Thursday, 29 May 2008

umno di ambang sakratul maut.

Hari berkabung untuk UMNO
Beberapa hari sebelum penubuhan rasmi UMNO pada 11 Mei 1946, pertubuhan2 Melayu berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Mereka bersepakat mengujudkan satu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan melantik Dato Onn Jaafar sebagai Pengerusi, kemudian Presiden, UMNO yang pertama. Pertubuhan2 Melayu yang mewakili keseluruhan bangsa Melayu di Malaya ketika itu, bersatu menyokong penentangan Malayan Union. Salah satu tindakan yang di ambil ialah orang2 Melayu memakai lilitan putih di songkok menandakan kematian kedaulatan bangsa Melayu.
Hari ini, orang Melayu bersugul kerana sebab yang lain. Hari ini, kita mungkin berkabung diatas kematian parti UMNO, parti yang menyelamatkan bangsa Melayu. Kita berada dalam tahap sejarah orang Melayu dimana usaha menyelamatkan parti ini, mencapai tahap yang amat penting dan getir. Ianya mesti selamatkan dari kepimpinan yang lemah, tidak cekap dan tidak dapat lagi mengawal keadaan dalam negara. Hanya beberapa orang yang taksub sahaja yang akan berkata bahawa keadaan seperti biasa. UMNO sebetulnya berada di ambang kehancuran. kenapa UMNO menerima nasib malang ini? Pada pendapat saya, sebab2 utama keruntuhan UMNO mesti di cari dalam batang tubuh UMNO itu sendiri. untuk melakukan demikian, kita mesti mempunyai jiwa merdeka yang amat tinggi dan keberanian bersuara dengan jujur. Jika sebab2 keruntuhan UMNO berpunca dari dalaman UMNO, itu mesti di perakui. jangan kita bertarung dengan kincir angin yang di sangka naga durjana.

Selamatkan UMNO!
Mesyuarat bahagian bahagian UMNO akan bermula tidak beberapa lagi. Perhimpunan Agung UMNO akan berlansung pada bulan Disember 2008 ini. Tengku Razali Hamzah sudah pasti menawarkan diri untuk memimpin UMNO. UMNO mesti di selamatkan daripada kepimpinan yang lemah dan tidak cekap. Sementara, sebahagian besar kelemahan UMNO berpunca dari kelemahan kepimpinan peribadi Pak Lah sendiri, kepimpinan tertinggi UMNO mesti turut sama memikul tanggung jawab kelemahan UMNO. UMNO juga mesti diselamatkan dari tangan mereka.
Aneh nya, hari ini, rata rata ahli UMNO sudah tidak teruja untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat bahagian. The running joke atau jenaka yang tersibar hari ini, ialah bilakah kita semua mahu keluar dari UMNO?. TUn Mahathir adalah hero bangsa Melayu. dia menunjukkan jalan kepada semua orang. walaupun ianya jenaka , tapi ini mengambarkan betapa ingin nya ahli UMNO kembali kepada kepimpinan yang berani, tegas, teguh dan bersungguh. UMNO sebenarnya memerlukan seorang lagi Tun Mahathir atau pemimpin yang ' made of sterner stuff'.Dan kita tidak perlu menghadkan pandangan kita kepada the present crop of incompetent leaders. Secara peribadi, saya merasakan ianya mungkin gabungan Tengku Razali dan Muhyidin Yassin. Tun Mahathir silap dan Tun mengakui nya, dalam pilihan nya keatas Pak Lah. Ada keberangkalian juga bahawa mungkin Tun juga silap dengan pengharapan yang di taruh diatas Dato Najib Tun Razak. atas basis apa pengharapan ini di buat? najib tidak menunjukkan apa apa selain dari jiwa yang tunduk. seperti kata Tun sendiri, Najib seorang penakut. Tun mesti tahu kerana Tun merupakan boss kepada Najib dahulu. saya sendiri menyifatkan Najib sebagai political invertebrate.
Tengku Razali telah membuktikan bahawa dia konsisten dengan kemerdekaan jiwa dan tidak terikat dengan kebijaksanaan konvensional pimpinan UMNO hari ini. kebijaksanaan konvensional atau conventional wisdom yang merasakan there is nothing wrong within UMNO or its leadership. sebaliknya, mereka terus menyalahkan faktor2 luaran sebagai penyebab keruntuhan UMNO. Muhyidin Yassin telah menunjukkan kesediaan dan keberanian 'of distancing himself with the current docile thinking' dalam UMNO hari ini. dalam keadaan bejat yang di lalui oleh UMNO sekarang, kita memerlukan kepimpinan seperti ini.

Rawatan Dr Najib.
Adalah ironik suatu masa dulu, 'Dr'. Najib Tun Razak berkata, ini tahun merawat Kelantan. PAS telah menangkis tawaran rawatan tersebut dengan mendedahkan sakit yang ada dalam parlimen Pekan. satu masa nanti, kita akan dedahkan apa yang ada di Pekan. Hari ini yang sakit tenat ialah UMNO. Malah, kain kafan sudah di sediakan. para ustaz ahlus sunnah wal jamaah bersedia untuk mentalqinkan UMNO. Walaupun para ustaz dari fahaman Wahabbi tidak mahu mentalqinkan UMNO, mereka pun turut suka menguburkan UMNO tanpa susulan talqin. tidak perlu tahlil. tanam seperti tanam bangkai. cara mana pun, UMNO hampir mati. kematian UMNO disebabkan kepimpinan yang lemah dan incompetent.

Kepimpinan UMNO.
kepimpinan Pak Lah di serang bertubi tubi. Anehnya, serangan ini di terima oleh rakyat sebagai wajar. bukan kerana mereka benci Pak Lah. Ok lah, saya hanya menyebut ini kerana ianya politically correct to say so sedangkan sebenarnya, ramai ahli UMNO meluat tengok Pak Lah. Rakyat melihat Pak Lah sebagai incompetent bungling fool yang tidak dapat mengawal persekitaran nya. UMNO tidak berdaya membersihkan diri nya sebagai bebas dari cengkaman budak budak tingkat 4 atau pun mengawal meriam meriam liar dalam parti. kerana itu, pimpinan UMNO bercanggahan sesama sendiri.
UMNO janganlah melihat masaalah dalaman sebagai masaalah UMNO per se. masaalah dalam UMNO bererti masaalah dalam parti komponen BN. Bila UMNO lemah, ia akan menghantar isyarat bahawa parti lain boleh membuat desakan yang lebih agresif. parti komponen lain akan melihat adanya pilihan lain daripada UMNO. JIka UMNO cannot put its house in order, besar kemungkinan ini akan berlaku. parti2 komponen yang merupakan the BN's weakest link akan cenderung ke arah itu dan melakukan perkara mengikut suara hati atau conscience. malah kita sudah pun melihat beberapa pimpinan Gerakan melakukan ini.
Rakyat juga meluat tengok Najib. Najib sebagai presiden UMNO menjanjikan perkara yang serupa dalam jumlah yang lebih.Apa yang UMNO perlukan hari ini, ialah rombakan ke akar umbi, pencetusan misi perjuangan yang baru dan barisan pemimpin yang komited melaksanakan nya. Jika pak lah mengundur diri memberi laluan kepada Najib, tidak ada jaminan bahawa keadaan UMNO akan berubah.
Ahli UMNO dan bangsa Melayu yang berteduh di bawah UMNO mempertanggungjawabkan Pak Lah. Pak Lah kena dengak kami, jangan dok dengak depa yang menjilat tangan Pak Lah dan bahagian anatomi Pak Lah yang tidak di sinaq matahari!. jika tahun 2004, Pak Lah ketawa besaq menikmati kemenangan yang terbaik dalam sejarah UMNO, maka kali ini, Pak Lah jugalah yang menanggung kesalahan malang yang menimpa UMNO. UMNO menerima kekalahan yang paling teruk dalam sejarah nya dan hilang kawalan 2/3 suara dalam parlimen. UMNO berada dalam ledakan yang lebih hebat dari letupan C4!. Keadaan tidak di perabaiki kerana UMNO di penuhi dengan bozos yang tidak tahu punca kekalahan UMNO.
mari kita lihat komedi yang berlaku. ada yang mengeluarkan suatu laundry list atau senarai dhobi faktor faktor yang menyebabkan UMNO kalah. Cuba kita lihat penjelasan yang di beri oleh pemikir2 UMNO. Antara nya:- UMNO kalah kerana pemimpin UMNO memberi penyapu kepada seorang pegawai yang cuai dan incompetent. kalau di negeri China, pegawai ini kena tembak. jadi mengapa isiu penyapu boleh membawa padah kepada UMNO? adakah pimpinan UMNO merasakan lebih wajar dan tidak menjadi liability politik, kalau pegawai yang incompetent tersebut di tembak? Ianya tidak memerlukan minda seorang saintis ilmu roket untuk mematahkan hujjah ini. kenapa di negeri yang tidak berlaku episod menyerah penyapu, UMNO turut kecundang? UMNO kalah kerana kovil Hindu di roboh. mengapa dalam negeri dimana tidak ada kovil yang di roboh, UMNO turut kecundang? malah di dalam negeri yang tidak ramai orang India, UMNO tetap kalah. UMNO kalah kerana kritikan Tun Mahathir Mohamad. Helo- Tun Mahathir tidak lagi PM atau presiden UMNO. UMNO sebenarnya kalah, kerana orang Melayu benci cara pimpinan UMNO hari ini memperlakukan bekas pemimpin yang di sanjung oleh majoriti orang Melayu. Musa Hitam tidak sabar untuk melabelkan Tun Mahathir sebagai duri dalam daging. Duri dalam daging inilah yang menjadikan Malaysia yang hari ini kita nikmati. ertinya, tanpa Musa bin Hitam dan konco2 nya, Malaysia tetap boleh. Pada pendapat saya, UMNO mula hancur apabila UMNO bahagian di larang daripada menjemput Tun Mahathir berucap. Bayangkan kekurangajaran pimpinan UMNO hari ini- bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO selama 22 tahun tidak di benarkan untuk berucap dalam majlis UMNO? Hoi- separuh kepala Mahathir bersamaan dengan semua kepala otak pimpinan UMNO yang ada hari ini. Otak Najib sendiri umpama baby carrot.
Pimpinan UMNO biadab dan kurang ajar dan tidak memuliakan Tun Mahathir dengan cara yang bersopan. mengapa kita menghina mantan presiden UMNO iaitu seorang dari kalangan kita sendiri dengan melepaskan rottweilers untuk menyalak akan Tun Mahathir? apabila Mahathir di serang oleh benggali Karpal Singh, tidak seorang pun pimpinan UMNO mempertahankan Tun. termasuk Najib Tun Razak, the father of all opportunists. Ada juga yang mengatakan bahawa UMNO kalah kerana Tun Mahathir telah mengujudkan perkara perkara yang memudharatkan UMNO. jika demikian, kita ada masa dari 2004 untuk membetulkan keadaan. tapi kita di buai oleh mimpi indah yang mengkhayalkan. Adakah pimpinan UMNO kita tidur?
kecuali mereka yang buta, hakikat nya UMNO kian hampir maut. Rata rata nya menyalahkan Pak Lah kerana prestasi UMNO yang paling buruk dalam sejarah. UMNO hilang kuasa dalam 5 negeri. Calun UMNO hanya mendapat 2.4 juta undi. Jumlah ahli UMNO ialah 3.5 juta. Ertinya, 1.1 juta ahli UMNO tidak menyokong calun UMNO. UMNO bertanding 109 kerusi parlimen dan menang hanya 79 kerusi. Orang yang paranoid tanya, seperti di nyatakan oleh Bernard Lewis- keadaan yang bejat ini siapa yang bikin? orang yang rasional tanya- apa yang menyebabkan UMNO jadi begini.
The Root of the problem.
Pokok masaalah UMNO ialah kepimpinan nya. namun bukanlah kita memaksudkan bahawa Abdullah Badawi sahaja yang bertanggung jawab diatas nasib malang UMNO. kesalahan nya mesti di pikul oleh keseluruhan pimpinan UMNO, dari peringkat cawangan sehingalah ke peringkat atasan. terutama oleh peringkat atasan. kerana mereka yang membuat dasar dan menjalankan wawasan UMNO, barang apa sahaja yang di fikirkan. maka oleh yang demikian, kesalahan besar nya mesti di pikul oleh kepimpinan tertinggi UMNO di peringkat pusat, kepimpinan UMNO di peringkat bahagian di bahagian masing masing.
UMNO tiada ideoloji.
untuk sekian lama, pimpinan UMNO bangga kerana parti keramat ini tidak mempunyai ideoloji. Bagaimana sebuah parti politik boleh panjang umur tanpa isian perjuangan? lebih mendukacitakan, bagaimana UMNO boleh panjang umur jika isian perjuangan tidak di suarakan dengan jelas, berani dan tegas? . Pimpinan UMNO bacul menyuarakan kepentingan orang Melayu. Sejak bilakah pihak majoriti di tundukkan oleh tyranny minority seperti yang berlaku hari ini? kaum cina dan india nampak nya mendapat simpati dari masyarakat dunia, sedangkan orang Melayu yang merupakan majoriti dalam negara ini, nampak bertahan.
pemimpin kita lemah dalam fikiran mereka, kerana membiarkan UMNO berfungsi tanpa roh perjuangan. pilihanraya umum ke 12 membuktikan kecelakaan yang menimpa jika tidak ada ideoloji. ideoloji UMNO mesti bersandarkan kebangsaaan Melayu. ia mesti mengartikulasikan secara berkesan dan dengan penuh keyakinan, semua yang terhampir dengan bangsa Melayu. agama mereka, bangsa, budaya dan bahasa mereka dan tanah air untuk bangsa Melayu. tanpa ini semua, maka UMNO itu kosong.
semua orang tahu fungsi universal seorang pemimpin dan kepimpinan. pun begitu, kerana pimpinan UMNO ramai yang bebal, elok kita mengulangi nya. ianya ialah mencetuskan wawasan yang jelas mengenai hala tuju bangsa Melayu dan mengembelingkan usaha dan komitment yang serius daripada semua pihak untuk mencapai nya. fungsi universal ini di ketahui semua mereka yang mempratikkan ilmu kepimpinan. bolehkah pencetusan ini di lakukan dengan lemah lembut? jawab nya, secara pratikal, mengartikulasikan kepentingan bangsa Melayu memerlukan ketegasan dan keberanian. jika tidak, sepanjang jalan, kesahihan kepentingan Melayu akan di persoalkan. dan ia mula di persoalkan ketika Lee Kuan Yew mempertikai pengakuan bahawa orang Melayu penduduk asal negara ini! cabaran tersebut, sejak dari itu tidak di jawab secara serius oleh pimpinan UMNO. kerana mereka tidak mempunyai kebolehan minda untuk menjawab cabaran pihak lain. Mempertahankan kepentingan, menagartikulasikan nya dan mengembangkan nya memerlukan kebolehan dan kepandaian. ini syarat yang sejagat yang hanya tidak disedari oleh Najib Tun Razak. Dato Najib merasakan UMNO hanya perlu pemimpin yang tahu hadhir kenduri dan lawat orang mati. jika ini nilai yang Najib pegang, maka kita tidak rasa hairan Malaysia terpaksa melepaskan pulau batu putih. sementara Singapura menghantar pasukan top guns yang di ketuai oleh Hakim Besar Singapura untuk menunjukkan kesungguhan mereka, Malaysia hanya hantar pasukan yang tahu hadhir kenduri dan lawat orang mati. itu falsafah Najib. dan orang ini kita harap memimpin negara?
sayang nya, fungsi asas kepimpinan jadi kabur dalam tangan pimpinan UMNO. kenapa? pertama kerana pimpinan UMNO meremehkan kesungguhan melaksanakan fungsi ini. cara mereka meremehkan nya antara lain ialah mempersendakan kemestian mempunyai kepimpinan yang competent. kemucak kebobrokan sendaan ini datang dari Dato Seri Najib Tun Razak apakala dia mendeklarasikan bahawa UMNO tidak memerlukan barisan pimpinan yang mempunyai digri. UMNO hanya memerlukan pimpinan yang boleh dan rajin pergi kenduri dan melawat orang mati. bolehkah kita menaruh keyakinan kepada kebolehan seorang pemimpin yang mempunyai fikiran seperti ini? dan aneh nya, ramai mereka yang 'untutored' mengenai kebolehan Najib menyifatkan anak Tun Razak ini sebagai accomplished person. accomplished compared to whom?
Amat memelikkan dan mengajaibkan parti yang memperjuangkan demokrasi, tidak mempratikkan demokrasi. selama 62 tahun, UMNO tidak berubah. sistem memilih pemimpin nya masih cara lama. walaupun dengan kemajuan komputer dan peningkatan pendidikan, UMNO masih memilih pemimpin nya cara lama. bermula dari cawangan, memilih pemimpin bukanlah suatu proses yang serius. cara nya ialah mengangkat tangan. sedangkan prinsip pengundian yang paling asas, ialah ianya suatu rahsia. dan banyak sebab mengapa ia mesti di rahsiakan terutama dalam masyarakat kita. orang Melayu tidak selesa dengan pernyataan pilihan secara terbuka kerana memelihara air muka. jika pengundian di lakukan secara rahsia, ini akan mengelakkan bermasam muka. kadang kali, pemanggilan untuk bermesyuarat tidak di lakukan mengikut perlembagaan. ketua UMNO cawangan dan pakatan nya mahu mengekalkan kuasa. kerana itu mereka bersidang sesama sendiri. malah ada yang buat di rumah ketua cawangan di sahkan oleh wakil bahagian yang sebulu dengan mereka. Hal ini di pandang sepi oleh pimpinan pengurusan UMNO bahagian. tapi apa kah yang boleh kita harapkan jika SU Bahagian hanya lulus darjah 6? UMNO mesti memandatorikan pengundian secara rahsia dan mengharamkan persidangan di rumah sendiri. pentadbiran UMNO mesti menyediakan kertas pengundian kepada setiap perwakilan yang hadhir dan membenarkan mereka mencatat siapa yang mereka mahu memimpin UMNO cawangan.dari cawangan kita memilih perwakilan. itu juga di lakukan secara di permudahkan. sedangkan kita mahu membentuk kepimpinan UMNO yang komited terhadap memperjuangan kepentingan Melayu. pemilihan wakil cawangan ke bahagian mesti juga di lakukan secara rahsia.
hanya di peringkat bahagian, peraturan mesyuarat di ikuti. kadang kadang tidak di ikuti. kompromi di lakukan atas alasan permuafakatan dan harmoni. namun, walaupun harmoni di istiharkan, keadaan dalam UMNO tidak pun aman dan damai. ertinya, ianya tidak menjadikan perubahan apa apa, jika alasan harmoni di ketepikan.
keseluruhan proses pemilih pimpinan UMNO rosak sebermula nya kerana menyekat kemunculan pimpinan yang berani, telah di uji, tegas dan komited. pemilihan melalui sistem geng sebulu, hanya menghasilkan pimpinan lembik yang mementingkan diri sendiri dan kempentingan kumpulan. pemilihan wakil cawangan secara main main, mengukuhkan lagi pengekalan kepimpinan yang lemah. dan secara umum nya, pemilihan di peringkat bahagian dan penentuan wakil bahagian ke persidangan UMNO yang di kawal oleh ketua bahagian, menjamin hanya suatu jenis perwakilan di pilih. jenis ini ialah jenis yang menerima kebejatan UMNO tanpa penyuaraan dan bantahan. pada masa berlakunya, pemilihan di peringkat pusat, ketua bahagian akan menentukan siapa boleh di calunkan dan siapa tidak. sebagai contoh, di UMNO bahagian Pekan, apa Najib Tun Razak mahu, dia dapat. Najib hanya cakap besar mengenai demokrasi. jika betul, mari kita mulakan dengan mengamalkan demokrasi di UMNO bahagian Pekan. benarkan pencalunan jawatan tertinggi UMNO secara rahsia.
UMNO hari ini mempunyai kepimpinan yang lemah. simbol kepada kelemahan ini ialah Pak Lah sendiri. sebagai seorang personaliti, Pak Lah memang orang yang lemah dan lembut. Tapi ini kualiti tidak releven untuk memimpin parti yang mempunyai 3.5 juta ahli dan rakyat yang berjumlah 26 juta. fungsi asas seorang pemimpin ialah memimpin. ini memerlukan ketegasan dan halatuju yang terang. kita bukan disini untuk mencipta semula roda yang sudah ada. tugas kita bukanlah untuk merombak semula legasi Tun Mahathir Mohamad. merombak semula bukan kerja pimpinan yang matang kecuali desakan merombak semula datang dari jiwa anak muda. desakan dan obsesi merombak apa yang sudah di ujudkan mesti datang dari golongan muda atau kuasa baru yang akan muncul. Pak Lah lemah dalam erti kata tidak berjaya membendung kerakusan jiwa jiwa muda. dan saya tidak mahu mengaitkan desakan merombak yang lama hanya kepada Khairi Jamaludin dan geng geng nya. turut sama ialah para pemimpin orde lama dahulu yang sekarang ini merasakan, masa sudah tiba untuk mereka memainkan peranan utama. maka kita ada badut badut seperti Nazri Aziz, Zaid Hamidi, et al. ahli UMNO amat hairan atas kriteria apa Zaid Ibrahim di lantik sebagai menteri sedangkan Zaid Ibrahim tidak di terima oleh rakyat Kelantan!. Zaid Ibrahim salah seorang penerima manfaat dari DEB yang di laksanakan oleh pentadbiran Tun Mahathir.

dan jangan kita lupa, peranan dan sumbangan Najib Tun Razak dalam malang yang menimpa UMNO. turut sama memikul kesalahan ialah Najib Tun Razak. dengar baik baik ya- tidak ada guna menyeru Pak Lah undur tapi mengekalkan Najib. penyakit yang UMNO hadapi hari ini memerlukan doktor yang berani. barah yang merebak memerlukan pembedahan invasive ke akar umbi. mereka yang lemah semangat jangan apply kerja jadi presiden UMNO.
Pun begitu dan ini menakjubkan, dalam keadaan amat gawat ini, ada orang mengandaikan bahawa semua masaalah akan selesai jika berlaku peralihan kuasa. dan kenapa ianya mesti beralih kepada Najib barulah masaalah UMNO akan selesai? tidak kah mungkin, gesaan mengalihkan kuasa itu datang dari macai macai Najib Tun Razak? dia tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dan menyatakan sesuatu secara terbuka. dia hanya mampu membayar sesiapa untuk menjadi juru bica nya. JIka kita mahu melihat kepada pilihan memimpin UMNO, mengapa tidak Tengku Razali Hamzah? mengapa tidak Muhyidin Yassin? atau mengapa tidak berada dalam pimpinan atasan UMNO, Shafie Afdal? Dalam lain perkataan, perkara paramount yang patut di desak ialah perubahan keseluruhan pimpinan UMNO. bukan nya perubahan pilih pilih. apa gerenti keadaan akan baik, jika si najib yang tidak bertulang belakang itu mengambil alih kuasa? jawapan nya tidak ada. menginginkan pengambilan kuasa kepada Najib dari Pak Lah hanya ibarat mengisi air tamar dalam botol yang baru. tidak ada yang berubah sayang oi.
sebelum kita membahas lojik andaian ini, mari kita lihat beberapa isiu. pertama, saya tidak nampak peralihan kuasa berlaku melalui desakan. tidak kira berapa bahagian yang membising supaya kuasa beralih kepada Najib, ini tidak akan berlaku. pak lah sebagai pemegang kuasa hari ini, tidak akan berganjak. kenapa dia perlu? dia tidak kalah. dia di sahkan sebagai presiden UMNO melalui sidang perwakilan. jika peralihan kuasa mahu di lakukan, ia mesti di lakukan melalui kebenaran perlembagaan. ini yang mesti di perolehi oleh kelompok kelompok yang mahukan kuasa beralih ke tangan dato najib. gesaan dan seruan supaya pak lah memberi kuasa kepada Dato Najib adalah seruan yang tidak konstitutional.
kemudian, terdapat kalau yang amat besar pada andaian bahawa najib akan menyelesaikan masaalah. kepada saya najib merupakan sebahagian dari masaalah dalam UMNO. tidak adil jika kita mendesak supaya pak lah undur sedangkan orang nombor dua di biarkan tidak memikul tanggung jawab bersama. cuba kita lihat isiu yang di bangkitkan dalam pilihnraya. isiu yang paling besar ialah isiu mengenai kaitan timbalan perdana menteri dengan beberapa persoalan yang belum di jawab. pembunuhan wanita mongol; pembelian kalap selam dan pembelian kapalterbang sukhoi. isiu ini di permainkan secara konsisten. ini jelas menunjukkan bahawa najib merupakan sebahagian dari masaalah UMNO hari ini. kita sebenarnya memikul beban dato najib dalam pilihnaraya umum baru baru ini. maka jika kita mahu bersikap adil, maka Dato Najib juga harus berundur bersama Pak Lah. jika tidak, maka lebih kita diam dan membenarkan proses pemilihan secara demokratik di adakan.
cara yang boleh mendesak Pal Lah undur ialah dengan menggambarkan bahawa keadaan UMNO begitu teruk sehingga mahukan perubahan yang revolusioner. ahli UMNO mesti di ransang untuk melakukan perubahan dengan menggambarkan bahawa UMNO tersangat dalam bahaya. orang UMNO bersikap amat menakjubkan jika tidak mengakui bahawa UMNO teruk hari ini disebabkan oleh kepimpinan Pak Lah dan persekongkolan pimpinan lain. dalam tahun 2004, kita menang besar. dalam tahun 2008, kemenangan tersebut di padamkan oleh kekalahan demi kekalahan.
kita ulangi fakta fakta malang UMNO. UMNO bertanding untuk 109 kerusi parlimen, ia menang hanya 79 kerusi Parlimen. ia kalah dalam 5 buah negeri. calun calun UMNO hanya mendapat 2.4 juta undian sedangkan ahli UMNO mencecah 3.5 juta. jika kita buat andaian bahawa kesemua 2.4 juta undian yang oleh calun UMNO datang dari orang Melayu, ini masih bermakna bahawa 1.1 juta ahli UMNO tidak mengundi calun UMNO. ini membuktikan tanpa boleh di pertahankan bahawa UMNO hari ini kehilangan kepercayaan orang Melayu. jika 2.4 juta termasuk juga undi dari bukan Melayu, maka ini bermakna, jumlah orang melayu yang menolak UMNO lebih besar. hanya orang yang bebal dan degil sahaja menindakkan kehilangan kepercayaan orang melayu kepada UMNO. kemudian, kita mesti ingat bahawa terdapat 360,000 undi yang rosak. mustahil setelah lebih dari 50 tahun merdeka, kita masih belum tahun mengundi.