30% ≠ NEP
Kenyataan diatas bermaksud 30% itu bukan lah DEB.
Oleh kerana ada pembaca yang mahukan artikel asal yang di tulis dalam bahasa Inggeris di terjemah ke dalam bahasa Melayu, maka saya akur. Apabila berlaku terjemahan maka mustahil ianya pergantian perkataan dengan perkataan yang identikal. Saya membuat penambahan yang sesuai. Ini bahagian pertama.
Saya mahu nyatakan kepada saudara saudara sebangsa saya, jangan lah kita terpengaruh dengan dakwaan hujjah yang menyatakan jika peraturan 30% di mansuhkan, maka orang Melayu akan berantakan. Kita dapat gambaran bahawa dunia orang Melayu akan kiamat. Percaya lah, orang Melayu tidak kojol jika aspek DEB yang selama ini menguntugan golongan elit ini dimansuhkan.
Yang di bisingkan 30% ini apa benda nya?
30% yang saya maksudkan ialah peruntukan bahawa semua syarikat yang mahu disenaraikan di bursa saham, mempunyai sekurang kurang nya, 30% kepentingan orang Melayu. Peruntukan angka ajaib ini di terjemahkan kepada peraturan mandatory bahawa semua syarikat2 pernigaan yang mahu membuka perniagaan yang memerlukan lessen, quota atau sebarang apa jua bentuk kelulusan kerajaan, mesti ada 30% kepentingan Melayu. Nak buka bank? Boleh jika bank beri 30% share kepada Melayu. Berilah free atau dengan harga diskaun. Berilah kepada yang mengetahui dan rapat. Nak dapat lessen buat kebel optikal? Bisa, jika 30% ekwiti orang Melayu yang punya. Lama kelamaan, aspek 30% pemilikan ekwiti menjadi ukuran sama ada DEB Berjaya atau tidak.
Jurang pendapatan yang hendak di rapatkan menjadi pengrapatan jurang pendapatan sesama orang kaya. Aspek yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu yang mengkudai jenama 'Melayu' lah yang kita bangkang. Jangan kita biarkan DEB menjadi suatu dasar ekonomi yang melambangi perasaan dengki dan iri hati orang Melayu- tak boleh tengok orang lain senang.
Ertinya, yang kita tolak ialah suatu aspek dari DEB. Cuba pembaca kaji. Aspek aspek DEB yang menguntungkan orang Melayu ialah perkara perkara yang bersangkutan dengan pelajaran dan pendidikan; bagaimana misalnya mereka ada ada gred 3 SPM/MCE dahulunya dapat belajar ke IPT seperti ITM dan kolej kolej lain; bagaimana mereka yang ada gred 2 dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6; bagaimana kerajaan mengujudkan kemudahan supaya masuk university tidak memerlukan STP atau HSC.
Aspek yang menguntungkan orang Melayu ialah bersangkutan dengan pemberian dan konsolidasi tanah untuk rakyat seperti FELDA, FELCRA dan sebagainya. Erti nya, aspek DEB yang menguntungkan orang Melayu ialah elemen2 DEB yang meningkatkan kapasiti manusia atau dalam bahasa hari ini, yang memperkasa mereka. Aspek DEB yang menguntungkan orang Melayu ialah aspek2 yang memberi maruah kepada bangsa Melayu yakni dengan memudahkan usaha orang Melayu. Aspek aspek ini tentulah kita sokong.
Sejak dari dulu lagi, kita ada idea bahawa semua perniagaan mesti mempunyai rakan kongsi Melayu. Keadaan ini mengujudkan fenomena Ali-Baba, di mana Ali mendepani perniagaan sementara si Baba menyediakan modal, pengurusan dan operasi perniagaan. Dari sini timbul lah suatu amalan bahawa orang Melayu yang menjadi kan diri mereka si Ali dalam perniagaan si Baba, memperolehi imbuhan dengan menyewakan nama mereka. Ini lah permulaan apa yang di sebut sebagai penerima sewa- atau rent seekers. Sudah barang tentu 'nama' yang ada harga ialah nama yang ada gelaran, kedudukan, kuasa, jawatan penting. Dalam perkataan lain, nama nama yang tergolong di bawah kategori elit Melayu.
Idea tersebut diasaskan diatas prinsip bahawa kita orang Melayu mendapat sesuatu dengan percuma atau dengan harga yang lebih mudah, dengan cara yang lebih mudah, kerana kita lahir sebagai orang Melayu. Ini bertentangan dengan prinsip universal, yakni kita dapat sesuatu faedah melalui apa yang kita lakukan- menggunakan otak, berusaha, membuat pelaburan. Dengan berusaha kita dapat sesuatu. Bukan nya dengan bersandar pada nama kita.
Syarikat asing yang mahu membuka perniagaan mesti mendapat kelulusan daripada jawatan kuasa pemilikan ekwisiti asing. Dah dapat kelulusan yakni dengan menjunjukkan bahawa syarikat ada partner Melayu, kerajaan kasi lulus.
Sekarang kerajaan sudah pun membuat keputusan bahawa peraturan seperti ini sudah di perlukan lagi. Jika orang Melayu hendak berniaga, mereka tidak boleh dapat free lagi, atau dapat peluang membeli saham yang mesti di agihkan kepada orang Melayu. Penghapusan peraturan inilah sekarang di jadikan semboyan menghebahkan rasa cemas bahawa pelindungan keatas orang Melayu kian terhakis. Ramai lah orang manyatakan, tanpa perlindungan, matilah orang Melayu.
Maka saya ingin bertanya? Siapakah yang melindungi kita sebenarnya? Jika kita kanak kanak kecil, yang melindungi kita ialah ibu dan bapa kita sendiri. Selain itu keluarga dan sanak saudara. Jika kita orang dewasa yang melindungi kita ialah kita sendiri, yakni dengan kudrat kita sendiri, kita bangkit.
Hujjah yang menyatakan jika 30% ini di lupuskan, kita akan hancur adalah hujjah putar alam. Jika anda seorang pak tani, penoreh getah, semua percakapan mengenai perolehan 30% adalah percakapan dalam bahasa Yunani. Iaitu tidak di fahami oleh sesiapa. Para petani dan nelayan dan majority orang Melayu akan rasa cemas jika kepentingan mereka yang lansung terancam. Jika anda penanam getah, anda akan lebih mementingkan supaya harga getah sekerap anda baik. Kepentingan petani ialah mendapatkan grant keatas tanah yang anda usahakan semenjak tahun 1970. Kepentingan anda ialah memastikan anak anak mendapat bantuan kewangan untuk persekolahan dan pengajian mereka. Kepentingan kita ialah mengharapkan bahawa setelah anak anak kita mendapat kelulusan meraka da keraja. Hal 30% ekwiti dalam syarikat perniagaan asing? Ini tidak penting kepada anda.
Kita lebih mementingkan supaya suatu pentadiran yang cekap beroperasi ujud untuk berkhidmat kepada masyarakat. Permohonan tanah yang kita sudah kemukakan 5 tahun dahulu belum lagi berjawab. Kelulusan pertukaran nama keatas tanah yang anda jual kerana keadaan terdesak masih belum selesai setelah 3 tahun. Ini lagi penting kepada kita.
Kita hendak tahu mislanya mengapa kerajaan menghalang kita menanam sawit secara kecil kecilan. Yang penting kepada kita ialah kita mahu tahu mengapa syarikat besar di benarkan dan di berikan tanah untuk menanam sawit, sementara kita tidak boleh. Jika alasan nya ialah takut perbekalan sawit berlebihan, sudah barang tentu alasan perbekalan lebihan ini lebih mengena keatas syarikat besar yang mengerjakan tanah yang lebih luas. Anda pergi ke pejabat tanah untuk bertanyakan status permohonan anda, yang anda temui ialah layanan bisu atau berkerjaran dari satu kaunter ke satu kaunter.
Kita nak tahu sama ada kerajaan betul betul serius hendak membasi rasuah. Jika serius kita hendak kerajaan buktikan dengan menyumbat beebapa orang bekas menteri, bekas menteri besar, bekas pegawai tinggi kerajaan kedalam jel dan lokap. Bila ini di lakukan, baru kita boleh terima kerajaan serius mengenai rasuah.
Jadinya, lebih besar dan penting dari soal 30% ekwiti ini, kita lebih mementingkan ujud nya sebuah pentadibiran yang cekap, bersih, dedikasi yang menjalankan suatu dasar ekonomi yang meletakkan sumber penghasilan kekayaan secara lansung dalam tangan rakyat.
Dan sudah barang tentu, kita berharapkan pengistiharan penghapusan 30% ini tidak digantikan dengan dasar lain yang akan terus menguntungkan golongan elit Melayu. Kerana, terdapat syak dan wasangka semula jadi, bahawa mesti lah sukar golongan elit mengorbankan kepentingan matrial mereka. Apa yang DS Najib tawarkan kepada orang melayu akan dikaji dengan teliti oleh masyarakat.
Dato,
ReplyDeleteSaya terpanggil untuk menulis secara ringkas pengalaman saya mengenai DEB.
Saya masih ingat di sekitar tahun 1975, seorang guru besar Melayu rasa serba-salah kerana tidak dapat berlaku adil.
Dia adalah penemuramah untuk pengambilan pelajar-pelajar kelulusan SPM/MCE ke maktab perguruan. Ramai pemohon kelulusan MCE dari kaum Cina yang mendapat gred satu aggregate 19 - 24 (yang gagal diberi tempat di FORM 6) tidak diterima masuk kerana ada arahan dari pihak atasan. Mereka disuruh datang bertemuramah hanyalah untuk sandiwara sahaja.
Akibatnya, ramai yang di terima masuk maktab perguruan adalah "bahan rejek" utm dan tingkatan 6.
Waktu itu, bagi murid-murid Cina kelulusan MCE, hanya yang mendapat Gred 1 aggegat 16 kebawah
sahaja yang diterima ke tingkatan 6 sains. Yang aggregate 17-19 mungkin di beri tingkatan 6 sastera dan ada yang tak dapat apa-apa langsung.
Pada zaman itu, mendapat gred 1 adalah satu pencapaian yang sangat dibanggakan, mungkin lebih dari 10A dewasa ini. Apa tidaknya kerana di satu sekolah menengah kebangsaan yang agak terkenal di bandar saya, tidak ada satu pun yang mendapat gred 1. Di sekolah inggeris ini pula, 14 orang mendapat gred 1.
Pelajar Melayu yang berkeputusan sempadan Gred 1 dan 2, semua dapat biasiswa ke luar negara.
Jadi apakah kesalahan pelajar bukan Melayu sehingga tak dapt tempat di Form 6? Bukan semua ibu-bapa mereka kaya dan dapat hantar anak ke kolej swasta.
Namun, ada yang sanggup pergi ke luar negara, kerja dan sambil belajar sehingga ada yang dapat PhD, jadi Doktor dll. Apakah pelajar-pelajar ini pulang ke tanah air? Tekalah sendiri. Yang dapat biasiswa dari titik merah kecil memang ada. Yang tak mampu ke kolej swasta, kawin sajalah!
Jadi, di manakah kesalahan pelajar-pelajar yang telah tungkus-lumus tetapi tidak mendapat pembelaan dari kerjaan BN?
Apakah dalam Islam digalakkan warga senegara ditindas begitu?
Apakah harus diteruskan polisi diskriminasi yang amat ketara ini demi kebaikan negara seluruhnya?
Apakah polisi DEB dalam bentuk sekarang "halal" di mata dunia antarabangsa?
Maaf, jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kata-kata saya.
Ingatlah, orang Cina dan India dll adalah juga insan yang perlu pembelaan. Sumbangan mereka kepada kesejahteraan negara ini juga tidak terhitung, khasnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan.