Monday, 30 January 2017
Ketuanan Islam- Ketuanan Melayu- bahagian 2
Ada suatu komen dari orang yang tidak beri nama tapi mengepos komen nya pada jam 13.33. Jadi, kita rujuk dia sebagai 13.33. Respons saya kepada komen nya itu, adalah sebahagian dari hujjah saya mengenai isu ketuanan Islam dan ketuanan Melayu.
Komen yang saya maksudkan
berbunyi demikian:-
Then tell us how u plak nk muliakan islam la...jgn kondem org yet u
urself xde solution...but then jgn also bcome another politician...kita kena
kaji secara menyeluruh...bla bla bla...no action talk only...i the end u r just
justiying ur disagreement...but u disagree does not mean the whole malay muslim
pun kene disagree like u...who r u? Rasul ke...no one says u cannot disagree
but are u disagreeing based on sunnah or quran ke or nafsu? Itu beza antara
intellectual person amd bodoh sombong
Kepada saya, orang ini bermain power game. Tanpa menyebut nya, dia berkata: I am more Muslim than you. Itulah dia, pada asas
nya ketuanan Islam. Islam adalah sebagaimaa aku menentukan nya; jangan orang lain memandai2
memberi pandangan yang tidak selari dengan aku.
Ustaz yang mengaji Islam
merasakan hanya jenis dia mampu mengeluarkan pandangan yang sahih, dan yang
superior. Orang yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka, segera dilabel berhujjah mengikut
nafsu dan oleh yang demikian, mengeluarkan pandangan yang inferior.Biarkan pakar agama yang membicarakan perkara2 ini.
Yang lain, dengar, tunduk dan ikut. Aku Tuan, kamu hamba. Rasmi hamba ialah tunduk dan ikut arahan Tuan.
Yang lain, dengar, tunduk dan ikut. Aku Tuan, kamu hamba. Rasmi hamba ialah tunduk dan ikut arahan Tuan.
Saya tidak ada masaalah untuk berlain
pendapat tapi janganlah mengenepikan hujjah saya dengan merujuk hubungan dia
dengan kuasa yang lebih tinggi. Bagaimana dia tahu dia dapat endorsement dari
kuasa tinggi? Semua orang boleh claim itu dan ini.
Orang lain berhujjah ikut
nafsu, dia berhujjah ikut apa? Wahyu? Ilmu ladduni? Ilham mimpi? Saya hanya mampu berhujjah dengan substance atau bahan antara dua telinga saya.Dan ianya bukanlah hidung saya.
Inilah sebetulnya saya kata
ketuanan Islam. Custodian what is true Islam adalah dalam tangan orang
sepemikiran 13.33. Mereka final arbiter mengenai apa Islam atau tidak Islam.
Sebetulnya, kebenaran atau truth hari ini mesti dihujjahkan. Ia dihasilkan melalui pencerahan, debat dan dailog. Tapi hari ini, kaedah2 seperti ini tidak lagi dipakai. Self- righteous indignation seperti komen yang diposkan oleh 13.33 itulah yang mahu dipaksa sebagai kebenaran.
Kebenaran tidak lagi dijumpai melalui pencarian peribadi yang kritikal dan dailog. Iklim dailog kita dipernuhi dengan dakwaan2 kebenaran yang bersaing yang dijeritkan secara keras tanpa sokongan pemikiran dan penalaran/reasoning. Kita lebih menyanjung dan memuliakan kepalsuan sesuatu kenyataan semata mata kerana pembicara nya menunjukkan dia ada kuasa membentuk realiti dengan fantasi peribadinya dan perasaan self-righteous nya.
Perkara ini bukanlah sesuatu yag baharu. 1400 tahun yang lalu Quran telah sebut permainan power game dan ketuanan Islam ini. Dalam surah Al Baqarah 2:87-88 mainan power game ini sudah dinyatakan.

Al Quran menceritakan mengenai suatu golongan yang angkuh
yang jika berdepan dengan pandangan yang tidak mereka suka dan tidak bersetuju
dengan mereka dengan segera melabelkan golongan tidak berlaga angin dengan
mereka sebagai pendusta dan setengah nya mereka bunuh; hari ini golongan
seperti itu, menghalalkan darah Muslim yang lain kerana tidak tunduk pada mereka.
Dan kumpulan angkuh itu berkata bahawa ilmu yang mereka ada dalam hati mereka sudah mencukupi dan tidak memerlukan perisian lain. Mereka tidak tahu, Allah melaknati mereka.
Dan kumpulan angkuh itu berkata bahawa ilmu yang mereka ada dalam hati mereka sudah mencukupi dan tidak memerlukan perisian lain. Mereka tidak tahu, Allah melaknati mereka.
Serupa dengan orang
bertanya- siapa kamu? Rasul? Menulis ikut rasul, sunnah atau Al Quran? Implikasi
nya, dia memberi pandangan mengikut itu semua, maka dia berdiri atas landasan
moral yang lebih tinggi dari saya yang berhujjah ikut akal dan nafsu, hanya bottom feeder dalam memberi pendapat.
Banyak kali dalam Al Quran
kita diperintah supaya berdikari atas diri kita sendiri, mempertahankan hak
untuk menjati diri. Allah suruh kita berfikir. Kita diperintah jangan tunduk
kepada tradisi dan jangan ikut amalan yang sudah established secara membabi
buta. Jangan biarkan orang lain define Islam kita.
Kitalah yang memuliakan
Islam melalui usaha sendiri. Pertama dengan melakukan tanggung jawab spiritual kita
kepada Tuhan yang esa- percaya kepada Allah dan hari akhirat, kepada malaikat,
kepada Al Quran, kepada rasul2 dan nabi2.
Kemudian menjalankan
tanggung jawab kita kepada masyarakat- membelanjakan harta benda kerana Allah,
untuk suadara mara, untuk anak yatim, untuk yang memerlukan, untuk mereka yang
meminta bantuan dan untuk memerdekakan hamba.
Tanggung jawab keatas diri
sendiri- istiqamah dalam ibadat kepada Tuhan, mengamalkan sedekah berterusan,
menepati peranjian yang kita telah buat. Dan kita diperintah tegas dan sabar
ketika melalui musibah, penganiayaan dan bersabar menhadapi keadaan yang tidak menentu.
Jawapan nya ialah kita
sendiri yang memuliakan Islam bukan nya tanggung jawab itu diambil alih oleh
golongan mullah, ustaz, guru, tok guru dan sebagainya. Lihat Al Quran 2:177.
Masaalah dengan orang yang
memberi komen ialah mereka tidak mahu memberitahu nama mereka. Tidak mengapa-
kerana mungkin ini membolehkan orang itu membelasah secara peribadi. Menyerang secara
ad hominem memang kesukaan mereka yang kurang berani dan yang tidak ada
penghujjahan yang lagi baik. Untuk tutup
mulut orang, maka mereka mendakwa mereka bercakap ikut sunnah, rasul dan al
Quran.
Kalah lah kita jika 13.33
bercakap begini. Siapalah kita hendak berbahas dan memberi pandangan dengan
orang yang bercakap bersandarkan rasul, sunnah dan Al Quran.
Pertama marilah kita
berhenti bermain power game ini. Janganlah mengenepikan hujjah orang
yang tidak setuju dengan kita dengan mendakwa kita bercakap berdasarkan sunnah
dan Al Quran, orang lain tidak. Maka, hujjah kita yang bersandarkan demikian
adalah superior. Janganlah kita bermain power game dengan menyatakan secara
implied, kita pengikut Rasul blah blah dan, saya yang behujjah mengikut ‘nafsu’
tidak mampu menyaingi penghujahhan yang konon nya bersandarkan rasul, sunnah
dan Al Quran.
Jika kita bersikap
demikian, manalah ruang untuk kelainan dan amalan Islam mengikut kemampuan?
Islam kita berbeza beza tapi semua juga masih islam. Jika saya berhujjah konon
nya tidak Rasul, tidak sunnah dan tidak Al Quran, adakah itu menjadikan saya kurang
Muslim dari 13.33?
Inilah juga penyakit orang PAS
yang apply pemikiran pada skala yang lebih besar dan inilah asas ketuanan Islam
mereka. Mereka ada hak milik mutlak keatas segala penafsiran Al Quran hanya
semata mata, mereka bermain power game menunjuk kepada orang Muslim awam, bahawa
oleh kerana ilmu mereka tinggi, maka orang lain tidak boleh melibatkan diri
dalam berbicara perkara2 mengenai sikap kita dalam islam. Biarlah mereka yang
ahli membicarakan nya.
Oleh kerana tidak jelas,
maka saya cuba menjawab nya satu persatu. Apa yang susah nya memuliakan Islam?
Islam itu mulia sejauh mana Muslims conduct themselves. Jika mereka conduct
themselves violently, intolerant, bullying, maka Islam yang demikian, tidak
boleh saya terima. Jika orang yang bercakap dan memilih untuk menerima Islam
seperti yang didefinisikan dengan keganasan, membuli orang, tidak toleren, maka
itu keputusan nya sendiri. Maka saya akan melabelkan orang itu sebagai Muslim
yang ganas, intoleren, dan membuli. Yang hanya mahu orang lain ikut cakap nya
dan menafikan hak Muslim lain mendefiniskan diri mereka dengan nilai2 yang
berbeza.
Ketuanan Islam PAS
maksudnya, PAS sahajalah berhak dan ditauliahkan untuk define apa dia Islam.
Jika saya seorang Muslim
enggan menerima bahawa seorang Muslim boleh menipu, mencuri duit, berbohong
secara bersiri, menyalah guna kuasa, mengganasi orang lain, bergentayangan
dengan duit curian, maka itu pilihan saya. Orang Muslim yang
lain yang boleh menerima kemungkaran2 seperti ini, maka hiduplah dia sebagai Muslim
yang saya akan labelkan sebagai munafik.
Jika ada orang yang bersetuju dengan saya, Alhamdulillah. Jika tidak, ianya tidak mengapa. Pandangan saya mencukupi untuk saya dan sehingga ada penghujjahan yang lebih meyakinkan saya, inilah pendapat saya keatas perkara ketuanan Islam.

Quran ajar kita supaya ada
keberanian moral untuk melawan penyegaraman dan regimentation. Itu keindahan
Islam pada saya. Iaitu seruan supaya tidak jumud kepada convention atau mengikut ngikut yang tersedia ada.
Bukankah kita diseru supaya
jangan ikut barat atau timur yakni amalan yuang konvensional dan biasa? Bahkan mengikut
Islam, kebaikan bukan didefinisi oleh conformity kita kepada apa yang tersedia.
Kebaikan itu adalah perlaksanaan tanggung jawab kita kepada Tuhan, kepada
masyarakat dan kepada diri kita sendiri seperti yang saya rujuk dalam ayat
diatas tadi.
Ertinya, yang memuliakan
Islam ialah perbuatan kita sendiri. Bukan nya orang lain yang menentukan nya
bagi pihak kita. Jadi jika hujjah saya tidak menamakan sumber penghujjahan itu
dari Quran dan sunnah, maka penghujjahan
saya tumpas begitu sahaja?
Sebab itu dalam Al-Quran
ada ayat yang menyatakan supaya kita menjadi penegak kebenaran keatas diri kita
sendiri, keatas ibu bapa kita, keatas saudara mara. We stand by ourselves. Indahnya
Islam ialah, sementara kita manusia ini yang menyulitkan Islam, kita sendiri
menyelesaikan nya.
Kita mesti ada kebaranian
moral untuk menolak hawa nafsu kita supaya kita tidak bengkok dan jangan
berlaku tidak-adil atau enggan berlaku adil. Allah menyerahkan kita mendefinisikan
bagaimana berlaku adil.
Jadi jawapan nya ialah
kita lah yang muliakan Islam dengan perilaku kita atau conduct kita.
Bbagaimana kita menyelesaikan masaalah
kejahatan orang Islam? Ddari rumah dan bukan dengan menyerahkan tanggung jawab tersebut
kepada orang lain dan pihak ke3. Pengasuhan dan didikan nilai Islam yang
menanam rasa anti ketidakadilan dan anti kebuasan anti kezaliman, anti munafik,
anti kepada pelanggaran keatas larangan2 moral yang lain bermula dengan diri
kita sendiri. Dan nilai2 ini kita tanam dalam rumah kita.
Muslim yang mahu mendukung
nilai yang berlainan silakan. Jika mereka anggap diri mereka muslim yang baik
yang menyokong kemungkaran, terpulang pada mereka sendiri untuk reconcile
pendirian peribadi dengan pandangan umum yang lain. Jika mereka boleh hidup
sebagai seorang Muslim yang menerima kemungkaran sebagai kebiasaan silakan.
Tuesday, 24 January 2017
Ketuanan Islam dan Ketuanan Melayu- Permuafakatan baraqah atau pakatan jahat? Bah 1
Saya harap orang lain pun
bertanya soalan yang serupa- apa sebenarnya yang hendak ditunjuk rasa oleh kita
jika menyertai seruan parti PAS untuk berdemonstrasi mengenai RUU 355?
Orang kampung Chenua dan Kg
Sengkela dalam daerah Raub tetap boleh sembahyang di surau dan di masjid tanpa
rasa diancam oleh bangsa lain. Orang kampong tidak ada desakan untuk mempamerkan
ketuanan Islam mereka pun.
Bahkan orang Cina jarang datang kedalam kampung2 ini
kecuali cina yang meneroka secara haram dan membuka ladang sawit disana. Bayangkan
dalam tengah2 kampung tradisi Melayu, ada cina datang membuka ladang puluhan
ekar kerana jalan nya dibuka oleh broker Melayu. Yang mendedahkan Melayu kepada
musibah ialah dari kalangan bangsa sendiri.
Jadi apa tujuan hendak
heret orang Melayu berdemo mengenai RUU 355? Kalau mahkamah syariah atau
mahkamah sivil di-isukan oleh orang politik, maka besar kemungkinan keputusan
mahkamah nanti dipengaruruhi oleh kepentingan politik juga.
Bila Khalid Samad didenda
RM2900 hanya kerana memberi penerangan mengenai lawatan nya di Tebing Gaza,
hukuman itu dilihat sebagai mendepankan kepentingan politik pemerintah. Mahkamah
mungkin ada semua hujjah dan justifikasi undang2 untuk menghukum Khalid Samad,
tapi kejayaan kecil itu mengorbankan kepentingan besar. Keadilan kecil telah
menafikan kepentingan besar kepada masyarakat- yakni menafikan masyarakat
menikmati khidmat dan komitmen seorang ahli politik seperti Khalid Samad jika
dia dipecat keahlian sebagai ahli parlimen. Qadhi ada memikirkan perkara ini?
Biarlah mahkamah syariah
memperjuang dan menjustifikasikan kenapa ia perlu kuasa lebih dan mengapa
hukuman yang lebih berat diperlukan. Benarkah isiu mahkamah syariah itu isu
kurang kuasa atau kurang kualiti? Dalam kes Khalid Samad orang akan melihat
mahkamah syariah digunakan sebagai instrument to settle political scores.
Kepada saya tujuan oleh PAS ialah menegas dan mengistiharkan ketuanan Islam nya. Yakni hanya PAS
sebagai otoriti akhir terhadap semua yang bersangkutan dengan Islam. UMNO pula
tumpang semangkuk, kerana mahu mengesahkan dan mengsahihkan ketuanan Melayu
nya. Hanya UMNO itu otoriti apa dia Melayu atau tidak.
Perkara ini belum pun dibahaskan
dalam parlimen. kita yang tak tahu hujung pangkal hendak mendesak apa? Desak daripada
siapa?
Beginikah nasibnya orang
Melayu- tak tahu hujung pangkal mahu bertelingkah? Kita mesti tahu apa
sebetulnya yang kita hendak tunjuk rasa. Janganlah bangkang kerana sebab2 yang
salah.
Kita mesti tentang dan
sanggah ketas semua kemungkaran. Kerajaan yang zalim umpamanya tidak wajib
ditaati. Nabi yang lebih besar dari semua mufti di Malaysia ini, sebut - kita muliakan dan besarkan sultan
yakni pemerintah kerana ia bayangan besarnya dan mulianya Allah dimuka bumi
selagi dia ADIL. Syarat nya ialah kerajaan yang adil wajib terus disokong. Kerajaan
yang rasuah, mencuri dan sebagai nya wajib ditinggalkan dan tidak disokong oleh
kita.
Lagi pun jika prinsip ini
mahu dipakai, maka aplikasi nya mesti seragam. Jika kita mesti taat kepada
kerajaan negeri yang diperintah oleh UMNO, maka kita wajib taat juga kepada
kerajaan yang tidak diperintah oleh UMNO. Jangan kita derhaka kepada kerajaan Pulau
Pinang dan kerajaan Selangor. Kita hormat keputusan rakyat. Jika Perak,
Kelantan, Terengganu, Selangor , Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak tidak
diperintah oleh UMNO, prinsip diatas mesti ter-aplikasi disana juga. Jangan bughah
dan jangan derhaka kepada pemerintah bukan UMNO juga.
Kan kita sudah istihar Islam itu bersifat sarwajagat-
universal?
Wednesday, 18 January 2017
Kerugian Syarikat milik Kerajaan RM8 billion selagi terperangkap dengan FGV.
Hanya kerana tamak haloba seorang sahaja, banyak GLC kita terdedah kepada kerugian berbilion Ringgit. GLC2 dibawah ini, mungkin menanggung kerugian RM7.8 bilion.
Apa jadi kepada GLC2 kita macam tidak dipedulinya. Ini sikap padang jarak padang terkukur. Biar musnah negara, asal nafsu sarakah dipuaskan. Istilah orang putuh- scorched earth tactic.
Sedihnya, sikap seperti inilah yang dimuliakan oleh orang Melayu. Sebahagian Melayu pula tidak peduli atau indifferent asal mereka terus dapat menikmati cofee latte mereka dan smoked salmon. Najib suka golongan seperti itu- the smoked salmon crowd, the limousine liberals, Hollywood Left- yang dari sudut ideoloji bukan main menyokong rakyat marhaen, tapi dalam kehidupan harian , sungguh berlawanan.
Orang2 seperti ini lah, dalam salon2 nya, di kafe Dome, La Bodega mengutuk Najib, tapi bila tiba masa nya, mengundi sokong Najib.
Asal matlamat menjana wang dan menjadikan GLC kenderaan membuat wang segera tercapai. Sikap seperti ini berpunca dari kepercayaan bahawa mendapat kuasa itu memberi lesen kepada nya melakukan sesuka hati. Berkuasa ertinya dia boleh membuli orang lain, melakukan land grab, money grab dan sebagainya. Berkuasa kepada UMNO bererti berhak mengambil kekayaan negara ini. Pemenang mengambil semua.
Nasib GLC2 mengapa jadi begini? Kerana FGV. Jika FGV tidak diapungkan, maka tentulah GLC2 ini tidak terdedah kepada malapetakan kewangan.
Kerajaan kita yang berperdanamenterikan seorang yang satu dunia lihat sebagai pencuri telah memaksa GLC kita membeli saham dalam FGV. Sedangkan ketika mahu disenaraikan dia berjanji dan cakap besar bahawa saham FGV akan dilanggani oleh syarikat2 bertaraf dunia. Cakap besar ini tidak terjadi. GLC2 kita yang dipaksa membeli saham untuk mengukuhkan harga saham FGV.
Saya syak mereka tahu- paling tidak pegawai2 yang conscientious dan pandai sedikit, tahu bahawa the true value of FGV share tidak lebih dari 2 Ringgit. Saya syak ada konspirasi antara ramai pihak untuk meletak harga runcit FGV pada RM4.55.

Dalam proses tersebut, seperti ynag kita cakapkan sebelum ini, Felda itu sendiri diruntuhkan. Ia tidak lagi mengawal asset2 nya termasuklah 360,000 hektar tanah Felda Plantaions, kilang2 dan puluhan syarikat hiliran yang lain.
Ia menghukum gantung dirinya sendiri apabila memilih untuk mengorbankan aliran hasil RM2.1 bilion setahun untuk suatu janji yang tidak mampu dilunaskan oleh FGV. Janji Najib membawa padah.
Kegilaan apa yang menyebabkan Felda mengorbankan mendapat RM2.1 bilion setahun untuk hasil sewa RM250 juta setahun dan 15% dari untung bisnes perladangan FGV?
Hanya kerana Najib mahukan demikian.
Felda belanja sekitar RM1.7 billion setahun untuk mengurus bisnes felda dan tanggung jawab sosial nya. katalah dengan memindahkan operasi bisness kepada FGV, Felda jimat 50% dari perbelanjaan nya. Ini bersamaan dengan RM800 juta. Felda masih lagi memerlukan sekitar RM900 juta setahun untuk mengurus dirinya sendiri dan tanggung jawab sosial.
Masih ada defisit RM900 juta setahun. Dari mana Felda dapat wang untuk menampung defisit ini?
Oh bahagian perbendaharaan Felda( Treasury) melabur dalam pasaran saham. Maybank umpanya dan dalam syarikat2 lain2. Adakah hasil dari pelaburan ini, mencecah tahap RM 900juta setahun?
Ini bermakna, kesihatan kewangan Felda bergantung kepada sumber pendapatan seperti share nya dalam FGV, share nya dalam syarikat blue chips lain, sewa RM250juta setahun dan grant kerajaan. Mana dia business fundamentals Felda? bisnes core nya mana? Felda bukan firma pelaburan butik. Ia syarikat yang tanam sawit, kutip sawit, mengasilkan mintak sawit mentah. Itu core business Felda.
Jika ia bergantung kepada FGV, alamatnya Felda akan kekeringan hasil. Prestasi FGV tidak bagus. Ianya dibebani dengan 'banyak cerita' sepeti yang dinyatakan oleh CEO nya. kita hendak juga tanya, jika faktor 'banyak cerita' ini dinyahkan- adakah kesihatan kewangan FGV akan pulih? Jika ya, maka marilah sama2 mengusahakan supaya penyebab 'banyak cerita' ini disingkir dari mengepalai kerajaan. Jika terus mengekalkan pencuri mengepalai kerajaan, bererti kita pun, sebetulnya, resam nya seorang pencuri juga.
Tapi untuk masa in, tatapilah angka2 dalam jadual dibawah.
Felda dan sekutunya, merupakan pemegang saham terbesar outstanding share FGV. Sekitar 40% dipegang oleh Felda, Felda Assset dan KPF.Setakat Ogos 2016, adalah sedikit perubahan dalam pegangan saham oleh Felda dalam FGV. Tapi masih sekitar 40% juga lah.
Apa telah jadi pada nilai pegangan ini? Semasa harga share RM4.55 , nilai saham ke2 Felda dan syarikat sekutu felda ini ialah RM RM6.55 billion. Sekarang bila harga saham sekitar RM1.56, nilai saham oleh ke3 entiti ini ialah RM2.25bilion. Kerugian kertas mencecah RM4.30 billion.
Bayangkan jika FGV jadi delisting, keruguan RM4.3 bilion boleh menjadi lebih besar. Bersedialah untuk kerugian sebenarnya, pada tahap RM5 billion.
Jadi, delisting ini bukan perkara enteng. Felda dan syarikat sekutunya akan hilang dan rugi RM5 billon. Share nya mungkin RM1.20 sahaja. Mereka masih pemilik kepada saham2 nya, tapi harga nya sekitar RM1.20 sahaja.

Siapa lagi yang akan jadi mangsa permainan korporat Najib? Bila saya kata, penyenaraian FGV ini adalah ciptaan Najib setelah dapat mimpi basah , ramai orang marah. Mereka marah cara mendeskripsi tersebut tetapi tidak dapat mematahkah hujjah bahawa FGV merupakan mimpi ngeri untuk Felda dan sekutu2 nya. Sekarang ia juga mimpi seram untuk banyak GLC2 kita.
Mereka ini, secara kolektif( setelah dikeluarkan Felda dan sekutu2 nya) menanggung kerugian atas kertas sebanyak RM3.5 billion. Jika FGV di delist, maka kerugian sebenarnya mungkin mencapai RM4 billion atau lebih.
Jadi, kita melihat kepada kemungkinan kerugian sebenar sekitar RM9 billion jika FGV dikeluarkan dari bursa saham. Saya tidak faham mengapa Suruhanjaya Sekuriti tidak mengambil tindakan keatas FGV setelah share FGV melekat sekitar RM1.60 untuk berbulan bulan lama nya. Itu sudah petanda2 bisnes FGV teruk.
Bagaimana pula FGV? Setelah di delist, bagaimana mereka mahu mendapat modal untuk berniaga? Saham mereka masih lagi boleh dijual over the counter ya- tapi, FGV tidak lagi mempunyai akses kepada pasaran modal awam. Sudah tentu, kos pinjaman mereka akan naik. Kos Operasi FGV akan meningkat. Sedangkan ketika ada akses kepada modal yang berkos rendah dari public pun FGV tidak boleh membaiki keadaan, inikan pula ketika kos pinjaman modal tinggi.
Banyak GLC2 kita melalui keadaan musibah dan kerugian hanya kerana seorang PM kita tamak dan sanggup menggadai masa depan Felda dan GLC2 lain. Bagaimana kita mempertahankan keputusan kita menyokong pemimpin seperti ini?
Jika orang Melayu terutamanya, terus menyokong orang seperti Najib yang sekarang ini ternyata pelakun handalan menyembunyikan kemungkaran yang ia lakukan dengan wajah yang bersahaja tanpa rasa bersalah, ini bermaka orang Melayu kita tidak ada sensse of moral value. Segala nya halal selagi kita berkata ianya halal. Batasan pemisah antara halal dan haram, itu dibentuk, dialih dan diperlakukan ikut suka hati.
Ianya juga mendedahkan sikap hipokrasi kita sebagai seorang Muslim. Secara luaran bukan main lagi mahu menunjuk nunjuk keMusliman kita melebihi orang lain, rupa2 nya keAbuJahalan dan keAbuLahaban kitalah yang melebihi orang lain sebetulnya.
Sekian, salam dari Raub.
Sekian, salam dari Raub.
Tuesday, 17 January 2017
FGV rugi, imbuhan pegawai tinggi kian melambung
kena tulis juga.
Saya ingat saya mahu berhenti menulis untuk seketika mengenai felda, fgv dan peneroka. Demikianlah sangkaan saya sehinggalah saya melihat dan mendengar bagaimana tidak peka atau insensitive nya pegawai tinggi felda.
Imbuhan lebih RM2 juta setahun, FGV biar mampus.
Dia ini dapat gaji, yuran dan bonus melebihi RM2 juta setahun. Tapi setelah 2 tahun pun tidak dapat membetulkan keadaan, menyalahkan keadaan luar dunia Felda dan pihak lain.Sambil menikmati makanan disebuah restoren Melayu, memberitahu kawan2 nya, dia tidak boleh buat apa2 mengenai felda dan fgv. Banyak cerita kata nya...
'banyak cerita' itu apa ceritanya?
Kita tidak berminat kepada 'banyak cerita'. Kita pun boleh agak cerita nya- campur tangan pejabat PM, kumpulan yang ada kepentingan dsb. FGV ialah a creature created by the PM after experiencing a wet dream. Tak perlu hendak cerita- dunia pun tahu. Kita hendak tahu, apa yang pengurusan FGV hendak buat?
Adakah ujudnya 'banyak cerita' itu alasan dan justifikasi kegagalan? Jika tahu, beritahulah dunia. Jangan sembunyikan kebenaran dengan kepalsuan dan jangan sembunyikan kebenaran kalau dah tahu 'banyak cerita'.
Kepada saya dan juga kepada sesiapa yang mendengar plaintive pleading nya-( itulah dia pun sebenarnya) ini sudah suatu pengakuan bersalah atau admission of guilt. Maka apa yang boleh dilakukan oleh seorang yang berminda demikian ialah untuk berenang mengikut arus- just go with the flow, orang lain balun, aku pun balun. FGV dan Felda ada nun disana untuk diganasi, dirakusi dan diperkosa.
Dedahkan kemungkaran Felda/FGV dan semua konspirator.
Kepada kita , this will not do. Kita pula akan balun dalam bentuk mendedahkan kemungkaran yang berlaku. Fakta nya, mendapat imbuhan hampir lebih RM2 juta setahun tersangat lumayan. Berbohong dan menyembunyikan kebenaran adalah harga yang sangat kecil yang perlu dibayar berbanding dengan pendapatan lumayan. Lagi pun, menyembunyikan kebenaran ialah isu moral atau ethical dan bukan legal. Tidak menjadi kesalahan legal dan jenayah. Bukan demikian CEO?
FGV akan di delisting?
Sekarang ada ura2 mahu di private-kan FGV. FGV menjadi syarikat sendirian berhad. Orang bercakap macam main2 bila mengeluarkan cadangan de-listing. Implikasi nya banyak.
Adakah FGV menuju kemuflisan?
Ianya pengakuan bahawa FGV menuju kepada kebengkrapan. kalau share FGV lekat pada harga RM1.50-RM160 berbulan bulan lamanya, Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Saham sudah memberi amaran kepada pengurusan FGV. Ada atau tidak amaran diberi atau kedua dua institusi ini tidur lena?
Pelabur tidak yakin kepapa pengurusan FGV.
Bila harga mendatar untuk masa yang agak lama, ini bermakna pelabur tidak ada keyakinan keatas FGV. Tidak yakin kepada bisnes plan nya, pengurusan nya, perniagaan nya. Delisting akan mengakibatkan penurunan harga share dan pemegang share, walaupun masih pemilik, akan mendapati pelaburan mereka susut nilai yang teruk.
GLC kita akan kerugian berbilion Ringgit.
Ini bermakna, GLC kita yang duduk atas potensi kerugian RM7 billion, boleh hilang lebih dari RM7 bilion. sekurang kurang nya EPF telah memotong rugi dengan segera menjual saham nya dalam FGV dan menanggung kerugian. tentu EPF beranggapan, lagi tunggu lama, lagi teruk.
Apa bursa saham buat?
Jadi kalau share FGV bertahun trading pada harga RM1.50, itu bermakna harga itulah harga true value FGV. Soalan nya, bagaimana bursa saham kita menerima harga runcit pada RM4.55 yang dicadangkan semasa penyenaraian?
Adakah bursa saham sengaja mencipta harga ini supaya Najib boleh menunjukkan bahawa listing FGV adalah suatu keputusan yang bijak? Apa peranan bank2 pelaburan yang menasihati kerajaan? Adakah mereka berkomplot menyetujui harga retail RM4.55 sedangkan mereka tahu true value ialah ,sememang nya sekitar RM1.55?
Bank Pelaburan, SC dan Bursa tahu, FGV tidak ada track record.
Sebab nya, trek rekod pengurusan FGV teruk. ia kerugian banyak di Amerika dan Canada. Ia telah ditipu oleh broker2 yang hendak jual kilang Procter and Gamble dan tertipu lagi terpaksa belanja membina kilang di Canada. Kita hendak tahu samaada pegawai pelaburan Felda ketika itu dapat komisyen atau tidak ketika bersetuju membeli kilang2 Procter and Gamble.
Tidak ada orang menaruh keyakinan tinggi kepada FGV tapi, FGV lah yang dipilih sebagai kenderaan untuk listing Felda Holdings. Felda Holdings yang sebetulnya telur emas angsa. FGV sendiri ialah syarikat yang tidak bermaya.
Ertinya, peneroka Felda pemilik 51% share suatu ketika dahulu dalam Felda Holdings tertipu dan disamun dengan cerita kehebatan FGV.
Menjadikan syarikat FGV kepada sendirian berhad, bukan suatu kerja yang murah. Ia akan menelan belanja yang besar. bank pelaburan yang menasihati nya nanti akan caj yuran atau fees yang tinggi. sekali lagi , bank pelaburan akan buat duit dan individu tertentu juga akan mendapat bayaran yang tinggi.
Peneroka Felda kena kelentong sekali lagi. Dahulu ketika disenaraikan, KPF ditendang keluar. wang sogokan sebanyak RM2.2 bilion diberikan sedangkan nilai KPF ketika itu, mengikut analis, lebih RM4 billion. Peneroka bergembira kecuali yang diharamjadahkan. Kita hendak tanya, adakah pemegang saham dalam KPF menikmati hasil dari pemindahan kepentingan KPF kepada FGV? Adakah mereka dapat dividen dan bonus yang luarbiasa tinggi pada tahun 2012?
Sudahlah demikian, KPF dipaksa beli ladang sawit di Sarawak dengan harga tinggi dari pasaran- iaitu RM1.2 billion. Harga pasaran ketika itu RM750juta. Ada hantu sapu duit RM400 juta. Siasat CEO KPF ketika itu. Hello SPRM- jangan tangkap ikan bilis sahaja.Kenapa beli harga tinggi dari pasaran?
Kemudian dipaksa beli saham dalam FGV, syarikat yang tendang KPF keluar. Sebab itu saya kata, takde maruah betul KPF. sudahlah diaibkan, kena beli pula saham pihak yang mengaibkan nya.
Saya cadangkan- jika KPF ada fikiran stratejik, pergi kepada PM dan kata, KPF mahu beli kesemua saham outstanding yakni 2.1889 bilion saham tersebut pada harga sebenar FGV- RM1.80 ke... kemudian buat offer hendak beli saham yang masih ada dalam Felda. Bagaimana membiayai pembelian? dengan wang dalaman dan terbitan bon yang dijamin oleh kerajaan. Jika kerajaan boleh jamin 1MDB mengapa tidak KPF- Melayu punya kan?
Kemudian KPF evolve itself into KPF Inc dan lantik satu syarikat pengurusan yang baik. Ajak IOI atau United Plantations mengurus bagi pihak nya . atau ajak Wilmar Group.
tendang semua pegawai FGV dan felda. ambil tindakan undang2 keatas mereka yang menyeleweng. ambil tindakan keatas banker2 pelaburan yang meletakkan harga runcit RM4.55 seunit sedangkan harga sebenar ialah mungkin hanya RM1.80. Ramai orang bikin duit haram ketika itu- para penganalis, inversement bankers, politisyen dll. Gerenti, sebahagian besar nya Melayu yang menjunjung 6 rukun iman dan 5 rukun Islam.
Biarlah peneroka sedar akan perkara2 ini. Dibawah ini ialah suatu Jadual dengan petunjuk2 kewangan dari FGV. Bacalah, study nombor2 itu dan fahami. Kemudian, bandingkan perasaan yang dicetuskan oleh pembacaan tersebut dengan pembohongan yang dilakukan oleh blogger2 upahan UMNO.
Walaupun terpampang nyata angka2 yang menunjukkan Felda dan FGV kerugian atau mengering resev nya, pihak kerajaan masih mahu menegakkan benang basah. Jadi jadilah menipunya, agar kita berhenti mendedahkan kebenaran. Please stop the lies and we will stop telling the truth about you.
Faktanya, pengurusan tertinggi Felda dan FGV ialah lintah darat penghisap darah. Imbuhan mereka melambung naik, sedangkan Felda dan FGV kerugian. Sedarlah bahawa kita reward kejayaan, kita tidak reward kegagalan dan incompetence.
Fakta nya, Felda tidak ada wang. Tapi masih bernafsu hendak beli 37% Eagle High hanya kerana PM mahukan ia terjadi. FGV menanggung kerugian yang makin teruk.
Bila FGV teruk, Felda sebagai pelabur utama dalam FGV akan dijangkiti teruk nya. Satu hari akan tiba bila Felda tidak ada wang untuk menjalankan tanggung jawab sosial nya.
Wang untuk bina jalan pertanian, untuk repair jalan, untuk maintain balairaya, dewan serba guna akan berkurangan. Peneroka hendak pinjam duit pun susah. Hendak minta tolong pun sukar. Tapi semasa peneroka susah, felda dan fgv tidak untung, pegawai2 tingginya tetap dibayar lumayan.
Dan setelah membaca, jika masih ada perasaan marah dan dikeciwakan, bawalah perasaan tersebut ke Pilihanraya 14. Gunakan kuasa ditangan untuk menendang keluar kerajaan Perompakrasi Najib.
Nombor2 dibawah ini menunjukkan perompak menjaga kepentingan perompak. Peneroka biarlah hidup merempat.
Semenjak Najib ambil alih FGV dan Felda, imbuhan kepada Isa Samad dan CEO FGV naik lebih 66%, manakala pada tempoh yang sama, keuntungan FGV berkurang lebih dari 66%.
Semenjak Najib ambil alih FGV dan Felda, imbuhan kepada Isa Samad dan CEO FGV naik lebih 66%, manakala pada tempoh yang sama, keuntungan FGV berkurang lebih dari 66%.
Tahun 2015, untung kasar FGV ialah RM1.8 billion. Tolak cukai, untung bersih ialah RM301 juta. ini hasil dari sektor perladangan. Mengikut perjanjian, Felda dapat 15% dari untung. Jika ianya dikira dari untung bersih, maka pulangan kongsian untung dari FGV untuk felda ialah sekitar RM 45 juta. campur dengan sewa dari ladang sebanyak RM250,000,000 , sekitar 300 juta untuk tahun 2015. bagaimana Felda mahu menampung deficit?
Adakah minda seorang guru seperti Isa Samad akan meminta kerajaan untuk mengecualikan FGV dari membayar cukai? Atau dia pujuk PM supaya FGV tidak perlu bayar sewa keatas 360,000 hektar tanah Felda Plantations? Ini suatu kemungkinan sebab isa Samad boleh menggunakan hujjah, FGV ialah GLC Melayu juga. Melayu mesti bantu Melayu.
Atau Isa Samad akan melakukan stunt Najib 26-9 = 15? Isa Samad boleh berdepan dengan peneroka dan berkata- FGV dahulu bayar RM26 billion. tahun ini mereka kata mereka bayar kurang. saya tanya berapa? mereka kata 9 bilion. saya kata- mana boleh. dari 26 billion ke 9 billion. Cannot sebab ada 15 bilion defisit. mana saya mahu cekau defisit RM15 billion?
Lihat dividen. tahun 2015, dividen ialah 4 sen. peneroka yang memegang 800 unit saham mendapat pulangan divden sebanyak RM32. wow. sungguh baik pelaburan ini. tapi peneroka membayar RM600 setahun keatas pinjaman membeli saham tahun 2012. Masuk RM32, keluar RM600.
Untung bersih menurun dividen menurun. apa yang Isa dan CEO FGV buat?
adakah mereka memandori bisness yang kian rugi? mengapa kita harus membayar mereka imbuhan yang tinggi. kita reward kejayaan bukan kegagalan.
semua mereka ini dapat gaji asas. kemudian ada pula yuran, bonus, elaun. bagaimana kita justify meningkatkan bayaran?
Yuran untuk Isa Samad meningkat dari RM700,000 dalam tahun 2012 kepada lebih dari RM1.6 juta tahun 2015. Pada masa yang sama, untung bersih FGV menurun dari RM900 juta tahun 2012 kepada RM300 juta tahun 2015.
Bagaimana kita justify bayaran fee untuk Isa Samad. Apa yang dia lakukan semasa FGV rugi?Dan lihat pada imbuhan kepada CEO. ianya sudah melangkahi batas RM2 juta setahun. Dan apa yang dia boleh lakukan ialah menyatakan dia tidak boleh buat apa2 sebab 'banyak cerita'.

Saturday, 14 January 2017
Upcoming Events
Berikut adalah beberapa acara yang akan dijalankan dalam mingu2 hadapan. Jika ada kelapangan, sila datang beramai ramai untuk mendengar pencerahan tentang isu2 semasa. Terima Kasih.
Tuesday, 10 January 2017
Peneroka dibawah sistem Perompakrasi.
Ini ialah artikel yang ke-10 mengenai isu Felda. Harap artikel2 ini dapat menyedarkan aktivis felda dan peneroka. Saya berharap tulisan ini dapat membuka minda orang Felda supaya memikir masa depan jenerasi ke2 anak peneroka.
Setelah artikel ini, saya akan berhenti menulis seketika. Saya hanya akan memberi notis memohon bantuan dari pembaca. Pusat Khidmat saya memerlukan sumbangan dalam bentuk pampers dewasa bolehbuang/disposable adult pampers, pakaian2 lebihan, susu analene, beras dan seumpamanya. Barang2 ini akan diagihkan kepada masyarakat dalam daerah Raub tanpa mengira bangsa , kaum dan agama. Saya sedang mengatur senarai penyelaras yang akan menerima sumbangan2 para pembaca. saya berharap mendapat sokongan daripada pembaca untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita peduli akan kesusahan mereka.
**************************************
Terima kasih.

Bayangkan- jika ‘peneroka’
yang memiliki 91.2 juta saham FGV menjual kesemua saham mereka bila harga
mencecah RM5.30, secara kolektif, peneroka mendapat RM483 juta. Untung mereka setelah tolak kos belian ialah RM68 juta. Tentulah peneroka
secara kolektif akan melompat keriangan. Bolehlah mereka melaung Najib pembuka jalan rezeki.
Kakitangan felda yang mendapat 109.4 juta saham, jika menjual pada RM5.30 memperolehi 579.82 millon. Untung setelah tolak kos belian ialah RM82 juta.
Kakitangan felda yang mendapat 109.4 juta saham, jika menjual pada RM5.30 memperolehi 579.82 millon. Untung setelah tolak kos belian ialah RM82 juta.
Tapi bumiputera yang
diperakui oleh MITI dapat 11.5% saham atau 419.50 juta unit. jika mereka ini
menjual pada RM5.30, pendapatan mereka ialah 2.223 billion. Untung mereka pada
harga RM5.30 ialah 314.27 juta. Mereka ini golongan elit Melayu yang paling kurang ada RM3 juta dalam simpanan bank mereka. Najib tahu mereka boleh beli saham FGV dan bermain dalam pasaran saham. Apalah sangat RM3 juuta jika wang diperolehi dari jawatan KSU, TKSU atau pengarah itu dan ini, ada bermilion. Sehingga tidak tahu mahu simpan dimana. Pemain pasaran saham ini tentu sudah jual ketika harga share FGV mencecah RM5.30. Pemain pasaran saham yang menggunakan nama peneroka pun tentu sudah jual.
peneroka yang lurus bendul, membeli saham dengan meminjam wang, tersadai telanjang menutup kemaluan dengan tangan.
peneroka yang lurus bendul, membeli saham dengan meminjam wang, tersadai telanjang menutup kemaluan dengan tangan.
Keuntungan warga felda
kesemua nya( RM150juta) tidak dapat menyamai keuntungan kelompok bumiputera
istimewa yang dipilih oleh MITI.
Jadi kelompok bumiputera
mana yang diutamakan oleh Najib? Peneroka yang haramjadah atau kelompok
istimewa yang tidak pernah pun menjenguk mana2 rancangan felda?
Sepatutnya sudah jelas dan
terang kepada peneroka felda, siapa yang Najib utamakan.
Ternyata, dalam
penyenaraian pun, warga felda- peneroka dan perkerja dipinggirkan. Itulah rasmi
yang mewarnai urusan niaga felda dan fgv
seterusnya- yakni warga felda dipinggirkan dan dibelakangkan.
Itu juga dasar najib. Mengutamakan
elit Melayu dan meminggirkan rakyat biasa. Dalam kes ini, warga felda.
Itupun orang Felda
melompat kegembiraan bersorak berpasal, menyatakan Najib ialah pilihan Tuhan.
jika peneroka diutamakan,
tentulah mereka mendapat bahagian terbesar dalam FGV. Warga felda- peneroka
dan kakitangan , mendapat 5.5% dari jumlah saham yang ditawarkan.
Tapi, warga felda tidak
belajar dan sedar- kesusahan peneroka pada peringkat individu janganlah
dijadikan alasan untuk mendapat sokongan rakyat secara umum. Bukanlah hanya
peneroka yang mengalami kesusahan. Orang diluar sana, tidak kira bangsa, semua
mengalami kesusahan yang sama. Mereka juga berdepan dengan kos kehidupan yang meningkat
dan sumber pendapatan yang terhad. Orang dibandar ada yang berpendapatan hanya
RM500-600 dan mereka memakan, memakai, berlindung dibawah iklim ekonomi yang
menekan; harga makanan naik, harga pakaian naik dan harga rumah sungguh
menakutkan.
Sebetulnya, jika orang
Felda hendak tahu- orang umum melihat masalah orang felda sebagai merengek
sahaja. Bertelingkah mengenai kadar perahan- boleh diselesaikan di mahkamah,
bersungut mengenai bayaran yang tidak dibuat dalam bulan semasa boleh
diselesaikan dengan mendesak pengurusan, elaun sara hidup yang tidak
mencukupi, boleh lagi berbincang dengan
pihak Felda.
Ini semua bahan2 merengek
sahaja. Kecuali warga Felda menyertai usaha masyarakat dan rakyat yang lebih
luas yakni menukar kerajaan yang ada sekarang, barulah, perjuangan orang felda
sama dengan perjuangan orang luar felda.
Kalau kita hendak maju,
mesti ada keseragaman antara kepentingan warga felda dengan kepentingan rakyat
diluar felda.
Masaalah dan musibah yang
menimpa warga Felda disebabkan pemimpin negara yang tamak, rasuah, zalim, tidak
boleh dipercayai. Melanggar batas kebebasan mengurus negara dan seterusnya.
Keseragaman yang kita
maskudkan, ialah warga felda juga mesti ada kebencian terhadap pemimpin yang
rasuah, tidak boleh dipercayai, mencuri wang rakyat, menzalimi rakyat,
mencabuli kuasa yang ada, dan melanggar batas kebebasan yang kita amanahkan
kepada pemimpin. Kita samua mahu benamkan kerajaan yang tidak adil, yang tidak
cekap, yang dipimpin oleh pemimpin yang rasuah dan membelakangkan rakyat.
Masalah peneroka ialah
masaalah kecil yang merupakan sebahagian dari masaalah yang lebih besar- yakni
berada dibawah kerajaan yang mengamalkan amalan perompakrasi. Merompak, melanun
dan mencuri. Felda, tanah peneroka, harta benda peneroka, masa depan peneroka
semua akan dirompak.
Negara yang maju ialah negara
yang membentuk peraturan2 samaada
berpunca dari ajaran agama atau moral, supaya kita tidak melakukan kemungkaran-
jangan buat itu dan ini- jangan rasuah, jangan ambil harta rakyat, jangan cabul undang2
, jangan membelakangkan kepercayaan yang diberi. Seruan2 bersifat negatif—jangan
itu dan ini lebih mendorong manusia bertindak daripada seruan2 bersifat
positif- buat itu dan ini.Secara semula jadi, manusia itu membenci kemungkaran dan lebih memahami bila ianya terjadi.
Usaha warga felda untuk
membetulkan kerosakan, untuk membaiki kehidupan mereka pada peringkat individu,
mesti beroperasi dibawah system melawan ketidakadilan yang lebih luas. Jka hanya
selesai masaalah peringkat felda tanpa menyelesaikan system yang menyebabkan
masaalah tersebut, keadaan masyarakat felda tidak akan berubah.
System yang sama juga akan
terus meminggirkan warga felda. Felda memutuskan untuk beli eagle high
plantations, kepentingan peneroka tidak masuk dalam perhitungan. Felda lebih
terdorong oleh kepentingan bisnes peringkat korporat dari mahu membebankan diri
memikir masaalah peneroka.
Orang felda mesti ada
dalam hati mereka- kebencian terhadap perkara2 yang tidak adil. Kerana ragam
dan resam manusia dimana2 serupa- meraka lebih terdorong dan bersemangat untuk memperjuangkan
nilai2 yang bersifat anti kemungkaran.
Peneroka felda mesti
melihat musibah yang melanda mereka sebagai akibat dari system perompakrasi yang
Najib dan UMNO amalkan.