Apa yang
sedang berlaku sekarang?
Sekarang yang
berlaku ialah UMNO berada dalam panic. UMNO cemas dan berada dalam ketakutan.
Bahkan Muhyidin sendiri mengaku, jika berlaku swing sebanyak 2% undian kepada
PR, maka terpaksalah UMNO dan BN mengosong Putrajaya.
Marilah kita
bersama, sebagai rakyat yang berkuasa, makbulkan permintaan Muhyidin tersebut.
Anak2 muda
yang akan mengundi buat pertama kali dalam PRU14 nanti enggan menyokong UMNO.
Bukan sahaja anak2 muda melakukan demikian kerana bersifat adventurous, tapi juga kerana mereka mempunyai kesedaran social
yang lebih sofistikated. Sama ada melalui ledakan informasi yang berlaku
melalui internet atau melalui pendidikan peribadi.
Peningkatan kesedaran
social menghasilkan kesan begini. golongan muda mulai sedar bahawa tidak ada
bangsa dan kelompok boleh memperjuangkan hak dan kepentingan mereka secara
berasingan- melainkan kepentingan dan hak kelompok atau bangsa itu merupakan
sebahagan dari hak dan kepentingan yang lebih besar, yakni hak2 sebagai warga
Negara Malaysia.
Dan apa hak
yang paling asas?
Semua kita
tidak kira bangsa – mahukan sebuah negara yang makmur, sebuah negara yang aman
damai, rakyat hidup bertoleransi dan tidak bergaduh. Itu sebenarnya hak kita
bersama sebagai warga negara Malaysia- tidak kira bangsa kita berhak
mendapatkan negara yang makmur, sebuh negara yang aman damai, dan sebuah negara
yang hidup dalam harmoni. Dan kita capai hak2 ini melalui kerajaan yang baik.
Kita jangan
biarkan kerajaan menjadi kerajaan yang menekan dan menzalimi rakyat. Itu pasal
kenapa kita mesti ada institusi kehakiman yang bebas dan berintegriti supaya
mejaga supaya rakyat tidak dibuli oleh kerajaan. Itu sebab kita ada NGO2 yang
menjaga supaya rakyat jangan dizalimi dan dikasari.
Maka secara
bersama sama, tanpa kira kaum kita berhak membangunkan sebuah kerajaan yang mempunyai
agenda tersebut. Bukan membiarkan sebuah kerajaan membuli kita, mengadu domba
dan melaga lagakan kita, yang membiarkan keadaan huru hara dan membiarkan ujud
kerajaan yang tidak cekap. Kita mahukan sebuah kerajaan yang memperjuangkan
agenda Malaysia.
Sekali lagi,hak
istimewa kita ialah hak untuk diperintah
oleh sebuah kerajaan yang adil dan saksama, yang didirikan atas prinsip
perintah mengikut undang2, yang melaksanakan dasar yang adil dan saksama. Juga
hak rakyat seluruhnya, untuk diperintah oleh sebuah kerajaan yang cekap dan
beroperasi atas prinsip good governance.
Sebab apa?
Sebab melalui kerajaan yang sedemikian rupa, semua kaum di Malaysia dapat
merealisasikan hak2 semula jadi iaitu hak untuk hidup makmur dan aman damai.
Negara tidak aman damai jika rakyat tidak makmur.
UMNO tahu ia
gagal mengadakan ini semua. UMNO sudah sampai ke penghujung hayat nya dan UMNO
dibawah kepimpinan Najib akan menyegerakan pembacaan talqin untuk dirinya.
golongan muda
dan mereka yang mempunyai kesedaran tinggi tahu bahawa sebaik sahaja kita
berjuang untuk hak dan kepentingan secara berasingan- kita akan berlaga sesama
sendiri; bergaduh dan berkelahi.
Hak
bumiputera untuk mendapat ekonomi baik, tidak boleh dipisahkan dari hak rakyat
menuntut ekonomi diurus dengan baik dan pendapatan diagihkan megikut keperluan.
Yang paling miskin tentu memerlukan bantuan lebih dari yang kaya. Secara
kebetulan orang Melayu yang paling miskin dan mundur, maka mereka memerlukan
bantuan dan sokongan. Keistimewaan yang diberikan kepada mereka bukan kerana
mereka Melayu, tapi mereka rakyat terbesar yang terbelakang. Mereka perlukan
bantuan dan sokongan.
Perkara2 lain
seperti keutamaan bahasa Malaysia , kedudukan raja2 Melayu semua adalah kepentingan
incidentals yang digerhanai oleh penyusunan
kedudukan ekonomi rakyat. Penyusunan pertalian ekonomik antara rakyat itu
adalah hak yang paling fundamental.
Perkara
fundamental ini, yakni penghakisan hak untuk hidup makmur dan keadaan ekonomi
yang kian memburuk tidak dibincangkan dalam PAU 2014. Ini tidak mengherankan
kerana rakyat semua sudah sedar bahawa setiap kali UMNO bersidang agenda nya
ialah meningkatkan martial spirit,
mengajak orang berkelahi, menyalahkan bangsa lain. Walhal itu semua dilakukan
untuk menutup pembohongan terbesar yang diterapkan dalam minda orang Melayu-
yakni orang Melayu dan negara ini akan hancur, jika UMNO tidak berkuasa.
Saya telah
menyebut perkara ini banyak kali- tapi benarlah seperti yang dikatakan oleh social intellectuals bahawa perang dan perjuangan untuk
menegakkan kebenaran itu mesti dilakukan secara berterusan dan di ulang ulang.
Kepada orang
Melayu sendiri- jika UMNO tidak ada jadi kerajaan, mereka boleh terus hdup.
Yang penting ada kerajaan yang dibangunkan atas beberapa prinsip yang saya
sebut awal tadi.
1 dari 6 orang
Melayu dalam negara kita ini adalah ahli UMNO. Jika yang 1 itu mati atau hilang
lesap, ada 5 lagi orang Melayu boleh terus hidup. Ini contoh yang paling asas
sekali. Orang Melayu tidak ada keperluan kepada UMNO, bahkan UMNO itu
memerlukan orang Melayu. Jadi mengapa kita biarkan puak UMNO ugut kita,
berlagak macam tuan dan berlagak macam mereka yang beri kita rezeki dan sebagai
nya?
Saya terbaca perihal ada seorang pemegang ijazah Phd yang mengatakan
bahawa beras yang kita makan pun, UMNO yang bertanggung jawab. Dia belajar dari
universiti mana ini?
Ancaman yang
disebut oleh UMNO adalah cerita dongeng dan seram untuk menakutkan orang
Melayu. Cuba kita lihat- setiap pusat dan sumber kuasa pemerintahan berada
dalam tangan orang Melayu. Tidak perlu saya besar2kan fakta bahawa- jika semua
orang Cina bergabung dibawah satu bendera, mereka hanya 24% dari penduduk negara
ini sedangkan orang Melayu kekuatan nya 60-65% dan menjelang 2020, menjadi 70%.
Demografi ada lah destini. Perkara ini pemikir UMNO tak faham juga?
Saya tidak lihat
Raja2 Melayu terdiri dari bangsa lain melainkan Melayu lah juga. Raja2 melayu
ini adalah benteng terakhir mempertahankan supremacy orang Melayu kecualilah
raja2 Melayu sendiri berkompromi memusnahkan bangsa Melayu sendiri. Mustahil
raja2 Melayu kecuali mereka bukan Melayu- menandatangani hukuman mati keatas
bangsa Melayu. Dan raja Melayu bukan raja untuk orang UMNO sahaja- mereka Raja
untuk semua orang Melayu dan rakyat Malaysia.
PM sejak kita
merdeka, tidak ada orang bukan melayu melainkan Melayu lah juga. Dan saya tidak
fikir orang Cina akan menjadi PM dimasa hadapan kecuali akan berlaku pertumpahan
darah dan amukan dari orang Melayu. Orang Cina ini pragmatic- mereka bukan
bangang nak tuntut jadi PM atau TPM. Mereka mahukan negara aman damai didalam
nya mereka boleh hidup senang dan buat duit banyak2. Mereka mahu pergi ke restoren2
dan order, I want the best for me and my friends. Orang Melayu, kerana dasar2
bangang UMNO, tak mampu melakukan demikian.
Lihat pula
jentera penjawat awam. Semua SS atau SUK negeri adalah orang Melayu. Semua
pengarah jabatan adalah orang Melayu. Semua DO adalah orang Melayu. Semua ketua
JKKK peringkat kampong adalah orang melayu kecuali dalam kampong CIna. Semua
penghulu adalah orang Melayu. Semua imam masjid dan JK surau dan masjid
adalah orang Melayu.
Semua RELA
orang Melayu. Tidak perlu saya ingatkan lagi ejensi2 kerajaan perigkat melayani
orang kampong, semua Melayu. FAMA, Pertubuhan Peladang, semua didominasi oleh
Melayu.
Sekarang, jika
semua lapisan kuasa berada dalam tangan orang Melayu , mengapa kedudukan orang
Melayu tiidak juga menjadi terbaik di Malaysia? Jawab nya kerana UMNO tidak memberi
kepimpinan dan UMNO tidak ada dasar yang mantap meletakkan orang Melayu
terkehadapan. Dalam bahasa mudah, UMNO
gagal dalam agenda nendahulukan Melayu walaupun semua lapisan kuasa berada
dalam tangan orang Melayu.
Ianya persolan
kepimpinan, wawasan, komitment dan dedikasi kepimpinan. UMNO tidak ada ini lagi
bahkan parti itu sarat dengan kaki bising dan kaki ugut yang mahukan projek
besar sahaja. Yang akhir ini bukan sahaja saya yang kata, tapi Dr Mahathir pun
berkata demikian.
Maka orang Melayu mesti sedar- meletakkan kuasa dalam tangan UMNO tidakk menjamin agenda orang Melayu tercapai dan terjamin.
Idea kemerdekaan total yang dibawa oleh PKMM pada lewat 40-an dahulu seakan-akan semakin menjadi kenyataan selepas lebih 60 tahun diutarakan. Pembinaan negara Malaysia pada asas nya berpaksi kepada kekuatan muhibah antara 3 kaum. Revolusi sosial seperti mana yang pernah berlaku di Sumatera kini semakin menyala di Malaysia. Harap tidak disertai dengan tumpahan darah.Apa perlu dinyalakan api perkauman sedangkan itu lah memadamkan sinar keamanan.Apa perlu dimomokkan bayang-bayang perpecahan jika itu lah yang menutup cahaya perpaduan. Permainan politik perkauman semakin hari semakin tidak releven. UMNO tua menyedari perkara ini. Begitu juga UMNO muda memahami.Tapi entah dimana silapnya, entah dimana timbul dangkal nya, entah di mana disorong kepandaiannya, isu ini terus membakar semangat palsu perjuangan melayu.
ReplyDeletemasalahnya....nak undi PAS pun dah ngerii...kecuali lah PAS membuat transformasi besar-besaran dengan memilih goloangan profesional dan moderate sebagai presiden. Kalau Hadi dan yang sekufu dengannya masih diangkat sebagai Presiden,..rasanya Malaysia akan jadi ala2 Taliban.
ReplyDeleteDAP adalah parti yang paling profesional dan konsisten. Tapi, mampu ke DAP menguasai Putrajaya kalau bergerak sendirian atau bersatu dengan PKR sahaja?
So..apa pilihan yang ada?
Semua lapisan adalah Melayu UMNO yang telah diBASUH Minda...Brain Washed....Komplain apa lagi??
ReplyDeleteHanya Orang Melayu Di Luar UMNO mula sedar Minda bahawa mereka telah diperBODOHKAN UMNO-BN dengan Persetujuaan S & A selama 60 tahun!!
Demi tak ditekan akta hasut...kena Google siapa tu S & A......
Hina Rosmah kena saman Hasut...macam ni Masuk Akal Kah??.... Bagi Cap Alkitab Kristian siapa punya Idea celaka ni ?? sisi UMNO-BN?? bagilah cap sampai suka hati Agama Lain Kuat, hebat, KEBAL bukan macam Islam jenis UMNO -BN....bak kut teh...hasut-lemah, kata celaka...lemah-hasut, UMNO-BN Hanya KUAT RASUH, Guna media Bodohkan Rakyat Malaysia....
Ayuh Turun Padang....BANGKIT BANTAH..BANTAI UMNO-BN..Jangan terima kenaikan Petrol 20 sen Bila harga Pasaran Minyak dah turun $40 USD.....Sepatutunya Harga petrol harus turun $0.75 sen........habis siapa yang Bodoh terima Logik sesak dan Hamba Abdi UMNO-BN dengan Persetujuan S & A???
Janganlah ada lagi pemimpin politik mengharap berlakunya 13 mei yang kedua, segala sejarah hitam itu tidak akan berlaku lagi seperti ditahun 60an.sekarang zaman sudah berubah dimana setiap orang boleh berfikir untuk kebaikan diri sendiri daripada mendengar cakap2 orang lain yang merugikan diri sendiri.Buatlah dan luluskan permohonan ngo haprak yang jelas menghasut rakyat supaya bermusuh.kadang2 terfikir apa kpi ros yang meluluskan kelulusan sesebuah ngo.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSaya mencadangkan mari semua orang Melayu sertai DAP maka DAP akan jadi parti Melayu bukan parti cina seperti yang dimomokkan oleh UMNO. Kalau semua orang Melayu dalam DAP memilih presiden dan AJK semua Melayu bagaimana? Kit SIang tidak akan bertongkat langit. Manusia datang dan pergi. Siapa tahu Karpal Singh akan pergi dalam masa yang singkat. Bukan mengharap kematian KIt SIang tetapi jika ramai melayu dalam DAP kita akan dapat mengubah parti itu. Parti ciptaan manusia. Alangkah cuaca dunia pun boleh diubah inikan pula parti politik di negara kecil macam Malaysia. Pengundi tak sampai 30 juta pun heboh macam nak kiamat.
UMNO dah lama jadi sebuah parti dengan fikiran Fascisma. Ada separuh ahli ahli yang tidak tahan kebasaan awam (civil society) yang tertulis di Perlembagaan kita.
ReplyDeleteNow, the umno cronies always shouting to defend the malay "right" on Islam, raja and race.
ReplyDeleteIf you think rationally, they are covering up and take advantage to rob the nation wealth to benefit the top 10% of umno cronies.
At this present era, Only the professional Malay able to topple the G and not the Chinese and iman like PAS Hadi.
Most of the chinese has prepared themselve and dont care about the malay right and has focus on their next generation to migrate to other country.
They 40% well educated chinese has given up their hope on this country which is full of racist policy and only benefit the cronies.
Melayu perlu sedar dan bangkit dari tidur (seperti Thailand dan indonesia) supaya jangan biarkan Umno musnahkan kekayaan malaysia dan mengikut jalan Indonesia menjadi bankrupt.
Orang melayu kena lawan sesama bangsa mereka untuk ke university, cari kerja di sector kerajaan, kontrak, project dan sebagainya.
Ketuan Malayu policy hanya memperkuatkan semangat Cina untuk bergerak ke hadapan dan mencari rezeki di luar malaysia.
Dan sebaliknya dengan Ketuan malayu ini, Melayu akan menjadi lemah dan pengemis bila kuasa besar mengambil alih urusan perniagaan apabila syarikat itu bandrupt seperti MAS....etc.
Orang muda sekarang sudah ada rasa kebangkitan dan mereka benar-benar percaya yang mereka boleh pilih perubahan. Namun untuk mengekalkan kedudukannya, UMNO perlu hadir dengan nafas baru dan segar supaya tidak lapuk dek zaman
ReplyDeleteapa pun persempadanan semula oleh SPR akan membantu BN/UMNO terus berkuasa.....
ReplyDeleteAnon: 10 Dec 11:50:
ReplyDeleteSatu analisa yang singkat, tajam dan cukup bernas tetapi menyedihkan kiranya seperti yang diluahkan saudara bahawa, “… entah dimana silapnya, entah dimana timbul dangkal nya, entah di mana disorong kepandaiannya…” diikat pada ayat Dato’ Sak, “… seorang pemegang ijazah Phd yang mengatakan bahawa beras yang kita makan pun, UMNO yang bertanggung jawab”. Sedih betul, PhD, kononnya, dan apa tidak PM sendiri rela mengakui adanya warga bangang di khalayak UMNO. Bukan petanda baik bagi negara kita.
“UMNO tua menyedari perkara ini. Begitu juga UMNO muda memahami” — inilah yang melegakan buat sementara waktu.
Anon: 10 Dec 12:21:
Syabas! Cuma jika DAP bersama-sama PKR (dan PAS?) menguasai Putrajaya, DAP dari mula-mula lagi sepatutnya memberi alamat dan signal yang nyata ia tidak tamak kuasa. Ini bererti, pada saya, DAP tidak tuntut jawatan Menteri Kewangan atau pun Mentri Hal Ehwal Dalam Negeri. Tentang jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya tidak perlu disentuh di sini. Jangka masa ‘confidence-building’ perlu diawasi dan diamati dengan penuh tanggung-jawab dan kewibawaan. Pendek kata, khusus bagi segelintir pemimpin DAP jangan sekali-kali berteriak tanpa mengguna akal — fikir, fikir dan fikir masak-masak sebelum meniup sumpitan. Memang, seperti yang diamalkan orang BN, ‘shoot first, explain later’ banyak membawa siok sendiri; tetapi siok sendiri sehari kemudian digelar bangang seumur hidup. Perangai sebegini pasti tidak boleh digalakkan apatah lagi sudah genap 60 tahun semboyan diledakkan.
Oh, Malaysia ibu pertiwiku, deliver us from evil and orang bangang.
Sekian, selamat malam.