Thursday 10 September 2009

Melihat anak bulan di Teluk Kemang


 

Rakyat Bagan Pinang hanya mahukan satu pekara. Seorang wakil rakyat yang boleh membela mereka dan memperjuangkan kepentingan mereka. Dan sudah barang tentu wakil rakyat yang mereka mahu itu mestilah mempunyai cirri ciri yang lain yang mesti ada pada wakil rakyat. Dalam diri Isa Samad, semua benda ini tidak sukar di cari. Ciri2 yang praktikal. Ciri2 malaikat untuk dunia akhirat.

Orang dah kenal Isa Samad. Dia MB dulu. Dia boleh buat kerja dan semua jabatan kerajaan dia tahu dan ketua mereka Isa kenal. Ini semua kelebihan yang Isa Samad ada. Bisa nya dalam UMNO pun masih ada. Keadaan UMNO dalam Negeri Sembilan sekarang pun bukanlah sebegitu mantap dan boleh memanfaatkan pengalaman Isa Samad. Apa sahaja yang boleh membantu UMNO jadi kuat, mesti di manfaatkan. Mat Hassan tidak mampu mengawal keadaan dalam NS dan Rais boleh berfungsi bergantung kepada mode apa dia berada. Isa Samad boleh berkerja untuk menyatukan pimpinan UMNO dalam Negeri Sembilan.

Saya telah menulis satu artikel mengenai bakal calon BN untuk DUN Bagan Pinang. Ini DUN Dalam daerah port diksen. Saya telah menyatakan bahawa kemungkinan besar calon nya ialah Tan Sri Isa Samad. Dia bekas naib presiden UMNO, bekas Menteri Persekutuan. Yang lebih releven, dia bekas Manteri Bosar Negeri Sembilan.

Dia popular di NS dan jasa nya pun banyak. Orang2 port diksen pun tahu jasa Isa Samad. Yang tak suka Isa Samad ialah pimpinan UMNO yang tinggi2. Tanggapan orang ialah, semasa Isa kena balun oleh lembaga disiplin dahulu, itu semua angkara mainan politik. Kalau orang tak suka kita, mereka boleh buat apa sahaja. Jadi walaupun Isa Samad di dapati bersalah oleh lembaga Disiplin UMNO, penerimaan bahawa dia bersalah tidak menyeluruh. Dia bersalah dek kerana intrigue politik. Rakyat takde problem dengan Isa Samad. Bodohlah UMNO jika menolak seorang tokoh yang rakyat suka. Dalam keadaan UMNO huru hara sekarang, apa sahaja yang boleh bantu, mesti di ambil. UMNO mesti buat keputusan yang seiring dengan kehendak orang ramai.

UMNO mesti bezakan kepetingan taktikal dengan kepentingan stratejik. Memenangi DUN Bagan Pinang adalah kepentingan taktikal. Soalan tinggi2 seperti membetulkan asas dan perjuangan UMNO adalah kepentingan stratejik yang sifat nya jangka panjang. Mengurus kepentingan stratejik terletak pada bahu pemimpin peringkat kebangsaan yang akan menggubal dasar. Orang2 di barisan depan, kerja mereka ialah memasikan dasar di jalankan.

UMNO perlukan orang macam Isa untuk mengembalikan keyakinan masyarakat. Orang ingatkan Isa bukan kerana dia telah di dapati melakukan kesalahan dalam parti- orang ingatkan Isa sebab dia pernah jadi MB Negeri Sembilan dan berjasa pada mereka. Dia boleh berkerja dan mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan masaalah yang mereka hadapi. Kepada mereka, yang penting ialah Isa boleh membela mereka. Politik dalaman UMNO tidaklah menjadi perkiraan yang terlalu penting pada mereka. Isa Samad telah melanggar 'club rules' dalam UMNO tapi itu tidak menghalang dia daripada menjadi wakil rakyat yang berkesan.

Saya telah memberi beberapa sebab mengapa Isa Samad bagus untuk UMNO. Yang terutama di antara sebab sebab nya ialah UMNO memerlukan satu kemenangan taktikal. Apa apa yang bersangkut paut dengan taktikal bersifat janga pendek atau short term. Di lihat dari sudut ini, pemilihan Isa bukanlah sesuatu yang memberatkan UMNO. Its for tactical reasons.

Untuk short term, UMNO perlu menang. Dan kalau UMNO pilih Cikgu Isa, UMNO boleh menang. Kemenangan di perlukan untuk membaiki kelunturan morale. Jika UMNO tak menang juga, itu tanda kiamat sudah hampir untuk UMNO.

Ada orang Tanya saya, apasal ada banyak sangat undi pos? ini bukan satu misteri sebab sana ada kem tentera. Kem ini ujud sekian lama bahkan, ada nya kem tentera pokan Podiksen jadi maju. Peniaga dapat jual barang mereka. Kuasa beli ada di PD dan permintaan ada untuk meransang pertumbuhahan ekonomi. Jangan sebab kita nak menang, maka kita nak kesel undi pos.

Saya pun agak biasa dengan dareah port diksen ni. Disana ada kilang penapis minyak Shell yang besar. Esso juga ada disana. Semasa saya berkerja dengan Shell Malaysia, selama 2 tahun, setiap minggu saya akan pergi ke Shell Port Diksen untuk bermesyuarat.

Dalam kawasan PD ada kem askar yang besar. Itu sebab nya ada banyak undi pos. Agak mustahil, kita nak dengar nyalakan pembangkang supaya undi pos di hapuskan. Memang benar kita tidak berada dalam keadaan perperangan tapi sebagai sebuah kerajaan yang menjaga keselamatan rakyat nya dari ancaman luar, kita mesti ada peacetime army. Jadi mengapa pula mahu di pertikaikan adanya pengundi pos.

Jika kita tidak dapat mempengaruhi pengundi pos, tidak ada yang boleh kita lakukan. Suka atau tak suka, kem tentera di PD akan terus berada disana. Lagi pun, pihak pembangkang pun sudah kempen rumah ke rumah untuk mempengaruhi fikiran tentera.

Jika pembangkang tak beri askar kita undi, maka mereka menghina intelligence tentera kita. Ahli tentera pun terdiri dari manusia juga. Mereka boleh membezakan mana baik dan mana buruk. Mereka juga tahu membalas budi. Jadi to cast doubts on their ability to differentiate between good and bad, is an insult to their intelligence. Jika pengundi pos tak undi calun pembangkang, ia adalah kerana kesombongan parti pembangkang ingat semua askar semua nya pak pandir belaka.

20 comments:

  1. Apa datuk melalut ni. Tiada yang comment untuk larang askar mungundi. Mereka cuma kata sekarang ni tak ada perang oleh itu kenapa kena pakai undi pos? Tak boleh kah mereka2 ini dibenarkan pergi mengundi ikut saluran biasa seperti orang lain?

    ReplyDelete
  2. Kemenangan adalah segala-galanya dalam keadaan UMNO yang masih dihantui kekalahan dalam beberapa siri prk.

    Calonkanlah TSIS dan Insha-Allah beliau akan membawa kemenangan kepada UMNO yang amat-amat diperlukan bagi menyuntik kekuatan dan semangat baru kpd parti.

    Sekiranya Mat Hassan meletakkan kepentingan parti mengatasi semuanya, beliau tidak harus rasa tergugat atau tercabar dgn kehadirian TSIS di DUN NS.

    ReplyDelete
  3. bloody shallow ... i expect more from you nuts...

    ReplyDelete
  4. Sir,

    Terima Kasih kerana memberi sedikit penjelasan mengenai kenapa wujudnya ramai pengundi POS di sana.

    UMNO dapat durian runtuh kali ini.

    Dalampada itu biarlah calon yang bertanding bukan sahaja bersih tetapi tampak bersih.

    ReplyDelete
  5. Apa yang kau mengarut ni? Bila pulak pembangkang tak nak bagi askar mengundi? Yang diaorang cakap, biarlah askar-askar mengundi sama-sama dengan orang lain. Apasal nak undi secara pos? Askar-askar ni bukannya duduk dalam hutan.

    ReplyDelete
  6. Dato Sak,

    Are you feeling Okay ???




    Alf

    ReplyDelete
  7. you see? all this while only UMNO guys are seen as rude, incoherent and all that . a little taste of thier own medicine, they too can get hysterical.
    here is a simple reason to say they are just as bad.
    bila saya kata tak beri mengundi, itulah maksud saya- tidak beri mengundi macam orang awam. tentera tidak mengundi seperti orangawam sejak dari dahulu lagi dan amalan ini serupa di semua negara dalam dunia. dont change the rules when they dont suit you.

    ReplyDelete
  8. Pemilihan TS Isa sangat bagus untuk pastikan kemenangan BN mempertahankan Bagan Pinang. Secara positifnya, BN mungkin boleh menang besar.

    Tapi yang negatifnya, ini mengesahkan badan undang2 Umno (Lembaga Disiplin) mengamalkan pendakwaan terpilih-sesiapa yang tak disukai pimpinan Umno akan dijatuhkan, yang sebaliknya diangkat.

    Mungkin juga keputusan LD ke atas Ali Rustam boleh dipertikaikan kerana pimpinan Umno mahukan TS Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Presiden, oleh itu Ali Rustam yang memberi saingan sengit harus disingkirkan.

    ReplyDelete
  9. in sama sahaja bunyinya--bunyi bodek

    ReplyDelete
  10. First off, lets say Isa is the best suited candidate from UMNO's point of view.

    Lets hope then UMNO shoots themselves again and select another candidate.

    But worse worse lah, Isa gets the nod, still not the be all and end all. Slashing their majoirty down is easy even WITH the 5000 postal votes!

    Lets do that, we can claim a Manek Urai then.

    Just as UMNO's stock went up with Manek Urai, ours will go up after Bagan Pinang if we slash their majority down significantly.


    Of course best is they select Isa and then LOSE!!!!!


    wahey!!!! watch teh excuses and back stabbing begin man!!!!

    Come on guys, Pakatan Rakyat is pratically in a no-lose position the way i see it.

    ReplyDelete
  11. Ya hamba sokong sangat Isa jadi calon.

    ReplyDelete
  12. datuk, saya selalu baca blog inggeris datuk .sangat menarik.terutama cerita cerita di MCKK.
    Saya setuju dengan komen datuk yg " dont change the rules when they dont suit you"
    Kalu sesungguhnya datuk ni berpegang pada hujah ini then by all means sampaikanlah hujah ni dalam bentuk nasihat kepada ahli parti datuk.
    Then negara kita boleh aman damai.Walk the talk datuk.Lead ur men datuk.
    Org lain takleh tegur.nanti double trouble.salam

    ReplyDelete
  13. saya rasa kalau Tan Sri Isa yg jadi calon, pasti akan menjadi advantage utk UMNO. Tp kalau UMNO kalah juga, nasib UMNO la. Tp saya juga rasa lebih baik undi pos itu dimansuhkan. Lebih baik bagi saja askar-askar tu keluar mengundi mcm rakyat biasa. Baru nampak telus.

    ReplyDelete
  14. Saya sokong pandangan sodara. Isa Samad calon terbaik utk PD. Sebab dia ni banyak dugaan, dan dia harungi dengan penuh tabah. Saya kurang setuju bila beliau kena pilih sebagai "showtrial" (lebih kurang) selepas pemilihan Umno 2004: semua yang bernyawa perlukan wang. Duit untuk makan, beli pakaian, himpunkan manusia yang semua nya bernyawa dan ada akal. Umno sendiri sedia mengaku hakikat ini, tulah sebabnya nak diperkenalkan franchise baru, akar umbi sendiri yang pilih pemimpin.

    Cakap-cakap bahawa ada yang corrupt, tabur duit, contohnya Isa pakai duit, yang lain tak, gelikan hati saya.

    Apa Kit Siang dan Anwar tak pakai duit nak pergi berkempen? Dia dua ni Raja Manusia? Kit Siang ni dah criminalise Malay Agenda. Salah tu: kita sedar ramai keturunan China yang daif dan memerlukan bantuan: kita sokong equal treatment, tapi apa salahnya Malay Agenda? Salah besar Administration Pak Lah ialah sudah meng-embrace agenda Opposition - jangan cakap hal Melayu, gembar gemburkan segala yang universalist: bila mana yang paling mustahak ialah perjuangan ekonomi.

    Isa ka, Rastam ka, semua ni tak bersalah. Kalau nak cekup, tangkap semua, orang yang last tinggalkan Umno, mintak padam lampu. Salah juga bagi menghukum Anwar Ibrahim atas kesalahan korupsi. Tak tergelak saya, dia kena korupsi punya charge. Merepet!

    Kalau nak perbetul keadaan pertama-tama sekali - define korupsi. Nepotisma tu korupsi ka tak? Anak Kit Siang jadi pemimpin No 2 atau 1DAP, apa benda tu, kalau tak nepotisma? Keluarga Anwar semua dapat tempat dalam barisan kepimpinan. Nepotisma ka, tak?

    Orang politik yang tak kerja, tapi kaya raya. Ha! Tu apa, kalau bukan ill-gotten wealth!!.

    Isa patut jadi calon PD; Kemudian kalau Mat Hassan nak di bawa ke Federal, ambik Isa jadi MB. Lepas satu penggal, gantikan dengan orang muda. PRU13 ni time nak pertahankan Umno habis-habisan. Siapa yang banyak nak cantas mencantas, kasi buang parti.

    Tengok lah team Pas, Mustafa Ali dan lain-lain, dia nanti tabur cerita pasai Isa corrupt la itu lah..Itu strategi Pas dan Anwar: jangan Umno pula termakan!

    ReplyDelete
  15. Sakmangkol.
    You feeling dizzy, I guess.Maybe you must have forgotten the fact that you were 'telah di singkirkan sebagai calun' chucked out from the final list in the 2008 elections.
    Do some soul searching Mr Aris. Why is UMNO's win so important to you. Is the win for the benefit of the country or for your party's sake.We should not be doing things that only benefit certain group of people of certain political parties. Think of this country'S GOOD FIRST. UMNO is not the savior of this country, looking at reality UMNO has done great damage to the country's economic standing. All these years UMNO leaders have been fed artificial medicines to retain their win. You are one of the sacrifice when it was briefed to the Pekan leaders that you are a liability and fielding you would bring UMNO's downfall in the DUN seat.

    ReplyDelete
  16. Kito kono ingat yo.. walaupun undi pos tu ado 5000, tapi sebonar ey, majoriti cumo 2000 lobeh yo... mano poyi belen yg 3000 tu layi.. bermakno bukan semuo undi pos tu solid untuk BN. Ado yo undi pos yg dah di poskan ko PAS.

    ReplyDelete
  17. Dato'
    Sebenarnya kelohan datang dari tentera sendiri. Ini adalah kebenaran nya dan bukan sengaja di perbesarkan olih pembangkang. Pembangkang tidak akan dapat cerita bagaimana anggota tentera mengundi kalau bukan anggota tentera itu sendiri yang bercerita.
    Tidak ada siapa pun yang menghina "intelligence" tentera tetapi apa yang di suarakan datang dari mereka sendiri. Saya berani menyatakan kerana "been there, done that. so be collected Dato'!!!, yang di mahukan ialah membuat perubahan kerana kita patut melihat jauh kehadapan kerana mungkin ia menguntungkan UMNO hari ini bagaimana kalau satu masa nanti kedudukan berubah jadi elok lah proses mematangkan sistem itu terus dunamik, see the big picture- it is about national interest rather than being parochial and paranoid.
    Yes, all over the world soldiers will cast their vote either through postal or with the new technology direct on line but beza nya dengan kita ia lah seperti yang di bangkit kan olih askar askar kita sendiri yang masih bertugas dan pengalaman mereka yang telah pencen dan itu lah yang sebenarnya.Teruskan mengundi tetapi buat lah perubahan dan beri lah mereka ruang melaksanakan tugas tanpa sebarang keraguan dan rasa tertekan. Surely you know that sir!!!
    It is a strategic decision that has utility over time - I think so Dato'!!! Do it now or face the consequences - A nightmare!!! Selamat bertemu dengan malam Lailatul Qadr, insya'ALLAH. dh9753.

    ReplyDelete
  18. anon at 22:38

    what can i say about you? you dont even know how to spell my name and you think you want to comment on my writings? pegi dah...

    anon at 18:50
    other than saying melalut- ada lagi substance you boleh tulis?

    anon 19:07
    where is the part that you think is shallow? care to explain or you cant face the truth?


    Alf?

    ah..i see, when the writing offends you, you decide that I am not ok. i assure you i am ok.

    anybody who contests in election does so to win. its stupid of UMNO to forfeit any advantage it has. would the opposition do it?

    in any case- if you are confident that the political consciousness of the tentera does not necessairily favour UMNO, that is good no?

    i see the PKR chief in NS says that if Isa is selected as candidate, PR would have an advantage. if that is so, then my support for Isa as candidate shouldnt cause you people to lose sleep should it?

    kassim tukang karut,

    tentera mengundi ikut cara biasa mereka- undi pos. jika batalkan undi pos, serupa seeprti tak beri mereka undi. tentera tak sama dengan orang awam.

    ReplyDelete
  19. Macam Pak Teh juga saya setuju dgn pandangan Dato.Cuma agak seram sejuk jugak pikirkan hal tindakan yg dikenakan disiplin Isa dulu.Definition party rule memang kena clearkan Dato dalam UMNO.Ni buku displin digunakan untuk sembelih nemesis dalaman parti.Hal membunuh sesama dah kena berhenti lagi masa tgh 'soul searching ni'.Banyakkan close door meeting.UMNO ni pun sekarang banyak leakage.Spy opposition merata kat dalam.
    Siapa yang rakyat suka bukan yang boss parti suka sangat tepat dibuat kalau UMNO dah sedar.Hal ni saya rasa sendiri dia dua tempat , JB dan Sabah , tempat isteri. Kekadang bila berbual dengan kaan pro oppo di JB apasal mereka masih undi Si Shahrir , di jawab kami marah kat federal tapi Si Uban ni boleh buat kerja dan rajin , mana berani ambil risiko tukar org tak kenal.Sama juga bila saya ke Sabah , pergi ke Kinabatangan kerana hal kerja,dulu heran juga kenapa orang sana hantar MP yg agak ...eccentric ( polite sikit bahasa ) ke Parlimen wakilkan mereka.Tapi bila tiba tempat dia , tengok dia berbual mesra dengan orang kampung dia,naik belakang pick up dengan kasut but phua chua kang tolong selesaikan hal banjir, rumah dengan pagar macam nak roboh , org ke rumah kawasan dia duduk diluar atas kerusi plastik kahwin, bawa kereta Kembara(walaupun saya tahu dia berlakon pun) .. tapi kesimpulannya methodnya works..for his voters.In the end , kalau kita serve the people well. logo apa pun orang kekadang terlupa.
    Kepada yang suddenly jadi sworn enemy bila posting Dato jadi 'tak sehaluan mainstream' kepada mereka . ignore jelah . Sini menjerit , ASM & ASW habis jugak pun. Yang bodohnya Melayu juga, lagilah kalau hari raya , adidas,nike,levis tah apa dah jadi benda tradisi nak kena beli yang buat panas sanggup korek duit ASB yang balance tinggal berapa ratus saja.

    Jamal JB

    p/s : Dato , lain kali buat article taruk Melayu yang kuat membebel tapi usaha saving langsung takde.
    Selamat Berpuasa

    ReplyDelete
  20. Dear Datok Sakmongkol,

    There is no call to cancel postal votes but only the manner it is done, not BY post. If there are 5000 soldiers eligible to vote why not have a voting centre there in which it can be overseen fairly by MAFREL so as to do away with disputes.

    I believe these soldiers are voting there because they are stationed there. But are their ID cards listed as such or as in their place of birth? If it is the latter, does that mean they are allowed to vote twice (one in their stationed post and another in their place of birth whenever there is by election or general election?) Could you please enlighten us?

    Thanks.

    ReplyDelete