Monday 11 October 2010

Wang masuk, wang masuk…mashuuk.


 

Siapa tak mahu pelaburan masuk ke dalam Negara. Syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, Mudabala Group mahu labor USD7 billion dalam ekonomi kita. USD 7 ribu juta adalah dalam industry aluminium di Sarawak dan pembinaan financial hub di KL. Tapi pelaburan ini akan terjadi dalam masa satu tahun lagu. Iaitu selepas 1MDB siap kajian dan proposal nya.

Dalam masa setahun apa apa pun boleh terjadi. Dato Najib menyaksikan tanda tangan antara Mudabala Group dengan 1MDB. Saya harap 1MDB bukak mata juga ya- sebab GLC Abu Dhabi ini untuk setengah tahun 2010 rugi 4.5 billion Dirham. Ertinya, 1MDB tanda tangan dengan syarikat yang sedang menannggung rugi. Saya harap kita jangan ingat syarikat Pak Arab mesti ada banyak duit.

Tapi ada satu perkara baik dengan syarkat Pak Arab ni. Dia orang publish buku buku perakaunan mereka untuk tatapan public. 1MDB tak pun lagi. Orang kampong semua tahu, kita dah bertempik transparency. Transparency tak ada. Yang ada, ialah opacity.

Rakyat pun bukan bodoh. Pelaburan ini, kalau terjadi bererti Mudabala akan bawak masuk tukaran asing. Dan tukaran asing dalam bentuk USD 7 billion tersebut akan di tunjukkan dalam peningkatan reserves negara. Mulai tahun depan bila Pak Arab ni bawak masuk duit USD, kita nak tengok reserves Negara kita bertambah atau tidak.

Itu hal pertama.

Dato Sri PM pun ada sebut 1MDB sudah untung RM 425 juta. Waduuh Pak- ini untung datang dari mana? Adakah ia datang dari operasi perniagaan atau perpindahan asset kerajaan kedalam 1MDB? Kita tak tahu. Rekod tak ada. Alih alih, sebut untung RM 425 juta turun dari langit. Kalau wang banyak di langit sana, bila kita tangkap Ayah Pin yang berkerajaan di langit sana, kita Tanya, disana ada Fort Knox ke?

Kita kena ingat perihal 1MDB ini. Ianya dalah sebuah Sovereign Wealth Fund- yakni sesebuah kerajaan akan memasukkan sejumlah wang daripada hasil perusahaan Negara kedalam dana tersebut. Misalnya hasil dari penjualan minyak. Wang dari dana tersebut akan di labur dan akan mendatangkan pulangan.

Jika benar, kita nak tahu dalam pelaburan apa dan pulangan nya banyak mana? RM 425 juta dari satu pelaburan atau satu bakul/basket portfolio? Beritahulah kami, Dato Sri PM.

Tapi 1MDB ini lain dari yang lain. Orang Cina kata hantu bukan hantu, orang bukan orang. Sebab dana nya datang dari terbitan bond yang di jamin oleh kerajaan. Ertinya Dana 1MDB datang dari hutang yang di terbitkan oleh Dana ini yang di jamin oleh kerajaan. Ini boleh jadi satu sebab mengapa negara kita boleh jadi bangkrap. Idris Jala tidak sebut perkara ini.

Bila Dana tersebut di pindah dari wang ehsan Terengganu, orang kata sudah berkurangan RM700 juta. Jumlah tersebut di bayar sebagai consltancy fees yang mungkin di urus oleh budah 28 tahun yang bergeliga otak nya- Low Taek Jho. Dalam negara Malaysia, mana ada budak yang lebih geliga otak nya dari Low Taek Jho ?

Hampir satu tahun dana dalam 1MDB tinggal hanya RM 800 juta nya. Bererti yang sangat menyukakan hati PM kita datang di atas pelaburan sebanyak berapa ? RM 4.2 billion termasuk bayaran yuran/fess con-sultans ? berapa pulangan nya ? 10%.

Tak berapa bagus sheikh. Pemaju perumahan mislanya mahukan pulangan sekurang kurang nya 18%. 10% tak bagus sheikh. Itu sebab, kita dengar, 1MDB mahu terbitkan RM 5 billion bond lagi untuk jadi Dana 1MDB. Ini hutang lagi tuan Sidek Sigaraga.

Siapa yang di kerah untuk underwrite terbutan tersebut? Sudah tentu dua bank terbesar di Malaysia iaitu CIMB dabn Maybank. Maka berkerja keras lah dua bank ini underwrite terbitan bond dan menjual kepada pembeli institusional dan perseorangan. Siapa yang terpaksa beli? Mungkin pemegang dana lain- EPF, Tabung Haji dan sebagai nya.

Saya rasa semua orang sangsi akan apa yang terjadi dengan 1MDB. Cakap cakap dari pasaran mengatakan para auditors enggan tanda tangan mengesahkan buku buku 1MBD. Kalau auditors tak mahu sahkan, adalah hanky panky di sana. Semua pihak yang terlibat pun gusar yang amat sangat.

Entah macam mana si Low Taek Jho mempengaruhi PM untuk mempengaruhi juru odit tanda tangan jugak buku buku2 1MDB.

Jadi kita nak tahu, apakah bettul2 1MDB buat untung atau tidak? Atau mungkin ini cooked figures untuk selamat LTJ dan 1MDB sendiri?

11 comments:

  1. I say again here. These guys just dont know how to run a country.

    Very soon all habis and Pakatan has to take the blame for a bankcrupt country.

    Very smart.

    ReplyDelete
  2. Plunder tetap plunder.Storyline ajer berubah-ubah.This time around baik punya ARABIC cilok plot.Nak heran?
    Adakah dengan buat heran , plunder ni dapat di tumpaskan plundernya?Dapat kah wang pendapatan negaraku tercinta diselamatkan dari plundermania?
    Ataupun gerombolan plunder akan jadi kaget dan tidak jadi plunder jika kita semua pakat heran?
    Lagu mana dato sak? Sampai bila nak heran? MOHON PENJELASAN

    ReplyDelete
  3. Kalau macam tu, cita lama - jual otang beli otang. Ni kena ada magic sikit!

    Mungkin ada kaitan dengan satu cadangan benteras ilmu ghaib dan undang-undang baru masih dalam cadangan. Ini daripada IKIP di Pahang, yang banyak connection dengan Norman Kaldai.

    Kalau macam tu kena ada undang-undang banteras alchemy, buat emas! Mungkin juga ada orang boleh buat emas!

    Tapi Abu Dabi tu, hmm. Nanti Dubai jadi debu habih semua!

    ReplyDelete
  4. Dalam bernama ceo 1 mdb dah confirm auditor dah sign. Janganla kita sangka yang bukan bukan. Beri la mereka peluang, DSN bukannya sebodoh yang kita sangka. Memang senang jadi armchair critic ni, dapat info dalam 20% pastu tulis meraban. Sabar la....

    Shalela

    ReplyDelete
  5. shalela,

    cuba awak baca betul2. saya pun kata auditor sudah sign. tapi mula mula enggan sign. akhir nya sign. tentulah sesudah itu, tak perlu confirm lah. yang bukan ceo pun kata dah sign. cerita belakang tu takkan dia nak cerita. ini bukan 20% punya seumber tapi sumber 20/20

    ReplyDelete
  6. j low ni kawan siapa? riza azis tu siapa ya..hmmmm

    ReplyDelete
  7. WANG MASHUUUK
    Tulisan kali ini ada mirip dengan Tukar tiub dan Haji Husin..shiok bacha.
    Senang di paham oleh Pakcik dan Makcik dari Felda.
    Kalau cara begini najib nak jual negara maka jual orang lebeh untung dari jual unta dan minyak tahi unta.

    This might be a trick by najib's government to trick voters and to pretend that everything is well with our economy.
    Syabas AK47, not many people from umno will dare to publish this.

    ReplyDelete
  8. I can only dream of enjoying a politico-investment relationship like
    -i tolong u, u tolong i

    And translated in this new thingy-
    mu bedal-lah. I too bedal-lah

    To be compatible with the aspiration of
    the gomen, everything that has to do
    with incoming investment must be addressed appropriately and window dressed to cover the naked but plain truth.

    Sir, mashuuk will not do.
    Conn-sulting fees , investments, joint-venture will be the 'in thing'

    In the old days of creative accounting
    bad loans are classified as 'account
    receivables' as long as they remained
    undiscovered. Now with bigger sums
    at stake, conn-sultans will come up
    with high sounding names to hide the
    naked truth

    khong khek khuat

    ReplyDelete
  9. Dato' Sak,
    Kena tipu lagi kita....

    ReplyDelete
  10. Dato'

    memang lah auditor dah sign...tapi what is the auditor's report present

    is it unqualified, qualified, adverse, disclaimer or at least ENRON style of opinion?

    auditors(especially the Big 4) are easily bought in if you continue to render their services(audit assurance, tax, business consultants, etc)

    dare you Najib make the accounts available for public viewing... maybe i and others can make some forensic accounting job for free on it

    Hehehe..love the CSI series in AXN (Who Are You?)

    ReplyDelete
  11. ni lah perompak negara n rakyat malaysia. tunggu saja lah masa nya akan tiba...yang merana rakyat

    ReplyDelete