucu dan generasi melayu akan datang. Revolusi mental sebenar yg diperlukan orang melayu adalah supaya menjalani kehidupan dengan sentiasa berfikiran positif dan berpegang kepada nilai- nilai murni kehidupan yg boleh menjadi contoh kepada generasi melayu terkemudian.

    ReplyDelete
  15. ... yang paling selamat, kalau Melayu lawan Cina , pilih Melayu.

    Setuju jika Melayu boss kepada 1000 ekor lembu dan Cina itu kaki betina. Apa pula kalau Melayu itu gay dan Cina punya itu tak sedar diri? Apa macam? Koyak kertas undi depan pegawai PRU? Kalau kedua- dua gay siapa kita nak suruh terjun ke dalam laut dulu? Takkan saya kena terjun ke dalam laut - saya belum kahwin. Pangkah dua-dua saja lah, belakang kira sama orang pandai PRU.

    ReplyDelete
  16. melayu kena sentiasa pikir positif walaupun orang kelilingnya bercas negatif.
    melayu kena sentiasa pikir positif walaupun orang yg diberikan jawatan ketua berperangai negatif.
    melayu kena sentiasa pikir positif walaupun dia ditekan dibenam hingga terus melentok terus menunduk terus melayu dan akhirnya tersembam mencium lumpur tempat anak badak berkubang atau lubuk tempat kawanan babi berpesta.
    barulah namanya wira melayu berdarah pahlawan seperti karakter legenda hang tuah yang sentiasa pikir positif - hidup ketuanan melayu!

    adoi la. dah tahun 2012 dah, eh, nak habis 2012 nak mausk 2013 dah. dah lebih sedekad dah alaf 'baru' berjalan merentasi masa. masih pikir tahap kuno. gayafikir masih tak maju. pikiran masih layu. jiwa masih layu. semangat masih layu. nampak negatif, takpe biarkan, palingkan muka tengok yg positif je. jangan tentang jangan lawan jangan tegur jangan campur, biarkan. pikir positif.

    pikir takpayah panjang. pikir biar literal. si-ali tu positif jadi mari kita mengadap dia. apa dia cakap kita dengar. apa dia bagitau kita ikut secara literal. takpayah kajiselidik belakang2 apa maksud belakang2 apa takrif belakang2 apa sebabmusabab. biarkan, ikut je. pikir positif. si-abu tu negatif tapi takpe, biarkan. takpayah tegur takpayah siasat apa negatifnya. cari yg positifnya. apa positif dia cakap kita dengar. apa positif dia bagitau kita ikut secara literal. takpayah kajiselidik belakang2 positifnya tu berkaitterus ke dgn negatifnya. takpe, biarkan, pikir positif je sepanjang masa.

    sakmongkol tu positif. jadi bila dia bagitau melayu lawan cina pilih melayu, kita ikut saja secara literal. asal namanya nama melayu dan lawannya nama cina, kita pilih saja yg nama melayu tu, takpe. pikir positif je.

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Edit YOUR Photo (MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Edit Foto ANDA)

    ReplyDelete
  17. Dear Dato Sak,
    Please keep up the good work without fear or favor with no bias shown. Sooner or later your sidewinders will hit their targets and the sidewinding strategy of UMNO will be blown apart.
    Thanks from all right minded rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Mukhriz dan Mutapa Mohamad agihkan 100 juta saham FGV?

    Mmg tu contoh revolusi mental orang melayu skrg suka bercerita tanpa bukti & fakta.

    Come on la bro, apa kata ko kemukakan bukti & bagi killer punch utk musuh umno ko tu?

    ReplyDelete
  19. Dato'... Dulu ada buku terbitan kerajaan berjudul Revolusi Mental. Ia adalah manual untuk orang Melayu untuk mengubah diri dan masyarakat Melayu. Bukan sesenang itu untuk mengubah satu kaum secara wholesale kerana ia mengambil masa berzaman. Tetapi, dengan tindakan Mahathir menyingkir Anwar sebagai deputinya, orang Melayu yang prihatin terhadap kejujuran berpolitik tersentap akan betapa kejamnya UMNO, terutamanya Mahathir. Mungkin inilah katalis yang diperlukan untuk merevolusikan mentalkan orang Melayu. The silver lining behind the cloud penyingkiran Anwar ini ialah, ramai Melayu sedar bahawa UMNO tidak menjaga kepentingan orang Melayu, tetapi platform untuk oportunis Melayu mengisi tembolok mereka.
    Dulu UMNO kata PAS ketinggalan zaman dan tidak praktikal. Sekarang mereka sibuk menggunakan taktik mendapat simpati dari ahli PAS untuk bersama mempertahankan the Malay Muslim civilization. Namun PAS, kecuali Nasharuddin, tetap utuh kerana mereka tahu bahawa UMNO akan memperkudakan mereka seperti yang berlaku dizaman 70an dulu.
    UMNO kata PKR tidak kuat dan hanya mementingkan Anwar dan keluarganya untuk mendapatkan kuasa. Power crazy. Walaupun UMNO tidak mengamalkan nepotisme seperti PKR kononnya, rakyat tahu siapa dia Mirzan, Mokhzani, Al Bukhary, Nizam, Kamaruddin, yang merupakan proxy mereka diluar parti. PKR kononnya didalangi seorang sex maniac, adalah jauh lebih jujur dan pragmatik dalam pemerintahannya seperti di Selangor. PKR mendapat sokongan rakyat. Kalau tidak, takkanlah terdapat whistleblowers yang telah memberi modal untuk PKR menghentam UMNO seperti dalam kes NFC dan kontrak MRT. Spy PKR ada dimanamana sementara spy UMNO sibuk menjatuhkan Anwar yang hanya mementingkan sex.
    UMNO menganggap DAP parti cauvinis Cina. Siapa yang lebih cauvinistik? Dalam DAP ada orang Melayu tetapi dalam UMNO cuma ada orang Melayu. DAP juga telah membuktikan mereka lebih bijak menguruskan sebuah negeri dari UMNO. Kontraktor Melayu Penang terus diberi kerja seperti pemerintahan BN dahulu. Malahan, kali ini lebih adil dengan polisi open tendernya. Dahulu, kebanyakan kerja kontrak kerajaan negeri hanya didapati oleh kroni UMNO.
    Jika PR memerintah, pasti Revolusi Mental Melayu akan menjadi lebih hebat kerana nilai orang Melayu dapat ditandingkan dengan bangsa lain dengan lebih saksama. Apa perlu ditakutkan tentang masa depan orang Melayu kerana orang Melayu merupakan majoriti rakyat Malaysia.
    Sekarang ini, yang menjadi persoalannya ialah, jikalau benar UMNO mempertahankan Melayu, mengapa Melayu masih ditakuk lama walaupun sudah lebih 40 tahun DEB diusulkan. Mahathirisme telah menjadikan harta rakyat milik peribadi pemimpinpemimpin UMNO dan koncokonconya. Merekalah Melayu yang dipertahankan. Manakala pengikut UMNO yang lain, ditakutkan dengan, 'Kau tak takut ke Cina dan Yahudi perintah negara ini'. Mungkin UMNO tak sedar bahawa telah ramai cerdikpandai terdiri dari orang Melayu tetapi dan sebilangan besar tidak menyokong UMNO lagi.
    UMNO bukan berjuang untuk rakyat, terutamanya untuk orang Melayu. Mereka adalah penyembah wang ringgit dan gila kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka. Malang sekali, hasil idea Revolusi Mental mereka telah menggigit tangan UMNO kerana bijakpandai Melayu sekarang sedar bahawa UMNO pandai bermain katakata. Mental Melayu sekarang bukan seperti dulu lagi. Walaupun mereka adalah produk pendidikan UMNO, mereka tidak merasa termakan budi kerana mereka sudah sedar bahawa UMNO tidak ikhlas. UMNO gagal mengtransformasikan diri mereka mengikut masa. Ketamakan mereka bertambah rakus dan gagal mengambilkira Melayu Baru tadi. Orang Melayu tidak sebodoh dahulu lagi. Selamat tinggal UMNO.

    ReplyDelete