Saturday 27 June 2009

Perpaduan Melayu- Bahagian 2

Bahagian 2.

Ada sesuatu yang tidak kena apabila ketua Pemuda Kelantan buat lapuran polis keatas TG Nik Aziz. Inilah petanda orang UMNO tidak faham reality politik hari ini. Kita berlagak seolah olah kita orang UMNO adalah anugerah Tuhan ke Negara ini. Zaman itu sudah berlalu.

Dengan melakukan tindakan melapurkan kepada polis, tindakan ini akan bertambah mengalienasikan UMNO. Kalau orang tak suka kita, kita tak boleh paksa. Kalau orang tak setuju dengan idea kerajaan perpaduan, kita tidak boleh paksa. Orang UMNO pun bukan semua setuju dengan konsep perpaduan jika itu di jadikan alasan untuk melanjutkan hayat politik kaki haprak dalam UMNO.

Jika berlaku perpaduan akibat dari political expediency, apa yang kita ingat akan berlaku? Yang akan berlaku ialah UMNO tidak perlu melakukan perubahan dalaman. Apabila perubahan tidak berlaku apa jadi? Majority ketua bahagian yang sudah berkarat yang lebih berminat mengejar dan menjaga kepentingan peribadi akan terus mengekalkan kuasa. Apabila ini terjadi, UMNO akan terus membuta tulikan diri kepada seruan untuk melakukan perubahan radikal.

Untuk mengembalikan kredibiliti UMNO, presiden UMNO mesti meneruskan agenda melakukan perubahan. Penghapusan system quota yang telah membawa kesan melindung kepimpinan yang mahu mengekalkan kuasa, akan membuka UMNO kepada iklim yang lebih demokratik. Pemilihan secara lansung oleh 60 ribu perwakilan bahagian akan memustahilkan permainan politik wang. Lebih penting, ianya akan meliberalisasikan kekangan dalam UMNO dan akan memunculkan bakat pimpinan. Kemunculan bakat pimpinan di perlukan untuk memerdekakan UMNO dari di tempa oleh kepimpinan yang bersandarkan hubungan jenetik, kedudukan dan jawatan. UMNO kena re-invent diri nya sendiri.

Reality politik yang UMNO tidak faham ialah hari ini, UMNO beroperasi dalam persekitaran rakyat bebas membuat pilihan( free to choose).

Pertama, ada banyak parti yang orang Melayu boleh pilih. Mereka boleh pilih PAS jika mereka mahu. Mereka juga boleh pilih PKR kalau mereka mahu. Sebab PKR pun ramai orang Melayu. Bila ada lebih dari satu parti yang boleh membentuk kerajaan, itu sudah di kira one too many.

Kebebasan membuat pilihan bertambah kerana kesedaran politik orang Melayu meningkat. Mereka sudah menikmati sedikit sebanyak kemewahan ekonomi. Kesedaran mereka di perkukuhkan dengan pendidikan yang universal. Anak anak mereka yang belajar di kolej dan university kembali ke kampong dan memberi nasihat kepada ibu bapa mereka. Mobiliti social yang menambah peluang untuk bergaul dan berinteraksi memainkan peranan sebagai penyalur maklumat dan cerita cerita baru dan bukan semua nya kredit kepada UMNO.

Tapi UMNO berkelakuan seperti seorang Political Neanderthal. Mereka bersikap seolah UMNO masih parti zaman sebelum mencapai kemerdekaan. Sebelum kita merdeka, kita hanya berdepan dengan penjajahan Inggeris. Semua tenaga dan emosi orang Melayu tertumpu kepada usaha mendapatkan kemerdekaan. Dalam suasana demikian, UMNO ujud dan berjaya mendapatkan monopoli keatas menguasai minda dan emosi orang Melayu. Orang Melayu melihat UMNO sebagai satu satu nya parti yang mampu mengembeling ketaatan orang Melayu. Bila kita ada monopoli, kita boleh caj apa harga yang kita suka. Kita boleh ek sikit.

Tapi dalam pasaran yang ada saingan, kalau kita berlagak macam kita ini masih ada monopoli, kita akan kecundang. Pimpinan UMNO tidak faham reality politik hari ini.

Dalam suasana orang Melayu ada pilihan dan pasaran ada saingan, cara untuk mengatasi lawan kita ialah memenangi fikiran dan hati rakyat dengan penghujjahan dan berbudi yang ikhlas. Bila ketua Pemuda UMNO Kelantan buat lapuran polis, apa yang dia buktikan ialah UMNO suka memaksa orang lain supaya ikut cakap dia. Ini cara orang yang rasa dia control semua hal. Ini cara orang yang ingat dia ada monopoli keatas fikiran dan hati rakyat. Dan orang boleh membaca hipokrasi kita apabila sekoyong koyong orang datang duduk kampong kita , menoreh getah bersama kita, membaiki atap bocor, minum kopi di warung dengan kita.

Kenapa PAS bersetuju kepada kerajaan Perpaduan?

Jawapan nya, ialah PAS berminat kepada perpaduan ORANG MELAYU. PAS tidak berminat kpeada pengekalan pimpinan yang korap dan kepimpinan yang lesu membela orang Melayu. Saya rasa PAS membaca peluang untuk menyatukan bangsa Melayu dan melihat ini di mungkinkan jika berlaku 'perpaduan' antara PAS dan UMNO. Namun pembacaan pertama mungkin tidak mendedahkan semua nya. Penyudah nya, PAS terbaca agenda yang sebenar. Iaitu, jika perpaduan yang terhasil oleh political expediencies, agenda yang tercapai ialah pengekalan kuasa oleh golongan yang mahu mengekalkan kuasa at all costs.

Perpaduan Melayu tidak bersyaratkan kepada perpaduan antara PAS dan UMNO. Saya minta kita fikir perkara ini dengan mendalam. Meletakkan masa depan kita secara mutlak kepada parti politik, bererti kita memperakui bahawa parti politik adalah sesuatu yang kita mesti perhambakan diri kepada nya. Ini bertentangan sangat dengan piagam kermerdekaan jiwa kita sebagai manusia.

Parti politik seperti juga sebuah keraaan adalah suatu wadah atau instrument kita mencapai sesuatu matlamat. Kita jangan taksub sangat dengan parti politik sehingga mahu mengangap ianya sebagai suatu yang mesti di dewakan. Kita mesti tanya diri kita: apakah kita, rakyat biasa, boleh lakukan melalui parti untuk kita? Cogan kata kita sekarang bukan lagi UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Seperti yang di katakana oleh Milton Friedman dalam konteks hubungan manusia dengan kerajaan atau negara, maka hubungan kita dengan UMNO boleh di lihat dengan begini. Ada dua bahagian dalam slogan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Kedua dua bahagian slogan ini, bertentangan dengan piagam insane yang merdeka. Bahagian pertama, UMNO itu Melayu membawa erti bahawa UMNO adalah sesuatu yang kita dewa dan puja dan orang Melayu adalah jagaan UMNO. Bahagian kedua- Melayu itu UMNO membawa erti bahawa kita hanya berfungsi untuk menghamba abdikan diri.

12 comments:

  1. {OT} nak selitkan ucapan selamat hari lahir, tok sak! semuga panjang umur dan bahagia selalu. :D

    ReplyDelete
  2. Sudah terang lagi bersuluh. Ini komen saya ke atas tulisan Dato.

    Malangnya UMNO Kelantan masih lagi dihantui mimpi ngeri ekoran kekalahan berterusan di negeri itu untuk melihat hakikat yg Dato utarakan.

    Saya kurang yakin betapapun saya mencuba sekuat-kuatnya, taktik turun padang dan sekonyong-konyongnya menjadi penoreh getah akan memberi impak positif kpd UMNO.

    Apapun selamat berjaya.

    ReplyDelete
  3. Tok Sak berkata :
    Seperti yang di katakana oleh Milton Friedman dalam konteks hubungan manusia dengan kerajaan atau negara.

    Benar, tapi dewasa ini ramai yang mengangap babak cerita perpaduan Melayu hanya diutarakan untik tujuan kepentingan sendiri iatu membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Kedah.
    Tujuan utama adalah mengekalkan kuasa politik yang makin terhakis.
    Kalau tidak kenapa sebelum PRU12 tidak ada langsung cerita yang berbaur Kerajaan Perpaduan ?

    Milton Friedman juga pernah bertitah :
    Governments never learn. Only people learn.

    Maksudnya- kerajaan tak pernah belajar dari kesilapan, hanya rakyat yang mampu belajar dan mengubah keadaan.

    Vijay Kumar Murugavell

    ReplyDelete
  4. Are You Gonna Go My Way27 June 2009 at 17:23

    KJ tak nasihatkan ketua pemuda kelantan tu ker? Bukan kah kelantan penyokong kuat KJ dan KJ tu ketua mereka sekarang....mmmm inilah dinamakan politik...ada banyak yang tersirat daripada yang tersurat...

    ReplyDelete
  5. Kaki mabuk akan mati oleh sebab Liver Cancer.
    Pencuri/pembunuh akan mati akibat ditembak.
    Parti dengan pimpinan yang korap akan mati dan dikuburkan oleh raayat.

    Dah gila dengan wang haram dan korapnya telah masuk dalam tulung...susah nak minta umno re-invent.

    Kebencian terhadap umno akan bertambah...biar leh..itu kehendak umno.

    ReplyDelete
  6. UMNO sudah jadi 'irrelevant' kepada rakyat Malaysia....sebab UMNO hanya nak jadi pemimpin pada kaum2 Melayu saje, padahal Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa !!

    Kebanyakkan pemimpin2 UMNO pun semua tidak cerdik pandai dan hanya tahu buat 'Project kelentong Rakyat' !!

    Rakyat generasi sekarang sudah cerdik pandai dan tahu menilai hal-hal semasa, UMNO sekarang masih dengan mentality yang'Kuno'..seperti katak di bawah tempurung !!

    Kita harus biarkan UMNO 'self-destruction', ini adalah untuk kebaikkan negara.


    Dakis

    ReplyDelete
  7. Salam
    The people of Kelantan should realise that Nik Abdul Aziz is not an ulamak but merely a politician. The rakyat especially Pas loyalists had been misled to accept what Nik Aziz said as the 'gospel truth'. However, the people seems to be blind to the fact that many of Nik Aziz's so called Islamic rulings were biased towards Pas.

    ReplyDelete
  8. tolong jangan samakan umno dengan melayu atau melayu dengan umno. umno boleh dibubarkan seperti yang pernah berlaku 1987 atau apabila ia didapati tidak relevan lagi dengan suasana politik masa itu. Tetapi melayu tidak mungkin dibubarkan kerana melayu adalah sebahagian dari bumi Melayu ini. Pokoknya melayu di Malaysia tidak mahu jadi macam Palestin di bumi arab atau Maouri di Australia. Jadilah bangsa yang berdaulat yang boleh menjadi kawan kepada semua orang di malaysia.

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Jadi, Datuk.

    ReplyDelete
  10. Apa perasaan sdr jika 'ditikam dari belakang' oleh saudara sebangsa dan seagama. Sudah tentu rasa sedih dan marah dikhianati sebegitu rupa. Kemungkinan ada yang mahu berdendam dan membalas. Tetapi ada yang mahu melupakan episod itu dan membiarkannya sahaja dan berserah kepada Ilahi. DIA maha mengetahui dan yang akan menentukan segala-galanya.

    ISTIQOMAH

    ReplyDelete
  11. Salam Hari Lahir Dato! Lebai oh Lebai... Hang betui2 Lebai Malang! Tidak tahu membezakan diantara kaca dan permata.

    ReplyDelete
  12. Is this the beginning of the end of UMNO?And will the demise of UMNO mean the end of Bumi privileges too?

    Who will be our saviour then?

    Concerned Bumi

    ReplyDelete