Sunday 1 July 2012

Hari2 Gelap Peneroka FELDA


Hari ini, sudah ramai peneroka sedar mereka telah di tipu. Kita harap kian ramai akan sedar. Kita tidak boleh lagi percaya kepada kerajaan UMNO-BN. bercakap berdegar pasal tender terbuka, projek LRT Ampang di beri kepada syarikat rakan golf nya, Tan Kay Hock dari George Kent. Orang yang serupa jadi broker dapatkan projek larian rel berkembar Johor Bharu ke Gemas. Ini orang yang bercakap mengenai model ekonomi baru. Ianya model memantaskan rompakan dan samun keatas sumber2 kekayaan negara ini.
Tidak ada sumber kekayaan yang selamat dalam tangan gerombolan UMNO. Listing FGV misalnya, adalah suatu lagi projek penipuan dan penyonglapan kerajaan UMNO/BN.  peneroka jadi kuda tunggang. Peneroka jadi lembu. Di kuda dan dilembukan. Hiduplah peneroka Melayu!
Kenapa mereka hanya dapat RM 600 sahaja sedangkan mereka yang tidak ada kena mengena dengan Felda mendapat ratusan ribu hingga jutaan Ringgit? ( 810 x 75 sen= RM607.50). Yang beli saham 1,000,000 dapat RM750 ribu?  Orang lain tu mebiayai pembelian dengan pinjaman bank juga. Jika mereka boleh, mengapa peneroka tidak di beri pinjaman yang lebih besar untuk membeli sekurang kurang nya 50,000 saham seorang? Dengan 50 ribu init saham, setiap peneroka boleh nikmati RM 35 ribu seorang. Baru 3.9 billion. Sekurang kurang ini hampir 30% dari hasil pendapatan penjualan saham FGV. Barulah menepati quota 30% DEB, ketuanan Melayu dan Melayu dahulu, rakyat di utamakan.  
Felda tetap juga dapat hasil penjualan yang serupa tidak kira siapa yang membeli nya. Jadi, kenapa peneroka tidak di beri pinjaman lebih? Bank tetap dapat semula pinjaman mereka setelah FGV di apungkan.
Nyatalah kerajaan membohongi warga Felda bila mereka berlakun mengutamakan orang Felda. Yang mereka utamakan masih tetap sang putera dalam bumiPUTERA. Putera2 inilah yang melompat kegembiraan bila loceng penjualan saham berbunyi. Peneroka melompat gembira menerima RM 15 ribu, orang lain melompat kesukaan kerana mendapat 750 ribu setiap 1 juta saham yang mereka beli.
Tipah tertipu lagi, peneroka lagi tertipu!
Tapi bukan itu baik? Dapat duit banyak untuk Felda?
Penjualan 2.188 billion saham membolehkan Felda mengaut RM 11.6 billion. ( 2.188 x 5.30). bagaimanakah wang ini akan di gunakan? Bagaimana pengagihan nya? Apa jadi kepada penjaga kepentingan peneroka iaitu Koperasi mereka? Dan adakah RM5.30 ini suatu harga yang membayangkan keyakinan pelabur kepada FGV? Mengapa tidak ada penjualan bebas atau freefloat? Kenapa wang dari EPF, Tabung Haji dan beberapa kerajaan negeri di suruh membeli saham FGV? Ini menandakan pembelian paksaan yang jika tiada akan menonjolkan nilai sebenar saham FGV. Dan jika harga stok atau saham FGV jatuh bawah paras harga tawaran asal RM 4.55 apa akan jadi? Sesiapa meminjam dari bank akan berhutang.
Tapi cuba fikirkan perkara ini- adakah orang lain dapat untung jika tidak ada felda? Kerana Felda lah, ada orang dapat untung dan ada orang dapat makan steak di kedai kak Ijat Lembu dan ada pula yang menjamu selera dengan satay Kajang. Sedangkan keberangkalian orang lain dapat durian runtuh yang lebih, hanya ujud kerana orang Felda dan Felda ujud.
Bukankah hukum akal menyatakan bahawa jika benar warga Felda dan orang Melayu diutamakan, maka bahagian besar durian runtuh hasil dari listing FGV mesti di kembalikan kepada warga Felda.
Jangan lupa Felda masih memegang 40% saham FGV yang di besarkan. Tapi 40% ini oleh kerana ianya tidak dijual, mala ia hanya mempunyai nilai potensi. Nilai actual hanya di nikmati jika Felda menjual nya. Atau mencagarkan saham tersebut dengan bank. Nilai harta Felda ketika ini ialah jumlah 40% itu dikali dengan harga stok FGV pada satu2 masa. Nilai harta nya akan turut susut jika harga stok menurun. Untung rugi, masa depan terang atau gelap mulai sekarang bergantung kepada kemampuan dan keupayaan pengurusan FGV.
Jika nilai harta Felda dan stok FGV menurun di masa2 hadapan- maka sah dan nyata Felda dan peneroka dan perkerja Felda sudah di jadikan kuda tunggangan, lembu pembajak dan Felda sudah di liwat.
Dimanakah keadilan untuk peneroka?
Akibat dari gelombang kesedaran di kalangan peneroka Felda, ini bererti 50 lebih kerusi parlimen dalam Felda tidak boleh di jamin BN dan UMNO yang punya. 50% warga Felda sudah sangsi janji2 UMNO dan BN. hasil RM 11 billion, tidak di ketahui kemana gerangan. Kedalam poket Felda kah? Atau kedalam dana pilihanraya UMNO?
Apa yang terjadi kepada Felda, seperti yang telah terjadi kepada kebanyakan projek2 tajaan kerajaan UMNO/BN membuat orang ramai bertanya bolehkah mereka percaya kepada UMNO-BN?
Cara UMNO mentadbir negeri2 tidak meyakinkan kita FGV dan Felda mempunyai masa depan yang cerah. Ambil contoh hutang kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Orang Felda boleh banding sendiri prestasi kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik dari pencapaian kerajaan2 UMNO. Kerajaan negeri yang berhutang paling banyak dengan kerajaan pusat ialah Pahang dan Melaka . Oleh kerana Pahang negeri terbesar dalam Semenanjung, maka hutang nya pun mesti besar agak nya. RM 2.5 billion. Melaka, Pak Ali Rustam hutang RM 800 juta.
Tapi sebetulnya, ini membayangkan longgar nya disiplin pengurusan kewangan kerajaan UMNO-BN dan bertentangan sekali dengan konsep wasatiyah yang di laungkan oleh Najib dan UMNO-BN.  ia membayangkan UMNO berbelanja tanpa ada rasa kebertanggungjawaban. ini juga membuktikan , benar sangat bila Daim Zainudin memberi Najib markah A++- dari sudut melaungkan dan menjeritkan omongan kosong. Rebut nya kencang, hujan nya tiada.
Inilah kerajaan yang melanggani wasatiyaah Ustaz Najib dalam bersederhana. Bolehkan UMNO dengan kerakusan, pembohongan dan penindasan yang dilakukan menjadi contoh untuk di persaksikan sebagai  ummatan wasatho? Ummat UMNO menjadi contoh tauladan? Kemudian, jadi ummat yang akan di hakimkan oleh Rasul Allah?
Apa akan jadi kepada Felda nanti? Bisnes nya akan di jalankan oleh FGV. Untung Felda akan bergantung kepada kecekapan dan kepandaian FGV. FGV mempunyai track rekod yang muram dalam mengurus perniagaan. Ia rugi dalam kebanyakan bisnes yang ia ceburi di luar negara. Banyak lagi isiu2 mengenai mutu pengurusan yang tidak sedikit pun membangkitkan keyakinan bahawa masa depan Felda dan peneroka akan bertambah baik.

12 comments:

  1. Dato,what is ketuahnan Melayu when settlers who have toiled their lands for four decades or more are conned into giving up their rights for less than RM500 profit,plus a promised sum of 3 installments of RM5,000.

    And by the way where is the champion and king of Perkasa,Abrahim Ali.As usual when his brothers needed him,he is lost and nowhere to be found.When he is not wanted,like a vermint he suddenly pops up from the sewers.

    Some crony golfing buddy of Uncle Jib's signature on a piece of paper and they made hundreds of millions,and all the settlers ink on a piece of paper is worth hundreds of ringgit.And people who piggyback on the coat tails of the settlers made tens and hundreds of thousands of ringgit.

    The Umnoputras are fair only to themselves and cronies.Screw the other hard working guys are their motto.It is time that the Malays realised that the bogeyman DAP is actually the Umnoputras in sheep's clothing.If the FGVH listing does not make the Malay community wake up to the fact that their Malay brothers are being taken for a ride by the Umnoputras,than they deserved to be humped from the behind for free.

    ReplyDelete
  2. Hope they realizes their follies.
    Toiled the land for a generation and that is what they gets.
    Its a bit late for them to turn the table against umno

    ReplyDelete
  3. Kesian orang melayu. Tak sedar-sedar bahawa UMNOlah yang menjahanamkan mereka.

    ReplyDelete
  4. Malim anak Peneroka1 July 2012 at 19:26

    Saya setuju dengan Tulisan saudara.Peneoka Felda yang meyabong nyawa membuka tanah Feda 50 tahun dahulu akhirnya segala apa ang diusahakan habis dikebas .

    Hasil Tanah mereka tergadai salama 90 tahun.
    Dahulu sabelum listing peneroka Feda kooperasi memileki 100 peratus milek ladang mereka,sekaang ini inggal hanya 37 peratus.peneroka Felda akan menjadi hamba pemegang saham Felda Global,termasoklah Yahudi di Amerika,Cina di Hong Kong dan Singapura,Mat Salleh di Euope dan UK dan juga Pemimpin UMNO,baik yang telah pencen dan yang maseh didalam jaatan,yang mendapat peruntokan ,1 hingga 10 juta saham.

    bagaimana kah Feda Global menetapkan kadar sewa tanah Felda saluas 800 ribu ekar dengan kadar 250 juta satahun.Ini bermaana kadar sewanya jatoh pada kadar 200 ringgit saekar.Hasil berseh anah Kelapa Sawit satu ekar ialah 2000 ringgit.Bagaimana mereka menetapkan kadar sewa ini,Adakah mereka berunding dengan Peneroka Felda dan Kooperasinya.Sebab itu Dato Zul di keluarkan dari Felda sebab ia memang tdak setuju dengan caabgan ini.

    Bagaimana pula tanah tanah peneroka Feda yang terletak di alam kawasan Wilayah,Harga tanah ini amat tinggi sahingga mencecah sau juta satu ekar.Sekarang tanah ini sudah tidak daat dimajukan untok selama 90 tahun.Bukan kah ini satu penipuan dan kerugian yang besar peneoka.

    Selamat Jalan BN UMNO Isa Samad dan tidak lupa Najib Tun Razak
    Tun Razak mencipta Felda,Anaknya Najib menghancorkannya.

    ReplyDelete
  5. Malim Anak Peneroka,

    Segala-galanya telah menjadi bubur bagi peneroka Felda. Yang boleh kita buat hanyalah berdoa dan berharap bahawa keadaan tidaklah seteruk yang kita semua, termasuk Dato Sak dll jangkakan.

    2. Dato Sak dan mereka-mereka yang menentang penyenaraian ini telah melakukan yang terdaya oleh mereka untuk menyedarkan para peneroka Felda tentang penipuan ini.

    3.Saya percaya para peneroka Felda telah terdedah dengan maklumat dari kedua-dua belah pihak: pihak kerajaan dan pihak yang menentang penyenaraian ini. ANAK telah berusaha segigih yang termampu oleh mereka untuk menyemai dan menyebarkan maklumat-maklumat.

    4.Setelah saham FGVH diapungkan di BSKL, sudah tidak ada apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak yang menentang penyenaraian ini untuk mengubah keadaan atau mengembalikan kepada status quo sebelum ini.

    5.Hakikatnya, majoriti para peneroka FELDA bersetuju menerima tawaran penyenaraian. Peneroka yang menentang penyenaraian ini juga kena akur dengan keputusan majoriti rakan-rakan mereka. Soal manipulasi oleh pihak kerajaan tidak timbul lagi sekarang dan tidakboleh mengubah apa-apa atau dapat mengembalikan kepada keadaan asal.

    Soal peneroka Felda kena tipu ini bukan kali ini sahaja. dah berkali-kali sejak 50 tahun yang lampau. Setiap kali mereka sendiri membiarkan diri mereka ditipu. Mereka tidak pernah belajar dari pengalaman lampau.

    6. Tak lama lagi kita akan menghadapi PRU 13. Peneroka-peneroka Felda mempunyai kuasa menentu nasib UMNO Baru/BN lebih daripada 50 buah kerusi.

    Sekali lagi para peneroka akan digula-gulakan, akan disogok dengan pelbagai janji palsu oleh pihak UMNO Baru/BN.

    Namun, para peneroka mempunyai satu peluang unik.....ingat hanya satu peluang ini untuk menebus maruah mereka yang selama ini di manipulasi oleh UMNO Baru/BN. Hanya satu peluang sahaja untuk mengajar UMNO Baru/BN untuk menghormati hak peneroka Felda.

    Tiada lagi kompromi, tiada lagi bagi can sekali ini je. PERSOALAN YANG PENTING YANG KITA AKAN LIHAT NANTI, MAHUKAH,BERANIKAH PARA PENEROKA FELDA MENEBUS MARUAH MEREKA DENGAN MENOLAK UMNO BARU /BN DALAM PRU 13 INI ATAU SEPERTI SELALUNYA, TEWAS DENGAN PUJUK RAYU DAN JANJI KOSONG UMNO BARU/BN...LEPAS TU MENYESAL BILA SEDAR DITIPU!?

    bat8

    ReplyDelete
  6. Terpahat dalam otak saya pepatah Melayu,"Adat pulau limburan pasang " sejak dari bangku sekolah. Satu-satunya pepatah yang tiada setandingnya dalam bahasa Inggeris, yang begitu cantik, manis, ringkas dan jitu. Bagai suluh menerangi jiwa suatu bangsa yang penuh dengan semangat kejiranan mulia, pepatah inilah yang telah membantu kita mendirikan suatu bangsa yang bermaruah dan beradab. Yang kaya raya membantu yang miskin, yang kuat menolong yang lemah, yang celik mendorong yang buta, yang tinggal di tingkat atas hulurkan bantuan kepada yang tinggal di tingkat bawah.

    Dengan listing FGV ini baharu sahaja saya sedar apa sebabnya kawan karib saya pernah memberi amaran bahawa, yang tinggal di tingkat bawah jangan-jangan pandang ke tingkat atas nanti ternampak yang bukan-bukan, yang tergantung-gantung bukan buah sawit bahkan buah yang boleh muntahkan seribu macam racun bisa. Dan satu racun itu yang paling bisa, walau pun dicelup dengan manisan ialah FGV.

    Apakah pepatah ini masih relevan dan dapat memberi pedoman kepada yang pintar tetapi licik? Tidak. Yang nyata dan tidak mengherankan lagi listing FGV ini lebih mengguntungkan segelintir manusia daripada peneroka-peneroka yang bertungkus-lumus selama 50 tahun tetapi hanya akan berasa gembira selama 5 bulan.

    Adat pulau limburan pasang, atau, tersepit sekali lagi - kais pagi makan pagi kais petang makan petang - untuk selama-lamanya kerana adat dipulau oleh yang takut dilimbur.

    ReplyDelete
  7. ("Suci Dalam Debu said...

    Kesian orang melayu. Tak sedar-sedar bahawa UMNOlah yang menjahanamkan mereka.")

    Jahanam satu perkara. Tapi dalam sistem budaya "pariah" diwajibkan satu kelompak manusia yang hina!

    Tengok-tengok haluan negara sekarang Kutty dah siapkan orang Melayu jadi pariah !

    ...hendak jua???

    ReplyDelete
  8. Anon 2 July 01:04

    Quote : pepatah Melayu,"Adat pulau limburan pasang " sejak dari bangku sekolah. Satu-satunya pepatah yang tiada setandingnya dalam bahasa Inggeris, yang begitu cantik, manis, ringkas dan jitu. Bagai suluh menerangi jiwa suatu bangsa yang penuh dengan semangat kejiranan mulia, pepatah inilah yang telah membantu kita mendirikan suatu bangsa yang bermaruah dan beradab. Yang kaya raya membantu yang miskin, yang kuat menolong yang lemah, yang celik mendorong yang buta, yang tinggal di tingkat atas hulurkan bantuan kepada yang tinggal di tingkat bawah. Unquote.

    Dah baca dua kali hari yang lepas, memang setuju keindahannya serta nak pratiknya lebih lagi secara senyap. Alangkah eloknya sering diupload ke FMT, public forum yang lain. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. salam semua
    dari pemerhatian, bila kita berbicara tentang isu fgvh ini secara amnya kita menyentuh tentang malangnya nasib para peneroka yg memberi izin kepada Kera UBN untuk bergayut sesukahati pada pokok2 sawit yg mereka sendiri bermandipeluh untuk menanam menghidup dan membelanya. samada kita meluahkan simpati pada peneroka itu kerana tidak tahu diperkuda oleh sang kera, atau kita mengkritik kedegilan dan kedunguan mereka yang gagal mendengar nasihat "pembangkang" dan seangkatan.

    bahayanya, seperkara yg gagal atau jarang disentuh berkaitan isu ini ialah, apakah kelebihan yg akan digenggam erat oleh sang kera susulan dari berjayanya projek mereka ini. taklain takbukan ialah soal duit atau dana. berdekad dulu kini dan mungkin selamanya, motif dan objektif sang kera cumalah duit. dengan duit mereka berjoli, dengan duit mereka membuli, dengan duit mereka membeli kuasa dan dengan kuasa mereka membuat duit. senjata terbesar sang kera dalam sesuatu pru ialah duit. kini dengan tercapainya hasrat mereka dalam projek fgvh, maka tersenyumlebar lah memasing yg berkaitan - dana pru13 sudah dalam karung. lalu bahayanya datang kepada hasrat kita yg inginkan kera ini dicampak jejauh bukan saja dari ladang2 felda, tetapi juga dari putrajaya dan setiap ibunegeri! apakah langkah yg mesti diambil segera oleh pakatan untuk melawan gelombang duit yg bakal ditabur sang kera yg tersengeh2 ini kelak???

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 1 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 1)

    ReplyDelete
  10. sorry Sak

    minta ruang sikit, nak tolong Average Joe, pengunjung kita.

    Joe,
    Would you like to consider designing T - shirts with " I am Not a Katak ! " And have the katak in different bright colors, make it really FUNNY, yet meaningful. We will demand QD to buy a few. ha ha.

    Or something else like, I am really NICE. Will you be my Date ? Contemporary , cool, not overwhelming. Market focused.

    University students, teens and parents will buy them. All the best in your business. Drop by here often. Thank you, Sak.

    ReplyDelete
  11. MIntak tolong warga-warga Felda siasat dan membuat bantahan kepada perkara-perkara berikut:

    • Kenapa seorang Gujerat (iaitu Dr Emir Mavani) dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global, yang bakal mengantikan Dato Sabri Ahmad? Dahlah orang Gujerat, dia bukannya datang dari industri sawit. Belum pernahpun memegang jawatan pengurusan dalam apa-apa syarikat yang disenaraikan. Apa lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif. Teruk sangat ke orang Melayu, sampai kita tak boleh cari satu pun, yang pernah memegang jawatan atasan dalam syarikat yang besar seperti Felda Global? Sekarang ni nampak sangat yang hubungan Gujerat sedang berleluasa di syarikat Felda Global ini. Business ekspot minyak sawit yang telah dikembangkan Felda di Vietnam, Myanmar dan sebagainya kini diserahkan kepada kawan-kawan Gujerati Dr Emir, iaitu keluarga Allana. Dr Mavani menggunakan gelaran “doctor”, tetapi ijazah doktoratnya dari “University Warnborough”. Mengikut laman web Jabatan Pendidikan Tinggi United Kingdom, Universiti ini tidak bertauliah untuk memberi sebarang ijazah.

    ReplyDelete
  12. Sambungan dari komen yang sebelum ini:

    • Dr Mavani menggunakan kuncunya, iaitu Dr Suzana Osman, untuk “mengkaji” dan mencadangkan projek-projek pelaburan yang sungguh tidak munasabah. Kedua-dua mereka mahukan Felda Global membeli tanah gambut di Sarawak - RM240 juta untuk 9,000 hektar. Walhal tanah itu tidak boleh ditanam sawit kerana 90% dari tanah tersebut adalah tanah gambut dalam.
    • Kumpulan yang sama juga sedang mengerah Felda Global untuk membeli tanah dari cina Duta Yap, yang meminta wang sebanyak RM3 bilion.
    • Warga Felda semua kena ingat. Felda Global ada wang tunai sebanyak RM5 bilion. Apakah yang akan terjadi kepada wang tersebut kelak, dibawah pimpinan orang Gujerati?

    Mintak tolonglah buat sesuatu sebelum Felda bankrap.

    ReplyDelete