Saya hairan dengan sikap blogger yang pro pembangkang. Setiap hari kita di anjurkan jangan bercakap mengenai perkauman. Tapi fahaman mereka mengenai jangan bercakap mengenai perkauman ialah monolog dari pihak mereka mengenai fikiran mereka sementara kita di suruh berdiam diri sahaja. Sikap mereka bermonolog di tunjukkan juga dalam pandangan2 mereka tentang perkara perkara lain.
Sebagai contoh. Sana sini, mereka menghentam UMNO. Itu dan ini. Ya, kita tahu UMNO banyak cacat cela nya. Tapi tidak munasabah jika kita, ahli UMNO hanya berdiam diri apabila parti kita kena hentam. Amatlah bodoh dan tidak peka nya kita ahli UMNO jika bersikap demikian.
Bukankah kita telah pun bersetuju untuk tidak bersetuju? Maka yang demikian, jika anda mengkritik parti saya, UMNO, walaupun ia busuk mana pun, anda tentu akan mendapat jawapan. Jika pendapat anda tajam, maka jawapan nya akan serupa dalam nada. Anda bebas untuk mengkrtik dan mencelakan UMNO, maka kita pun demikian. Aturan nya amat mudah bukan?
Yang demikian, janganlah ke sana dan kesini bersyarah, adalah tidak sopan saya menyatakan ini dan itu. Aduh mak, tolong turun dari moral high horse saudara. Ya, saya menghalakan catatatan ini kepada mereka yang tak berupaya menghasilkan tulisan mereka dalam bentuk artikel blog. Jika mereka melakukan demikian, tentulah kita dapat mengoyak dan merobek penghujjahan mereka dan mendedahkan kecetekan fikiran mereka. Mereka hanya ada kesukaan melawat blog ini secara pukul curi dan menumbuk di bawah tali pinggang. Sudah tentu, perlindungan disebalik tanpa nama atau anonymous memberi mereka jubah kekebalan dan peluang untuk menghamburkan fitnah yang tidak terkawal. Jadi, dengan cara dan sikap ini, jika mereka sekarang berdansa diatas bidang cyberspace dan mengistiharkan bahawa mulai hari ini, mereka tidak akan tertakluk kepada kesopanan dan tata susila, saya menganggap pengistiharan yang demikian, suatu yang patut di tertawakan.
Signifikens pilihanraya ke12.
Tidak syak lagi ramai yang kusut fikiran dan tidak tenteram setelah pilihanraya ke 12 Mac lalu berakhir. UMNO telah kalah di 5 buah negeri dan sekarang telah mengambil balik sebuah dari nya dengan cara yang amat mencurigakan. Lebih dari 1 juta ahli UMNO telah tidak mengundi calun mereka sendiri. Lebih dari 100 ketua bahagian di gugurkan. UMNO hilang majority 2/3 di parlimen. Sememang nya UMNO telah di ganyang!.
Saya? Sementara saya tidak lah 100% bergembira, tapi saya nampak beberapa ciri penyelamat. Jangan salah anggap, oleh kerana saya orang UMNO, saya tidak bertemasya dengan muncul nya PR-isme atau apa apa isme yang lain yang di peragakan oleh Tetuan Anwar Ibrahim dan rakan sekatil nya yang lain. Akan tetapi, kelihatan bingkaian perak di pinggir awan yang mendung yang di bawa mereka. Memang benar awan mendung tersebut telah pun membawa puak pembangkang ke tampuk kuasa di negeri negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Di Perak untuk seketika, sensitivity orang Melayu yang berugama Islam di humban ke dalam longkang. Namun disebalik malapetaka yang di bawa awam mendung ini, terdapat ciri ciri hikmah.
Puak pembangkang sedang memperkenalkan suatu jenis neo socialism. Hanya kali ini, yang mahu di anjurkan bukanlah pengagihan kekayaan tapi pengagihan perasaan bersalah. Mereka mahu kita rasa bersalah menjadi ahli dan orang UMNO. Mereka mahukan kita orang Melayu rasa bersalah kerana menyuarakan harapan, keinginan dan kebimbangan orang Melayu. Seperti juga diatas, yang mereka mahu, ialah kebenaran untuk mereka bermonolog sambil kita hanya berdiam diri sahaja.
Memang UMNO penuh dengan kebejatan dan kejahatan. Tapi adalah kebodohan yang maha besar untuk mengandaikan yang orang dan ahli UMNO akan berdiam diri tanpa mahu melakukan perubahan dan transformasi. Ini tanggapan yang tongong dan bangang. Semua orang dari wakil rakyat , ahli parlimen, yang bersara dan di bersarakan, mempunyai peranan untuk terus menyuarakan keperluan UMNO melakukan transformasi. Tidak mengapa jika puak pembangkang mengangap UMNO telah musnah dan tidak boleh di selamatkan. Sebetulnya, mereka amat takut dan bimbang akan resurgence UMNO. UMNO yang kuat bererti hari akan kiamat untuk orang orang seperti Anwar Ibrahim dan parti PKR. UMNO yang kembali kuat bererti langit mendung dan melingkup keatas parti PAS dan DAP.
Di peringkat peribadi ada seorang mat sibuk yang terus menerus memperli dan mengejek saya , padan muka kerana hanya dapat berkhidmat sebagai ADUN hanya sepenggal. Biarkan dia merasakan seronok selama 5 minit. Saya sekarang redha dan sedar bahawa Tuhan menganugerahkan kepada kita apa yang perlu dan bukan apa yang kita secara peribadi mahukan. Tentulah kita mahukan segala dan semua tapi Tuhan dalam infinite wisdom Nya hanya memberi apa yang perlu untuk saya. Saya hanya perlu menjadi ADUN satu penggal. Mana saya tahu, saya mungkin kembali dalam gelanggang. Beza nya saya dengan mat sibuk yang mengejek saya ini ialah: perbezaan yang di sebut oleh Winston Churchill kepada Dame Asquith. Churchill menyatakan kepada Dame tersebut, Ya menang benar saya mabuk, tapi esok hari saya akan kembali sober namun Dame esok hari akan tetap hodoh juga.
Buat masa ini, saya memiliki masa yang mengembirakan kerana dapat memusnahklan impian dan angan angan yang mahu di peragakan oleh puak pembangkang. Jika yang mengejek saya ialah ahli UMNO, well, sekurang kurang nya saya sudah pun jadi wakil rakyat. Anda belum tentu kan?
Maka mulai hari ini, tanpa bangkangan intelektual yang sahih, saya pula dapat mengistiharkan dengan gempita kepada Malaysia: zaman di mana UMNO berbicara dan menyatakan realiti tanpa sekatan juga telah bermula. Tan Sri Isa sebagai contoh, telah di hukum dan dia mempunyai kesahihan untuk bertanding. Anwar Ibrahim telah membayar hutang daging nya, dia merasakan boleh berbicara apa sahaja dalam bentuk mana pun dia mahu. Bayaran penghukuman yang di buat membolehkan dia melakukan apa sahaja kerana GUILT sudah pun di tebus. Demikian juga di pihak Isa Samad dan seterus nya UMNO.
Apakah peristiwa, perlakuan dan perubahan yang membolehkan kita membuang rasa bersalah ini? Kemungkinan ini datang kerana sebahagian yang agak besar daripada rakyat telah melupakan segala jasa yang di buat oleh kerajaan pemerintah hari ini. Mereka telah bersemangat sekali memilih suatu golongan puak pembangkang yang terdiri dari puak yang mempunyai falsafah perjuangan yang berbeza. DAP dengan chauvinism Cina nya, PAS dengan Islam nya dan PKR dengan falsafah apa apa pun boleh asal sedap nya. Sebahagian yang agak besar telah memberi peratusan undi melebihi 40% kepada puak pembangkang. Dan bukan puak pembangkang yang sembarangan. Ianya suatu gerombolan yang di pimpin oleh seekor sesumpah politik yang menghabiskan sebahagian besar masa karier politik nya menganiayai puak pembangkang yang hari ini menjadi rakan sekatil nya. Juga seorang yang bersekongkol dengan financial alongs yang membenci Malaysia. Hebat latar bekang sang ketua. Namun puak pembangkang menjadikan Anwar Ibrahim ketua mereka.
Dengan kebobrokan ini, maka mulai March 2008, UMNO tidak perlu rasa bersalah dan menerima tuduhan dan celaan sebagai pesalah. Kita pula yang sekarang ini, berhak mengistiharkan bahawa kita akan mengenyahkan kesopan santunan dan cakap cakap mengenai kesusilaan atau decency.
Saya menerima kedatangan Tsunami March 2008 sebab ia sekarang memberi saya peluang yang sama untuk menendang bontot puak pembangkang. Dan istilah bontot ini sensitive untuk setengah orang. Tapi siapa peduli. Orang menjual, kita membeli. Saya memang selalu bengang dengan mamat UMNO yang malas dan bodoh. Tapi sekarang saya juga boleh bercakap mengenai politikus dan ahli pembangkang yang pemalas, yang suka berfoya foya, berdangdut sana dan sini, suka berdadah sana dan sini, golongan hipokrit dalam PAS yang mengucap Astagha bila menyentuh sang dara, dan saya boleh bercakap mengenai racist DAP people. Kamu miskin dan ketinggalan kerana kamu pemalas ketika orang lain berhempas pulas menelaah buku, kamu mendadah sementara orang lain stayed clean, kamu bermaksiat seperti sundal dari bukit Lanjan dan kamu hanya suka menunggang di belakang orang lain. Kamu benci bergaul dnegan orang kampong. Kamu tidak mahu mendekati mereka yang bau hapak dan busuk. Kamu bercakap mengenai Islam, tapi setiap minggu kamu menyeberangi sungai Golok untuk memuaskan nafsu serakah. Kamu di tangkap Polis kerana kamu melakukan kesalahan. Jadi berhentilah dari menyalah kan orang di Putrajaya kerana kamu di timpa malang. Iznkan saya memberitahu kamu. Bos di Selangor ialah orang kamu, mat laon di Penang ialah orang kamu, dan di Kedah dan Kelantan orang kamu. Kamu tidak ada alasan lagi mahu menyalahkan orang lain kerana kekurangan kamu sendiri.
Malah dan benar pula, kemaraan Pakatan Rakyat terutama kembali nya Anwar dalam gelanggang mencipta satu irony yang amat besar. Bagaimana kamu mahu menjual minyak tentang masyarakat bebas korapsi dan kronisma apabila kami dan nona kamu boleh membeli rumah kediaman di Amerika dan di mana mana tanpa masaalah pun? Kamu ada mamat PKR yang hidup kais pagi makan pagi sementara anak anak kamu ada masa depan mereka gemilang dan kamu mendiami mahligai indah di bukit SEgambut? Sungguh tidak adil bukan ???
Nah, sekarang jawab pada saya siapa rabid racists diMalaysia? Golongan Cina yang menolak dan membenci calun Melayu kerana mereka Melayu, golongan India Malaysia yang menendang calun Melayu kerana keMelayuan mereka? Hari ini, ramai rakyat Malaysia yang mesti mintak ampun dan maaf kerana perkauman dan prejudis mereka kepada orang Melayu. Allright! Sudah tiba masa kita membeli apa yang di jual.
Org PR
ReplyDeletekalau tuan nak tahu blog2 yg pro kerajaan dan teruk isinya tuan bacalah blog GOMO.
kalau macamnilah perangai bloger2 BN maka sampai bila pun saya tak hati nak sokong BN balik.
Salam, Cina DAP terlalu bijak mengambil kesempatan di atas kelemahan Anwar dan mempergunakan Anwar untuk memecahkan perpaduan Melayu. DAP tahu Anwar adalah talibarut Yahudi dan Amerika yang sedang menjalankan agenda menghancurkan sebuah negara Islam di Asia....... iaitu Malaysia.
ReplyDeleteMemandangkan PAS memang telah lama menanamkan rasa benci membenci dikalangan umat Islam, DAP mempergunakan kelemahan ulama-ulama PAS dengan janji-janji jawatan, maka PAS telah meninggalkan perjuangan Islam mereka dengan menukar kepada 'kerajaan kebajikan' daripada 'Kerajaan Islam'.
Kita lihat, betapa mudahnya komunis DAP dan Yahudi Anwar mempergunakan orang Melayu sendiri untuk menjatuhkan kuasa Melayu.
Orang Melayu lebih suka mempertikaikan dasar pentadbiran Melayu, sedangkan rasuah yang dilakukan komunis DAP di Selangor dan Pulau Pinang mereka pandang sebelah mata dan meletakkan kesalahan kepada UMNO di atas pembunuhan Teoh........ inilah waris-waris si kitol yang bakal menghancurkan Melayu sendiri.....
You are getting more rabid by the day.
ReplyDeleteWhy?
Is there indications that UMNO is losing traction in Bagan Pinang?
Saya tak setuju dengan pandangan tuan. Saya adalah ahli UMNO dari Sabah. Apa yang saya mahu dan ahli-ahli UMNO akar umbi nak sebenarnya ialah pemimpin-pemimpin UMNO perlu melakukan perubahan sikap, mental dan nilai. Apa yang kami lihat hari ini ialah pemimpin-pemimpin UMNO nampak sangat tidak bermoral, tidak amanah dan ikhlas mentadbir negara. Bagi kami UMNO lenyap pun tak apa. Yang penting kerajaan yang telus,pemimpin-pemimpin yang amanah, bermoral dan bertanggunjawab dapat menguasai kerajaan. Kami rakyat biasa sudah terlalu lama menanggung keperitan akibat pentadbiran tidak beretika BN. Kenaikan minyak yang melampau menyebabkan kuasa beli kakitangan kerajaan dan rakyat merosot. Apayang kerajaan buat? Apa yang kerajaan buat untuk menangani masalah ini? Perkenalkan pakej rangsanagan yang sebenarnya cuma menguntungkan dan membantu segelitir orang khususnya kontarktor-kontraktor. Rakyat macam gitu juga. Kuasa beli kakitangan kerajaan merudum. Nak naikkan gaji punyalah sukar kerajaan nak putuskan.
ReplyDeleteNama: Mohd Hanafi Abdullah.
Ahli UMNO Cawangan Paguokon Tenom, Sabah.
Salam Dato,
ReplyDeleteTrima kasih kerana dapat berkongsi perasaan serta pendapat didalam penulisan ini.
Parti PAS dan DAP sudah wujud sekian lama dan telah mengharungi pasang surut arus politik negara. Hanya PKR sahaja yang baru, tetapi kebanyakkan ahlinya boleh dikirakan sudah masak dengan politik semasa juga.
Jangan lah Dato munuding kepada puak pembangkang sahaja dalam soal kaum terlebih lagi kaum melayu. Pemimpi-pemimpin BN sendiri juga lemah dan mudah melatah. Lihat lah didalam media arus pedana, setiap kali ditemuramah atau mengeluarkan kenyataan akhbar, akan berbunyilah " ... kita akan mempertahankan hak bangsanya sendiri untuk itu dan ini lah.." pada hal mereka mewakili seluruh rakyat yang memberi mereka peluang untuk memimpin dan melaksanakan dasar untuk kebaikan bersama.
Ditambah lagi dengan kelemahan kakitangan pentadbiran kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah ditetapkan. Kenapa orang ramai memerlukan wakil rakyat atau mana-mana ahli politik untuk mempermudahkan urusan dengan kerajaan pada hal dasar telah pun sedia ada. Keadaan ini telah memaksa orang ramai berkejar kepada wakil parti kaum masing-masing untuk mendapatkan apa yang dihajati dari kerajaan. Ini lah yang meyebabkan kita perpuak-puak.
Pihak pembangkang hanya mengambil kesempatan ini dan menukarnya kepada "... untuk semua kaum ..." Sama ada benar atau sebaliknya perkara sebegini boleh dilaksanakan, kita tunggu dan lihat.
Apa yang saya pasti, ini lah satu titik perubahan yang baik untuk menghindarkan kita dari lebih perpuak-puak dimasa hadapan.
Sak,
ReplyDeleteFor a moment I thought I got into Parpukari's blog. Is that you, is that really you? What happened to the uber cool Sak?
JoniTee
Its about time we Malays respond.
ReplyDeleteI don't understand why just because we want to help our race, we are called a racist. The chinese and indian do it, the dayaks do it and many other races do it.
Its about time we tell the misguided Malays that it is our duty to help our race - if we have to choose between passing a contract to a Chinese or Malay, it is our choice to pass the contract to a Malay, whether in a personal capacity, your company or your organisation. And if we happen to be able to control the Government - so be it.
Like SakMongKol, I don't support those who abuse the system, whether he is a Malay, Chinese or whatever race he may be. I don't like hanger ons. But I take it upon myself that those who
So long as I don't take what belongs to the other races, I should be free to do as I please - isn't that been what the Chinese and Indian businesses have been doing?
To the misguided Malays, come down to the ground and see the trees. Until the other races ceases to practise racism, we should not be embarrassed to support our own race in whatever manner.
Dato,
ReplyDeletememang patut pun UMNO serta pro UMNO mengehntam balik secara besaran akan pelampau taksub yang buta perut dari pihak Pro PR ni....
mereka ini semua hanya termakan kata dan budi dari pemberi yang berkepentingan. pada mereka semua yang mereka buat itu betul semua yang undang undang tentukan salah kerana kerajaan dipimpin oleh pihak BN.
cuba tanyakan senario ini kepada mereka apakah jika mahkamah mendapati orang orang mereka bersalah pada masa mereka memerintah (na'uzubillah) nanti .. apakah masih mahu salahkan BN?
ada yang pernah berkata itulah yang kita mahu tukar mahu perbetulkan kesilapan BN ..... dia ingat macam tukar kain lampin hal hal berkenaan undang undang dan perlembagaan.
orang singkat akal katakan .....
Salam Dato,
ReplyDeleteNice piece, but your malay sound so weird. Sound like a none-native speaker writing in Malay :-D
Salam,
ReplyDeleteApa kena dengan kamu Sak, sejak bila calon melayu ditolak kaum lain kerana perasaan benci, kaum mana yang tolong BN menang pilihanraya waktu orang melayu berbondong-bondong meninggalkan BN waktu kes fitnah Anwar dulu, lepas tu bukan ke BN yg membuat sempadan semula kawasan pilihanraya utk membuatkan kaum bukan melayu sebagai "kingmaker" ditambah lagi dengan "gerrymendering" utk menjamin kemenangan pilihanraya.
Bila segala taktik murahan dah makan tuan, mula la menggelupur menuding jari menyalahkan orang lain. Umno tak nak berdepan dgn realiti, rasuah dan salah guna kuasa yang kronik dah jadi darah daging dalm budaya umno, orang Umno sekarang majoritinya masuk Umno pasal nak cari makan, bukan pasal nak berjuang. Orang bukan Umno semua nampak perkara ni, orang Umno saja yang tak nampak (buat tak nampak) asyik buat teori karut sebagai alasan kekalahan.
Nasib Umno takkan berubah selagi Umno sendiri tak nak berubah.
Persoalanya Sak, adakah Sak mempunyai keyakinan ahli Umno akan berubah sikap demi menyelamatkan Umno dan BN ? adakah mereka mampu ?
Utk berani berdepan dengan realiti pun tak mampu, masakan nak berubah :)
I don't care about this so called "Malay Rights"..I am a Malay who is yet to benefit from the so called Malay Rights but why should I complain?There's no promise made that I will be accorded such benefits..but as long as I can continue to be a Malay with pride and dignity;then i m satisfied.
ReplyDeleteUMNO is the problem..telling Malays we need help cos we are weak and non competitive.Chinese gives preference to their own (any Bumi dapat contract or called to bid for Genting Projects?)..and they don't go round shouting its cos the Chinese are weak and can't compete.
Thats why UMNO can just disappear.Your leaders are filthy rich,greedy,self centred and completely out of touch.UMNO leaders only want to continue with the legacy of greed,abuse and enriching their closed circle.And the fire the rhetoric of Ketuanan Melayu..create the fear of the Malay rakyat as a devious means of achieving their political means,
In reality...UMNO does not help the Malays...only their circle.
Show me a poor UMNO leader and I will vote for him.Show me a non corrupt leader and I will vote for him.Show me ISA and i will vote for the opposition.
Change Bro..change.I want leaders who understand my struggles and seek solutions and NOT leaders who use my struggles as a means of frightening me to support them .
Kekadang nampak masalah juga dari segi pentadbiran awam yang beri implikasi buruk kepada parti politik memerintah.Yang lebih membosankan ialah kebanyakan kakitangan awam adalam bumiputra.Jadi diluar disimpulkan Kerajaan BN majoriti ialah UMNO=Kakitangan kerajaan majoritu Melayu(agak tak efisyen)=Melayu overall dichop lembab.Ini yang sana nampak dilemanya.Kalau Melayu yang kerja macam anjing pun siang malam dan separa berjaya pun dichop kroni.Orang lain yang melobi pulak tak dichop kroni.
ReplyDeleteBila diutarakan secara terbuka habis dichop rasis.
Balik pada kakitangan kerajaan Dato, saya takcakap semua tak baik tapi segelintir yang tak boleh pakai taiknya terpalit kena juga parti politik memerintah.
Saya pernah berada di Jabatan Pendaftaran di Maju Junction KL membuat pendaftaran sijil anak pertama saya.Sebelah kaunter saya ada keluarga yang sedang berusaha secara sukar untuk menarik anak bujang mereka,anak istimewa.Bukan senang nak membawa orang dewasa begini ke pejabat kerajaan lagilah untuk meletakkan ibu jari untuk membuat pendaftaran IC baru yang hilang.Setelah selesai,kedua ibu bapa yang berumur diberi bil yang agak berat juga saya nampak kalau lihat pendapatan mereka.Dalam nada yang marah,terus dia jerit , kalau begini kenapa mau undi BN balik balik,tak perikemanusiaan dan seterusnya.
Tapi sebenarnya ,
Untuk orang istimewa,jika mereka membawa kad pengesahan taraf istimewa,tiada caj dikenakan langsung dikenakan , masalahnya pengesahan untuk pengecualian di kaunter hanya boleh dibuat oleh pegawai.YANG LAGI MASALAHNYA PEGAWAI TIADA DI PEJABAT KERANA GOLF.Inilah masalah kerajaan sekarang,dasar dah dibuat oleh kerajaan dah bagus tapi pelaksananya jahanam.Kalau BN tidak memantau 'pencapaian..rakyat diutamakan di ground level'satu tidak nampak bagaimana Dato Najib dapat membina keyakinan.Hal ini bukan benda yang baru.Pak Lah nampak kelemahannya dalam mentadbir secara tegas tapi satu yang dapat saya rasa 'jasanya' ialah paspot saya sipa dalam masa yang sangat menakjubkan(kalau dibanding sebelumnya).
Suka atau tidak,jika ground awam tidak perform begitulah juga tempias buruk terhadap parti memerintah.
Ini mungkin contoh yang sedikit dan remeh tapi costly juga.Kenapa tiada dipikirkan juga solution seperti perkhidmatan ke rumah untuk orang yang layak kerana masalah yang tak dapat dielakkan?Ini hanya satu contoh solution yang mudah tapi sangat dihargai oleh rakyat yang memerlukan.
H
al JPN ini mungkin agak remeh di blog Dato tapi adalah satu contoh yang amat mudah tentang delivery system.Daripada staff melangok salahguna kenderaan baik,mereka diberi tugasan diluar membina keyakinan.
Saya tiada masalah kalau yang lain nak mengkritik delivery sistem pentadbiran atau hal seumpama kerana jika hasilnya baik adalah untuk kebaikan semua , tapi diluar sana seperti yang saya baca komen dalam Malaysia Today memanggil Melayu secara blanket pemalas atau Islam agama yang leceh kerana tak boleh minum arak etc anda telah melangkau garisan sensitiviti kami.Anda ingat anda dapat simpati kami?Jangan mimpilah.
JAMAL JB
AK 47,
ReplyDeleteSemua pihak secara metaforikalnya tersimpan 'duri dalam daging' MEREKA. Tusukannya menyakitkan tubuh dan atas sebab itu sesiapa jua akan mencabutnya apabila sampai pada satu tahap.
Apabila duri di cabut dan dibuang, ia masih boleh mencucuk kalau terpijak oleh diri sendiri atau dek orang lain.
Namun bagi kalangan yang berhati-hati, manipulatif dan pandai mengambil kesempatan, apabila ternampak duri yang telah dibuang oleh sesebuah organisasi itu, ia akan dipungut.
Duri ini akan dibersihkan dan digunakan untuk tujuan yang berguna. Setidak-tidaknya duri itu tahu bahagian mana yang paling meyakitkan pihak tuannya yang terdahulu.
Maklumat berhubung bahagian mana yang dianggap paling rentan tentulah berguna untuk satu pihak tetapi memberikan masalah kepada pihak yang telah membuang duri berkenaan.
APOLITIKAL
Nak jumpa Menteri...talipon secretary,hantar surat,hantar email..6 bulan tak ada jawapan.
ReplyDeleteMenteri semua guna blackberry..ada email..tapi malas nak balas..
Nak jumpa lima minit..sampai mati tak dapat appointment.
Ada ejen..minta komisyen trus bolih arrange appointment.
Nak jumpa Nik aziz..pergi office ..esuk garanti dapat salam.
UMNO sombong.Kata sibuk tapi di lounge berjam jam.
Dato Sak,
ReplyDeleteUMNO bukan Melayu , dan , Melayu bukan UMNO.
Takkan UMNO saje dapat membela nasib orang2 Melayu ....dah Melayu sekarang pon dah pandai jaga diri !!
UMNO hanya pandai main sentimen perkauman saje agak dapat terus berkuasa.
Dalam hal pentadbiran negara,UMNO tak cekap, tak amanah dan tak bersih, semua 'fulus negara' digasak geng2 UMNO !
tengok saje muka barisan pemimpin UMNO sudah nak muntah...semua tak boleh pakai !!
Bolehkah Dato bagi satu alasan kenapa rakyat harus terus sokong UMNO ?
Buat masa kini...ramai rakyat pon tidak takut kalaulah PR dapat membentuk kerajaan. Rakyat dah muak dengan UMNO !!
Alf.
Dato Sak, jangan marah. Biasalah bila tulis blog tentu ada orang yang mengkritik. Tidak mungkin ada orang yang setuju 100% dengan idea kita. Biasalah. Pergi ke blog pro pembangkang juga banyak yang mencaci and mengkritis.
ReplyDeleteMemang biasalah seseorang kaum menjaga dan mempertahankan kaum sendiri atau parti sendiri, tetapi adalah tanggungjawab kita bersama-sama menegur kaum atau parti sendiri yang buat kesalahan.
Don't give up on unity, Dato Sak.
My advise dato Sak, write more neutral articles eg. ideas to improve Malaysians living standards, economy, education, governance, efficiency, transportation, health and etc.
When you do so, you will get less racist people complaining. You would change their mindset too.
I saw a statement today attributed to Muhyiddin about looking at kelantan as an example of PAS's failure to manage...
ReplyDeleteIt is indeed a self destructive statement cos anybody who goes to Kelantan can see how lively the place is.
BN have to understand that rakyat do not need Crystal Mosques,fancy and completely unnecessary cable stay bridges( built on land then excavated to create a river),huge monstrous Eyes over Melaka,meaningless PR corridors,expensive KPI consultants to think that they are successful.
Rakyat wants the platform to live the way they want..to compete on an even playing ground..to have opportunities where hard work and application is respected...an environment where knowledge is not expressed through express PHD ..where respect is not by purchased accolades...where money and Cayennes are not the measure of success..
In the process , our hapless DPM have insulted the countless hard working and happy denizens of Kelantan and I hope that will include a big big chunk of the 4000 postal voters too.
Pls tell ur UMNO leaders...people are no longer dumbos..they can reason out that the so called BN money (another project by BN..BN govt have given the rakyat billions in subsidies tapi rakyat tak bersyukur..) is in reality DUIT RAKYAT...duit from our taxes,our Petronas..and the Federal Govt have PURPOSELY with held the funds to opposition states such as Kelantan.BN HAVE STOLEN MONEY THAT IS RIGHTFULLY OURS...thats the Kelantan lament.
Instead of doing ESSENTIAL lifesaving projects in Kelantan..the govt have sacrificed the people's real needs by building ego boosters such as Tamadun,monsoon cup,F1..
Sorry DPM..the shit flies back flat to your face..and I advise you to sack your speech writer.
Please respect the rakyat..this is not the old days where we think all money comes from the "personal" pocket of the UMNO leaders.Nowadays we know our money goes into your "personal" pockets.
Dato..UMNO is sick cos ur leaders have lost touch with the people as an example.. Hishamuddin's famous Youth goes to Kampung campaign.
Just do a survey..how many ekor of lembu is slaughtered by UMNO leaders for the open house.The costs of the open houses is enough to build and staff many2 klinik rakyats to SAVE lives.
Stop all those fancy stuff..our OPEX is 150 billion..grown by 18% per annum since TDM's time.We are not rich but pretends to be and using the Rakyat's petro dollars to fund the excesses.
Please..think of our children's future.
Salam AK47,
ReplyDeleteSATU dunia tahu Negara Pakcik Sam amalkan liberti tetapi dalam konteks kekuasaan, kalau seorang individu berhajat untuk naik ke takhta kuasa tertinggi, maka dia kenalah dapatkan restu dari pergerakan zionis! Ini bermakna kalau calon presiden tak bodek golongan yang memusuhi ummah (zionis), jangan bermimpilah dapat gelaran Tuan Presiden!
Pendekatan bawa kejayaan ini nampaknya telah menjadi ikut-ikutan di banyak negara. Malah di 'Nusantara Kecil', kaedah berkenaan telah dipraktikkan dalam PRU 12. Ia sedikit sebanyak menempa kejayaan agak besar. Sudah tentu taktik yang sama, yang membawa keuntungan buat pakatan tertentu tidak akan dibuang begitu saja.
Cumanya dalam konteks demokrasi liberti, kemampuan seseorang itu memberikan kerjasama tidak berbelah bagi dalam menjayakan agenda abadi golongan Bani Israel adalah merupakan satu daripada faktor penentu kejayaan yang signifikan; iaitu sesuatu yang amat paradoks dengan konsep yang disajikan kepada dunia.
Dalam konteks lokal (Nusantara Kecil), faktor yang sama (baca: PRo-semitisme) akan berkembang dan menjadi semakin penting setelah ia dapat dibuktikan keberhasilannya pada PRU yang lalu.
Persoalannya, kalaulah faktor demikian dipertingkatkan pada PRU 13 dan kalau ianya membawa kejayaan bagi pakatan yang mengamalkan pendekatan berkenaan, tidakkah strategi yang berat ke sebelah regim zionis akan menjadi polisi kekal di negeri Nusantara Kecil? Apa senario selepas itu? Gelap, kelam, kabur, seram atau apa?
Andikarya Maya
"It is indeed a self destructive statement cos anybody who goes to Kelantan can see how lively the place is."
ReplyDeleteLively? Don't you think Pacific Islands are more lively?
"Nama: Mohd Hanafi Abdullah.
ReplyDeleteAhli UMNO Cawangan Paguokon Tenom, Sabah."
Bagaimana nak mendapatkan apa yang saudara hajatkan sedangkan saudara sendiri semudah itu mengiayakan diayah di laman siber.
Lagipun bukan sedikit pelayar siber yang membuat pengakuan palsu! Buktinya boleh dikutip menerusi kandungan tulisan mereka itu sendiri.
Bacalah artikel saudara semula, dan perhatikan sama ada ia mengandungi sesuatu yang baru atau sekadar ulangan daripada monolog yang dilontarkan dalam blog pembangkang?
Pro-PKR
p/s: you see saya pun boleh buat pengakuan.
"Nak jumpa Nik aziz..pergi office ..esuk garanti dapat salam."
ReplyDeleteSuka bersalam adalah kriteria pemimpin berjiwa rakyat? Keh, keh. Melayu, Melayu.
Setakat bersalam buat apa, yang penting adalah program dan projek yang dapat memberikan peluang pekerjaan kepada kalangan marhaen tanpa mengira anutan kepolitikan.
Apa punya propaganda.
sak, share this with you
ReplyDeletehttp://www.chichang.net/