Monday 27 August 2012

Tugas Iblis ialah Menyesatkan.


Saban hari kita melihat UMNO semakin gelabah untuk diadili oleh rakyat. Pilihanraya ditangguh sehingga Najib rasa yakin. Dia akan rasa yakin apabila lapuran dari perisik kata, dia ada peluang menang. Dia akan yakin apabila semua cara penipuan sudah dikemaskan. Dia rasa dia yakin apabila rasa ada perpecahan dikalangan parti pembangkang. Pembangkang, Dato Sri presiden tidak berpecah- mereka disatukan oleh matlamat membuang UMNO/BN.
Ribuan orang datang ke rumah terbuka nya di Pekan pun dia tidak yakin lagi. Sebab dia tahu, perangai orang pekan. Sebuah keluarga akan ambik 5 bungkusan Tupperware. Kalau 70,000 bungkusan telah habis, bermakna, seramai 14,000 orang kampung2 sudah mengambil bungkusan tersebut. Mungkin yang sudah balik ke rumah akan datang untuk round ke2. Orang Pekan akan berkata kepada petugas2 UMNO- bukan bapak awak punya. Duit kerajaan. Kawan anak ramai.
Orang luar dari pekan yang datang pun ramai. Termasuklah yang didatangkan dengan bas2 dari seluruh pelusuk negara. Tapi tidak mengapa. Ini hari raya. Makan dan minumlah hasil dari duit kerajaan. Bukan bapak dia punya. Pilihanraya nanti, kita nyahkan kumpulan penyamun dan pezalim ini. jangan percaya dengan angka yang dinyatakan oleh akhbar2 perdana. Semua mereka menipu.
Semua rakyat sedar UMNO menggunakan 3R nya. Bukan `reading, `riting and `rithmetic. Kalau yang 3R itu meningkatkan pendidikan seseorang. 3R UMNO- race, religion and royalty’ atau  perkauman, agama dan raja Melayu digunakan untuk mengadu domba rakyat, menanam rasa benci, bermusuhan dan syak wasangka. Apabila rakyat termakan dengan dakyah UMNO/BN , meraka akan menyokong UMNO.
Tapi dengan menyokong UMNO, apa yang kita lakukan? Menyokong UMNO bererti kita menyokong rasuah, salah guna kuasa, sombong dan bongkak. Menyokong UMNO terutama kepada orang Melayu bererti merelakan diri untuk dibodohkan. Menyokong UMNO ertinya menyokong iblis dan setan dan menyokong orang2 yang mengejek dan mempermainkan agama. Apabila semua ini tidak menjadi, UMNO menggunakan lagi satu R iaitu rusuhan kaum. UMNO kata jika pembangkang menang, maka rusuhan kaum seperti 13 Mei akan berlaku. Rusuhan berlaku hanya jika penyokong UMNO yang buat kacau dan langgar undang2. Kita tangkap mereka dan hantar ke Sungai Buloh.
Auta UMNO semua orang sudah tahu. Ustaz dan ulamak dikudakan untuk mengekang fikiran orang Melayu yang beragama Islam. Maka timbullah pandangan seorang ustaz yang mengatakan menykong DAP adalah haram kerana parti itu kafir harbi. Kafir harbi makna nya, darah mereka halal. Mengapa polis tak tangkap ustaz ini kerana melakukan ancaman bunuh?
Ini semua temberang UMNO. Kalau DAP haram, apa pula kedudukan MCA, MIC dan Gerakan dan parti2 bukan Melayu yang lain yang bersubahat dengan UMNO parti Iblis? Mana dia perlembagaan negara Islam UMNO? Mana perlaksanaan hudud UMNO? Ada perlembagaan baharulah pembagian kelompok kepada harbi dan zimmi boleh dilakukan. Adakah negara ini berada dalam suasana berperang dimana sebuah golongan Islam sedang berjuang untuk menubuhkan negara Islam? Perlembagaan negara kita dan perlembagaan UMNO pun bersifat secular.
Sebetulnya yang haram bagi orang Melayu ialah menyokong UMNO. Sebab dia parti iblis. Dan kerabat BN ialah syaitan2. Pemimpin UMNO mempermainkan agama Islam. Laksana hudud menghuru harakan negara( najib). Laksana hudud, ramai takde tangan( Mahathir). Malaysia negara Islam teriak Mahathir.
mana dia perlembagaan nya, mamu?

43 comments:

  1. Siapalah you ni bro mahu bercerita benda benda begini.Apakah DAP bisa memperjuangkan Islam.Saya ragui.

    ReplyDelete
  2. woi sak apasal ko ni bahlol sgt idiom pun x reti ke. malu ngaku tau english language tula dok sekongkol dgn syaitan DAP. idiot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko sokong umno haramjadah...lagi idiot..moron..stupid

      Delete
  3. Subhanallah, seharusnya kehancuran manusia pada mereka yang dipesongkan iblis dan syaitan.Ada banyak pengajaran untuk manusia terhadap kekuasaan Allah.
    Cuba cari' Dua Dunia- Pantai Batu Hiu ' di internet.

    ReplyDelete
  4. Benar, tugas iblis adalah menyesatkan manusia, spt mana yg disebutkan dalam Quran, iblis berkata 'Aku akan menyesatkan SEMUA hamba-hamba mu KECUALI yg MUKHLIS di antara mereka'. Maksud 'mukhlis' di sini adalah 'ikhlas'. Kesimpulannya, iblis akan menyesatkan SEMUA manusia tak kira bangsa, keturunan, agama, termasuk yg mengaku beriman, yg mengaku bertakwa semuanya KECUALI yg ikhlas. Oleh itu tanyakanlah pd diri sendiri, adakah anda benar-benar ikhlas atau berpura-pura ikhlas.

    ReplyDelete
  5. Lebih baik berada dalam parti iblis yg sememangnya telah popular daripada parti manusia yg berpura-pura sebagai malaikat & yg berpura-pura memperjuangkan keadilan.

    ReplyDelete
  6. .....yg mana lebih bahaya? bersama iblis yg telah sangat dikenal atau bersama manusia yg berpura-pura menjadi malaikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana percayakan iblis yg disangkakan sangat dikenal maka sesat la kau selamanya... macam mana kau boleh kenal sangat dgn iblis yg pandai berputarbelit???

      Delete
  7. Depa rujuk kpd filem2 hollywood spt Constantine dan Legion yg memaparkn Gabriel juga bersekongkol dgn Syaitan. Aku kasihan kpd parti keramat org Melayu iaitu UMNO (Baru). Cukup2lah menjadi parti Penipu dan diTipu.

    ReplyDelete
  8. Dato Sak,

    Sudah agak lama saya menulis komen disini tetapi tidak pernah miss membaca setiap tulisan baru Dato.

    Membaca tulisan hari ini terasa lain,darah menyirap naik; tersangat teruja.Sejak tulisan mengenai syaitan ni, terasa tumbukan Dato begitu padu. Tulisan hari ini paling istimewa buat saya, bagaikan pukulan maut,pukulan signature Husin Apollo....haha.

    Semangat yang timbul hari ini penuh dengan kepuasan kerana perjuangan sejak form 4 dulu ( time TDM jadi menteri pelajaran) menentang TDM dan UMNO baru semakin hampir kepada kemenangan. Pahlawannya begitu hebat sekali- thank you Dato!

    Dato telah mengupas isihati perjuangan 30 tahun lebih dengan begitu jelas sekali, jauh jauh lebih berbisa dari kemampuan badan yang semakin lesu ini.

    bat8

    ReplyDelete
  9. Anon 27 August 2012 10:17,

    Bila pulak DAP kata perjuangkan Islam. Setahu aku tak ada disebut tentang hrendak perjuangankan Islam dalam perlembagaan DAP.

    Tapi hangpa tentu percaya UMNO baru hangpa memperjuangkan Islam. Apatah lagi TDM dah berkurun isytihar Malaysia ni negara Islam. Jadi mana perlembagaan negara Islam Malaysia yang Mahathir isytihar tu? Mana undang-undang hudud negara Islam Malaysia yang Mahathir dah istihar tu?

    ReplyDelete
  10. Kepada sibangsat dibelakang Anon 27 August 2012 10:17 dan yg. sebahlol dgnnya.

    Antara yg memperjuangkan ritual2 Islam dgn yg. mengamalkan nilai2 Islam, mana lebih mulia?

    Hakikatnya, yg. maju dlm dunia ini adalah negara2 & umat2 yg. mengamalkan nilai2 mulia yg. dituntut oleh Islam seperti keadilan, kesaksamaan, ketelusan, amanah, meritokrasi etc. yg ditolak oleh UMNO sama sekali - bukan gitu?

    Rasullullah dalam masa 13 tahun semenjak berhijrah ke Madinah telah dapat memperkasakan umatnya; dibawah UMMO selama setengah abad, bani Melayu semakin jadi bangsat. Ini juga hakikat.

    ~ Yang buta matanya, lebih mulia drp yg buta hatinya. ~

    @ Yang naik saksi

    ReplyDelete
  11. Anonymous, 27 August 2012 11:49

    Eh! ngaku bersekongkol dengan iblis nampaknyer...

    Bertaubat la sebelum terlambat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarkan taubat Ku ini. 'Aku bertaubat bahawa aku tidak akan lagi bertaubat buat selama-lamanya atas segala perbuatan yg telah ditakdirkan atas Ku oleh Tuhan Ku'.

      Delete
  12. Anonymous, 27 August 2012 11:49

    anda mmg pencacai tegar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencacai tegar yg tidak berpura-pura dgn ketegarannya lebih dipercayai daripada pembodek & pengecut yg berpura-pura menyokong kerana rasuah.

      Delete
  13. Dato,
    I've been following your blog for years already. So, I'm aware of your run-ins with Umno, and your distaste for Anwar's alleged shenanigans.

    It seems that ever since you have joined DAP, your postings have been more bellicose, more belligerent, sometimes even getting very personal. Yes, we are aware of the ejek-ejek (maybe too mild a word?) from the Umno cybertroopers of your personal life.

    But must you descend to their level? A person like you who is being groomed for an MB position should be a tad more circumspect, I feel.

    But it's your life. Just don't get too gung-ho in DAP. Once they have no more use for you, they will jettison you.

    Rgds
    A Pakatan Supporter

    ReplyDelete
  14. " But must you descend to their level? "

    What level?

    Dato has to take this to the next level/s.....for an eventual KO!

    We DON'T want to see a split decision!

    ReplyDelete
  15. Benar dato tugas iblis menyesatkan,akan ttp jk seseorang itu muhasabah diri ia akan berbalik
    kpd asalnya dan membetulkan kesilapan masa lalu..
    Bukannya meniupkan pula bisikan iblis yg ia dengari kpd yg lain..
    Siapa kita utk menilai dan menghukum,kita cuma manusia yg dhaif dn terlalu mudah disesatkan.
    Jangan terlalu banyak berceloteh perihal org laen kerna ini akan menyerlahkan kelemahan sendiri..

    ReplyDelete
  16. BLOG INI UNTUK ORANG PANDAI-PANDAI SAHAJA.KEPADA ANON 1 & 2 DI ATAS, ELOKLAH JANGAN BACA CATATAN DATO' SAK DI SINI KERANA TAK AKAN TERCAPAI AKAL MINDAMU. PI LA BACA TULISAN PAPAGOMO ATAU PARPUKARI DAN MENCARUT-CARUT BERSAMA MEREKA DI SANA.

    KALAU BACA TULISAN DATO' SAK NANTI TERKENA HISTERIA DAN MERACAU-RACAU DISEBABKAN RASA TERPUKUL YANG AMAT PEDIH.KEBENARAN MEMANGLAH PAHIT UNTUK DITELAN.

    AKHIR KATA BACALAH TULISAN SYAITAN KUTTY UNTUK MENDAPAT SEDIKIT KETENANGAN JIWA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketenangan jiwa hanya boleh dicapai apabila seseorang itu tidak takut neraka, tidak mengejar pahala, tidak kecut perut bila bersama iblis & tidak berpura-pura menjadi malaikat.

      Delete
  17. Hujah Anon 13:40 is a good example of statement from manusia berhati iblis bertopengkan malaikat.

    ReplyDelete
  18. Anon 27 August 2012 14:48 & yg. sefahaman dgnnya,

    ~ Kezaliman membelenggu mereka2 yang tidak menentangnya; Ini bukan janji Allah, ini adalah ketetapanNya. ~

    Itulah pasal - Melayu khasnya & umat Islam amnya masih tak maju2.

    For centuries, Muslims have supported Capitalism which is founded on Usury ("Riba") that have only enslaved them. Correspondingly for decades, Malays have repeatedly supported Tun Mutahir’s unholy regime that have but only betrayed them - and it is now about time, the Muslims (specifically Malays) in particular, not blindly & ritualistically recite, but read, understand & embrace what Allah has premised in the Quran -

    “…Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves…" [13:11]

    Allah doesn't make promises, as nothing escapes His essence, attributes, knowledge, will & power. Only man promises & rationalizes; whereas Allah, the All-Wise & All-Just, verily premises & equalizes*.

    *For, "He is swift at reckoning." Quran [2:202], [3:19], [3:119], [5:4], [6:62], [6:165], [7:167], [13:41], [14:51], [24:39], [40:17]. Indeed,

    ~ Injustice bears upon those who tolerate it. This is not God's promise, it is His premise. ~

    It is about time those who suffered the lies & injustices of UMNO reclaim their power.

    ~ The power that others have over us is but our own power that we - individually and collectively - surrendered to them. There are no weaknesses, only the ignorance & misplacement of your own power. ~

    @ Yang naik saksi

    ReplyDelete
  19. Anon 14:58,

    Satu nasihat yang terbaik buat mat-mat anon pencacai Umnogok. Agaknya bila mencarut kat blog papagomo, parpukari dan blog sewaktunya, depa ni boleh mencarut dengan panjang lebar, berjela-jela, mengalah thesis PHD astrophysics!

    Time nak berhujah kat sini atau blog pak aspan...kantoi ! Hancus!...paling panjang, sebaris ayat je...hahahaha. memang dasar otak sex, otak melucah...otak macai-macai Umnogok ....hahaha

    ReplyDelete
  20. Anon 14:58,

    Satu nasihat yang terbaik buat mat-mat anon pencacai Umnogok. Agaknya bila mencarut kat blog papagomo, parpukari dan blog sewaktunya, depa ni boleh mencarut dengan panjang lebar, berjela-jela, mengalah thesis PHD astrophysics!

    Time nak berhujah kat sini atau blog pak aspan...kantoi ! Hancus!...paling panjang, sebaris ayat je...hahahaha. memang dasar otak sex, otak melucah...otak macai-macai Umnogok ....hahaha

    ReplyDelete
  21. Wah, Pak Sak kita dah jadi macam ustaz pulok dah. Kejap je kawan dengan Mat Sabu dah hebat dari dia.
    Tak sukalah Pak Sak jadi Ustad. Suka Pak Sak jadi Pakar Ekonomi.
    We have enough of tokoh motivasi in the guise of Ustaz on radio, TV, newspapers and cyber world pontificating this and that!

    ReplyDelete
  22. Is he an mb stuff.... Don`t be fooled amd jettison it will be....

    ReplyDelete
  23. No doubt he`s got the midas touch with the english language and good at wacking his former party but i don`t trust this man because i see the umno attributes in him. ...the vulgarity and the gangsterism

    ReplyDelete
  24. Ada yang berpendapat anda calon MB sekiranya PR berjaya.Biar betul .Sekira di Pahang ini tidak mungkin berlaku kerana rata rata Pahang kepunyaan BN.Ini pasti.Cuba Selangor.

    DS Najib tidak perlu terburu buru mengadakan pilihanraya.Itu adalah hak beliau sebagai PM.Saya cadangkan tahun depan dimana pilhanraya diadakan serentak bagi Parlimen dan DUN dan semua negeri bubar DUN .Beri peluang PR dan BN savour the joy while it last.Tak begitu mat pendang ? Nampak confident saya lihat.

    ReplyDelete
  25. Why the anonymouses

    ReplyDelete
  26. tahniah sakmongkol...nampak nya blog saudara dah dapat perhation serius oleh budak2 umno ...makin banyak mereka bertandang di sini. saya harap dato sak sentiasa 'allow' comments dari budak2 cybertrooper dari kalangan umno ni...saya suka baca carutan mereka... mereka menunjukkan standard manusia yang masih berada dalam umno...kesian ... dan bak kata acronym mat salleh- LOL-....

    salam...
    greenbottle

    ReplyDelete
  27. Woi anon 20:40, bukan Najib yg decide bila nak buat pilihanraya, Najib ni penakut, inilah hakikatnya.

    ReplyDelete
  28. brader sakmongkol... gua sekali sekala ada jugak baca, ulas n komen lu punya blog... i m neutral person.. used to see intelligent writtings.. tapi penulisan kali ni macam di rasuk iblis.. tiada nilai islamik... actually seprti tajuk blog dato sendiri..'tugas iblis ialah menyesatkan'
    so samada dato telah disesatkan oleh iblis hingga artikel dato tak ubah seperti artikel tulisan papagomo... maaflah ye.. saya komen secara ikhlas...
    saya rasa dato ni sebenarnya ada simpan something dalam hati... sebaiknya mengikut islam adalah memaafkan dan islam tidak galakkan kita berdendam... marah itu mainan syaitan.. you seems to lose it bro... but anyway i m 100% against a muslim joining DAP. kalau lu nak pancung najib.. go ahead.. but make sure lu pancung karpal dulu.. jgn biar syaitan mainkan perasaan lu.. if u want to be a good person, be a good person.. jgn biarkan iblis sesatkan lu or even worse jgn jadi iblis yang nak menyesatkan...
    u look decent.. continue that..
    Salam aidil fitri and maaf zahir batin
    kita manusia yg lemah..

    ReplyDelete
  29. Kpd Penyokong2 PR,Selamat Berjuang dan teruskan niat murni dari jiwa2 yang merdeka tanpa dipaksa, menyelamatkan Msia dari kehancuran ekonomi.

    Kpd Penyokong2 BN,kuatkan azam meranapkan Msia dan lajukanlah niat2 jahat dari jiwa2 yang terpaksa dan dipenjarai. Teruskanlah berbodoh-bodohan sesama sendiri sampai mati.

    ReplyDelete
  30. Kalu madey dan umno nak bincang pasal hudud boleh tapi dengan satu syarat. Pastikan mereka datang dengan tangan yang sudah dipotong. Baru bincang. Dah banyak sangat mereka merompak, melanun dan mencuri harta rakyat. Lagi satu bila baca komen madey atau umno baca dulu a'uzubillahi minasysythanirrajim. Mintak lindung dari setan dan iblis. Madey dah ngaku umno parti setan. Dia pulak bapak iblis.

    ReplyDelete
  31. Belum dapat kuasa dah berlagak like he's gd. Actually i think the anonymouses who post the comments are not umno goons.they are just like me who are merely political observers not umno supporters. Umno goons can't even understand even half wht you are writing about. But looking at your posting sak you are becoming arrogant and that mean you are no different from them mate.so get rid ofthose below par comment and be more objective if you want be relevant...

    ReplyDelete
  32. Budak budak umno do not read this blog they don't have the aptitude to comprehend.....trust me...so what does that mean.....think mate

    ReplyDelete
  33. It would seem that UMNO and it's horde of cybertroopers are still struggling to contain and repair the damage done by TDM "out of brain" statement with regards to UMNO's devilish nature and PR angelic behavior. BUT as the Malay pepatah would reminds us," Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata UMNO jadi parti syaitan" it's a little late and in this age of information and government informant (as with the case of Rafizi revelation on Najib's corruption) the Malays and Malaysian already sees UMNO as the devil and what TDM did was only to confirm it!

    So why fret it my dear paid mercenaries and trooper? Revel in it since none of you live by your conscience but by your greed and rapaciousness. Be proud and stand tall as the paid mercenaries of the devil! After all even before TDM's remark, you and your bosses are always slandering, lying, cursing, cheating and disseminate falsehood (just like what the Pemuda UMNO FB did recently)! Let the nation sees all of you for what you really are..which is THE cyber army of darkness trying to destroy Malaysia and it's decent people. There's no need to hide your devilish nature and evil faces anymore!

    Nick.



    ReplyDelete
  34. zopinion 27 August 2012 23:29 -

    "..sebaiknya mengikut islam adalah memaafkan dan islam tidak galakkan kita berdendam.." - This is a frustrating statement on forgiveness as misunderstood & readily embraced by cowards.

    ~ The foundation of Islam is justice whereby forgiveness is only meaningful & magnanimous if offered upon victory over injustice. ~

    Bro Sak has hit it on the heart, so as to jolt the Malays from their slumber by writing in a manner only they can understand.

    Bro Sak, maybe we should stop the insults by comparing Mahathir with Iblis, because Iblis at least, is steadfast in his covenant with God, and not a hypocrite.

    @ Loud Despair

    ReplyDelete
  35. "..sebaiknya mengikut islam adalah memaafkan dan islam tidak galakkan kita berdendam.." - This is a frustrating statement on forgiveness as misunderstood & readily embraced by cowards.

    ~ The foundation of Islam is justice whereby forgiveness is only meaningful & magnanimous if offered upon victory over injustice. ~
    @ Loud Despair

    Brader LOUD DESPAIR.
    Lu sound like a smart person or maybe u think u r smart... gua mintak maaf la.. gua bolayan sikit dengan orang2 yg arrogant and think they are the best... humble la sikit bro...
    jangan risau Bro... God will dealt with INJUSTICE...
    Tidakkah anda beriman dengan tuhan...
    bukankah tuhan itu maha pengampun... bukankah rasulullah SAW snetiasa memaafkan dan tidak berdendam...
    Tidakkah anda(i assume u r muslim) wajib beriman dengan Allah & rasulnya.. terserahlah brader despair and brader sokmongkol.. pesanan gua ialah selalulah bersyukur dengan nikmat dari tuhan.. buatlah dan berkatalah yg baik selalu dan tegurlah dangan tertib... kita manusia yg lemah.. understood... jgn marah..
    i m sure you guys are old enough and with lots of experience but dont make that a reason carry a dogmatic attitude.
    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  36. If we were to refer to Al-Qur'an Surah Su'ad verse 75 stipulated that the Iblis are too arrogant and think that they are the one most exalted.In other words, the Iblis is rebellious enemies and swear to mislead the people except the chosen sincere devotees among them. So, Muslims be aware of the works of the Iblis [Devils] and Shyiatan on this Earth and the Hereafter!

    ReplyDelete
  37. Kelihatan ramai puak OOMNU disini. Antara Iblis & Manusia..saya pilih manusia...iblis yg dikenali atau malaikat yg tak dikenali..kenyataan yg bodoh sampai mampus....klo malaikat tak usah dikenali..klo iblis wajib ditolak...klo UMNO merompak & menyamun harta negara & Rakyat, itu dikenali sebagai Janji Ditepati..bila Rakyat tolak perompak & penyamun, digelar Haramjadah oleh UMNO...jelas sekali pemikiran songsang puak2 UMNO...yg cuma mementingkan diri dan memperolehi niat yg jahat...klo bukan setan apa lagi namanya.....masa utk bicara sudah tiada...klo jantan bersihkan senarai pengundi...tak usah menfitnah sana sini, pesong sini sana.

    ReplyDelete