Yang UMNO Tidak Beritahu Kita
Kita dah dengar kenyataan2
bebal dari PWTC. Inilah hari2 sebahagian orang Melayu memuliakan kebebalan,
pembohongan dan keangkuhan. Tidak pernah terjadi dalam sejarah bangsa Melayu,
sebahagian Melayu memuliakan pencuri, pembohong dan pezalim. Tapi ianya berlaku
dalam zaman Najib Razak.
Ianya pasti datang- satu
hari gerombolan UMNO memasuki rumah kita, mencabul dan meniduri isteri dan
anak2 kita, kita akan kata- tidak mengapa kerana si pencabul sebangsa,dan
seagama dengan kita. Lagi pun, tidak ada 4 saksi yang melihat perbuatan
pencabulan dan peniduran tersebut. Bahkan, itu semua perancangan Allah sama
seperti Allah memilih Najib jadi pemimpin sebahagian Melayu.
Mereka yang berkata
demikian adalah penjenayah dan pembelot bangsa Melayu. Ada 3 ribu jenis mereka
sedang bersidang di PWTC.
Kebebalan dan kebahlulan datang
dari pelbagai lapisan pemimpin UMNO yang sedang bersidang. Dari jurucakap mereka
yang tidak ada kapasiti berfikir. Jurucakap mereka yang menyebelahi pencuri dan
gerombolan pencuri. Itu nya kebenaran yang kita pegang. itu sahaja yang kita
perlu tahu.
Lain2 cerita tok nenek
yang UMNO berikan- Melayu hancur jika UMNO hancur, DAP akan memerintah Negara,
Mahathir pembelot bangsa- itu semua bahan2 yang sepatutnya keluar melalui
lubang bawah tapi dikeluarkan melalui lubang atas.
Jika semua dan seluruh
rakyat di Malaysia ini ialah Melayu, tapi terdapat juga suatu kumpulan yang
menentang kemungkaran , apa sebutan kita beri kepada mereka? Ini golongan yang
akan mengancurkan institusi penjaga kepentingan Melayu? Ini golongan yang akan
memusnahkan Islam?
Apa jenis pandangan
xenophobic yang kita dengar ini? Pemimpin UMNO mahu jadikan Melayu bangsa
pengecut yang takutkan DAP yang hari ini hanya ada 37 MP, takutkan Cina yang
jumlah semua nya 24% dan menjelang 2030 akan hanya berjumlah 15%?
Inikah keberanian pahlawan
keturunan Bugis? Yang cakap besar bila
bahtera berkemudi, sauh diangkat, gendang perang ditabuh tabuhkan, pantang
pendikar berpaling pulang?
Hei- kita juga anak
jantan, tidurnya di puncak gelombang, mati nya ditengah gelanggang, yang tidak
kenal air mata, yang tidak kenal tunduk kulai!
Apa yang kita harap yang
membangun dari himpunan orang pencari keseronokan malam dan hanya bercakap
kosong? Apa perkara besar yang kita harap dari orang yang condong kepada bercandu
dan bermadat?
Apa perkara besar yang
kita harap dari sebahagian Melayu yang bergantung kepada berian sedekah dari
pemimpin mereka? Apa yang diharap kepada
sebahagian bangsa kita yang tidak akan mengerti bahwa hak ialah hasil usaha kudrat
sendiri, bukan sesuatu yang diperolehi oleh gubalan undang2?
Kita tidak boleh
bergantung harap kepada UMNO. Kita yang bergelar Melayu.
Jurucakap UMNO memihak
kepada pezalim, pencuri, perasuah. Mereka adalah musuh bangsa Melayu dan bangsa
Malaysia.
Allah itu ahli UMNO yang
keberapa?
Kalau kita dengar ucapan
pemimpin UMNO, maka kita rasakan Allah pun ahli UMNO. Sebab itu pemimpin mereka
kata, Allah memilih Najib Razak. Tuhan mana yang pilih orang seperti najib? Ianya
mesti Tuhan yang tidak baik kerana memilih orang yang tidak baik. Ianya pasti
bukan Allah.
Sejak bila orang UMNO
berwatakan agama dan tidak berhenti menyelit Allah dalam ucapan meraka? Siapa
yang mengancam Islam?
Yang mengancam Islam ialah
puak fascist Islam. Yang mengancan Islam
ialah orang UMNO yang munafik. Yang mengamcam Islam ialah kebebalan dan
kebahlulan mereka yang menjaga institusi Islam. Dan sekarang mereka hendak kuasa lebih dan
mahukan hukuman yang lebih berat.
Jika demikian, tentulah
Allah juga yang memilih Azmin, Guan Eng dan Ustaz Mohd Yaakob. Jika kita mesti
taat kepada Najib, maka kita juga mesti taat kepada MB dan Ketua Menteri yang lain.
Allah bukan ahli UMNO. Dan
Allah juga tidak hanya mendengar doa orang UMNO. Dia dengar juga doa orang yang
tertindas dan dianiayai.
Perwakilan pencari keseronokan
malam ini, menganugerahkan kepada diri mereka, hak untuk bercakap bagi pihak
bangsa Melayu, bagi pihak agama Islam, bagi pihak Negara. Kita tidak mahu lagi
bangsa Melayu diwakili oleh pleasure seekers
dan mereka yang menyamun harta benda rakyat atas nama bangsa agama dan Negara.
Bangsa Melayu bukan
pencuri, Islam bukan agama yang menyokong kemungkaran dan salah laku, Negara ini
bukan Negara penyamun, oleh penyamun untuk penyamun!
Dari Najib sampai kepada
pemimpjn picisan UMNO- berhentilah berbohong, atau kita akan menceritakan yang
benar mengenai kamu.
Melayu tidak akan mati
kalau UMNO mati. Ada 18 juta Melayu dalam Negara kita sekarang. Ahli UMNO ada 3
juta. Ertinya, hanya 1 dari 6 orang Melayu ialah UMNO. Jika seorang ahli UMNO
itu mati, ada 5 orang Melayu yang terus hidup tanpa orang UMNO.
Jika UMNO tidak memerintah
negeri, orang Melayu tidak mati bergelimpangan. Kiamat tidak mendatangi orang Melayu.
Langit tidak runtuh. UMNO tidak perintah Selangor- tidak ada orang Melayu yang
mati bergelimpangan. UMNO tidak perintah Pulau Pinang—orang Melayu makmur dan
kehidupan dibaiki lebih selesa dari yang UMNO dan BN lakukan. Tidak ada orang Melayu
mati bergelimpangan. UMNO tidak perintah Sarawak- orang Melayu boleh hidup.
UMNO tidak perintah Kelantan, orang Melayu boleh hidup.
Orang Melayu jadi susah
jika kerajaan rasuah, pemimpin pencuri dan menzalimi rakyat. Selagi kerajaan
baik, maka orang Melayu dan semua rakyat terjamin. Yang diperlukan bukan UMNO,
tapi sebuah kerajaan yang baik dipimpin oleh pimpinan yang baik. Rahia kerajaan
baik ialah pemimpin yang baik.
Kerajaan jadi jahat, jika
pemimpin nya jahat, pemimpin nya rasuah, pemimpin nya mencuri dan pemimpin nya
zalim.