Friday 13 February 2009

Pertama dan utama: mari menukar persepsi.

Saya telah menulis beberapa artikel mengenai KJ. KJ ialah sengkatan kepada nama Khairy Jamaludin. KJ adalah calun ketua pemuda UMNO Malaysia. Artikel2 saya yang terdahulu, kesemua nya dalam bahasa Inggeris. Pembaca boleh membaca nya dengan menghimbau artikel2 saya yang terdahulu.

Pada bulan Mac 2009, ini, perwakilan pemuda UMNO akan memilih ketua mereka. Mereka berdepan dengan 3 pilihan. Mukhriz Mahathir, Khir Toyo dan Khairy Jamaludin.

Bagaimana kita memilih bakal ketua Pemuda UMNO?

Suatu tema yang konsisten dalam tulisan saya, ialah merevolusionerkan pemikiran kita. Revolusi berlaku apabila pemegang kuasa semasa tidak boleh lagi mempertahankan system manakala yang di kuasai iaitu pengikut, enggan memanjangkan hayat system tersebut. Dengan system kita maksudkan kaedah memegang kuasa politik.

Bagaimana UMNO mengamalkan cara mengekalkan kuasa? Antara nya: appeal atau mengajak kita meromantiskan tradisi. Sedangkan konsep tradisi dalam UMNO bukan bersangkutan dengan cara memilih pemimpin. Tradisi UMNO ialah membela rakyat dengan memenangi hati mereka untuk mengikut kita. Ini melibatkan penyuaraan suatu masa depan cerah yang boleh di kongsi bersama. Ia juga melibatkan ajakan kepada rakyat untuk berkerja memakmurkan peluang untuk semua.

Jika tradisi yang kita maksudkan hanya tertumpu kepada cara mengekalkan kuasa dengan segala tipu muslihat, ini adalah cara yang di jamin akan mengalienasi kan diri kita dari rakyat. Kedua, dengan mengadakan pelbagai bentuk sekatan untuk menyekat persaingan dalam pimpinan. Akibatnya, tanpa persaingan, bakat pimpinan tidak dapat muncul, pemimpin yang sedia ada menjadi sombong dan parti jadi kaku.

Ternyatalah, tradisi yang kita maksudkan ialah ajakan supaya kita melanggani idea bahawa pimpinan mesti datang dari golongan tertentu sahaja. Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam UMNO hari ini. Pimpinan tertinggi terhad kepada mereka yang memenuhi syarat mendapat jumlah pencalunan tertentu. Jadi kita ada system quota. Dalam keadaan yang demikian, terdapat inbuilt bias memenangkan incumbent.

Tidak syak lagi system quota ini adalah kaedah untuk menyekat persaingan dalam pimpinan. Ketika UMNO memerlukan pilihan pilihan kepada pimpinan, pemimpn yang memegang kuasa semakin beria ria mengesyorkan kita ikut tradisi.

Kesan terburuk dari amalan proses demokrasi seperti ini dalam parti UMNO sekarang ialah menyekat kemaraan pemimpin yang sepatutnya di pilih berdasarkan kepada:-

  1. apa yang mereka boleh sumbang,
  2. sesiapa sahaja boleh memimpin jika di beri peluang
  3. bakat pimpinan di miliki oleh sesiapa sahaja dan tidak terhad kepada golongan tertentu.

Apa yang kita ada hari ini dalam UMNO ialah:-

  1. Kita pilih pemimpin atas dasar siapa mereka- anak siapa, saudara siapa, darjat mereka
  2. Bakat pimpinan hanya di milki oleh orang tertentu.
  3. Pimpinan mesti datang dari kumpulan khusus sahaja.


 

3 kaedah dalam pilihan kedua diatas menjamin UMNO menjadi semakin tidak releven kepada tuntutan semasa. Tuntutan semasa ialah yang terkandung dalam 3 kaedah yang tersenarai pilhan pertama diatas.

27 comments:

  1. Dato'
    Bilangan calon adalah terhad kepada 3 orang sahaja yang kesemuanya tidak mempunyai appeal kepada rakyat. Yang jelas tidak ada calon lain yang mampu dan berani melabur untuk mendapatkan pencalonan kerana kosnya sudah menjadi diluar kemampuan mereka pulangan kepada pelaburan belum pasti. Cuma mereka yang tidak peduli jika pelaburan tersebut akan hilang sahaja akan berani berbuat demikian. Itu sebabnya Tengku Ahmad Ritaudeen mencadangkan supaya tak perlu ada mana-mana 'wings' dalam UMNO. Maaf ya kalau keluar tajuk.

    ReplyDelete
  2. Tuntutan semasa seperti yang dinyatakan di bawah:

    1. Apa yang mereka boleh sumbang?

    Orang lain bertungkus lumus berkempen dalam PRK, MM & KT asyik jumpa perwakilan. Itulah sumbangan 2 orang ini dalam setiap kali PRK.

    2. Sesiapa sahaja boleh memimpin jika di beri peluang?

    MM & KT hanya boleh memimpin di peringkat internal. Khairy boleh dan mampu di peringkat Global.

    3. Bakat pimpinan di miliki oleh sesiapa sahaja dan tidak terhad kepada golongan tertentu?

    Siapa yang lebih berbakat as a leader...MM, KT atau KHAIRY. Budak tadika pun tahu jawapannya ialah KJ.

    ReplyDelete
  3. Sak,

    Tertarik saya kepada tulisan sdr. pada perengkat akhirnya. Sdr. berkata UMNO memilih pemimpin berasaskan kepada anak siapa, darjat mereka and hanya kelompok khusus yang layak menjadi pemimpin mereka.

    Inilah sifat orang Melayu peasants
    seperti kita yang masih mengagungkan mereka yang dipandang
    'atasan'.

    Kita masih lagi menghambakan diri
    kepada golongan 'atasan' ini.
    Secara automatis, anak-anak pemimpin menjadi pilihan untuk memimpin kita tanpa banyak bicara.

    Kita masih lagi Melayu peasant yang belum keluar dari era fuedal.

    Maka anak-anak Melayu yang cuba keluar dari doktrin kolot ini akan dicopkan sebagai Melayu tak mengenang jasa.

    Apakah kita juga sama dengan India
    dengan Nehrunya, Indera Ghandinya,
    Sanjay, Sonia dan anak-anak?

    Avalion

    ReplyDelete
  4. KJ memang pandai klu bab2 publisiti ni. Bebaru ni pun cuma dpt kumpul 1000 orang jer buat demo kononnya sokong sultan. Itupun bayar, bagi duit, bagi t-shirt dan banner. Masa Agong di hina di Terengganu dan ulasan derhaka PM kononnya Agong bertindak di luar kuasa, ada ke KJ nak buat Demo sama. Ini bertindak melebihi batas Ketua Pemuda dan mesyuarat Exco pemuda. PM dan Ketua Pemuda pun tumpang malu dek peel KJ. Ini ke tabii bakal Ketua Pemuda UMNO. Yang hendak membawa UMNO menawan hati pengundi muda di PRU13. Lupakan sahaja. Kalau tidak mahu dibaling terompah baik jaga Rembau baik-baik.

    ReplyDelete
  5. Beginilah Dato’ Sak,

    Persepsi mengenai KJ sekarang adalah akibat daripada serangan, rekaan, umpatan pihak-pihak tertentu baik dari saingan politik beliau, pembangkang serta mereka yang menggunakan beliau sebagai proksi hentaman bagi individu tertentu. All that – in totality and cumulatively telah memberikan persepsi negative kepada beliau.

    Sungguhpun semua pihak maklum akan hal ini, samaada aktivitis serangan – mahupun pihak awam yang celik minda dan akal, impak serangan tersebut masih ada dan membiakkan ramai yang menjadi sceptical dengan penjelasan, hujah-hujah dan jawapan yang diberi baik dari KJ sendiri mahupun penyokong atau mereka yang merasakan bahawa anak muda ini punyai potensi dan leadership capital yang diperlukan oleh parti UMNO dan Malaysia, sepertimana Dato’ dan saya.

    Bercakap mengenai scepticism ini, bolehlah mereka dikategorikan kepada dua, sebagaimana yang dihuraikan oleh seorang rakaan saya, iaitu: domestic scepticism dan global scepticism.

    Mereka yang jenis domestic scepticism ini adalah golongan yang saya gelarkan sebagai factual or brain-based scepticism. Ini umpama kalau saya kata Mr A gemuk kepada penganut scepticism ini – mereka akan bertanya balik kenapa saya kata dia gemuk. Kalau saya jawab Mr A gemuk sebab berat dia 100kh dan tingginya Cuma 1.4 m so dari komposisi berat-dan-tingginya ia akan nampak gemuk serta dari berat puratanya dia memang gemuk. Jadinya, kalau saya jumpa dia lagi dan kata Mr A dah tak gemuk dan beratnya sekarang jatuh 55 kilo. Dia akan percaya sebab mental image dia dah locked based on certain factual premise of what gemuk is all about. Therefore, to counter this section is to rely on facts and formative arguments.

    Bagi global scepticism pula or yang saya suka gelarkan sebagai emotional or sentiment or heart-based scepticism – mereka ini terpaut kepada bait-bait angina emosi dan tidak endah kepada fakta atau penjelasan rasional. Jadinya kalau exhibit Mr A tadi disenariokan kepada mereka – tidak akan ada perubahan pandangan atau persepsi mereka kerana Mr A pastinya gemuk dan forever gemuk. Disebabkan mereka ini mudah tercuit dengan emosi maka emosi jugalah senjatanya. Di sinilah ujian bagi seseorang pemimpin itu kerana great leaders move their people not by moving their minds but by moving their hearts and emotions.

    Penjelasan demi penjelasan yang Dato’ Sak berikan amat bernas dan berbaloi bagi minda yang berfikir or the first segment of the sceptics. Tapi saya rasa komen yang Dato’ Sak terima lebih merujuk kepada or stemmed from the latter group.

    Pun begitu, characterisation di atas does not hold up for a third sceptics i.e. interest-based scepticism. Ini kerana kritikan dan scepticism mereka is a function of merits and demerits of doing so. Jadinya, ada persoalan untung-rugi di sini.

    Kepada mereka yang masih sceptical tentang KJ, buat cost-and-benefit analysis tentang beliau – samaada dalam konteks UMNO dan pertandingan ini (yakni relative comparison dengan calon-calon lain vis-à-vis halatuju parti) ataupun dalam konteks new Malaysian politics, that creates new political challenges.

    Dan buatlah jua penilaian. In corporate finance, a business value is empirically studied and analysed based on the combinations of the present value of existing assets component and present value of growth opportunities component. Likewise, bolehlah juga dinilai KJ ni dari his (present and potential) role, talent and leadership capital. Barulah fair assessment tu.

    ReplyDelete
  6. Hang Tegar to Hang Jebat,

    Saudara buat tohmahan tak berasas. Saya sendiri pergi ke Perak tempoh hari dan memang pada pengkiraan konservatif pun, paling tidak dalam dua ribu. Kalau ada yang letak 3 ribu pun angka yang reasonable. Mereka yang pergi tak dibayar, malah macam saya pi bayar tol and minyak sendiri jer.

    Mana ada t-shirt free. Yang ada cuma kain ikatan rentang kuning bertulis "Daulat Tuanku" yang diberi secara percuma.

    Lepas tu, adalah sedikit minum dan makanan ringan - itupun cuma teh tarik dan air sirap serta kuih karipap dan bengkang, yang tak cukup pun sebab saya sendiri tak merasa kuih sebab kuih tak banyak n orang pula ramai. Minum pun, tak merasa air sirap sebab ramai sangat and air sirap habis sebab cuaca panas - so orang serbu ke tong air sejuk sirap.

    So, janganlah kita berserkap jarang dan membuat cerita. Mentohmah sana itu dan ini.

    ReplyDelete
  7. smooth jer Dato pagi ni....

    Kadang-kadang teruja minda mengatakan semua ni hanya DECOY.....
    ada betul Dato'?

    Satu perkara yang boleh buat saya happy..dan orang2 yang sewaktu dengan nyer happy adalah...

    Kalaulah saya ada masuk proposal..contract ker...on its own merit...dan saya dapati KJ dan orang2 nyer, MM dan orang2 nyer atau KT dan orng2 nyer...tak kacau...Saya dah cukup happy.....

    Decoy ni saya rasa....hehe

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Jika kita lihat dari pencalonan kita tahu siapakah pilihan akarumbi sebenarnya. Sipakah yang hampir-hampir kandas dan bagaimana akhirnya mampu terlepas. Apakah yang telah calon berikan untuk mendapatkan anjakan?

    Dari segi lojik? Calon yang banyak terima pencalonan sepatutnya menang tetapi kadang kala itu tidak berlaku, kenapa? Apakah pengaruhnya?

    Jika ini yang masih dimainkan dalam UMNO, maka memang UMNO patut dikuburkan.

    KJ pemimpin taraf global? Hanya pencacainya saja akan menganggapnya begitu. Rakyat melihat apa yang berlaku. Sanjungan yang berlebihan akan membuat oran membenci. Tambahan pula jika melawat ke kawasan dengan helicopter. Kayanya dia sebagai seorang penganggur.

    Walau siapapun pemimpin UMNO dan siapapun ketua pemuda, ianya sudah tidak bererti kerana UMNO semakin hari semakin ditolak rakyat sebab sikap pemimpin yang tidak pernah berubah untuk kepentingan diri.

    BERANIKAN HATI > http://braveheart-blogger.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Are you gonna go my way!
    Kata tak ada masa nak buat blogging? Tapi hari2 engkau buat menyibuk kat blog Dato! Pegilaah bukak blog sendiri! Podaalah! Talk big and action saja!!

    ReplyDelete
  10. Is KJ a very smart,intellectual person?Or is he perceived to be smart cos he is an Oxford grad and seems to be a smooth and able orator?

    I know TDM is a very smart guy cos he can put complex ideas into simple explanations using words of not more than three syllables..and make simple minded ppl like me understand.

    Will KJ be like that too?If he is..then he is the man that I ppray UMNO will choose for the sake of my kids.

    ReplyDelete
  11. All forms of government are susceptible to political corruption. Forms of corruption vary, but include bribery, extortion, cronyism, nepotism, patronage, graft, and embezzlement. While corruption may facilitate criminal enterprise such as drug trafficking, money laundering, and trafficking, it is not restricted to these organized crime activities. In some nations, corruption is so common that it is expected when ordinary businesses or citizens interact with government officials. The end point of political corruption is a kleptocracy, literally "rule by thieves".

    The activities that constitute illegal corruption differ depending on the country or jurisdiction. Certain political funding practices that are legal in one place may be illegal in another. In some countries, government officials have broad or poorly defined powers, and the line between what is legal and illegal can be difficult to draw.

    islandman

    ReplyDelete
  12. Kalau umno tadak feudal mentality nih, ramai young professional cam kami nih akan join (yg join sekarang nak buat duit je..). Serious. Talk to those engineers at KLCC/factory at Shah Alam, investment bankers along Jln Ampang/Raja Chulan, lawyers at Millennium Tower/around old court, the Bangsar yuppies and they will definitely agree with me.

    -Oilfield man-

    ReplyDelete
  13. Sak,

    You seem blessed with the ability to transpose your thoughts to paper.

    I'm not an UMNO guy so I have little interests to see who wins the Youth Head. The little interest I harbour is in the anticipation that one of these 3 will someday rule me.

    I'm writing in as your blog is about the only pro-UMNO blog that I care to read. No rabid ramblings nor silly pontifications that you get on many other blogs on both sides of the political divide.

    I'm intrigued on the candidates or at least on the selection process itself. My perception is that all three have some garbage or another and all three practice money politics. Again it is my perception of politik wang not an accusation, a perception that is undeniably widespread when it comes to UMNO. Which brings me to a question. Wouldn't it bit more worthwhile to spend your energy to combat this menace? Wouldn't you say that this is the single biggest threat that your party is facing? By eliminating this scourge your "sesiapa sahaja boleh memimpin jika di beri peluang" stands a chance.

    It is a shame in my opinion to waste your considerable talent not to take up this crusade.

    Nonetheless good luck to KJ.

    RajaMudaMelaka

    ReplyDelete
  14. Dato' Sak,

    I like your collections of P Ramlee's songs, but kalau nak layan other songs - the following is a list of Setiakawan Songs/Musics:

    [1] That's What Friends Are For

    [2] Hero

    [3] Gladiator - Honor Him

    [4] King Arthur - Musics

    [5] Kitaro - Matsuri

    [6] Reach

    [7] Superman

    [8] Life Uncommon

    [9] Life outside the fire

    [10] The impossible dream

    ReplyDelete
  15. Kuldeep,

    Quote "I know TDM is a very smart guy cos he can put complex ideas into simple explanations using words of not more than three syllables..and make simple minded ppl like me understand.".Unquote

    Very good, I agree. I..S..A, always never failed to remind simple minded ppl like me also.

    RajaMudaMelaka

    ReplyDelete
  16. Jawapan dari SUKJ adalah jawapan yang paling bagus didunia dalam bicara politik tanah air.... kenapa saya berkata demikian...
    1.Post saya dalam SUKJ tak pernah diterbitkan kerana mengutuk KJ (keling jalang).
    2.Bersikap terbukalah sekiranya kritikan itu memang ada asasnya... kalau kritikan dalam blog sukj(balaci) pun sudah tidak mahu diterima apa akan jadi sekiranya "jika" terpilih KP (mohon dari Allah jangan dipilih).
    Ibrat kata sukj adalah lebih sudu dari kuah, kalau ada projek nak minta dengan kj mula -mula di "cret" olek sukj dulu la sebagaimana kj "cret" maya sebelum ni...
    3.SUKJ anda akan menjadi macam Nizar Jamaludin la menjelang Mac dan April ni...

    4.Janganlah main politik kotor wahai SUKJ dan Keling Jalang...

    5.Ingatlah KJ adalah"liability" kepada BN dan UMNO bukan "permata" sebagaimana SUKJ dan KP Maya UMNO...
    6.Permata bagi persepsi KPMU dan SUKJ adalah "permata" masyuk...dalam kantung sendiri...

    ReplyDelete
  17. I.S.A aside,I am running thru the web ,separating the husk from the padi..trying to figure out wat KJ have achieved i.e his walking the talk report card.

    FAM >> we have yet to win the world cup nor any match during his reign.To be fair,maybe he is too busy or heavily constrained by the FAM culture.

    Halal Devt Corp >> still trying to figure out what these ppl are up to apart from having big seminars,exhibitions and planning big capex for the hubs.Still can't figure out which of the halal signs are valid>>the black,green or the white ones.Export of Halal foodstuff is big now..but if its cooking oils,bananas and stuff there isn't much improvement

    ECM >> he sold off his shares and I believe relinquish his executive post so can't judge whether he is a good corporate guy.

    Please give me further pointers anyone..and nothing about 4th Floors and such pls cos that will give him an instant F grading

    thanks

    ReplyDelete
  18. Whats wrong with you people? Firstly, I am sure almost all of you will not be be those voting for the UMNO Youth Assembly!
    Dato' has found something good about KJ and hes trying to put forward his reasons and arguments.
    I f you people cant agree, then please crack your brains to support MM and KT instead of just diminishing and hinging on Dato's ideas and statements! Justify lah your support for MM and KT!
    And dont stupidly compare TDM to KJ! Tun is not running for the Umno youth post! He is however giving the impression that MM has inherited his brains!

    ReplyDelete
  19. YBhg Dato'

    My two sens worth here - trying to "intellectualise" because I don't want to feel left out.:D

    A few questions have been swirling through my mind ever since I first read your discourse on KJ in relation to the contest for UMNO Pemuda Head. Among them:

    1. Would KJ be where he is today if he had not "bought" into the predominant culture - from his upper middle class upbringing to his current status as Timbalan Ketua Pemuda UMNO? Remember how he was jeered the first time and then the "tumultuous" reception he got after becoming the SIL?

    2. What about the alleged machinations he has been associated with in order to build his war chest? Will this habit/practice come to an end once he has reached his objectives?

    3. Once in power, would he be able to go back to being someone of the "ordinary class", an honest politician and leader? Would he not want to perpetuate the culture that helped bring him to power?

    Politics has been made dirty by politicians on both sides nof the divide and it would take helluva lot to cleanse it. But KJ?

    There are a few other questions that I have purposely left out, for the time being. My problem is in believing that with KJ, the culture will change, that his elevation to "top dog" (maaf kerana mengguna idion ini)will be history in the making, that we will see the end of the perpetuation of higher class nepotism. I am more inclined to believe that it would be asking or expecting too much of KJ.

    Perhaps I have been too influenced by Weber's "Routinisation of Charisma" and Paulson's take on Conflict Theory. I may be proven wrong about KJ but at this point in time I have my doubts.

    Akhir kata, mohon maaf menulis dalam Bahasa Inggeris; tak malu saya nak mengaku saya tak dapat menyampaikan pendapat saya seperti di atas dengan pantas jika tidak menggunakan BI.

    Thanks.

    AYAH

    ReplyDelete
  20. A'kum Sak,

    Pilihan yang tepat. KJ masih berumur 36 tahun menjelang pilihanraya ke13. Khir Toyo dan Mukhriz 48/49 tahun, jadi macam mana nak tahu cita rasa dan selera belia dan pemuda?

    Mukhriz tanding MT lagi sesuai, plus dia bukan nya seorang yang berani menghadap isu dan di parlimen sendiri tampak lembik. Khir Toyo pula seorang yang terlalu taksub dgn jawatan umno semata mata.

    Bagi saya seorang Pemuda/belia, pilihan saya tetap KJ. Kalau nak yang tua tua ni, baik ambik Hisham duduk satu term lagi.

    Setiakawan!

    ReplyDelete
  21. Kehadapan Tuan Sakmongkol,

    Saya amat bersetuju dengan pandangan yang tuan luahkan seperti berikut:

    "Apa yang kita ada hari ini dalam UMNO ialah:-
    1.Kita pilih pemimpin atas dasar siapa mereka- anak siapa, saudara siapa, darjat mereka
    2.Bakat pimpinan hanya di miliki oleh orang tertentu.
    3.Pimpinan mesti datang dari kumpulan khusus sahaja."

    Memang betul. Kerana faktor-faktor yang disenaraikan di ataslah maka apa yang kita ada dalam UMNO hari ini antaranya adalah KJ.

    KJ... yang naik kerana ayah mertuanya, yang hanya dia sahaja yang bijak kerana dia menantu PM, dan hanya dia yang layak sebab dia menantu PM.

    Oleh itu, dalam memilih Ketua Pemuda nanti, saya seru perwakilan membawa perubahan yang tuan anjurkan, dan menolak KJ.

    ReplyDelete
  22. Anonymous at 11:18,

    Aku nak refer kau dgn apa pun tak tahu la...sebab takda nama. Letak lah nama dulu samdol oii....senang sikit nak refer kat kau....simple thing also cannot do...ni nak perintah negara konon.

    Sejak bila pulak blog Dato Ariff ni jadi kau punya blog? nak halau orang tak tentu pasal. Ini kah cara orang2 KJ bekerja...tak suka..halau... amboi senang nyer kan..

    Nampaknye blog sakmongkol ni kene hijack dik orang2 KJ....

    kesian perangai macam budak2...mmmm memang budak2 pon...

    ReplyDelete
  23. Blog Dato sak dah menjadi tempat melutu KJ.Lagi senang mengkritik KJ disini.Nak buat blog articles nak puji KT or MM payah!
    Sebab theres nothing worthy to talk about them right guys??
    So beatup KJ to make MM and KT look good! So much for the KT and MM hooliganism!
    At least Dato sak and the setiakawan boys are playing a fair and intelligent game! Ada yang marah kena halau! Because you just cannot help coming this way right??? Where else to go??

    ReplyDelete
  24. Kuldeep,
    Your point of FAM of:

    "FAM >> we have yet to win the world cup nor any match during his reign.To be fair,maybe he is too busy or heavily constrained by the FAM culture."

    will be founded "unreasonable" by KJ supporters as I've argued it for quite sometime (argueing for the sake of Malaysian football, not anti-KJ), and even someone in WJK's blog asked me to call Coach B.Sathianathan to prove KJ is doing his work (not to mention I was call stupid!). Even a FAM insider backed KJ (as stated by one of the commentators)

    The reason being is KJ has passed the responsibility to Dato Soh Chin Aun to manage the team, which I feel the word "accountability" seems blur in definition of argument.

    Whatever it is, we are arguing on KJ, MM and KT, while the title clearly says we should change our perception. Haha!

    ReplyDelete
  25. Ondastreet and H jebat,

    You are indeed a real stalker. case dah basi pun mau cerita. kalau nak cerita cari publisiti is Khir Toyo. satu minggu lebih KJ buat demonstrasi utk lindungi institusi di Raja, baru nak buat? Nampak sgt murah KT. MM lagi best, terus hilang. Kita lihat di Hujah selasa ini siapa yang ada kaliber.

    ReplyDelete
  26. "stalker"? Aiseh, bagitahu Kuldeep isu FAM tu tak relevan untuk penyokong KJ pun nak marah?

    Ini la antara masalah jawapan balas yang membuatkan orang naik jelak dengan KJ. Pada saya, sahabatku, KJ itu memang ada bijaknya. Kalau anda dan penyokong KJ tak bersikap "defensive", mungkin lagi ramai yang akan sokong dia. Nak puji KJ, puji la. Tapi jangan melangit sangat.Lepas tu, jangan diburukkan pemimpin UMNO lain. Kecil punya hal pun nak malukan orang, buat apa? Nanti yang hancur, UMNO juga.

    Oklah, KT buat perhimpunan pastu kena tahan kan? Jadi, kalau MM pun buat, ada kebarangkalian dia pun kena tahankan? Seronokla lepas tu korang gelak dan kata MM tu bodoh.

    Lagi satu, buat perhimpunan tu, ada kesankah? Karpal masih lagi berkira-kira nak saman Sultan.

    Cuba fikir, kita tak suka PR buat perhimpunan. Kita tak suka Hindraf buat perhimpunan. Tapi ada juga pihak UMNO yang buat. Dah la isu me"natang"kan pihak Sultan Terengganu tu digunakan mereka. Nanti isu perhimpunan itu pula jadi senjata untuk PR. Hairan, yang duk pi bagi "ammo" kat PR untuk dijadikan isu untuk masa hadapan kenapa?

    Cuba-cuba la fikirkan, wahai sahabatku..

    ReplyDelete
  27. Buat yang anti diriku...
    dengan Pemuda DAP membuat laporan polis terhadap perhimpunan yang dibuat oleh KJ, saudara rasa, KJ buat perhimpunan tu ada permit polis tidak? Kalau ada, baguslah, sebab, kalau tiada, haru juga, sebab yang anti KJ boleh kata..2x5!

    Harapnya, ada permitlah ye....

    ReplyDelete