Friday 27 July 2012

Dari FELDA ke FGV, lagi satu KUB dalam pembikinan?


Agak lama saya tidak menulis mengenai FGV dan FELDA. Masa rehat ini , membolehkan saya menghalusi fikiran keatas isiu FELDA.  Tidak menulis , tidak bererti sudah lupa. Jauh dimata, dekat dihati.
Apa yang sebenarnya sudah terjadi?
Harga saham FGV nampak konstan pada tahap RM 5.35-5.50. paling akhir, harga saham ditutup pada harga RM5.20. ianya sudah menunjukkan pola menurun harga. Lama kelamaan FGV jadi macam KUB.
Orang UMNO ingatkah lagi KUB? Orang Melayu ingatkah lagi KUB? Ianya sudah kaput! Inilah nasib yang akan menanti FGV.
Pada harga RM5.20 premium saham ini ialah sekitar 65 sen- 70 sen. Adakah ini bagus? Ia hanya bagus kepada mereka yang mempunyai jumlah saham ratusan ribu dan juta juta. Yang ada 5,000,000 dapat untung bila dijual sebanyak RM3 juta. Yang lebih jumlah saham lagi untung besar. Orang bukan FELDA dapat juta juta, peneroka dapat auta.
Kepada peneroka bagus atau tidak? Pandangan saya kepada perkara ini masih tetap. Kalau peneroka yang diutamakan, maka berikan semua kepada peneroka FELDA. Kalau peneroka diutamakan, FELDA Holdings patut mengambil alih FGV dan kekalkan perniagaan ini dalam tangan FELDA 100%.
Biarkan orang2 yang tidak ada kena mengena dengan FELDA membeli saham FGV setelah ianya di jual oleh peneroka. Atau pun paling tidak, sesuai dengan diskrimanasi positif, berikan 30% kepada peneroka. Mengapa hanya 5.5% dari jumlah saham yang di terbitkan?  Bolehkah 5.5% dibaca sebagai `mengutamakan’ Felda.
Ianya lebih tepat dilihat sebagai diutamakan untuk disembelih dan dikorbankan.
Jelas sekali ianya baik untuk yang ada duit yang membeli banyak unit dan baik kepada konco2 UMNO yang di beri MUkhriz banyak unit. Kepada penerima 810 unit saham, mereka akan hanya dapat RM526. Setelah di tolah fee pinjaman RM200, maka tinggallah RM326.
Bukan peneroka dapat juta2, peneroka dapat sisa2.  Peneroka dapat RM15,000 rasuah pendahuluan dan RM326 pemberian sisa2.
Kalau tunggu lama2, harga jatuh dan nanti lagi teruklah peneroka FELDA yang akhir nya mendapat durian yang mengkal.
Dengan langkah yang `menggumbirakan’ hati rakyat, populatiti Najib merudum? Mustahil dan ajaib. Tidak mustahil dan tidak ajaib kerana semua orang tahu, Najib hanya berlakun. Najib is really a simple man mengikut kata diplomat Arab yang menemui nya disuatu majlis buka puasa. Bukan simple man lah dol- political simpleton lagi tepat.
Jangan tunggu lama2, nanti di kebas orang!.  Demikianlah nasib peneoka FELDA di hari mendatang. Di tipu hidup2 oleh pengambil kesempatan.
Sekoyong koyong dengan pengapungan ini, kerajaan yang dikuasai UMNO menjadikan ramai jutawan segera. Bolehlah mereka beli rumah dan kondominum berjiran dengan lembu2 yang mendiami 1 Menerung di Bangsar. Atau mereka boleh setiap hari dibulan Puasa ini berbuka di Meatworks restoren daging bakar milik keluarga Shahrizat Abdul Jalil.
Adakah ini adil untuk peneroka yang di atas nama mereka FELDA di ujudkan dan dijadikan sumber kekayaan orang yang bukan peneroka? Sebab itu saya katakan pengapungan FGV ini adalah suatu tindakan yang tidak berhati perut atau unconscionable.
Kemudian, cuba kita fikir mengapa harga saham RM 5.20-5.35? kenapa tidak lagi terus ke RM6? Apa yang berlaku ialah ramai yang jual saham menyebabkan harga saham jatuh kearah RM5. Maka bergegas lah kerajaan Najib mengarahkan pengurus dana dari GLC kerajaan membeli saham dari pasaran untuk price support.
Tapi berapa lama boleh mereka bertahan? GLC menggunakan dana milik awam untuk menyokong harga keparas yang artifisial. Ini bererti setiap hari, semakin banyak sumber kewangan akan di komit kepada menyokong harga saham FGV. Jika ini berterusan, semata mata untuk tujuan politik, cara Najib mengurus ekonomi negara akan membengkrapkan negara kita.
Bagus ke untuk FELDA? Tidak disedari oleh rakyat, Kerajaan Najib perlahan lahan menjual harta benda rakyat untuk mengumpul dana politik. FELDA adalah milik kerajaan. Dengan melakukan penyenaraian, apa yang sebenar nya berlaku? Selepas pengapungan, kerajaan punya kepentingan tinggal 40%. Bererti 60% sudah di jual. Ini sebetulnya pemindahan harta milik rakyat kedalam tangan individu dan syarikat2 dana yang ada kaitan dengan UMNO.
Inilah dia proses piratization- sebab itu saya kata UMNO ini akan terus merompak dan melanun khazanah negara.
Penyenaraian FELDA sebetulnya penganiayaan kepada peneroka dan kepada idea memerdekakan pemikiran peneroka.

13 comments:

  1. Datok,

    Bagaimana perbandingan orang yang sayang harta seperti ananda yang menarik balik penampongan syarikatnya seperti MAxis dan Astro berbandingkan dengan Felda yang dijual kepada orang lain. Boleh Datok ulas antara dua sifat ini?

    Meru
    Kapar
    Klang

    ReplyDelete
  2. Meru Kapar Klang:

    Asasnya Ananda berjual beli dengan umum (public listing) & tidak membohongi bangsa India untuk mendapatkan laba i.e 'willing (public) seller & willing (dlm kes Ananda) private buyer"..straightforward & legal deal

    UMNO pula membohongi & menipu umat Melayu sendiri yg mudah gelap mata dengan janji palsu & retorik Melayu. Morally & legally (fraudulent misrepresensation)wrong

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dato' Sak,

    Ah...bukan KUB sahaja, Dato'. Ingatkan juga apa yang jadi pada RM 54 B yang jatuh dari langit, yang tinggal hanya 3.7 peratus, yakni RM 2 B. Jumlah ini diamanahkan pada puak Melayu berkakilebar yang nak dijadikan tempat berteduh Melayu yang masih dibawah.

    Geng geng berkakilebar ni mestilah orang yang ada kaitan dengan parti utama pemerintah. Dah lama duduk atas agaknya terpandang kereta mewah, helikopter, barang kemas, dan lain lain nikmat dunia. Sampai lupa harta yang dipegang adalah amanah untuk masa depan.

    Maka puak puak melayu tembolok bengkak tapi tak puas melantak ni mulalh menjual amanah masa depan Melayu.Bukan berkakilebar, tapi kaki kebas. Kaki kikis.

    Tergadai masa depan Melayu.

    Jadi yang menjahanamkan Melayu bukan Cina. Bukan India. Bukan Mat Salleh. Orang Melayu jugak.

    Yang menindas orang melayu bukan Cina. Bukan India. Bukan Mat Salleh. Orang Melayu jugak.

    Yang merompak hasil mahsul orang melayu bukan Cina, Bukan India. Bukan Mat Salleh. Orang Melayu jugak.

    Agenda menjahanamkan Melayu, menindas Melayu, merompak Melayu belum berhenti setelah puak puak ini kenyang.

    Terengganu dianaktirikan hak royalti.
    Kelantan dinafikan juga hak royalti.
    Yang beli tanah Melayu harga murh, jual pada orang lain orang Melayu jugak
    MAS
    Plus, UEM, HatiBudi
    KUB, ikut kata Dato'
    Talasco?
    FGV...
    Banyak lagi....

    Lepas ni entah giliran siapa pulak kena sembelih. Dengan tangan Melayu. Atas pimpinan Melayu.

    Duit banyak berbillion dilarikan ke tax haven.

    Maka seharusnya seteleah sekian lama dikembirikan dengan maklumat yang terkawal, minda Melayu harus terbuka lebih luas. Buka mata minda, jangan pandang melirik. Amati dan teliti tindakan pimpinan Melayu negara.

    Membantu melayu?

    Makin menjahanamkan Melayu adalah.

    Mudah mudahan kita semua mendapat kesedaran.

    Melayu Baru.

    ReplyDelete
  4. Dato,now that the dust have settled after the FGVH listing,the settlers can start counting how much they made from the sale of the 800 shares they have being allocated.Around RM500 the most.If not for the RM15,000 promised by Najib and his crony Isa to sweetened the pain and feelings of the settlers,they would have marched straight to Putrajaya with broomsticks.

    But now that the settlers know of the actual profit they made by selling the shares,a mere RM500,many are really angry.Compare to the hundreds of thousands and millions made by political cronies,the settlers now know that they have been getting the end of the stick.

    And the settlers now know that they are no longer bosses of the land they toiled.It belongs to the public,anybody who even own one share.They have been conned to give up their rights to the land for a mere RM500.

    And nowadays what can the settlers buy for RM500.Even a banged up second hand Honda Cup cost more than RM500.Maybe a two wheeler bicycle or a tricycle.

    Najib has screwed up big time what his daddy work so hard to build.And all because of the love of the ringgit and his bodeking cronies.And also his ego of hanging onto power,which no matter how will inevitably slipped out of his hands,whether Umno/BN wins the GE or not.

    Even now the Umnoputras are out rolling the dices.Throwing money everywhere.Haram for Muslims to gamble,fucked it they say.Maybe the hudud should go into effect now so that the Umnoputras could be whipped in public.

    ReplyDelete
  5. Salam Dato,

    Saya berpendapat PM kita ini bukan bodoh bahlul, tapi bodoh sombong. Dia sedikitpun tidak mengakui erti keperitan hidup rakyat bawahan.

    Minta maaflah, dia ni, tahu kelemahan kebanyakan umat Melayu, iaitu mudah terpengaruh dengan "Untung jangka pendik". Mentaliti inilah yang menyebabkan kebanyakan umat Melayu tidak bertahan dalam arus dunia keusahawanan yang sebenar. Ada yang menjadi jutawan hasil titik peluh sendiri, tapi ada juga ..... yang lain menjadi jutawan mee segera, dan ada yang kerana orang dalaman.

    Ingin juga kita lihat anak Melayu yang berjaya menjadi jutawan cara asli semacam pengasas Microsoft,Facebook, Yahoo, Google semuanya bermula dari dalam bilik kolej. Mana ada mereka bersekongkol dengan parti politik.

    Semua masalah anak Melayu ini, gara-gara masalah sistem pendidikan kita yang tidak memberi anak sekolah minda untuk berekspresi. Kalau anak kita hendak beri pendapat, terus di sergah oleh orang lebih tua "kau mana tau!!! kami dulu makan garam"........

    ReplyDelete
  6. To Melayu Baru

    You're a good Malay and hopefully u can help more Malays understand. 4 yrs ago I tried to advise my Malay friend (he's educated in the US) but to no avail because he's from the ruling Elite. Malaysia desperately needs more Malays like you.

    ReplyDelete
  7. Dato, I read in one of the blogs that the Chairman of FELDA was offered 180,000 shares @RM0.85 Sen. Other members of the Board were also offered shares at that price.Is this possible. I also want to become Chairman Of FELDA

    ReplyDelete
  8. Dengan nilai RM15000 peneroka FELDA telah menjual hak mereka kepada opportunist. Hanya masa menentukan banyak mana mereka akan kerugian!

    ReplyDelete
  9. Bingung betul hak 30% dituntut untuk kaum bumiputra dalam pembahagian ekonomi negara selepas tahun 1969, dan 43 tahun kemudian FGV memutuskan bahawa catuan 5.5% bagi peneroka dan tenaga kerja Felda adalah pembahagian yang paling berpatutan dan saksama, ikhlas daripada Yang Berbahagia dan Yang Berhormat yang sejiwa dan seperjuangan untuk nusa, bangsa dan agama. Mereka yang berkorban sebegitu lama dan hanya dapat menikmati kemudahan-kemudahan moden seperti jalan raya yang baik, klinik kesihatan, bekalan letrik dan air paip, sekolah-sekolah, pengangkutan dan sebagainya, sekurang-kurangnya lewat 20-30 tahun jika dibandingkan dengan penghuni-penghuni bandar besar. Usah disebut segala kepahitan yang dirasai oleh golongan marhaen ini, dan tiba-tiba datangnya skim yang kononnya akan membawa Felda, dalam jelmaan baru, yakni FGV, ke satu era baru yang tidak dapat dimimpikan oleh sesiapa pun, baik peneroka dari kawasan tanah paya mahu pun pendekar dari Putrajaya.

    Atas logik apa nisbah 5.5% ditentukan dan siapakah godfather @ malaikat tak berkepak yang baharu pijak bumi suci Malaysia ini yang dengan angkuh, tamak haloba memberi sedekah 5.5% sambil diiringi nyanyian manis lantas untuk mengkhayalkan mereka hingga penerimaan sisa Rm326 pun wajar disambut bersenyuman didampingi 'munafaikat-munafaikat'.

    Sekiranya ini bukan 'kolonialisma dalaman' apa dia sebenarnya? Penindasan sesuatu kaum yang celik, pintar dan licik terhadap sesuatu kaum yang lain dan yang lemah atau sengaja dilemahkan adalah kekejaman yang diistilahkan 'kolonialisma', dan jika kolonialisma ini dilakukan di dalam sebuah negara berdaulat terhadap anak buah sendiri, ini adalah 'kolonialisma dalaman' - satu variasi kolonialisma yang lebih kejam dan lebih tidak berperikemanusiaan.

    Teringat pepatah Melayu,'Adat pulau, limburan pasang' air mata mula menggenang.

    Don't cry for me Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Dato',

    Sebagai seorang 'pesara' swasta yang telah membayar cukai pendapatan kepada kerajaan selama lebih 30 tahun,saya tidak MENGHALALKAN walaupun satu sen dari duit cukai yang telah saya bayar kepada kerajaan jika duit tersebut di SALAHGUNAKAN ( oleh sesiapapun tanpa mengambil kira parti mana mereka wakili ).

    Saya akan TUNTUT di hadapan ALLAH di Padang Mahshar kelak.

    SSBSA
    Kelawai
    Pulau Pinang

    ReplyDelete
  11. [SSBSA:Kelawai:Pulau Pinang:
    29 July 2012 09:18:]

    SSBSA, saya pun pesara, dan akan ikut tuntut pesalah-pesalah (tak kira bangsa atau agama) diadili nanti.

    Cukup mual dengan perangai jahat, suka hidup mewah, dan berjoli-joli dengan wang rakyat.

    ReplyDelete
  12. Dato,

    Saya anak peneroka. Alhamdulillah bapa saya memilih utk menjadi penderhaka (gelaran diberi oleh pengurusan FELDA) kerana tidak beli saham FGV dan juga tanam semula sawit sendiri. Bapa saya adalah Naib Pengerusi JKKR @ Ketua Kampung selama 13 tahun dan juga Pengerusi UMNO Cawangan sehingga tahun 1997 di sebuah rancangan Felda di Pahang.

    Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan Felda. Boleh dikatakan peneroka dijadikan seperti lembu yang dicucuk hidung. Bayangkan, ketika arahan FGV kepada semua peneroka, peneroka diberi taklimat kemudian disuruh menandatangani perjanjian dalam bahasa Inggeris. Mana ada peneroka yang faham! Saya perhatikan peneroka yang membeli saham kebanyakannya sudah mula menjual saham mereka. Sedangkan saham KPF pun mereka jual, inikan pula saham FGV.

    Saya kasihan kerana peneroka Felda selalu dimangsakan oleh kerajaan. Selalu dimomokkan dengan jasa Tun Razak dan Felda. Sedangkan sebenarnya setiap apa yg peneroka miliki (tanah, rumah, ladang, baja, bantuan etc) mereka bayar setiap sen!

    Harapan saya agar generasi ke-2 felda dapat mengambil bahagian dan sama-sama memberi kesedaran kepada peneroka @ ibu bapa mereka.

    Amin.

    ReplyDelete
  13. Dato,

    Saya anak peneroka. Alhamdulillah bapa saya memilih utk menjadi penderhaka (gelaran diberi oleh pengurusan FELDA) kerana tidak beli saham FGV dan juga tanam semula sawit sendiri. Bapa saya adalah Naib Pengerusi JKKR @ Ketua Kampung selama 13 tahun dan juga Pengerusi UMNO Cawangan sehingga tahun 1997 di sebuah rancangan Felda di Pahang.

    Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan Felda. Boleh dikatakan peneroka dijadikan seperti lembu yang dicucuk hidung. Bayangkan, ketika arahan FGV kepada semua peneroka, peneroka diberi taklimat kemudian disuruh menandatangani perjanjian dalam bahasa Inggeris. Mana ada peneroka yang faham! Saya perhatikan peneroka yang membeli saham kebanyakannya sudah mula menjual saham mereka. Sedangkan saham KPF pun mereka jual, inikan pula saham FGV.

    Saya kasihan kerana peneroka Felda selalu dimangsakan oleh kerajaan. Selalu dimomokkan dengan jasa Tun Razak dan Felda. Sedangkan sebenarnya setiap apa yg peneroka miliki (tanah, rumah, ladang, baja, bantuan etc) mereka bayar setiap sen!

    Harapan saya agar generasi ke-2 felda dapat mengambil bahagian dan sama-sama memberi kesedaran kepada peneroka @ ibu bapa mereka.

    Amin.

    ReplyDelete