Ianya
tidak mendatangkan kerugian apa2. Jika tawaran Anwar Ibrahim untuk berdamai
tidak dilayan, tidak mengapa. Jika pimpinan UMNO enggan, janganlah puak Anwar
Ibrahim hidung tak mancung, pipi tersorong sorong.
UMNO
akan terbenam dalam PRU14 nanti. Kita akan lawan UMNO sampai ia kalah. Apa yang
perlu dilakukan ialah menunjukkan dasar yang UMNO jalankan menyusahkan orang
Melayu. 75% dari penduduk Melayu akan mendiami bandar2 dan separuh Bandar.hampir
10 juta Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 sebulan manakala 30% Melayu kaya
menguasai 70% kekayaan orang Melayu. Jadi mana untung nya orang Melayu berada
bawah pemerintahan UMNO? Budak2 UMNO yang diupah oleh penasihat Najib untuk
ptui sana ptui sini dalam blog ini- kita sengaja membenarkan komen mereka
disiarkan supaya dunia boleh melihat inilah kualiti perkerja Najib.Kualiti ludahan dan kahak.
Masa
depan UMNO semakin muram kerana punca sokongan nya akan berkurangan. Perpindahan
rakyat kebandar disusuli dengan perbandaran minda mereka. Pengalaman dan
perjalanan hidup yang lain yang mereka tempuhi tidak meletakkan UMNO itu sebagai
punca segala nya. It’s a matter of time. UMNO hanya hidup selagi orang Melayu mengucap
solat ku, ibadah ku, hidupku dan matiku adalah kerana UMNO.
Anwar
Ibrahim mengeluarkan kenyataan nya bukan untuk suka2 apatah lagi menghiburkan
hati orang seperti KJ aau Mukhriz. Tapi jika saya faham Najib, Anwar Ibrahim
membuat kenyataan tersebut tentulah sudah ada lampu hijau dari Najib. Entah2 mereka sudah buat deal. Najib pun
mahukan kerajaan perdamaian untuk mengukuhkan kedudukan masing2. Najib boleh
tahu sesiapa yang menentang projek ini dan ramai mana mereka. Setakat ini hanya
KJ dan pimpinan second class sahaja yang bising dan sangsi. Pada suatu ketika
dahulu yang sangsi dan tidak sangsi semua mencium kaki Anwar dan kalau boleh
buntot Anwar pun mahu mereka cium.
Ramai
orang lupa bahawa Najib dan Anwar digunting dari kain yang sama.
Mana
kita tahu ini semua bukan mainan politik Najib? Najib tahu Mahathir dan geng2 nya
menyerang Najib dan akhirnya akan menyingkir Najib. Jadi, penyelesaian nya
ialah membawa masuk Anwar dengan beberapa terma perdamaian untuk menghabiskan
Mahathir dan pengikut Mahathir.
Masaalah
dengan Najib dan Anwar ialah kedua dua merasakan mereka lebih bijak dari yang
lagi satu dan kedua dua merasakan mrereka boleh outwit satu sama lain. Hanya pak
pandir sahaja yang bergegas masuk ketempat yan malaikat pun takut pergi.
KJ
mesti lah faham maksud apabila Hishamudin berkata bahawa hanya Najib yang
berhak bercakap mengenai tawaran Anwar tersebut. Najib belum berkata apa2, KJ
sudah meluru kehadapan.
Apa
kata jika langkah pertama Anwar ini adalah suatu rancangan to cut off Mahathir?
Perdamaian antara Najib dan Anwar merupakan solution yang muktamad untuk
menyingkirkan the Mahathir problem? Dan perdamaian Anwar dengan Najib menutup
lubang mana2 pihak menuntut kedudukan presiden UMNO dan PM? Jika orang lain
jadi presiden UMNO, masa depan kedua dua Najib dan Anwar akan kelam.
Itu
mukaddimah sahaja mengeni intrigue politik dalam istana UMNO. Kita tinggalkan
cerita itu dan mari lihat isiu yang lebih besar untuk orang Melayu. Kita biarkan
budak Najib dan Anwar ini bemain apa yang mereka mahu main.
Merdeka
bukanlah UMNO yang memberi maksudnya.
Semua
cakap2 mengenai ancaman kepada kepentingan Melayu ini adalah drama UMNO. Bagaimana
kepentingan orang Melayu tergugat kecuali orang Melayu membiarkan nya? Dan oleh
kerana UMNO menguasai kerajaan dan pentadbiran, bagaimana kepentingan Melayu
tergugat kecuali UMNO yang membiarkan ianya jadi tergugat?
Beberapa
hari yang lalu, saya mendengar seorang bekas general angkatan tentera kita
berkhutbah mengenai erti kedaulatan negara. Kita mesti jaga kedaulatan negara
kita dari ancaman orang lain kata nya. Orang lain itu siapa? Inilah syarahan yang
jenis nya meluatkan para pendengar. Loya tekak kita.
Penceroboh
Sulu masuk kedalam negara kita, kita tidak bertegas menangani pencerobohan itu.
Kita berdolak dalik dengan alasan kita menyukai cara diplomatic dan kerana
penceroboh beragama Islam. Adakah kita lupa bahawa jutaan umat Islam bunuh
membunuh atas nama Islam? Maka alasan yang Hishamudin dan kerajaan beri adalah alasan yang terlalu dangkal. Sikap kita
semestinya sesiapa menceroboh negara kita, tidak kira agama dan bangsa, kita
usir dengan ketenteraan. Kelembapan pimpinan kerajaan menyebabkan ramai perwira
negara kita terkorban. Darah perwira yang gugur melumuri tangan pimpinan negara
yang lembik dan lembab.
Buatlah
banyak mana drama dan pantomime atas padang, ianya tidak akan membenamkan fakta
bahawa kerajaan kita incompetent dalam menangani pencerobohan bangsa Sulu.
Tapi
lebih dari itu, kedaulatan negara ini mesti kita pelihara dari penganiayaan
pemerintah. Pemerintah yang menggadai maruah negara ini dengan memberi
kerakyatan kepada warga asing dengan begitu mudah tanpa mengira kualiti
pendatang asing membeloti kedaulatan negara kita. Pegawai imigresyen yang
menjalankan sindiket membenarkan rakyat asing masuk kedalam negara ini , belot
kepada kedaulatan negara. Apatah lagi yang menjual kad pengenalan, mereka
pembelot kedaulatan negara kita.
Jika
kita benar2 mahukan pendaulatan negara kita dan memuliakan kemerdekaan yang kita
capai, kita mesti hapuskan perkara2 ini. Jangan berkhutbah kepada kita mengenai
konsep kedaulatan negara jika tangan kita berlumuran dengan pembelotan2.